Khamis, 29 April 2010

Mode mama lebah

pagi2 ni kami ke induk buat medical checkup.. Harapnya by tengahari semuanya settle.. Lunchdate dgn isma n clan, sesi kuruskan dompet petang ni diiukuti dgn ambil makcik di bus station..

Blogging thru e71

Rabu, 28 April 2010

SALEEEEE!!!!

since I'll be leaving to Kyoto next month, I want to do some clearance sale for SHAKLEE vitamins especially for mommies who concern on well-being and her breastmilk..

All package are postal free (in Malaysia only)

ENJOICE!

TRIAL PACK A
RM80 NOW RM70!!!



TRIAL PACK B
RM80 NOW RM 70!!




TRIAL PACK C
RM100 NOW RM 90!!




TRIAL PACK C+
RM110 NOW RM100!!!


get yours now..

I am not closing my business eventhough I'll be away for sometime.. It'll be taken care by my friend..

more info on trial packs and its benefits are here


Contact me for further info.. masturaazmi[at]gmail[dot]com

mama needs a nanny


*picture googled


JOB VACANCY

Mama dalam proses nak mencari seorang helper aka nanny untuk ke Jepun nanti. Temporary job je ni untuk 4-6 bulan bagi kami masa untuk sesuaikan diri kat sana nanti. Mama dah cuba tanyakan pada family member kalau2 ada sedara mara jauh yang boleh bantu.. tapi ramai cam takut nak pi jauh2 ni.. mama kalau boleh tak mahu nak susahkan MIL, babah atau makcik mama.. biar ada yang bekerja senang sikit.. gaji mama bagi bersih.. tiket, visa dan segala toknenek makan minum ditanggung..

Kalau ada buzz mama ok..

Kalau tak ada memang gagah la kami kena hantar adik ke nurseri terus.. Kalau dapat kami cuma nak hantar aiman dulu dan tunggu adik besar sikit..

Alahai... camno la ni..

Isnin, 26 April 2010

tortoise mama

kelmarin mama dok sibuk ngadap lappy.. lepas tu perasan budak kecik tu dah bangun.. mama bawa dia turun.. mama siap2 le nak prepare barang nak mandikan dia.. siap dah ambil baju, pampers dan bentang getah biru..

lepas tu mama pi le ke dapur sat.. ambil sabun dan tuala..

sekali mama ke depan balik..

budak kecik tortoise mama ni leh tidur!!

hehehe.. sian dia..


kesian le terpeleot kat situ..

close up tortoise ni!


sian baby mama..

*sempat snap jadi kenangan ni..

new week, new me!

minggu ini adalah minggu bersilat. Harini kena siap baca dan betulkan satu paper jurnal, kena pi book tapak untuk gathering batch yang tak pasal2 mama jadi organizer nya. Book khemah dan kerusi sekali. Papa sampai dari penang harini, kemas barang2 untuk balik esok.

Selasa kena balik ke penang dah.. sampai kat penang kena mula proses kemas rumah untuk majlis sabtu ni, confirm dengan orang surau rumah, jemput jiran.

Rabu ke office settlekan agreement scholarship, pi matikan setem.. bla2 semua untuk scholar

Khamis pi medical checkup, cari goodie bags, submit borang ke KPT.. kalau lambat maka lambat le duit cheq ni.. makcik dari kampung sampai petang, sesi entertain family bermula..

Jumaat kena cuti sebab family dah ramai datang.. kalau rumah tak kemas by the day memang tebal le muka cheq ni haaa..

Sabtu majlis kecik2 aje.. tapi penat besar2.. ahahahah.. ayat tak kena..

Ahad konpem terbalik kejap!!

Sambung minggu depan..

kalau boleh minta lebih dari 24jam boleh?

ngeeeeeeeeee

Jemput-jemput

Kami nak jemput keluarga dan kawan-kawan ke majlis kecik kami..

Majlis sunat akikah anak kedua kami (Aidan) dan sedikit tahlil, doa selamat dan kenduri masuk rumah baru..

Hari Sabtu ini (1 Mei)

Mula jam 11 pagi..

