Memaparkan catatan dengan label tutorial blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tutorial blog. Papar semua catatan

Khamis, 11 Ogos 2011

klik klik

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

Kalau korang perasan, ada few button links kat sebelah atas blog mama ni.. Blog Owner la, Kyoto Tour la, Japan Tour la.. sebelum ni ada link yang kosong.. so, mama dah buat sikit clean up, dan bubuh link yang sesuai bawah page tu.. feel free to browse.. mana nak tau ada yang nak datang jepun terutamanya Kyoto ni.. boleh buat homework sikit..

Link tu semua kenang-kenangan kami hidup kat Jepun ni.. mana nak tau esok2 anak2 dah besar2, teringin nak tengok gambar2 lama, semua ada kat situ..

Enjoy!

Rabu, 8 Jun 2011

waahhh... ni makin canggih ni

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


masa buka dashboard tadi, ada notification.. sekarang dah ada mobile view for blogger!!!! yeay!!! sebelum ni wordpress ngan blog2 yang pakai platform sendiri aje yang ada..

err, tapi ada ke orang yang view blog mama ni guna phone? kakakkakakka...

apa2 pun, no harm to activate..

sila la ek..

Khamis, 2 Jun 2011

Benda baru dalam blogger -- plus one button

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


Owh, ni ada extension baru dalam blogger.. blogger dan google dah tambah satu extension baru.. nama dia Plus One Button.. fungsi dia sama macam like button atau FB link button.. cuma sebab link dengan google maka mama rasa bila kita add +1 kat situ, kita akan dapat bantu search orang lain dalam google berkenaan dengan topik yang blogger tu ceritakan..


caranya,

korang masuk dashboard, pegi kat design setting, bawah blog post, ada butang edit.. kat situ, korang klik, masuk dan make sure share button tu di klik.. macam gambar kat atas..

haa...

ce la try ek..


Khamis, 12 Mei 2011

list blog yang best untuk disinggah

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p





mesti ada antara korang yang jenis addict nak blogwalk hari2 kan? mama pun macam tu juga.. kadang2 bosan tu cari2 juga blog2 yang best untuk dibaca..

apa kata kita mula buat list untuk blog yang best untuk disinggah? tak payah banyak..

kalau mama start dulu bagi 10 blog dengan link, pastu korang buat juga (redundant pun tak apa, tapi jangan la 10 tu sama dengan orang asal punya), lama2 nanti mesti kita ada banyak blog yang kita boleh singgah kan?

kasi tutorial sikit:

1. korang letakkan nama blog tu
2. copy dan letak link dia
3. bubuh genre blog tu -- contoh: blog masak, blog politik, blog agama, blog artis etc.
4. korang letakkan la badge blog my bittersweet life kat atas..
5. tinggalkan komen di entry ni kata korang dah buat.. bubuh link lagi senang kawan2 nak terjah
6. ramai2 kita singgah blog2 tu..

senang ke susah? kalau tak mahu buat 10, buat 5 pun takpe.. janji korang sudi nak share..

ok,

ini list blog yang mama suka singgah (kawan2 top priority la)

  1. TopsyTurvyMom - BLOG MASAKAN <<-- akak ni dia duduk OZ.. rajin masak.. suka baca celoteh dia.. mama selalu juga copy idea2 masak dia.. hai kak, lambai ni..
  2. Remgold OpEd - BLOG POLITIK & EKONOMI <<-- blog ni selalunya cerita komen pasal ekonomi dalam kaedah yang mudah difahami (layman) orang singapore.. 
  3. Keretamayat - BLOG AGAMA <<-- blog ni best sebab dia bincangkan isu2 agama dalam keadaan yang santai.. penulis dia anon, tapi isu yang dibincangkan selalu universal dan sejagat..
  4. Blog Usang Lagi Bersawang - BLOG TRAVELOGUE <<-- blog student Dr yang baru balik dari luar negara tgh houseman di penang.. blog ni ringan dan budak ni jenis sempoi.. 
  5. Saifulislam - BLOG AGAMA <<-- mula ikut blog ni lepas baca buku2 ustaz ni.. 
  6. Kakiku Suka Berjalan - BLOG TRAVELOGUE <<-- ina ni junior mama di UTM.. husband dia pun kawan mama.. mama suka blog ina ni.. walaupun selalu kasi dengki sebab upload gambar makan2 dan jalan2.. jeles ok! hehe -- HAI INA!
  7. YatieChomeyl - BLOG TRAVELOGUE <<-- yatie ni kawan maya yang baru kenal setahun lepas.. duduk jepun juga.. so mama banyak refer dia tips2 hidup dan jalan2 di jepun ni.. HAI YATIE!
  8. Hana Sakura - BLOG TRAVELOGUE <<-- pun orang mesia duduk jepun.. lagi tepat duduk sendai.. tempat tsunami tu.. Hanis ni student.. dia rajin update pasal jepun juga.. so mama enjoy singgah blog dia
  9. My Botang - BLOG CRAFTY <<-- kak su ni kawan mama di kyoto.. she's really good at sewing.. banyak bag mama beli dari dia.. sampai mesia ok dia jual.. dan dia jugak jual buku2 jahit jepun.. ce singgah..
  10. Hanamemories - BLOG MASAKAN <<-- ni pun antara blog yang mama suka copy idea masak2 dia.. sebab dia sebelum ni duduk jepun.. so senang nak refer bahan2 yang dia guna.
ok, kalau free korang buat ek.. boleh gak kita kongsi blog2 yang korang suka baca.. 

