Memaparkan catatan dengan label Aidan's life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aidan's life. Papar semua catatan

Ahad, 2 Disember 2012

live dari jamban

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

dok back up video2, lupa nak upload ni.. aidan singing.. bulan 4 haritu punya video benarnya.. selalunya camni le aidan.. nyanyi di bilik mandi.. boleh bankrap makpak.. bila tgh mandi kita kata dah sudah2, dia marah ok! selagi dia x habis nyanyi kena la tunggu..



lagu asal ini benarnya



hahahhaa macam jauh beza x? hahaha

Jumaat, 28 September 2012

in between datelines

* السلام عليکم *


dah beberapa hari anak2 batuk2.. selesema jangan cerita la.. sroot sroot.. mak dia pun boleh tahan.. rasanya salah satu sebab suhu tiba2 turun.. last week masih max temp dalam 35deg gitu.. minggu ni zass turun max 23deg.. angin dia fuuuhhhh syok memang syok la, tp pastu siapppp srroot srroott

malam tadi aiman paling teruk.. siap tidur berbunyi2 dada dia.. so pagi ni pi klinik.. ambil sekali dua2 orang kena nebulizer.. tsktsk..

moga korang cepat sembuh anak2..

Untitled
habis klinik kena godak dgn budak 2 orang ni

Khamis, 6 September 2012

another post on 2012 raya

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

balik malaysia was fun yet tiring.. tapi seronok tengok anak2 dapat beraya.. almaklum, aidan tak pernah beraya di malaysia, aiman pulak last time beraya masa umur dia 3 tahun.. so kali ni beraya memang meriah.. anak2 kumpul duit raya.. yang lawaknya aiman siap tanya 'apa ni?' kat nenek pertama yang bagi dia duit raya.. jakun sungguh anak bujang mama tu..

dapat la kami merasa beraya kat rumah parents mama sendiri, rumah inlaw mama, anak2 siap sampai ke alor setar lagi kampung abah mama..

dari hari pertama jejak kaki kat malaysia, sampai la hari nak balik, kerja mengunyaaaahhh aje.. dari makan berat sampai dodol kuih raya semua balunnnnnnnn

ok,

malas menceceh, enjoy gambar lagi :)

DSC_2536
peace!
DSC_2533
peace lagi hehe
DSC_2532
anak2 bujang mama
DSC_2577
aiman being cheeky

DSC_2568
tok ayah rambut umrah ni

DSC_2565
maktok

DSC_2564
sisters

DSC_2552
posing kat rumah orang yo hahaha

DSC_2559
henbeg susu gitteww

DSC_2551
tok ayah n maktok borak2

DSC_2549
acu bear kerja buli aidan je hah

DSC_2548
habis dia geram kat kucing

DSC_2547
aiman tak tunggu dah.. terus terjah

DSC_2545
cuba minta kebenaran nak sentuh kucing hehe

DSC_2544
:)

DSC_2543
TOUCH!

DSC_2542
aidan tak berani lagi.. dok jauh je tengok

DSC_2541
kantoi aku tengah isi sampul raya haha

DSC_2540
aidan korek beg acu

DSC_2539
peace acu

DSC_2537
cari pasal dgn acu





DSC_2534
cak



Khamis, 1 Mac 2012

di celah2 minggu - eh tajuk tak tahan

* السلام عليکم *



 こんにちは q(^_~)p


ya Allah.. dah masuk mac.. kejap sangat la tahun ni berlalu.. maka tinggal la lagi 10 bulan genap2 sebelum 2012 berakhir.. owh tidaaaaakkkk o_O banyak perlu dikerjakan.. masa berlalu pantas betul.. oktober ni mama tahun 3 phd.. *gigitjari.. seraaaaaaammmmmmmmmmmmmm

mula la aku nak gelabah biawak ni.. serius! jangan le jadi perangai haru masa zaman dulu2.. bila tiba peak aku rasa nak abandon aje kerja ni semua.. yikes!

