Isnin, 5 Julai 2010

taken from utusan online

siap le anak2 mama, kalau korang tak masuk golongan yang buat degree tu siap le kena sebat sorang2! aaaa.. takut tak??

orang perempuan ni tak mudah ngalah.. kalau lelaki dia boleh pesen buat tak heran je.. hish!

Wanita terus kuasai IPTA

KUALA LUMPUR 4 Julai – Pelajar wanita masih menguasai tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) apabila 58.6 peratus (61,750 pelajar) daripada 105,377 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA bagi sesi pengajian 2010/2011 adalah daripada golongan itu.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, daripada jumlah itu, seramai 40,366 pelajar mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama manakala 65,011 pelajar peringkat diploma termasuk di politeknik.

‘‘Jumlah tersebut termasuk bilangan pelajar yang mendaftar di Universiti Malaysia Pahang (UMP) iaitu seramai 1,614 orang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan minggu induksi siswa UMP kampus Kuantan, Pahang hari ini.

Sementara itu, di Bangi, Selangor, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, pelajar wanita masih mendominasi program ijazah pertama seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu sebanyak 68 peratus.

Menurutnya, seramai 3,635 pelajar baru mendaftar bagi program ijazah pertama di universiti tersebut dengan 2,471 orang adalah wanita.

‘‘Tahun ini, pelajar wanita yang mendaftar mencatat jumlah teramai berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya pada sesi pendaftaran pelajar baru Ijazah Pertama Sesi Akademik 2010/2011 di Kolej Kediaman Keris Mas, kampus induk universiti itu.

Di Kota Bharu, Kelantan, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, daripada 533 penuntut baru yang mendaftar hari ini, 355 adalah wanita.

Menurutnya, kemasukan pelajar wanita yang melebihi lelaki tidak boleh dielakkan kerana semua pelajar harus diberi peluang sama dan mereka yang layak harus diberi tempat.
‘‘Pelajar terbabit mendaftar untuk mengikuti pengajian di tiga pusat pengajian iaitu seramai 180 akan melanjutkan pengajian di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Sains Pergigian, 43 orang dan Sains Kesihatan, 292 orang,’’ katanya.

Dalam pada itu, bagi program diploma, daripada 36,000 pelajar yang mendapat tawaran di 15 IPTA di seluruh negara, pelajar wanita adalah seramai 21,567 (58.45 peratus) sementara pelajar lelaki, 15,333 orang (41.55 peratus).

Di beberapa universiti, jumlah pelajar wanita yang mendapat tawaran mengatasi pelajar lelaki, umpamanya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), seramai 225 (90 peratus) pelajar wanita mendapat tawaran sementara pelajar lelaki seramai 25 orang (10 peratus).

Di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula, seramai 14,458 (61.24 peratus) pelajar baru di universiti itu adalah pelajar wanita diikuti lelaki 9,152 orang (38.76 peratus).

Sementara di Universiti Putra Malaysia (UPM) pelajar wanita yang mendapat tawaran mengikuti program diploma adalah seramai 540 orang (60.67 peratus) dan lelaki, 350 orang (39.33 peratus).

Di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) pula, pelajar baru wanita adalah seramai 619 orang (71.98 peratus) manakala pelajar lelaki 241 orang (28.02 peratus).


3 ulasan:

alfa juliet berkata...

dari zaman kita pompuan memang dah ramai..huhu...tapi lelaki yg masuk kompem ada keje sbb sikit..hehe

norfazleen berkata...

mmg sejak leen masuk u lg ramai wanita..even intake keje aritu pn 3/4 adalah wanita..adik leen gtau, cos dia, 23org shj lelaki dan perempaun dlm 200 lebih..ermm...

Oyis berkata...

aduhai... x balance la plak. tp yg peliknya, di postgrad level dkt sini nih, mmg ramai lelaki. dlm lab oyis aje, oyis sorg pompuan. maybe nak kena tgk course apa jgk la kot. kalo tech & engineering, mungkin masih didominasikan oleh kaum adam kot?