Memaparkan catatan dengan label recipe cake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label recipe cake. Papar semua catatan

Isnin, 25 Julai 2011

Chocolate Cheese Cupcake

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

weekend was so-so.. sebab mama dah selamat siapkan kerja yang sepatutnya by jumaat, maka sabtu dan ahad adalah melepak kat rumah aje.. uuu.. sabtu sempat juga membaking.. hehe.. sebab barang2 dah ada maka tak payah keluar2 dari rumah pun.. bontot berat 2 hari sebab kemalasan.. cuma semalam mama start batuk.. geram sebab bunyi kosong kong kong kong.. tensi ok.. malam tadi siap idung sumbat, batuk2.. ya allah, memang tak boleh buat kerja.. alhamdulillah pagi ni ok sikit.. so kena double kerja sebab lusa dah nak ngadap cikgu besar.. T_T

so, last saturday mama buat ni.. thanks to kak yan untuk resepi yang memang senang, mudah dan sedap!! boleh buat lagi.. resepi asal dari joyofbaking



Picture
first batch


Black Bottom Cupcakes Recipe/ Chocolate Cheese Cupcake -- I made half batch of this and got 12 medium cupcakes


Cream Cheese Filling:

8 ounces (227 grams) full fat cream cheese, room temperature - 120gm
1/3 cup (65 grams) granulated white sugar - 30gm
1 large egg
1/2 teaspoon pure vanilla extract

Chocolate Cupcakes:

1 1/2 cups (195 grams) all purpose flour - 140gm
1 cup (200 grams) granulated white sugar - 100gm
1/3 cup (30 grams) natural unsweetened cocoa powder (not Dutch processed) - 24gm
1 teaspoon baking soda
1/4 teaspoon salt

1 cup (240 ml) water - 140ml
1/3 cup (80 ml) vegetable, corn, or canola oil (or other flavorless oil) - 50ml
1 tablespoon white vinegar - 1/2 tbs
1 teaspoon pure vanilla extract - 1/2 tsp

Preheat oven to 350 degrees F (177 degrees C) and line 12 muffin cups with paper liners. -- 170 Degrees C

Cream Cheese Filling: In your electric mixer, or with a hand mixer, beat the cream cheese until smooth. Add the sugar, egg, and vanilla extract and beat until creamy and smooth. Set aside while you make the Chocolate Cupcake batter.

Chocolate Cupcakes: First, in a large bowl sift together the flour, sugar, cocoa powder, baking soda, and salt. In a separate bowl mix the water, oil, vinegar, and vanilla extract. Make a well in the center of the dry ingredients and stir in the wet ingredients until nice and smooth. Evenly divide the batter among the 12 muffin cups. Then spoon a few tablespoons of the cream cheese filling into the center of each cupcake. (each cup I put 2 tablespoon of choc batter and 1 tablespoon of cream cheese)

Bake in the preheated oven for about 25 minutes, or until the cream cheese filling is a little brown and the cupcakes feel springy to the touch (a toothpick inserted into the chocolate part of the cupcake will come out clean). Remove from oven and place on a wire rack to cool.

The cupcakes can be stored in the refrigerator for about 3 - 4 days.

Makes 12 large cupcakes



Rabu, 15 Jun 2011

chocolate matcha yogurt cake

* السلام عليکم * 

 こんにちは q(^_~)p

punya la panjang nama cake tu.. asal mama cuba resepi bakerella tapi tak jadi.. sodih den.. tak pueh ati, esoknya den buek lagi satu.. guna resepi Chocolate Yogurt Cake, mama alter sket.. outcome alhamdulillah.. mendapat kelulusan incik suami dan kawan mama yang sempat rasa semalam..

ok,

jamu mata dulu..