by april mama expect to have another publication.. tik tok tik tok.. analisis dari tengah bulan januari hampir siap tp cikgu tambah benda baru untuk analisis maka rasanya tak layak tidur dah ni kalau nak siap paper by april.. ya Allah.. permudahkanlah.. moga2 dapat selesai within timeframe yang mama plan.. kalau tidak haywire la sampai tahun depan.. takmo2.. nak balik on time :P

a little update about the kids. alhamdulillah depa sihat, syukur.. dan tak marah2 sebab dah berapa lama tak keluar jalan2 dengan depa.. weekend pun banyak dihabiskan masa kat rumah sebab mama dan papa bergilir buat kerja.. papa pun busy.. kesian anak2.. tapi mujur juga anak2 tak reti mengeluh sebab tak keluar.. mungkin sebab kecil lagi.. as long as dapat duduk bawah ketiak mak dan merengek menangis sampai makpak naik mengong (hahah) rasanya cukup kut kat depa..

aiman punya kelas kumon still ongoing.. berterabur mak dia punya jadual sebab kena balik lab, masak dinner, hntr aiman ke kelas, kalau takde kelas kena buat homework, lepas siap makan mandi ke apa tidurkan depa baru la kami boleh study.. kalau idak ke laut juga kami hanyut tidur.. hahahaha tapi mama syukur papa banyak sangat membantu.. kena bagi 10 markah kat papa.. yeay! :)

aidan? lalalalala budak kecik ni memang.. tak boleh nampak abang buat something dia pun nak juga buat.. sabar aje le anak yang kecik sorang ni.. masih tak putus susu.. sebab mak dia tak menang tangan nak kebalkan diri n kentalkan diri especially time malam.. jenuh.. pernah try tgh mlm tak bagi nenen meraung2 macam apa... dahle kami penat dah so kem salam.. mari kita sambung bf la aidan.. hahaha.. jangan sampai tua sudah :P

bila takde kerja ini la yang kami buat.. ngahahahhaa





aiman, aidan, sampai sebelum kamu kawen kiss mama aje tau.. kiss pompuan lain siap kamu mama sebat! 

Rabu, 1 Februari 2012

the end...

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


bunyi suspend habis! tapi benarnya.. the end of the first month of 2012 -- aiyayayaya.. kejap sangat sebulan berlalu.. maka makin dekat mati, makin dekat time nak habis study (aaaaaaa takutttt) dan makin ehem menua :P

so what happened on the last day of january 2012?

pagi2 lepas hantar anak2, mama ke lab macam biasa - success kemas meja mama, vacuum my corner, lap meja yang berhabuk dan susun paper yang perlu dibaca, buku2 kemas bagi ada ruang baru, feel baru untuk kerja.

then lunch as usual.. check elaun owh alhamdulillah dah masuk.. sekali yang masuknya mama je, papa punya tak masuk lagi.. aiyoh.. semalam dateline sewa rumah dan hutang2 serta bil2 yang dah macam tinggi gunung fuji.. so mama balik awal nak ke bank semua (unfortunately kampus mama jauh dari pekan so kena patah balik ke kampus papa)

selesai aje bayar bil, sensei Aiman call kata demam panas -- 40.4deg! haih! zasss ambil aiman, bawa ke klinik.. klinik pulak tutup kena tunggu sampai pukul 5ptg..

masa kat sekolah aiman n klinik depa start risau takut influenza. ramai budak2 kena time ni. orang tua pun.. lepas je balik dr klinik, suapkan aiman makan (ok, dah rasa macam laju gila sbb masak semua hntr aiman klinik) bg dia makan ubat..

malam sponging aiman smbl ber-twitter dgn kwn2.. pukul 9 lebih kurang papa tidurkan aiman, baru mama boleh mandi, kemas2 sket.. ok.. semalam memang tak sempat study.. sempat organize data untuk analisis aje.. harini la nak start buat kerja.. aiman dah turun temp. pagi ni 37.4 alhamdulillah.. so bg pcm n ubat selesema aje.. esok kalau masih belum kebah papa take turn jaga aiman kat rumah..

aidan pulak harini ke nurseri macam biasa. alhamdulillah aidan ok.. mama kena kerap lagi bagi scott emulsion kat budak2 ni supaya tak demam or sakit.. takut la kalau anak2 sakit..

haha, ni malam tadi.. practice jadi org kaya :P

harini aiman practice kumon - muka segar hrni

sementara aiman rajin study ni mama nak samb kerja kejap.. 