jangan lupa tinggalkan link kat entry ni..

Selasa, 19 April 2011

nampak benar

* السلام عليکم *


こんにちは q(^_~)p

tak ade kereje, pi cari kereje.. sangkut le buat program tu.. blurgghh.. sikit lagi boleh muntah..

tengah godek2 dashboard perasan la ada butang stats tu.. baru tau.. rupanya banyak benda kita boleh tengok dari situ.. keyword apa yang orang datang singgah ke blog kita, dari mana..

mula2 traffic source.. dia tunjuk dari mana referal blog kita, keyword apa yang sampai

traffic source
 yang ni siap ada stats tunjuk browser apa pengunjung kita.. best laa

traffic source
 yang ni tunjuk posts kita yang paling banyak orang singgah.. rupanya ramai juga yang singgah kat page Kyoto Tours tu.. insyaAllah will update more there.. mana nak tahu, ada orang2 yang nak berkunjung ke Kyoto..

post
yang ni overview.. kita bloeh tengok summary jumlah kunjungan.. mama perasan masa mac haritu naik banyak lagi2 lepas join review ben ashaari tu..

overview

Selasa, 5 April 2011

Shantek tak?

السلام عليکم


sambil kelip2 mata.. cantik tak blog mama?

makeover sempena 3 tahun usia blog ni.. sekarang pun tengah musim sakura.. so, mama request dari ida untuk buatkan mama template yang sesuai dengan mood blog ni.. mama harap korang pun suka untuk singgah.. insyaAllah inilah rupa blog ni.. harap2 sesuai la sampai mama selesai hidup di jepun.. later nanti kita fikir lain..

insyaAllah, will update on the tabs later.. ada benda nak kena buat la ni..

kalau korang pun suka nak makeover blog, boleh singgah di http://kraftypalette.blogspot.com/ pakej murah dan laju je ida buatkan untuk mama..

ida, tq sebab sudi buatkan blog i.. sudi layan kerenah remeh temeh i..


Selasa, 25 Januari 2011

cedok

semalam masa mama dok korek2 internet cari idea untuk speech awal bulan depan (speech kelas bahasa jepun - yikeesss!!) mama bagitau kat cikgu nak cerita pasal bunga kebangsaan mesia - bunga raya la..

godak2 internet jumpa la link ni..

link 1

peratikan ayat2 dalam blog ni.. mama rasa ini penulis asalnya..

pastu, korang tengok pula link ni..

link 2

aaaa.. giler tak? cedokkan bulat2 ok.. tanpa rasa perlu credit pada penulis asal.. siap ada ayat kat bawah tu seolah2 dia mengkarya asal teks tu.. aduhai.. inilah yang dikatakan tak memahami konsep meminjam kata2 atau quoting..

dalam adab penulisan.. tak kira ilmiah atau tidak, jika kita nak refer pada ayat seseorang atau mencedok idea beliau, kita perlu bagi kredit atau acknowledge sumber asal kita.. tak kira la hatta google sekali pun, kita perlu mention atau letak dalam penulisan kita..

malu la, mengaku sesuatu yang bukan hak kita.. kalau tak kantoi satu juga.. ini bulat2 kantoi.. sebab tu banyak blogger dan penulis2 marah bila idea atau karya mereka dicedok tanpa kebenaran dan kredit..

masalah plagiarisma ini bukan setakat orang2 biasa aje.. dalam dunia akademik ni berlambak2 masalah ini.. sebenarnya kita kena didik diri sendiri supaya hargai kerja orang lain dan dalam masa yang sama jangan meniru! ye.. diulangi jangan meniru!!

masa mama mengajar tahun2 sebelum ni mama memang banyak jumpa student yang jenis suka meniru kerja orang lain. tahu atau tidak, cikgu2 atau mereka yang berpengalaman dalam bidang mereka sure akan tahu sama ada tu kerja asli pelajar tersebut atau hasil tiru.. sebab selalunya orang yang meniru ni tak bijak.. kalau meniru dengan bijak sure kita akan jadi bangsa yang lebih hebat.. sebab bila kita meniru dengan bijak, kita akan jumpa kesalahan atau kekurangan sumber asal dan kita akan improvise supaya ia menjadi bertambah baik, betul tak?