Kalau ada berhajat nak sampai tu call mama ok.. tinggalkan msg di emel pun boleh aje..

mama akan bagi direction..

tak reveal la address nye kat sini..

:)

jemput tau..

Sabtu, 24 April 2010

rasa nak sepuk aje

kat ofis biasa la kita ada emel official kan? dah tentunya emel tu patut ada penapis 7 lapis dari virus, spam tak tok nenek yang tak diingini kan? especially bila ada tembok api *firewall atau spyware yang canggih2 sampaikan nak tengok blog diyanazman pun kena bar sebab diklasifikasikan sebagai virus threat.. adoyai

tapi yang buat mama rasa nak sepuk tu sebabnya, punya la banyak emel viag.ra, ubat sex dan seangkatannya la dialamatkan ke alluser campus! tak ke ngok?? bengang ok! penuh mailbox aku.. kalau tukar jadi spam pun dia masih kebal.. cemane la..

mama syak, pasti ada malaun yang layan xxx ni dan godam server kampus? siapa? fikir2kan.. hampeh!

Jumaat, 23 April 2010

penangan bukumuka

masa mula2 setup account facebook, mama main taram aje accept semua kawan2.. dari kawan sekolah rendah membawa ke uni, jiran, family dan sesiapa sahaja termasuk student..

la ni menyesal udah.. lagipun tak boleh nak mengeluarkan komen2 yang tidak sesuei gitu.. akhirnya nampak jugalah perangai busuk mama ok.. lagi2 bila nak melaser sedas dua..

sekarang mama tidak gusar.. ku sudah screen senarai kawan2.. yang mana rasa tak sesuai tu ku delete..

ni pun dok berkira2 lagi nak delete kawan2 yang kurang rapat.. tapi nanti kata tak bersosial pula.. camne ek?

korang add camne? main add aje ke?

servis body

semalam mama sebenarnya plan nak pi urut2 badan yang sengal2 ni.. dah terbelit2 urat kat bahu lenguh pasal dok bf baring.. alasannnnnnn..

fikir punya fikir nak ke mana (salah satu ide aster spring kat klcc tu) mama teringat jua punya cerita pasal thai odyssey... sms le ngan cik puan sorang tu dia suggest pi sunway giza.. alahai, jauh le pulak deknon.. mama kat tengah KL..
lepas godak2 dalam internet , rupanya thai odyssey ni ade banyak.. dan memikir nak tempuh jem bagai mama settle for bangsar village punya outlet..

mama ambil aromatherapy thai massange.. 90mins.. pakai relax oil (lavender rasanya).. mama dah suffer sakit bahu lama dah.. outcome? PUAS HATI OK!!! memang syok sangat2.. tukang urut dia memang mantap! pandai dia cari urat2 belit..

jua, makasih pada mu ok.. mama rekemen le kat korang.. memang berbaloi.. tak mahal sangat tapi servis dia best.. kat bangsar village tu pun tak ramai..
petang ni bawak MIL pula.. kesian dia ngadu sakit2 badan.. lak tu melayan aiman seminggu.. kira present untuk nenek le.. thihihihi..

*menantu bodek baikkkkkkk punya.. kakakkaka

price list dia.. klik pada gambar ok (gambar dari website thai odyssey)

Khamis, 22 April 2010

Ok ke tak?

Selama ni aku dok tensi tengok aida rahim pakai ok.. La ni aku ada dah satu.. kui kui kui.. Mampuih harris bising!

ada sapa2 boleh bantu?

semalam dapat email dari sensei mama.. dia pesan standby ambil TOEFL/TOEIC untuk entry nanti.. alahai, tak laku ke IELTS tu? letih le nak ambil exam sokmo..

ada tak sesapa yang familiar exam TOEFL tu?

consult mama please..

thank you

Rabu, 21 April 2010

kenapa saya serabut?

sebabnya...



kami...



akan...



berangkat...



ke....



negara...



kelahiran...




kenal tak?

ada musim..


perasan tak?


dan makan..



ini.. hehehhe.. mampuih tekak cheq

alhamdulillah, setelah bertunggang langgang memikir dan mencari2 tempat.. akhirnya kami dapat juga surat tawaran biasiswa yang ditunggu2 tu..

insyaAllah tinggal lagi sebulan di bumi Malaysia.. lepaih ni bersiaran dari sana pulak..

ok.. serabut banyak sangat, nnt mama story lagi ok..

err.. kena cari kawan yang ada family kat sana ni..