Isnin, 9 Januari 2012

aidan's blue bear

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

rasanya sepanjang duduk di jepun dan menghantar anak2 ke nurseri jepun, kami banyak belajar tentang perangai emak2 di jepun ni.. kalau cerita pasal involvement dalam hal2 nurseri memang orang mesia jauh kalah le.. serius.. lagi2 kami hantar nurseri kerajaan (ala2 tadika kemas tu) lagi banyak songeh depa.. masa hantar aidan kat kindy private lain songehnya dan sekarang lain lagi songehnya

apa2 pun, songeh2 ni sebenarnya banyak membentuk kami supaya lebih ambil berat aktiviti sekolah anak2..

contoh, kalau hari sukan ke, hari kebudayaan ke semua mak ayah kena join.. tak boleh nyanyi, menari, tak boleh menari, cikgu akan bantu sama2 tolong parents..

nak dijadikan cerita, barang2 kraf kegunaan anak2 kami kat sekolah pun kami yang kena buat sendiri.. papa pernah jahitkan (yaaa you heard me right) beg untuk Aiman bawa jalan2.. dalam beg tu aiman akan kumpul la daun2, kayu2 atau batu2 cantik yang dia jumpa.. mama pernah buat box untuk aidan duduk dan main dengan kawan2 dia.. kami pernah sama2 duduk buatkan deco untuk krismas tahun lepas (aiman punya) dan yang paling latest... jeng jeng jeng..

KENA JAHITKAN BEAR!! hahahaha

Bear aidan
bear aidan yang paling comot kaler biru belah kiri tu.. hahaha..
ce tengok bear lain.. comel sangat!

mintak ampun la korang.. mana nak dapek weh.. jahit bear anak sendiri.. seminggu sebelum cuti tahun baru tu, cikgu aidan cakap yang aidan suka bear kawan2 dia (mak kawan2 dia dah siap lama dah) pastu dok persuade mama, kalau ada masa tolong la buatkan.. aiyayaya.. dah bila cikgu dia pujuk camtu memang tak dapek la tolak..

cikgu dah siap bagi pola bear tu dan instruction (dalam jepun, gulp!) mujur la nampak simple.. menggangau heret papa pi cari kain dan kapas untuk filling bear tu semua..

sebab tangan memang sokmo keras kaku, hah amik, dah silap.. siap dah isi filling camne nak jahit button untuk mata bear ni.. huwaaa.. ala, lantak le.. ni bear insap.. semua pakai kain je. akakaka..

tapi kan, lepas je bear tu siap, mama tunjuk aidan.. and aidan punya expression masa pegang bear tu? PRICELESS!!! dia peluk, heret merata sampai kami kena sorokkan bear tu seriau kotor teruk sebelum sampai school dia.. mujur dia x perasan lepas tu kejap.. bila nampak bear tu kat sekolah hah, terus pegang tak lepas.. kena pujuk ok bear tu nak tidur dengan bear2 lain baru la dia tinggalkan bear tu..

pengalaman sungguh la.. lepas ni kena buat apa la pulak.. kehkehkeh.. sabar je laaaa :P

Khamis, 5 Januari 2012

peneman setia

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


bukan semua orang bertuah ada peneman setia.. aiman dan aidan merupakan insan2 terpilih sebab saling teman meneman antara satu sama lain..


sebagai contoh



temankan abang berak.. bukan sahaja saya dapat bau, tapi saya juga dapat feel.. mula2 teman (gambar kiri) pastu saya pun dapat feel meneran (gambar kanan) ahahahaha.. siapa mampu??

nak tutupkan pintu rumah? adik boleh temankan, makan? adik boleh temankan, mandi pun adik boleh temankan.. tidur? abang boleh temankan.. hehehe

Jumaat, 9 Disember 2011

last saturday -- Aidan's birthday

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

Sebelum genap seminggu :P meh nak update sikit pasal Hero no 2, Aidan..