matcha chocolate cake
Chocolate Matcha Yogurt Cake


Ingredients (This is for bigger pan, I made only half batch for 6 inch pan)
  • 3 medium size eggs
  • 250gm butter
  • 2 cups of sugar
  • 1 cup of plain yogurt
  • 1 cup of cocoa powder
  • 2 3/4 cup of plain flour
  • 2 teaspoon of soda bicarbonat
  • 1 teaspoon of baking powder 
  • 1 teaspoon of matcha powder --->>> should have add another tsp.. i love matcha a lot
  • 1 teaspoon of vanilla essence
  • 1 cup of hot water
 Steps
  1. Preheat oven to 170degrees celcius
  2. In a pan, melt butter
  3. Sift flour, baking powder and soda bicarbonat twice, divide into 2, one mix with matcha powder, another with cocoa powder
  4. In a mixing bowl, beat eggs, add sugar when eggs are well beaten and mix it all together.
  5. Add butter and yogurt while beating and mix them well.
  6. Add vanilla essence. Separate into 2 bowls.
  7. Add sifted flour and hot water one after another (make let say 3 times) for both matcha and chocolate batch.
  8. Pour in mix into cake pan a spoon for matcha mix, a spoon for chocolate mix. Do it similarly like making a marble cake. Use chopstick to stir the mix so the texture became marble-like.
  9. Bake the cake for about 45minutes or until well cooked.
  10. Cool the cake before decorating it with favourite frost.. but this time, i just want it to be plain..


Haaaa... cuba la.. sedap!!!! kek ni moist, manis dan gebu.. huhuhuhu.. 

Ahad, 6 Mac 2011

Chocolate Yogurt Cake

السلام عليکم

Chocolate Yogurt Cake

tak sempat snap masa kat rumah.. kat party pun xdan nak snap.. kita tunggu orang yang makan komen.. hohoho

the cake was indeed very simple and easy to make.. the idea was from ros jintanmanis and I stumbled into another blog (mama kitchen if i am not mistaken) for this simple recipe..

ok, pengakuan sikit, mama buat kek ni sebab kek ni tak pakai baking powder.. baking powder ku habis sudah.. wajib beli ni.. stok..

Ingredients
  • 3 medium size eggs
  • 250gm butter
  • 2 cups of sugar
  • 1 cup of plain yogurt
  • 1 cup of cocoa powder
  • 2 3/4 cup of plain flour
  • 2 teaspoon of soda bicarbonat
  • 1 teaspoon of vanilla essence
  • 1 cup of hot water
 Steps
  1. Preheat oven to 180degrees celcius
  2. In a pan, melt butter
  3. Sift flour and soda bicarbonat twice
  4. In a mixing bowl, beat eggs, add sugar when eggs are well beaten and mix it all together.
  5. Add butter, cocoa and yogurt while beating and mix them well.
  6. Add vanilla essence
  7. Add sifted flour and hot water one after another (make let say 3 times)
  8. Pour in mix into cake pan with baking sheet inside it. This to make it easier to take out the cake afterward.
  9. Bake the cake for about 45minutes or until well cooked.
  10. Cool the cake before decorating it with favourite frost.. this time I frosted it with cream cheese.. yumss

ماما أيمان

Sabtu, 26 Februari 2011

apple crumble in the house

السلام عليکم

petang tadi keluar dengan anak2 ke tepi kamo river.. sangap kat rumah.. tapi mama siap bawa minum petang lagi. orang jepun heran kami duduk tepi sungai tu sebab masa kami pi tu angin sejuk dia istighfar panjanggggg...

kemarin ada beli apple.. nak buat apple pie cam tak kuasa tengok renyah buat kulit dia.. tengok nanti time rajin lain macam muncul boleh le try.. so kali ni mama try ni

nasib makan kat luar sejuk tau..
kalo kat rumah ku makan dengan eskrem la..


yang ni papa makan dengan ice-cream - PUKUL 4 pagi!!!




Apple Crumble

Sumpah senang.. kalau tak cuba rugi.. mama dapat recipe dari cookuk tapi biasa la.. di bega2.. ikut sedap hati mama aje.. selamba kodok.. tapi alhamdulillah turn out to be just nice..

recipe as follow

bahan2
3 biji apple untuk masak - selamba mama taram fuji apple, tapi saiz besar pakai 2 biji aje untuk 2 ramekins kecik, 2 ramekins besar (dalam saiz 4-5 inci)
gula 170gm - mama pakai gula perang, tu kaler dia lagi gelap
butter 170gm
tepung serbaguna 280gm - mama belasah tepung gandum. kalau ikut jamie oliver dia suruh pakai wholemeal..
muesli atau oats 1/2 cawan - recipe cakap pakai cereal pun boleh.. bahan ni kalau nak skip pun ok..
1/2 sudu kecik serbuk cinnamon

kekdah buat

panaskan oven 180degrees celcius

campurkan tepung, 120gm gula, butter potong kecik2 dalam satu bowl dan ramas supaya bahan2 ni jadi cam serbuk breadcrumbs. pastu campur muesli atau oats tu dan serbuk cinnamon.