*pictures are googled

Isnin, 19 April 2010

planning oh planning

too many things happen within this few days.. can't wait to share it with you guys.. most of it are good news except for one.. but Alhamdulillah, we accept it as it is.. maybe there's rainbow there at the end waiting for us..

afterall, life is always about sacrificing and accepting god's will.. InsyaAllah, we'll do our best eventhough there's limitation..

mama is still in KL attending meetings here and there.. next week we'll be back in Penang..

toodles..


Jumaat, 16 April 2010

Dinner malam ini

Char kuey teow teluar ayam dibasuh.. Sg dua.. Pergghhhh!!!!!!!

kut kut la ada yang teringin




next week mama ada seminggu di KL.. kut2 la ada yang teringin nak cuba PB, boleh la contact mama.. set ada dibawa juga ni.. setakat order tu no hal.. kalau nak cuba give me a call ye.. kita adjust timing..

korang boleh klik kat gambau tu ye..

Set tersedia menanti korang.. ecececece


Cuba la.. mana nak tau..

tadi mama dah post entry untuk trial packs shaklee.. kat sini ok..

trial packs ni sesuai untuk yang baru nak cuba produk shaklee dan tak mahu bazir2 beli paket besar2..

kalau sesuai boleh le continue beli packaging besar..

sila jenguk ok..

terasa aku bedah - updated.. thihiihi

anis, aku ngaku aku salah satu antaranya.. huhuhuhu

got this from anis email.. LOL!

The 9 Most Annoying Types Of People On Facebook

Here are 9 of the most annoying types of people you will find on Facebook.















testing testing 1 2 3

pergh.. jakun sat nih.. first time guna WLW.. try and error je ni.. mama ingatkan leh buat untuk 2 blog.. rupanya boleh untuk satu blog aje le.. huhuhu.. takpela.. janji ada kaedah mudah lagi nak masukkan entry..

 

schedule entry tau ni..

Khamis, 15 April 2010

nantikan

sila nantikan kemunculan pakej2 trial untuk shaklee dalam blog mama yang baru tu ye..

la ni nak balik.. kemas rumah.. esok babah mama sampai.. yeay!

apa kes?

pernah tak korang kena situasi yang mana korang minta bantuan seseorang untuk bertanyakan sesuatu kepada pihak ketiga, kemudian orang tu berbual dengan pihak ketiga dengan merujuk anda sebagai kes si polan? grrrr.. menyampah pun ade ok.. as if mama tak exist depan dia bila dia berbincang tu..

rasa macam pesalah pun ade..

lagi satu, kenapa bila kita minta bantuan seseorang, dan dia lambat ambil tindakan menyebabkan kita terpaksa buat follow-up kita akan dikecam sebagai "asyik2 dia ni aje?"

siap ade cakap depan aku "mas, nama you dah femes dah kat atas tu.. asyik2 you aje"

CIS!@@##$!@!!

dikala malam

Rabu, 14 April 2010

affiliates

I have been blogging previously about the goodness of using Premium Beautiful. I have been using it for quite sometime.. in fact, it was more than a year ago I started wearing it but stopped during my second pregnancy. During my confinement I managed to get back my figure (alhamdulillah) and currently still struggling to lose a little more weight. It's quite a hard process I know that but I am still not giving up! especially my tummy! I manage to get back my previous measurement for my thigh, my arms but still not my tummy.. I totally not blaming the breastfeeding although there are some people who mentioned my not-so-beauty tummy is caused by continuous food taking and lots of drinking. sigh.. PB has been helping me to get my almost pre-pregnancy figure.. I manage to wear all of my pants and jeans! no big thigh for me! yeay!


But anyway, I am totally grateful for my current figure and I believe losing a little more pounds will help.. I'll try my best on that.


On the other hand, health is very much of my concern. Especially during this kind of season where it is unpredictable. Those who have been reading my blogs surely knows that I have been taking supplements not only for the breastfeeding process but also for my health. Alhamdulillah, Allah has given me a very good health until now and this is why I want to share it with you!