Aidan turned 2 last saturday.. orang kata dah mula trouble 2.. it's ok.. we still can handle it.. cuma kadang2 tu rasa juga nak tinggalkan kat tepi jalan jepun ni.. hahaha.. most of the time, Aidan n Aiman are my jewel.. ada tika yang mama dia rasa boleh naik darah tinggi sekali dengan suara tinggi bila geram tu mai.. hahaha..

Aidan sorang budak yang cheeky. Sama macam Aiman. Seminit tak duduk diam unless dia tidur (masa tu tenang je mukanya) mulut keletah (macam siapa la tu ek) suka nyanyi sambil goyang2 kepala tanpa fikir masalah.. hahaha..

Birthday Aidan tok ayah, tok, papa n abg aiman jalan2 pi Osaka :) mama tak dapat ikut sebab ada seminar.. haih.. sampai sudah mama ralat bila birthday tak dapat sama2.. cuma mama ganti balik malam tu beli kek.. so dapat la Aidan potong kek :) alhamdulillah..

Aidan, mama doakan Aidan membesar jadi anak yang sihat, soleh dan bijak. moga Aidan jadi insan terbaik dan sentiasa dirahmati Allah.. amin

DSC_0251
muka excited nampak kek

DSC_0253
nak tiup tak reti :p

DSC_0254
happy 2nd birthday sayang

DSC_0257
mama, picit lilin ni boleh? (background mama ngan tok jerit.. haha)

DSC_0261
terjah kek ituuuuu

Sabtu, 22 Oktober 2011

korek telinga pun belum tentu boleh menyelesaikan masalah ini T_T

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

ya Allah, lately terngiang2 lagu ni..



dengan lagu ni



walaupun suara no 2 tu org nyanyi karaoke, rasanya nak pecah kepala mama sebab aidan dok nyanyi lagu ni sambil menari2 tengok cerita anpanman ni.. hahahahha

kegilaan aidan sekarang


bila tengok wikipedia, woohhhh rupanya anpanman ni karektor dari zaman perang dunia lagi.. kisahnya penulis cerita anpanman ni askar dan dia selalu kelaparan.. sebab tu dia buat karektor yang mengingatkan dia pada anpan (roti inti kacang) ni..

hahaha..

ok, memang lawak ok.. anpanman ni hero kepala roti.. dia dicipta oleh jem ojiisan (pakcik jem) dan battachan (cik butter) -- hahaha.. gelak weh gelak sebab karektor dia semua memang dari roti2 atau pan.. ya ampun.. ada merronpan, karepan, watak jahat dia lagi comel nama baikinman <<-- makna baikinman ni bacteria man.. haha

yang best citer ni sebab baikinman tu bukan jahat sangat pun.. last2 mesti dia baik dengan anpanman balik.. owh kelemahan anpanman ni adalah dia takleh kena air nanti kepala dia kembang (kata roti kan?) pastu kalau orang makan kepala dia sebab kelaparan.. AHAHAHHAHAA

sedih ok, tengok kartun camni aje la mama melayan budak2 ni hujung minggu T_T

Jumaat, 14 Oktober 2011

Yosei Neuji Kindergarten Sports Day

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

Pejam celik harini dah jumaat.. ya Allah, kejap betul minggu ni berlalu.. semalam mama memang tak dapat buat apa2 sebab budak2 demam.. papa pula ada labwork n kelas jadi mama la kena stay kat rumah teman budak2..

so harini nak share gambar pasal sports day kat kindergarten aiman n aidan -- last saturday (8/10/2011)

hari sukan untuk budak2 kecik ni tak ada jenis2 paksa2 kena menang.. semua orang akan buat fair n square.. tapi practice bagai nak rak.. haha.. tak apa la janji budak2 happy.. hari sukan kali ni lagi best sebab semua kena participate.. emak ayah dan anak2.. so sebab mama kan baru balik dari mesia, mama tak tahu banyak persiapan dah buat.. mama cuma join game dengan aidan je.. papa main dengan aiman..