apple tu buang kulit, empulur dalam dia dan potong saiz 1 inci dadu.. gaulkan dengan baki 50gm gula.. masukkan dalam bekas yang akan dibakar.

masukkan campuran kering tu bagi rata dalam bekas kemudian bakar lebih kurang 20-30 minit.. bagi sejuk sket pastu boleh makan dengan ice-cream vanilla atau fresh cream.. sedap weh

ماما أيمان

Khamis, 17 Februari 2011

Baked Cheese Cake

السلام عليکم 


first try yang success.. alhamdulillah.. dok terpikir nak buat kek ape le.. teringin nak makan kek, tapi nak makan yang senang dibuat.. hehehe.. godek2 rumah kak ros jintanmanis jumpa resepi ni


Sliced Cheese Cake - sumber asal dari kak ros jintanmanis


haaa... amik! SEDAP OK..






mama ikut bulat2 kaedah kak ros.. yang colour highlight tu aje yang mama ubah.. tp alhamdulillah la jadi..



4-5 keping slice cheese - mama tukar pakai cream cheese 100gm
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin - mama pakai marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M - mama ada saiz L, belasah aje le.. hohohoho
beberapa titik esen vanila

Cara-cara

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil (mama potong kecik2 aje cream cheese tu) dan campurkan dengan susu segar.

2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.

5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.

6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .

adunan dia kena nampak ringan dan gebu..



7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

lepas disejukkan dan dikeluarkan dari loyang


8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.





sumpah jadi weehhhh.. sila buat.. mana tau weekend ni ke??


 ماما أيمان

Ahad, 13 Februari 2011

sinful dessert

ini sudah kali kedua mama buat kek coklat kukus ni.. resepi asal dari kak Hana (hanamemories) tapi ada mama tokok tambah sikit ubah sini sana (dasar tak cukup bahan masa first try haritu)

first try memang gamble habis.. niat sebab nak bawa untuk majlis baca yassin dengan kawan2 kyoto.. masa hari nak p tu tak sempat nak beli bahan macam2 - dan masa tu duit semput nak mereka makan macam2, jadi guna aje le barang2 yang ada dirumah.. mama bajet kalau tak jadi ni i.e bantat ke ape ke memang sahih la kek ni tak jamu ke orang.. sekali ya Allah, jadi ko! alhamdulillah.. agaknya niat tu baik Allah terus perkenankan la.. memang masa buat 1st time tu punya hampeh siap pakai serbuk koko yang untuk bancuh air lagi - ala2 cam milo.. hohoho

dah kali kedua jadi maka mama nak share la resepi dia.. kek ni memang moist betul.. kalau tambah ganache memang terbaik laaa..


kek coklat kukus dengan aiskrim vanilla
Kek Kukus Coklat

1 cawan tepung gandum + 1 sudu kecik soda bikarbonat - ayak sama
1/2 cawan buttermilk - mama ganti 1/2 sudu kecik cuka campur 1/2 cawan susu segar. bancuh siap2 sebelum start masak
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur
1/3 cawan serbuk koko
1 sudu kecik esen vanilla
1/2 cawan air panas

cara2 nya
pukul minyak masak n gula.. pastu tambah telur.. pukul sampai sebati kendian masukkan tepung n campuran buttermilk tu berselang seli.. pastu masukkan serbuk koko, esen vanilla. matikan mixer, masukkan air panas dan kacau guna sudip.

kalau pakai loyang biasa make sure gris sikit dengan minyak.. tuang adunan, kukus dalam 45minit atau sampai masak.. check guna chopstick.. kalau licin maka udah masak le kek tu..