With the help of my friend arnie (mummy to harith n hannah), I managed to get to know about SHAKLEE.. and I am proud to say that today I am the independent distributor for shaklee.. Should you need any assistant about the product, please do not hesitate to contact us! I am still learning though and I hope to get your support especially to those who really concern of their health and well-being.


Not to forget, please drop by to my new blog.. It'll be filled with all my experiences on motherhood and breastfeeding. I may not be giving you medical opinion though but if you need support and motivation do not hesitate to get in touch with me.

Follow me on new updates for the blog ya?

XOXO


kari ooo kari

semalam dalam twitter ada kawan ku sorang tu buat pengakuan berani mati tak pandai masak kari. Well dear, here is my curry version.. I have been making curries since my form 5! yeap! no kidding!! papa sendiri cukup suka kariku yang sentiasa dibega-bega sampai jumpa kekdah sendiri

so, here it goes

KARI IKAN versi mamaaiman (untuk 2 orang makan)

bahan-bahan
  • ikan - kalau kembung 2 ekor siap basuh dan kerat dua
  • 2 paket kari (mama selalu guna cap MATA dan cap BABA'S) tapi pakai setengah bahagian untuk 1 jenama.. kira kalau tambah 2 jenama tu serupa macam dapat satu pek le.. campurkan air sikit jadikan pes
  • daun kari - sila tanam dalam pasu jika malas beli ok! huhuhu
  • bawang merah kecil dua biji di racik halus
  • halia diracik halus lebih kurang setengah ruas ibu jari.. sikit je le..
  • rempah campur satu sudu besar (beli kat kedai india konpem ado)
  • asam jawa - kalau malas guna asam jawa adabi tu satu sudu kecik
  • santan - kalau cap ayam (ayam brand) pakai sekotak
  • bendi di basuh dan dikerat ikut suka
  • tomato pun dikerat2..
  • garam secukup rasa
cara-cara
  • mula2, panaskan minyak lebih kurang 3-4 sudu makan
  • bila minyak panas, masukkan bawang dan halia yang dah diracik
  • bila dah naik bau, masukkan pes kari tadi. make sure api kecik supaya rempah masak dan pecah minyak. bab yang ni paling penting.. kalau tak pecah minyak kari jadi tak sedap
  • sementara pes pecah minyak, masukkan rempah campur dan daun kari.. biarkan pes pecah minyak ok (ulang 2 kali dah)
  • bila pes dah pecah minyak, masukkan sedikit air dan ikan.. sikit je air.. dalam setengah cawan minum tu..
  • masukkan juga asam jawa tadi (kalau perahan, tak perlu masukkan air dalam step awal, terus guna air asam je)
  • biar menggelegak sikit supaya ikan hampir masak dan kendian masukkan santan.
  • bila hampir menggelegak, masukkan bendi dan tomato.. garam secukup rasa..
  • tadaaaaa... siap le.. kalau nak spesel lain sikit cam orang parit buntar buat, korang try taruh daun kesum.. serius lain kari korang..
ok.. kalau tak clear, sila ajukan soalan dalam komen ok..

Selasa, 13 April 2010

sharing is caring

mama dalam proses untuk set-up satu blog untuk rekod journey motherhood dan breastfeeding mama.. dalam masa yang sama mama nak cuba juga jadi businesswoman.. mana nak tau.. kot2 boleh berjaya..

once siap mama lancarkan nanti korang jenguk2 ye..


house warming..

kami dalam proses nak planning untuk house warming.. dah hampir sebulan masuk rasanya molek la kalau dibuat house warming @ doa selamat @ tahlil.. cuma masih tengah consider nak buat sekali sunat akikah aidan atau tidak.. ongkos mencanak le lagi bulan ni.. nasib tuan haji (heheh.. abah mama le) ada sebut nak join sikit fulus untuk doa selamat @ tahlil arwah..

bila nak buat? mmm.. nanti kami reveal ok.. kalau kawan2 online nak datang, email mama dulu ok.. sebab takut la nak reveal address mama.. kang kena serbu ala2 paparazzi camno? kui kui kui..

