Memaparkan catatan dengan label aiman's life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aiman's life. Papar semua catatan

Jumaat, 28 September 2012

in between datelines

* السلام عليکم *


dah beberapa hari anak2 batuk2.. selesema jangan cerita la.. sroot sroot.. mak dia pun boleh tahan.. rasanya salah satu sebab suhu tiba2 turun.. last week masih max temp dalam 35deg gitu.. minggu ni zass turun max 23deg.. angin dia fuuuhhhh syok memang syok la, tp pastu siapppp srroot srroott

malam tadi aiman paling teruk.. siap tidur berbunyi2 dada dia.. so pagi ni pi klinik.. ambil sekali dua2 orang kena nebulizer.. tsktsk..

moga korang cepat sembuh anak2..

Untitled
habis klinik kena godak dgn budak 2 orang ni

Jumaat, 7 September 2012

Aiman's 5th Birthday

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


Harini (7 september 2012) jam 11.11am, genap Aiman usia 5 tahun.. dah besar anak bujang mama.. rasa macam cepat sangat.. lagi 2 tahun nak sekolah dah.. huwaaa..

masa balik malaysia haritu, kami buat makan2 sikit dengan family member, lgpun, last birthday party untuk Aiman masa umur dia setahun.. lama dah tu..

yang lawak malam tu, Aiman tak bagi kami nyanyi lagu Happy Birthday dalam english.. kena nyanyi dalam jepun.. pengsan la tok2, mak2 sedara semua weh! mama pun malam tu la first time dengar. versi kindy kut.. kahkahkah.. sabar je la.. siap merajuk ok tak mau tiup lilin n potong kek.. aduhai Aiman.. keletah kamu.. banyak Aiman dapat hadiah n duit raya.. Aidan pun dapat tumpang sekali.. terima kasih untuk semua family mama.. ada yang mai dari jauh.. dari johor ada, negeri sembilan ada, ipoh ada, KL lagi la ramai kan.. berbesar hati kami sekeluarga..

untuk Aiman, mama sayang Aiman sangat2.. walaupun ada hari yang mama marah, tu bukan la tanda mama benci.. mama nak Aiman jadi anak yang baik, soleh, dengar kata mama n papa, tak lupa Allah, dan jadi abang yang baik.. moga Aiman sentiasa sihat, panjang umur dan sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah..

ok,

jom tengok gambar..

gambar banyak so, kita klik bawah sini


Khamis, 6 September 2012

another post on 2012 raya

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

balik malaysia was fun yet tiring.. tapi seronok tengok anak2 dapat beraya.. almaklum, aidan tak pernah beraya di malaysia, aiman pulak last time beraya masa umur dia 3 tahun.. so kali ni beraya memang meriah.. anak2 kumpul duit raya.. yang lawaknya aiman siap tanya 'apa ni?' kat nenek pertama yang bagi dia duit raya.. jakun sungguh anak bujang mama tu..

dapat la kami merasa beraya kat rumah parents mama sendiri, rumah inlaw mama, anak2 siap sampai ke alor setar lagi kampung abah mama..

dari hari pertama jejak kaki kat malaysia, sampai la hari nak balik, kerja mengunyaaaahhh aje.. dari makan berat sampai dodol kuih raya semua balunnnnnnnn

ok,

malas menceceh, enjoy gambar lagi :)

DSC_2536
peace!
DSC_2533
peace lagi hehe
DSC_2532
anak2 bujang mama
DSC_2577
aiman being cheeky

DSC_2568
tok ayah rambut umrah ni

DSC_2565
maktok

DSC_2564
sisters

DSC_2552
posing kat rumah orang yo hahaha

DSC_2559
henbeg susu gitteww

DSC_2551
tok ayah n maktok borak2

DSC_2549
acu bear kerja buli aidan je hah

DSC_2548
habis dia geram kat kucing

DSC_2547
aiman tak tunggu dah.. terus terjah

DSC_2545
cuba minta kebenaran nak sentuh kucing hehe

DSC_2544
:)

DSC_2543
TOUCH!

