Memaparkan catatan dengan label recipe beef. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label recipe beef. Papar semua catatan

Isnin, 18 Februari 2013

2 resipi 1 entri

* السلام عليکم *


  こんにちは q(^_~)p

dua2 resepi ni kena masukkan sesiap sebelum terlupa..

1. Beef stew -- versi senang
2. Kari Kambing pakai oven -- pun senang

almaklum, semua versi senang dan boleh tinggal lama supaya boleh buat benda lain.

1. Beef stew

bahan - daging bahagian isi sahaja dalam 200-250gm potong kiub
carrot - sebatang potong dadu tp besar2 sbb stew masak lama so taknak hancur
batang celery/saderi - pun potong besar2
kentang - dadu besar -- mama tak pakai sbb makan beef stew ni dgn mashed potato
bawang putih 2 ulas potong dadu
3 sudu makan pes tomato
2 sudu makan tepung jagung
2.5 cawan stok daging -- takde stok daging bancuh aje kiub pati daging dgn air suam hehe
daun rosemary, parsley -- kalau xde fresh serbuk pun boleh
1 sudu makan sos worchestershire -- takde pun xpe
2 helai daun selasih (bay leaves)
minyak masak

cara2
1. mula2 panaskan minyak dalam periuk, masukkan daging, bg caramelized daging semua bahagian, dalam 5 minit gitu, pastu bubuh daging ketepi.
2. jangan buang minyak yang guna utk daging tadi, masukkan semua sayur2 dan bawang putih, gaul dalam 5 min sampai bertukar warna
3. masukkan tepung jagung, gaul rata
4. masukkan semua bahan lain -- kemudian biar reneh untuk 2.5jam.. mama bagi 2 jam udah.. lapar weh tunggu lama.. api jangan besar.. kalau nak gaul bg rata, biar lepas 1jam.. gaul sekejap ja sebab takut sayur hancur.. sebelum hidang, keluarkan bay leaves..

baki beef stew ni boleh buat jadi shepherd pie..

beef stew with mashed potato -- perfect for winter!


2. Kari kambing guna oven

bahan2 -- isi kambing.. nak kiub pun boleh juga, nak hiris kasar2 pun boleh.. dalam 200-250gm
kentang 2 biji dadu besar
2 biji tomato didadu halus.. kalau nak pakai chopped tomato dlm tin pun boleh tp mama tak mau sbb masam nnt kari ni jadinya
2 sudu makan rempah kari
bawang merah, putih halia kisar halus
kayu manis, cengkih, lawang dan pelaga
daun kari
sikit santan dalam 4-5 sudu makan. taknak santan pun xpe
air dalam 2 cawan

cara2 -- panaskan oven 200degrees celcius
mula2 tumis bahan kisar dgn 4 sekawan dgn daun kari biar naik bau, masukkan pes kari biar sampai pecah minyak, masukkan daging kambing
pastu masukkan tomato, santan dan air, biar sebati, pastu masukkan dalam caserole dan masukkan dalam oven bakar untuk 1.5jam ke 2 jam.. kak TTM kata kalau lagi lama lagi mengancam.. mak tak koser nunggu ye deknon.. lapaaqqqq..

hehe.. try la ek..


regu terbaik untuk weekend haha
 
XOXO

Isnin, 6 Februari 2012

Burger daging sedap

Tajuk memang boleh membangkitkan dengki hahahhaa (nota: entry ke 1000 ni weehooo)

I recently found a blog somewhere (lupa dah) how to make beef patties.. Almaklum terlebih bijak tukar2 sesuka hati resepinya.. Yeay jumpa rasa yang sedap kat tekak..

Boleh buat untuk jadi burger patties mahupun slices jadi inti untuk tortilla..