biarkan sejuk baru keluarkan dari loyang.. make sure sejuk baru cantik dia nak keluar

buat le topping korang.. mama makan dengan aiskrim je weh! hehehehe

selamat mencuba

Jumaat, 5 November 2010

chong cheng kletung kleteng

sebelum mula.. ya rabbi.. blogspot ni tukau lagi layout dia.. redha aje le

udah janji dgn cik inah n few friends kat FB pasal resepi masak chong cheng kletung kleteng mama (lepas ni edisi masak ku namakan cckk- hahaha) jangan tak tau.. mama masak semua yang jenis simple2 dan cepat.. especially untuk working mom macam mama.. err, study kira work jugak ek korang.. hihi..

ok.. menu no 1 adalah SEAFOOD CARBONARA CCKK (masa penyediaan - 15min)

ni ropa dia

bahan2 nya

  • udeng - kat sini banyak udeng beser2.. tapi masa masak ni mama pakai yang jenis merah2 saiz 1 jari telunjuk tu.. rasa dia sedap lagi..
  • lala/ kupang - ikut le suka korang.. basuh bersih2.. kalau isi dia besar buang terus kulit dia.. tapi mama ala2 nak tiru chef omputih, mama tinggalkan satu side kulit dia
  • sos putih - yang ni la yang mama main tipu weh!!! nak cepat laa.. kalau nak buat white sauce sendiri alamat melalak la si aidan tu.. kalau korang takde yang perasa ni... perasa campbell pun boleh.. dulu kat mesia ku belasah aje yang mushroom sup tin campbell tu..

dijamin halal - dah ade muslim check dgn company - kena declare oo.. kang ada kata doa mama tak naik langit.. muhehehehhe
  • bawang putih dalam 3 ulas.. racik halus2.. kalau leh dadu lagi ok
  • serbuk parsley.. kalau ada fresh sila la pakai.. ku layan serbuk2 aje le..
  • macaroni/ fettucine.. ikut suka korang..
  • air setengah cawan - kalau kering pakai lebih sikit
  • cendawan butang - nak lagi cepat? cari cendawan butang dalam tin yang dah siap hiris.. kat mesia ada cap ayam brand.. mahai le sikit.. tapi nak cepat kan kan kan?
  • garam sikit
  • paprika serbuk  untuk tabur atas pusara pasta
  • minyak zaitun
kekdahnya,

panaskan minyak zaitun, campak bawang putih sampai naik bau.. masukkan udang n kupang.. biar masak kejap.. masukkan sos putih, masukkan cendawan, parsley n garam.. SIAP!!!! haaaa.. kan cepat gitu??? kalau mau tabur, sila tabur grated parmesan n paprika ek.. dap2..

resepi kedua - KEK SARANG SEMUT CCKK (tempoh penyediaan sampai siap kukus 6jam - hahahaha.. pengsan!!) - diambil dari internet

yang ni lama bukan sebab ape nokss.. tp tempoh menunggu tu sempat ku keluar pi kedai, kemas rumah dsb.. akakkakaka

kek ni kali kedua mama buat.. first time ku pakai blender aje bancuh semua (kata tak cukup barang kat rumah) kali kedua baru pakai mixer.. itupun takde ayak.. kalau ada ayak sure lagi marbeles!!

bahan2nya
  • 4 biji telur
  • 2 sudu butter
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 cawan tepung & 1 sudu kecik soda bikarbonat - ayak
  • 1 sudu kecik esen vanilla
  • 1 cawan gula kastor - ku ganti gula biasa aje
  • 1 cawan air
kekdahnya

masak gula. agak2 nak hangit tu masukkan air, kendian tutup api. pukul telur sampai kembang.. pastu masukkan butter, pukul laie.. masukkan susu pekat manis sambil pukul.. pastu masukkan tepung sikit2.. n esen vanilla.. last sekali masukkan gula yang dah dimasak tu.. masukkan dalam loyang (ku pakai non-stick) yang dah leser dgn butter.. biar 3-4 jam.. ku biar 4 jam sebab sejuk gedi ape sangat la kek tu nak naik kan? pastu kukus sampai masak.. lebih kurang 1 1/4 jam ke 1 1/2 jam.. SIAP!!! aritu adik yang buat sabtu lepas tu dia letak strawberry syrup kat atas potongan kecil kek.. sedappppppppp... hehehehe.. sila try..



ni ropa sebelum masuk pengukus..


sekali keluar serupa sarang kerengga daaaa... hihihihihi


nota: senang la nak upload gambar dgn layout baru ni weh!!

nota 2: link nigella tu.. ada harapan tak? wink2.. dia cantek n pandai masak.. mama loike..