untuk umur aiman, dia ada game meniti atas titi, lompat sana sini haih, seronok la awang sorang tu.. yang aidan pulak menari dengan mama, berlakon jadi kuma-san (encik bear)

pastu ada pulak parent n child punya game.. aiman lari dengan papa dalam seluar besar.. hahaha.. comel sangat..

lastly ada game parents aje..

game semua simple.. tak ada hadiah tapi yang seronok sebab semua parents participate.. huhu.. enjoyable betul..

dah tak payah banyak cerita, jom layan gambar.. banyak ok gambar.. harap korang enjoy :)

sportsdayaiman
mula2 duduk dalam ruang kelas..
tgk abang n kakak umur 5 tahun buat opening ceremony

sportsdayaiman1
kelas aiman

sportsdayaiman2
aiman lumba lari :)

sportsdayaiman3
aiman nak beratur pun dia pusing main2 dulu hehe
sportsdayaiman4
meniti atas titi -- laju sebab selalu practice kat curb jalan.. hehe

sportsdayaiman5
acara ala2 gimnastik gitu 



sportsdayaiman6
cikgu buat cam pengangkut.. comei!

sportsdayaiman7
lari kutip cendawan

sportsdayaiman8
aidan nak masuk gelanggang ni.. hehe

sportsdayaiman9
masa tengah nari boleh pulak nampak papa
sportsdayaiman10
aiman n papa lari dalam seluar besar

sportsdayaiman11
beria-ia.. :P




Rabu, 28 September 2011

Aidan singing

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


Aidan loves this song.. mula2 masa dia nyanyi memang mama tangkap lagu twinkle2.. dan mama memang yakin dia nyanyi dalam jepun.. somehow bila pak lang dia carikan kat youtube jumpa, ya ampun.. sebijik2 dia sebut nyanyi lagu ni.. hehe



original version..

COMEL SANGAAAAATTTT



dia nyanyi lagu ni sambil pusing keliling rumah nenek ok..

Khamis, 25 Ogos 2011

the boys

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

lama dah tak update pasal budak dua orang ni

Picture
abang bear

Aiman bakal menginjak umur 4 tahun dalam masa tak sampai dua minggu lagi.. woot woot 4 TAHUN yang hebat!! progress aiman bagus sebab setiap fasa yang dia lalui memang cepat.. nak banding perangai dia tahun lepas dan tahun ni adalah tak fair sebab budak2 memang akan berubah dengan cepat.. 

so far Aiman lebih banyak converse in Nihongo.. kalau dia rasa ada benda pelik ke atau dia nak bgtau sesuatu alarming, dia cakap nihongo.. hahaha.. habis2.. agaknya kalau balik mesia pening la tok ayah, tok ngan nenek nak layan dia.. kadang2 mama sendiri tak dapat tangkap apa dia cakap.. dia boleh buat struktur ayat dalam bahasa jepun lebih baik.. ayat BM dia tunggang langgang *tutup muka! hahahhaa

kegemaran terhadap thomas dah tak macam dulu.. masih minat cuma tak kronik la.. sekarang banyak main dengan tomica *mainan kereta, kamen rider *dia akan guna apa aja barang utk jd aksesori kamen rider hehe

summer aje budak ni akan jadi itam.. seronok main pool dengan kawan2 dia.. seminggu 3 kali berendam dalam pool dengan kawan2.. 

aktiviti yang paling aiman suka adalah masak.. dia akan duduk sebelah mama masa masak.. especially kalau buat dessert.. curious dia menjadi2.. seronok pun ya bila dia nampak aje oven tu jalan, dia mesti cakap "mama buat keki?" -- dalam jepun, kek dipanggil keki. yang lg kami perasan dia ada interest pasal masak sebab kalau ter'klik' rancangan masak, pastu kita tukar, dia la orang pertama yang marah.. huhu.. pastu, kalau kat nursery, gambar2 aktiviti yang ada masak2, aiman akan duduk paling depan.. paling dekat dgn cikgu dia.. hahaha

aiman lebih banyak bergerak.. dia tak reti duduk diam seminit.. ada aje benda nak dibuat.. aktif.. dan dia pandai layan adik dia.. kalau main dengan adik dia seronok je tengok..