foodies pun kami tengah consider.. nak nasi beriyani ka, nasi kandar ke? kalau idak buat nasi lauk biasa je.. huhuhuhu.. korang kasi idea la.. leh kami riki2 kat sini.. *papa dok bisik kat mama ni.. buat bihun goreng je.. cheh!

jemputan insyaAllah dalam masa terdekat kami akan hantar.. family, kawan2 dan jiran2 mama jemput la.. maybe ada yang perlu RSVP.. just to ensure enough food for the day..

aidan, sorry ye mama kena consider betul2 untuk akikah kamu.. bajet ketat sejak masuk rumah ni.. banyak dah keluar haritu.. nak kumpul balik berdikit2 le..

ok.. sambung kerja.. ni layan blogging dari lab ni.. huhuhu

Isnin, 12 April 2010

lepak-lepak

weekend lepas adalah heaven! mari mama start recap balik.. jumaat petang mama n papa ke pcfair.. papa mencari harddisk dan mama cari beg (ahahaha.. tah apa2 je) untuk bubuh lappy baru.. hihihi..

janji asalnya nak jalan2 kat pcfair dengan isma n clan, tapi tak tercapai.. kami tak jumpa kat pisa walaupun masing2 dah sampai.. kebenda la ko merepek mama oi.. isma, nanti janji lain ek..

lebih kurang pukul 5 kami zasss balik rumah.. sebabnya, ada agenda kat rumah..

ni idea dira la ni.. nak lepak2..

konon plan asal dia nak masak spagetti kat rumah dia n makan kat rumah mama.. sekali rumah dia takdak air... huhuhuhu.. terus masak kat rumah mama aje la..

baik punya dira kesayangan mama ni, dia siap ajak lagi reen n clan, munah n miah.. perghhh.. dah jadi mini gathering batch kami kat utara dah ni.. ahahahha.. kami tak ramai geng kat sini.. so agak close-knit juga kami kat sini.. selalu update masing2.. lagi2 bila rumah masing2 dah dekat.. bagai jiran ko!

reen 'bakar' sate kat rumah, munah buat agar2, miah (eh, asal ko tak bawa apa2 dari sik ye?), dira masak spagetti, mama order aje dominos.. ahahahha.. ngelat! best seh kat sini dah boleh order dominos!!! mama sukeeeee...

malam tu borak sampai pukul 11 lebih tu.. dira n miah siap tidur kat rumah mama lagi (best la.. lenkali kita buat gitu lagi ek)

sabtu mama n papa lepak rumah pasang2 n gantung2 hadiah isma, rack kat toilet.. ahad papa pasang rack kat dapur.. huhuhu. bagus pa.. efisien!

entry ni juga mama nak ucap terima kasih pada semua yang sudi jenguk rumah kami, kasi present, dan sebagainya..

to list a few:

  1. MIL dan SIL - tq sebab bantu kami kemas2 pindah haritu
  2. isma n clan - tq singgah dan tq hadiah korang tu dah selamat digantung.. kalau free mai tau..
  3. dira, reen n clan, miah, munah - sila singgah dan buat cam rumah sendiri ok.. dira, hadiah candle stand hang tu aku dah pasang siap candlenye..
  4. kak im dan abg nizam - terjahan mu memang berkesan! aaahhaha
  5. Dr fauziah, abg amy - tq untuk buah pelam spesel dari arau tu ye..
hujung minggu ni babah n makcik pula mai sini.. wancu nana?? bila mau datang?? sila bawa hadiah ok!! wajibulghunnah!

ok.. layan gambar kejap..


reen memang rajin masak untuk areefa.. aiman sibuk ngendeng!

daddy day care.. hahaha.. jejaka2 ni jaga anak2 masa kami dok bergossip! huhuhuhu


ikut putaran jam - aunty dira (tukang masak spegetti), teacher miah (thihihi *evil laugh), aiman sibuk and auntie reen (tokay sate!) - weh, gambar nana takdak laaaa... mampuih kena bising kang!

tolong kengkawan..

mula2 elly (kawan sekolah mama) support untuk poncho breastfeeding ni..

sekali dia pun lupa sekaki..

KL-48-Hour-Film-Project

cuba la korang klik.. :)