Isnin, 10 Ogos 2009

seperti yang dijanjikan

resepi untuk rendang ayam n muffin pisang dan oatmeal

Rendang Ayam ikut suka hati bedah resepi untuk seekor ayam

Bahan² kisar
Bawang Merah n Bawang Putih (4:3)
Cili Kering 7 batang.. di kerat²
Lengkuas 3cm
Halia 2cm
Serai 1 batang
Buah Keras (kalau ada) 3 biji

Bahan² lain
Ayam seekor dibersihkan dan dipotong ikut saiz kesukaan
Asam keping 3-4 bergantung kepada kemasinan yang disukai
Garam secukup rasa
Daun Kunyit dihiris halus
Santan Pekat n Santan Cair
Kerisik

Cara²
1. Panaskan minyak dalam kuali (jangan terlampau sikit, nanti bila pecah minyak bahan akan hangit)
2. Masukkan bahan² kisar.. masak hingga pecah minyak
3. Masukkan ayam
4. Masukkan asam keping dan santan cair
5. Biar pekat sedikit, masukkan santan pekat
6. Masukkan garam secukup rasa
7. Bagi menggelegak dan masukkan 1 sudu kerisik
8. Biar hingga hampir kering dan masukkan kerisik
9. Biarkan sekejap lagi dan tutup api
10. Boleh hidang dah..

wah, 10 langkah je ni weh.. hehehe.. senang tak?? cubala..

Resepi Muffin Pisang dan Oatmeal
ambil dari trymasak.my

Bahan²
1) Pisang - mama pakai pisang emas (6 biji)
2) Tepung gandum (1 1/2 cawan)
3) Bijirin oat (1 cawan)
4) Gula perang (1 cawan)
5) Telur (2 biji)
6) Minyak (1/2 cawan )
7) Esen vanilla (1 sudu kecil)
8) Serbuk penaik (1 sudu besar)
9) Garam (sedikit)

Cara²
Mula-mula, lenyek pisang sehingga hancur. Kemudian masukkan bahan-bahan kering ke dalam mangkuk adunan iaitu tepung gandum, serbuk penaik dan bijirin oat. Kacau rata.

Di dalam mangkuk yang lain, masukkan minyak, gula perang, telur, esen vanilla dan garam. Adun bahan ini dengan kelajuan sederhana dan semua bahan sebati. Bahan-bahan ini tidak perlu diadun terlalu lama dan telur juga tidak perlu terlalu kembang

Kemudian, masukkan pisang lenyek tadi ke dalam adunan bahan kering dan kemudian curahkan pula adunan bahan basah tadi. Adun sebati semua bahan-bahan ini.

Seterusnya, panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius lebih kurang 10 minit.

Sambil itu, griskan sedikit minyak pada loyang mufin dan kemudian masukkan adunan mufin tadi ke dalam loyang tersebut.

Apabila siap, masukkan ke dalam ketuhar … dan bakar pada suhu 200 darjah celcius menggunakan api penuh lebih kurang 20 minit.

Apabila masak, segera keluarkan daripada ketuhar.


Rabu, 16 Julai 2008

blueberry cheesecake

thanks azah for the recipe.. this recipe is very easy to do and no baking is needed.. if you want to thicken the cheese layer, you may add the upper layer ingredients..


Ingredients

1. 300gm cream cheese (I used philadelphia cream cheese 250gm - 1 buku)

2. 70ml plain yogurt

3. 4 tblspoon icing sugar

4. 2 teaspoon gelatin - mixed with boiling water

5. a little zest of lemon

6. 7-8 pieces of digestive biscuit. mashed

7. 20gm butter - melted on stove (I used 1/3 of the normal buttercup)

8. Blueberry topping and filling (I bought normal blueberry spread at Jusco.. make sure the one with the least jem like texture.. basah lagi baik)

Steps:

Mix butter and biscuits. Add them into the baking pan. Press until compacted and flaten it using hand. Cover with cling wrap (I used normal plastic bag used to pack lauk/sirap.. hehe). Keep in freezer until harden.