DSC_2542
aidan tak berani lagi.. dok jauh je tengok

DSC_2541
kantoi aku tengah isi sampul raya haha

DSC_2540
aidan korek beg acu

DSC_2539
peace acu

DSC_2537
cari pasal dgn acu





DSC_2534
cak



Khamis, 1 Mac 2012

di celah2 minggu - eh tajuk tak tahan

* السلام عليکم *



 こんにちは q(^_~)p


ya Allah.. dah masuk mac.. kejap sangat la tahun ni berlalu.. maka tinggal la lagi 10 bulan genap2 sebelum 2012 berakhir.. owh tidaaaaakkkk o_O banyak perlu dikerjakan.. masa berlalu pantas betul.. oktober ni mama tahun 3 phd.. *gigitjari.. seraaaaaaammmmmmmmmmmmmm

mula la aku nak gelabah biawak ni.. serius! jangan le jadi perangai haru masa zaman dulu2.. bila tiba peak aku rasa nak abandon aje kerja ni semua.. yikes!

by april mama expect to have another publication.. tik tok tik tok.. analisis dari tengah bulan januari hampir siap tp cikgu tambah benda baru untuk analisis maka rasanya tak layak tidur dah ni kalau nak siap paper by april.. ya Allah.. permudahkanlah.. moga2 dapat selesai within timeframe yang mama plan.. kalau tidak haywire la sampai tahun depan.. takmo2.. nak balik on time :P

a little update about the kids. alhamdulillah depa sihat, syukur.. dan tak marah2 sebab dah berapa lama tak keluar jalan2 dengan depa.. weekend pun banyak dihabiskan masa kat rumah sebab mama dan papa bergilir buat kerja.. papa pun busy.. kesian anak2.. tapi mujur juga anak2 tak reti mengeluh sebab tak keluar.. mungkin sebab kecil lagi.. as long as dapat duduk bawah ketiak mak dan merengek menangis sampai makpak naik mengong (hahah) rasanya cukup kut kat depa..

aiman punya kelas kumon still ongoing.. berterabur mak dia punya jadual sebab kena balik lab, masak dinner, hntr aiman ke kelas, kalau takde kelas kena buat homework, lepas siap makan mandi ke apa tidurkan depa baru la kami boleh study.. kalau idak ke laut juga kami hanyut tidur.. hahahaha tapi mama syukur papa banyak sangat membantu.. kena bagi 10 markah kat papa.. yeay! :)

aidan? lalalalala budak kecik ni memang.. tak boleh nampak abang buat something dia pun nak juga buat.. sabar aje le anak yang kecik sorang ni.. masih tak putus susu.. sebab mak dia tak menang tangan nak kebalkan diri n kentalkan diri especially time malam.. jenuh.. pernah try tgh mlm tak bagi nenen meraung2 macam apa... dahle kami penat dah so kem salam.. mari kita sambung bf la aidan.. hahaha.. jangan sampai tua sudah :P

bila takde kerja ini la yang kami buat.. ngahahahhaa





aiman, aidan, sampai sebelum kamu kawen kiss mama aje tau.. kiss pompuan lain siap kamu mama sebat! 

Rabu, 1 Februari 2012

the end...

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


bunyi suspend habis! tapi benarnya.. the end of the first month of 2012 -- aiyayayaya.. kejap sangat sebulan berlalu.. maka makin dekat mati, makin dekat time nak habis study (aaaaaaa takutttt) dan makin ehem menua :P

so what happened on the last day of january 2012?

pagi2 lepas hantar anak2, mama ke lab macam biasa - success kemas meja mama, vacuum my corner, lap meja yang berhabuk dan susun paper yang perlu dibaca, buku2 kemas bagi ada ruang baru, feel baru untuk kerja.

then lunch as usual.. check elaun owh alhamdulillah dah masuk.. sekali yang masuknya mama je, papa punya tak masuk lagi.. aiyoh.. semalam dateline sewa rumah dan hutang2 serta bil2 yang dah macam tinggi gunung fuji.. so mama balik awal nak ke bank semua (unfortunately kampus mama jauh dari pekan so kena patah balik ke kampus papa)

selesai aje bayar bil, sensei Aiman call kata demam panas -- 40.4deg! haih! zasss ambil aiman, bawa ke klinik.. klinik pulak tutup kena tunggu sampai pukul 5ptg..

masa kat sekolah aiman n klinik depa start risau takut influenza. ramai budak2 kena time ni. orang tua pun.. lepas je balik dr klinik, suapkan aiman makan (ok, dah rasa macam laju gila sbb masak semua hntr aiman klinik) bg dia makan ubat..

malam sponging aiman smbl ber-twitter dgn kwn2.. pukul 9 lebih kurang papa tidurkan aiman, baru mama boleh mandi, kemas2 sket.. ok.. semalam memang tak sempat study.. sempat organize data untuk analisis aje.. harini la nak start buat kerja.. aiman dah turun temp. pagi ni 37.4 alhamdulillah.. so bg pcm n ubat selesema aje.. esok kalau masih belum kebah papa take turn jaga aiman kat rumah..

aidan pulak harini ke nurseri macam biasa. alhamdulillah aidan ok.. mama kena kerap lagi bagi scott emulsion kat budak2 ni supaya tak demam or sakit.. takut la kalau anak2 sakit..

haha, ni malam tadi.. practice jadi org kaya :P

harini aiman practice kumon - muka segar hrni

sementara aiman rajin study ni mama nak samb kerja kejap.. 

