Khamis, 8 Julai 2010

benda lagho

*lagho- mengarut/ melalaikan

entry ni sebab bengang pagi tadi la ni!

1. internet - ok.. seriusly, internet memang officially top of the list.. lagi2 bila internet laju berdezut! mama kadang2 boleh jadi seekor pemalas bila dok layan internet je.. aaa.. cam time ni la.. dok taip blog! hahahahaha..

2. tv - benda lagho yang paling arwah emak marah kat mama dulu.. sebab suka sangat tengok tv.. tapi nasib baik la dah makin kurang.. terutamanya kat sini sebab tak faham apa depa cakap.. aaaaaaahahahahahaha

3. game - ini adalah game2 digital la kekdahnya.. psp la, ps la, nintendo la.. kat mesia kurang sikit nak tengok, sini ke mana2 ada je sokmo.. yang tua, yang muda giler betul!! esok2 tak tau le anak2 mama cemana.. harapnya takle sangkut all the time dengan benda macam ni

4. ipod, iphone dan mp3 - aaaa, yang ini la mau ku kabarkan! tak suke ok!! lagi2 bila tengah buat something else.. pagi tadi hampir2 nak jadi untuk kali kedua ok..

camni, kat jepun ni depa pesen suka benar sumbat telinga ngan benda2 muzik ni.. hish1 dahtu, bila dok sumbat lagu2, mana ko nak concentrate benda lain kan? dah hampir 2 kali ada orang nak langgar mama dengan beskal!! tensi siut!! takkan tak nampak orang jalan?? langsung tak berhenti nak keluar simpang.. masa first time dulu selamba je mama marah dlm BM.. "tu la, orang bagi akal taknak guna, dok sumbat benda camtu kan ko jadi pekak!" boleh gitu?

bagi mama, bila kita selalu suapkan benda2 melalaikan macam ni, akal tidak boleh berfikir dengan betul.. syaitan suka la.. sebab kita tiada masa untuk menginsafi diri sendiri, tiada masa untuk merenung kembali tindakan yang bakal atau pernah kita buat..

kalau kat sini tengok, depa ni dok layan benda2 entertainment aje.. dalam bas le, dalam train le.. mama kalau duduk sorang2, aku siap boleh buat plan untuk jajah dunia lagi hokey! hahahaha.. boleh plan itu, plan ini, fikir macam2..

agaknya jiwa orang macam ni mungkin selalu kosong.. jadi nak di isi, di isikannya dengan benda2 macam ini..

kalau budak2 muda (eh, aku tua ke? haha) mesti cakap, nak release tension.. ape, kalau ngaji ke, bersosial dgn family tak leh release tension ke?

dah, melalut dah..

2 ulasan:

TopsyTurvyMum berkata...

mak dah buang 2 benda lagho dari rumah..

TV ngan PSP..
internet lom lagi kot...payahhhh hehehe
iphone,ipod, mp3 mmg takde.

bukan tunjuk baik..tapi cuba yg terbaik, nak try kaedah didik anak2 dgn cara camni plakk..

Nisa berkata...

mast, sabo je la.. ko take care ye.