Beat cheese with mixer until it becomes smooth. Add in gelatin, yogurt, icing sugar and lemon into the mixer and beat some more. Put the batter into the baking pan taken out form the freezer. Add 2 table spoon of blueberry filling and stir it so it looks like marble cake. Put pan in the freezer again for an hour.

After 1 hour (depending on your fridge), checked whether the cheese has hardened. If it turns hard, take it out from the freezer and put the rest of blueberry as topping. Put the cake back in the bottom fridge overnight. The cake is best serve cold.

Rabu, 4 Jun 2008

nyum nyum

semalam mama puasa.. maka tinggal la lagi 17 hari lagi (selepas tolak hari ini).. huhu banyak lagi laa.. takpe.. azam buat pelan2 sebelum sampai ramadhan tahun ini..

jadi seperti biasalah, nafsu tak tertahan2 nak makan macam2.. hehe.. jadi ini la hasilnya..

1. Ikan Masin Masak Lemak Cili Api..


2. Ayam Goreng Kari.. lagi best kalau makan dengan nasi lemak (acknowledge: http://tiffinbiru.blogspot.com/)
3. Apam Pisang

huhu..
Resepinya:

2. Ayam Goreng Kari (Inche Kabin) - saduran dari page Abg Mat tiffinbiru

Bahan-Bahannya :-)

4 keping bahagian dada ayam dengan kepak2nya sekali
1/3 cawan rempah kari
200 ml pati santan1 inci halia
*4 ulas bawang putih
*1 ketul kiub ayam "MAGGI"*(*tumbuk halus)
1 camca besar serbuk cili
2 biji limau nipis, perah jusnya
3/4 camca besar gula
1 camca teh garam

Cara membuatnya :-)
Ayam dibuang kulit dan lemak, cuci bersih, perap dengan garam dan jus lemon selama 15 minit, cuci kembali toskan dan kelar2. Ketepikan.
Satukan rempah kari, serbuk cili, bahan tumbuk, gula, jus limau nipis, santan dan garam. Kacau hingga menjadi pes. Gaul bersama ayam tadi dan perap sekurang2nya 3 jam.
Masukkan ayam tadi bersama2 bahan perap ke dalam kuali, masak dengan api perlahan sehingga bahan2 perap kering dan bersalut pada ayam. Angkat dan sejukkan.
Panaskan minyak untuk goreng terendam. Biar minyak betul2 panas, masukkan ayam tadi dan goreng hingga senyap (tak de bunyi desiran lagi), angkat dan toskan.
Panaskan kembali minyak tadi dan goreng kembali ayam tadi hingga kuning keemasa, guna api sederhana untuk kali ini....(pada mat goreng macam biasa pun ok!!!)

memandangkan semalam balik ofis baru buat.. jadi sempat perap 1.5jam aje.. lagi satu komen papa, mama x kelar2 ayam, jadi marinade tu x kuning sampai dalam.. mama suka je gitu.. hehe

3. Apam Pisang

Bahan2nya :-)

11 biji pisang emas kecil2 dilenyekkan
2 cawan tepung + 1 sudu bikarbonat (ayak sekali)
1 cawan gula
1 sudu kecil garam
1 cawan santan
nak syok lagi tambah mixed fruit (raisins and dried ceri)

Cara2nya :-)
pisang yang dilenyekkan tu dimasukkan tepung yang dah siap ayak
campur gula, garam, santan dan akhir sekali mixed fruit.. jangan banyak sangat mixed fruit.. nanti jadi basah cam mama punya kek semalam.. hahaha.. pengajaran!!
letak marjerin keliling acuan. masukkan bahan2 yang siap di adun dalam acuan.
lepas tu kukus 1/2 jam.. check dengan garpu, kalau bersih boleh angkat dah

komen papa: sedap la mama.. (hmm nampaknya lepas ni boleh la buat lagi) acknowledge makcik ida utk resepi ini.. tapi mama yang tambah mixed fruit tu.. makcik ida punya x tambah.. jadi lain le sket.. hahahah...