sebab tu masa ada student kantoi 2 orang (ni cerita benar) meniru report, mama punya la mengamuk.. disuruh mengaku tak mau mengaku.. last2 bila ugut fail subjek tu baru mengaku.. padan muka kena ceramah dengan mama.. nak tau kantoi sebab apa?? mama ajar subjek tanah, tapi depa dua orang ni bijak bistari buat summary untuk report tu berkait dengan konkrit!! tak ke hangin satu badan.. habis mama ngamuk berleter panjang berjela.. haish.. bikin malu aje!

so, pengajaran kita hari ini, jangan buat C&P (copy n paste), cedok tanpa kebenaran, plagiat dan apa aja la jenayah penulisan ni lagi.. INGAT!! kalau kita buat benda tak baik, satu hari nanti sure kantoi!!!!

Isnin, 1 November 2010

butang suka suki

perasan tak mama tambah butang like facebook dekat blog ni.. weehooo.. macam le ramai yang suka dengan entry ku.. akakakka..

dengan murah hati (sebenarnya tengah cari mood nak study) mama buat sikit tutorial dia..

sebenarnya untuk code dia boleh klik kat link ni

bila masuk kat dashboard, masuk kat design, edit html



pastu, pi kat expand widget, klik check kat situ.. nanti dia akan panjangkan lagi detail coding kita..


pastu, cari





betul2 sebelum tulisan tu, paste coding yang kita dah amik (berdasarkan butang like yang kita nak dalam link di atas)



make sure save..


pastu tadaaaaaaaaaaaaaaaaa....




haaa... kan dah ade..


ape laie, sila klik butang LIKE tu ye!!! kikikiki

Jumaat, 15 Oktober 2010

tengah bosan

tengah bosan ya rabbi.. maka mama susun balik kedudukan blog ni.. link semua mama dah cabut.. tempek kat satu lagi blog.. www.mamaaimanv1.blogspot.com

dah lama buat link tu.. cuma tak tempek kat sini aje.. so semua link ada kat situ.. senang.. satu tempat aje.. kalau idak mesti keciciran..

kalau ada nama sesiapa keciciran bagitau le.. leh kenal2.. lagipun sharing is caring..



Rabu, 26 Ogos 2009

tutorial blog - tukar layout guna xml file

bantuan pernafasan ini adalah ditujukan kepada puan reen yang katanya dah bosan tengok strawberry kat blog dia.. hahahha.. memandangkan hari ini aku masih belum ada semangat nak kerja, ku layankan jua permintaan mu itu reen..

Step 1 - Mula² pastikan ko save blog asal ko tu.. make sure ko masuk dalam dashboard ko, klik pada layout, edit html dan kemudian ko download full template macam kat bawah ini..

save le dekat mana² sekalipun.. kiranya macam backup blog ko le ye..

Step 2 - Kemudian, ko pi la cari mana² layout yang ngko suke.. dan download nye.. save le kat desktop ko untuk diupload dalam blog kelak..

yang ini ehsan ipietoon.com

Step 3 - Masuk balik dalam dashboard ko, browse file macam aku tunjuk kat bawah ni.. dan upload.. ko make sure apa² coding html ko dalam blog asal di kopipes dalam word ka, mana² ka.. nanti ko insert la gadget kemudian.. save template tu..


makanya.. tadaaaa.. ko boleh view blog baru kau.. sila adjust² layout itu mengikut sesedap rasa ko..

harap dapat membantu ko seadanya.. sebarang soalan boleh diajukan ke bahagian komen.. hahahha

Selasa, 17 Mac 2009

macammana nak tukar layout

Tutorial bergambar ni special untuk kak aishah.. semoga membantu.. ahakss
  • akak kena make sure dulu yang layout akak tu yang normal basic layout.. pyzam selalunya dia punya layout widget kita kena buat setting lain kalau hilang.. jadinya kalau nak selamat, pastikan akak save dulu apa2 yang patut.. especially link- link yang ada..
  • lepas tu, akak tukar layout kepada yang paling basic dalam blogspot tu.. sebabnya dia tak suka2 hati buat widget kita..
  • kemudian, akak masuk pada cutest blog tu, pilih background yang akak suka. contohnya dalam gambar bawah ni
  • akak boleh ikut step yang dia bagi tu.. kemudian, akak copy dia punya coding kat situ
  • bila dah copy coding, akak masuk balik pada blog akak, masuk pada layout, kemudian pilih add a gadget (macam gambar bawah ni)

  • lepas tu, akak klik pilih html/Java script tu..
  • kemudian, akak paste la coding tadi dalam box macam gambar di bawah ni... save dan TADA! akak ada page baru

yang bagusnya application ni, kita boleh tukar layout suka2 tanpa perlu risau widget hilang..
semoga berjaya!!