Khamis, 26 Januari 2012

Aiman Kumon class

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

Semalam quite stressful.. tapi lupakan bab itu sebab masalah boleh diselesaikan insyaAllah..

Family dan kawan2 fb n twitter maybe ada yang dah tahu semalam Aiman ada test nak masuk Kumon class..

Hari Selasa mama dan Aiman try buat few worksheets bagi Aiman tengok macammana.. Aiman khusyuk betul masa buat worksheets tu.. Arahan kata conteng2 aje kat gambar soalan, tapi Aiman warna setiap satu sampai penuh T_T.. untuk maths worksheet pula Aiman count sambil tunjuk jawapan atas kertas soalan.. Aiman nampak happy.. lagipun tengok ramai kakak2 dan abang2 yang suka melayan dia (maybe sebab heran juga -- aiman introduce diri dia dari mesia semua budak2 tu AAAAA <<-- japanese style if-u-know-what-i-mean)

Kelas kumon yang mama pilih ni memang dekat dengan rumah.. selang 1 jalan besar dan 2 lorong kecik je dari rumah kami.. kelas tu dalam rumah cikgu tu sendiri -- rumah cikgu besor betul dan ada 1 ruang memang untuk kelas kumon.. Cikgu aiman Nishizawa sensei tu macam cikgu pencen dah.. boleh English sikit2 untuk berbual so bagi mama kira ok sangat2.. dan very motherly character

Habis try 1st day tu, Aiman seronok sangat.. jumping here n there siap balik makan mandi semua tak payah disuruh.. rasanya dia suka la macam tu kan? so since cikgu dia kata esok (semalam) datang balik so mama dan papa rasa ok la ni.. Aiman boleh belajar banyak..

khusyuk

2nd day, kami start test untuk Aiman tu pukul 6 ptg -- cikgu test Aiman english sikit, maths sikit dan kasi Aiman buat puzzle.. haih.. bab puzzle tu yang takleh tahan.. Aiman memang suka puzzle.. cikgu dia terkejut habis Aiman buat 3 puzzle (16pcs) 1 puzzle (35 pcs) -- hehe.. kami selalu gak layan aiman main puzzle.. papa ni jenis kalau dia beli kan hadiah tak reti yang basic2.. Aiman last puzzle 96pcs T_T hahaha masa mama kecik2 dulu pun x reti susun puzzle ni Aiman..

96pcs took Aiman 1 full day to finish -- masa tu dia umur 3 thn.. kat school dia skrg pun memang banyak puzzle.. maybe dia mmg suka benda susun macam ni tu yang laju dia buat..

Sensei Aiman cakap Aiman boleh start kelas on 3rd Feb.. dan lagi best February Kumon ada free classes -- boleh try semua subjects.. syukur sangat2 since skrg ni tengah 'kering' 

Kumon style learning, dia tak akan paksa budak2.. they can study at their own pace.. n masa hari selasa tu mama tgk ada 1 girl ni.. rupanya she's 4 yrs old and she can already do 2nd year primary school homework.. huhuhu.. budak2 pick-up laju.. so mama kena standby..

So, macammana nak start? ok, cikgu akan bagi worksheets.. buat kat rumah.. tak semestinya semua selesai.. try buat yang termampu.. kemudian pi kelas, cikgu akan check balik dan cikgu betulkan kalau salah.. kalau betul baru cikgu akan bagi next worksheet.. bagi anak2 kecil macam Aiman, salah seorang parents perlu teman anak sampai anak gain confidence untuk stay dalam kelas tu alone.. so untuk first few classes mama akan temankan Aiman.. lepas tu baru Aiman pi sendiri kelas..