Picture
adik bear
aidan pulak is one cheeky little bear.. dia tahu dia yang lebih dimanjakan.. manja sangat2 kadang2 mama luku2 manja kat dia juga.. hahaha.. geram..

aidan baru boleh cakap sepatah dua.. tapi banyak perkataan jepun la dari melayu.. owh apekan daya.. siang depa banyak dengan orang jepun kan? nak berak 'unko', nak shishi 'oshiko', nak tambah makan 'okawari' kdg2 dgr 'nak lagi', habis makan 'goshisosamadeshita' ok, pengsan.. mak pak dia memang kadang2 buka kamus.. hahaha.. 

aidan sangat suka dengan haiwan.. yang lagi best, dia tahu nama haiwan dalam bahasa jepun.. contoh zou - gajah, kaba - hippo, rion - lion, kuma - bear, shima uma - kuda belang, saru - monyet, inu - anjing, neko - kucing.. hehehehe.. dia boleh tunjuk haiwan2 tu dalam buku..

pastu aidan dah kenal bahagian badan dia.. pun dalam jepun *mak dia tutup muka lagi : hana - hidung, mimi - telinga, me - mata, atama - kepala, ashi - kaki hehehehe.. dia siap tunjuk bhgn badan dia bila sebut perkataan tu..

aidan banyak makan.. tak berhenti kalau makan.. lagi2 dekat rumah access peti ais memang senang kat dia.. kejap2 nak makan, nak minum.. selera beso tak padan kecik lagi.. hehe

budak dua orang ni la penyeri hidup kami.. keletah hari2 depa ya ampun.. mak tak tau nak kata apa.. tapi mama sayang 2 bear mama ni.. moga depa membesar jadi anak yang soleh.. amin..


Rabu, 3 Ogos 2011

setahun lapan bulan

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p


Harini genap Aidan 1 tahun 8 bulan -- dah lama rasanya tak update progress budak kecik ni..

So far, Aidan is one active boy..

Masih nenen! huhuhu.. manja sangat2.. dengan muka minta kesian tu, abang dia pun kalah.. Aiman mengalah banyak benda dengan budak sorang ni.. tapi yang lagi best bila tengok Aidan sayang abang dia.. kalau abangnya bersin atau berhingus, Aidan la berkejaran ambil tisu kasi kat abang.. kadang2 sampai tolong lapkan lagi.. hehe..

Kalau masa makan paling seronok tengok Aidan.. semua dia makan.. jangan kata nasi ikan, sayur cukup dia suka.. tomato especially.. pastu sikit2 je akan minta 'air, air' lembut je bunyinya.. lepas makan pulak serupa adat jepun -- tepuk tangan sambil sebut 'goshisosamadeshita -- tapi versi aidan le' -- kalau dia tepuk tangan sebut tu je maknanya dia taknak makan dah.. minta basuh tangan.. hehe..

Makan ubat paling dia suka.. tadah aje mulut bulat dia tu..

Tapi yang mama tak larat sekarang mengempeng je.. asal nampak mama ngempeng.. camne ni adik.. nanti mama kena outstation? pengsan papa kamu..

Favourite tv sekarang adalah ul-tu-ra-man *sebutan org jepun untuk ultraman.. hoh, aksi jangan cakap la.. tertonggeng2 nak lawan rasaksa.. pehtu siap fire.. yang paling tergelak semua benda yang dia geram dia fire.. train bila crossing depan dia, kucing -- aidan suka tgk anjing dari kucing *fengsan!, binatang kecik2 terbang cam butterfly ke, nyamuk pun kena fire.. hahahahahahhaa

So far Aidan masih tak clear cakap.. serupa cam Aiman.. mungkin confuse language lagi.. tak ngapa la sayang.. pelan2 ok.. mama nak Aidan jadi yang terbaik..

tapi Aidan mmg tinggi.. sekarang ni dia dah 83cm.. huhu..

Moga Aidan panjang umur, sihat dan jadi anak yang soleh.. amin..

Picture
mastura versi kecik