Untuk Aiman mama pilih english n maths.. so dia akan kenal english words n belajar counting.. pelan2 ye Aiman.. mama n papa akan tolong.. untuk Adik kita start tahun depan ok :)

maklumat untuk Kumon Japan -- dalam bahasa jepun.. yang Kumon Malaysia

Khamis, 5 Januari 2012

peneman setia

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


bukan semua orang bertuah ada peneman setia.. aiman dan aidan merupakan insan2 terpilih sebab saling teman meneman antara satu sama lain..


sebagai contoh



temankan abang berak.. bukan sahaja saya dapat bau, tapi saya juga dapat feel.. mula2 teman (gambar kiri) pastu saya pun dapat feel meneran (gambar kanan) ahahahaha.. siapa mampu??

nak tutupkan pintu rumah? adik boleh temankan, makan? adik boleh temankan, mandi pun adik boleh temankan.. tidur? abang boleh temankan.. hehehe

Jumaat, 14 Oktober 2011

Yosei Neuji Kindergarten Sports Day

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

Pejam celik harini dah jumaat.. ya Allah, kejap betul minggu ni berlalu.. semalam mama memang tak dapat buat apa2 sebab budak2 demam.. papa pula ada labwork n kelas jadi mama la kena stay kat rumah teman budak2..

so harini nak share gambar pasal sports day kat kindergarten aiman n aidan -- last saturday (8/10/2011)

hari sukan untuk budak2 kecik ni tak ada jenis2 paksa2 kena menang.. semua orang akan buat fair n square.. tapi practice bagai nak rak.. haha.. tak apa la janji budak2 happy.. hari sukan kali ni lagi best sebab semua kena participate.. emak ayah dan anak2.. so sebab mama kan baru balik dari mesia, mama tak tahu banyak persiapan dah buat.. mama cuma join game dengan aidan je.. papa main dengan aiman..

untuk umur aiman, dia ada game meniti atas titi, lompat sana sini haih, seronok la awang sorang tu.. yang aidan pulak menari dengan mama, berlakon jadi kuma-san (encik bear)

pastu ada pulak parent n child punya game.. aiman lari dengan papa dalam seluar besar.. hahaha.. comel sangat..

lastly ada game parents aje..

game semua simple.. tak ada hadiah tapi yang seronok sebab semua parents participate.. huhu.. enjoyable betul..

dah tak payah banyak cerita, jom layan gambar.. banyak ok gambar.. harap korang enjoy :)

sportsdayaiman
mula2 duduk dalam ruang kelas..
tgk abang n kakak umur 5 tahun buat opening ceremony

sportsdayaiman1
kelas aiman

sportsdayaiman2
aiman lumba lari :)

sportsdayaiman3
aiman nak beratur pun dia pusing main2 dulu hehe
sportsdayaiman4
meniti atas titi -- laju sebab selalu practice kat curb jalan.. hehe

sportsdayaiman5
acara ala2 gimnastik gitu 



sportsdayaiman6
cikgu buat cam pengangkut.. comei!

sportsdayaiman7
lari kutip cendawan

sportsdayaiman8
aidan nak masuk gelanggang ni.. hehe

sportsdayaiman9
masa tengah nari boleh pulak nampak papa
sportsdayaiman10
aiman n papa lari dalam seluar besar

sportsdayaiman11
beria-ia.. :P




Khamis, 25 Ogos 2011

the boys

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

lama dah tak update pasal budak dua orang ni

Picture
abang bear

Aiman bakal menginjak umur 4 tahun dalam masa tak sampai dua minggu lagi.. woot woot 4 TAHUN yang hebat!! progress aiman bagus sebab setiap fasa yang dia lalui memang cepat.. nak banding perangai dia tahun lepas dan tahun ni adalah tak fair sebab budak2 memang akan berubah dengan cepat.. 

so far Aiman lebih banyak converse in Nihongo.. kalau dia rasa ada benda pelik ke atau dia nak bgtau sesuatu alarming, dia cakap nihongo.. hahaha.. habis2.. agaknya kalau balik mesia pening la tok ayah, tok ngan nenek nak layan dia.. kadang2 mama sendiri tak dapat tangkap apa dia cakap.. dia boleh buat struktur ayat dalam bahasa jepun lebih baik.. ayat BM dia tunggang langgang *tutup muka! hahahhaa

kegemaran terhadap thomas dah tak macam dulu.. masih minat cuma tak kronik la.. sekarang banyak main dengan tomica *mainan kereta, kamen rider *dia akan guna apa aja barang utk jd aksesori kamen rider hehe

summer aje budak ni akan jadi itam.. seronok main pool dengan kawan2 dia.. seminggu 3 kali berendam dalam pool dengan kawan2.. 

aktiviti yang paling aiman suka adalah masak.. dia akan duduk sebelah mama masa masak.. especially kalau buat dessert.. curious dia menjadi2.. seronok pun ya bila dia nampak aje oven tu jalan, dia mesti cakap "mama buat keki?" -- dalam jepun, kek dipanggil keki. yang lg kami perasan dia ada interest pasal masak sebab kalau ter'klik' rancangan masak, pastu kita tukar, dia la orang pertama yang marah.. huhu.. pastu, kalau kat nursery, gambar2 aktiviti yang ada masak2, aiman akan duduk paling depan.. paling dekat dgn cikgu dia.. hahaha

aiman lebih banyak bergerak.. dia tak reti duduk diam seminit.. ada aje benda nak dibuat.. aktif.. dan dia pandai layan adik dia.. kalau main dengan adik dia seronok je tengok..

Picture
adik bear
aidan pulak is one cheeky little bear.. dia tahu dia yang lebih dimanjakan.. manja sangat2 kadang2 mama luku2 manja kat dia juga.. hahaha.. geram..

aidan baru boleh cakap sepatah dua.. tapi banyak perkataan jepun la dari melayu.. owh apekan daya.. siang depa banyak dengan orang jepun kan? nak berak 'unko', nak shishi 'oshiko', nak tambah makan 'okawari' kdg2 dgr 'nak lagi', habis makan 'goshisosamadeshita' ok, pengsan.. mak pak dia memang kadang2 buka kamus.. hahaha.. 

aidan sangat suka dengan haiwan.. yang lagi best, dia tahu nama haiwan dalam bahasa jepun.. contoh zou - gajah, kaba - hippo, rion - lion, kuma - bear, shima uma - kuda belang, saru - monyet, inu - anjing, neko - kucing.. hehehehe.. dia boleh tunjuk haiwan2 tu dalam buku..

pastu aidan dah kenal bahagian badan dia.. pun dalam jepun *mak dia tutup muka lagi : hana - hidung, mimi - telinga, me - mata, atama - kepala, ashi - kaki hehehehe.. dia siap tunjuk bhgn badan dia bila sebut perkataan tu..

aidan banyak makan.. tak berhenti kalau makan.. lagi2 dekat rumah access peti ais memang senang kat dia.. kejap2 nak makan, nak minum.. selera beso tak padan kecik lagi.. hehe

budak dua orang ni la penyeri hidup kami.. keletah hari2 depa ya ampun.. mak tak tau nak kata apa.. tapi mama sayang 2 bear mama ni.. moga depa membesar jadi anak yang soleh.. amin..


Rabu, 13 Julai 2011

Sejuk sejuk sedap

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

Ini bukan entry lucah la..

last weekend geng MyKyoto buat piknik tepi sungai.. Ini kali kedua kami ke sungai ni.. last time masa dengan jiran2 kat rumah lama..

Dari Demachiyanagi station, boleh naik eizan railway menghala ke Yase-Heizanguchi station. Ada tempat piknik betul2 keluar dari station tu. Kalau waktu musim lain, pengsan la kesejukan.. tapi sebab summer maka sungai adalah tempat paling best untuk lepak2..

Siap rasa tak nak balik nak berendam lagi dalam tu.. jadi badak air pun tak apa.. sebab masa nak balik tu ya Allah, melekit2 la sangat.. tak tahan!

Sebab ramai2 datang, maka makan2 adalah secara potluck.. mama buat satay aje.. perap siap2 malam sebelum tu.. ni kali kedua buat satay sendiri.. improvise lagi sikit.. outcome dia.. wallaweeeyyy.. sedap nyah! err itu orang cakap ek.. jangan kata mama angkat bakul sendiri (hehe.. yang penting papa kata memang sedap)

tips untuk buat satay, try pakai boneless leg meat, buang kulit dia dan lemak tebal aje.. lemak2 sikit biarkan.. pastu lagi lama perap lagi best.. haritu rasa pun macam tak puas makan.. 4kg ayam weh habis licin tak sempat second round! huhuhu

moh kita tengok gambar.. -- err, bukan dari kamera mama.. dari kamera adik2.. tq korang..

nom nom nom

aiman seronok habis budak tu

main dengan mayra

aidan as usual koala bear la

main isi2 air batu

aidan pengsan mama melantak

mak mak budak melepas gian.. hehehe

mana gambar papa? err.. sila jangan tanya.. papa melepas gian dengan geng bujang.. pi main terjun2 sungai.. sabar je le..

macam gatal2 aje lagi nak pi sungai.. dari rumah memang dekat weh.. naik train dalam 20minit gitu.. huhuhuhu.. dahle weekend ni cuti 3 hari.. la la laaaaa