Resepi

1 genggam daging cincang - mak tak timbang tadi.. Tp lebih kurang 100gm daging cincang
7-8biji cendawan butang.. Takde cendawan butang taram 3 cendawan shitake pun sedap - tested n proven
1/2 biji bawang besar
1 biji telur
1-2 sudu makan steak seasoning- mama pakai yang ni


Sikit garam, serbuk lada hitam
2-3 sudu serbuk roti - agak2 nak bagi boleh melekat

Cara

Blend telur, bwg n cendawan

Campur bahan blend dgn bahan2 td

Kalau nak sedap lagi perap lama sikit.. pastu boleh buat bebola macam hamburger.. takpun, letak between 2 keping baking sheet kasi gelek bagi rupa burger patties biasa..

nak masak boleh terus atas kuali dgn minyak sikit - macam burger biasa

atau grill untuk 35-40 mins sampai masak..

nom nom nom
ni goreng mcm burger biasa
ni grill dlm oven

senang dah.. takde le kempunan telur tembakul.. eh burger sangat.. hahahaha

Rabu, 2 Februari 2011

beef stew sang pem.. tttuuuuttttt

minta ampun le lambat upload resipi ni.. resepi asal dari allrecipe.com.. tp mama tambah tokok lepas tengok beberapa resepi beef stew lain gak..

so here it is

for 300gm beef - dadukan dalam saiz 2cmx2cm

2 sudu besar (SB) Worcestershire Sauce - cap lea&perrins tu
2 1/2 cawan air - kalau nak buat kuah lebih bubuh le lebih
2 helai bay leaves (daun salam ek?)
1 SB paprika
1 SB serbuk lada hitam
1 SK garam
1 bawang putih kupas
1 bawang besar hiris
1 SB allspice

bahan2 kat atas ni masukkan dalam periuk dengan daging.. reneh selama lebih kurang 1 jam hingga daging empuk dan air kering 1/2 dari sukatan asal - kalau nak banjir makan dgn spaghetti tu kome tambah le air ye..

bila dah hampir 1 jam tu masukkan:

carrot - potong ikut pesen korang rasa best
celery - sama cam carrot

3 sudu makan sos tomato - yang ni mama tambah sebab baca kat resipi lain pakai tomato paste

pastu, nak kasi kuah tu nampak likat2 sikit, bancuh 1SB cornstarch dgn 1/4 cawan air - masukkan dalam periuk.. kasi kuah lagi cantik

biarkan lagi 20-30 minit, tutup.. siap!

leh makan dengan nasi (papa makan dgn nasi butter), spaghetti, roti dan ikut suka ati korang le nak hirup ke ape


Selasa, 21 September 2010

jadi karnivor

saja je title gitu..

harini masih mood nak update resepi.. ntahle.. teringin nak makan gamaknya.. ni pun lapar lagi tak breakfast.. kang ado pi mamam awal ni kang..

kalau korang makan daging apa menu korang selalu buat ek? black pepper ngan masak kicap tu common kan?

lately mama suka makan ada satu resepi ni.. mama cilok dari blog mat gebu.. lupa dah nama dia.. rasanya lebih kurang nak jadi cam satay.. tapi mama buat jadi moist sikit.. makan dengan nasi panas2 memang sedap..

resepi daging goreng ala2 macam satay..

bahan2:
  • daging fresh.. lebih kurang 300gm.. ala2 senggengam la lebih kurang.. dicuci, rebus kasi lembut sedikit.. dalam 1/2 masak.. hiris halus2, ketepikan
  • bawang besar - sini nan ado bawah merah.. kalau korang ado sila pakai.. mama pakai bawang bombay kuning besar tu.. separuh untuk blend separuh di racik halus..
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 ruas jari halia
  • garam n kunyit - mat gebu pakai kunyit hidup.. mama ganti kunyit serbuk aje le
  • air

bawang besar separuh, jintan, halia, kunyit n garam diblend sekali bersama 1/2 cawan air.. pastu gaulkan dengan daging.. biar kejap..

panaskan minyak lebih kurang 5-6 sudu makan.. pastu tumiskan perapan daging tu.. biar daging masak sampai air kering.. dalam masa yang sama, masukkan juga bawang dah dihiris tu.. agak2 la dalam 5-10minit lepas daging dah masuk..

siap!! angkat!!! kalau korang suka dia berkuah boleh juga.. mama rasa kalau masukkan sikit lada hitam dalam bahan blend pun macam menarik.. eh, boleh jadi menu untuk orang pantang gak ni kan? dap2..

selalu kalau mama masak daging yang keras sikit, air rebusan tu sure punya terus buat jadi sup daging.. campak2 aje carrot n kentang n celery.. sedap!

resepi daging kedua ni arwah emak yang ajar.. yang ini memang pedasssss terbaik!!!

bahan2

  • daging 300gm.. dapat batang pinang tak payah nak direbus2, terus hiris halus2
  • serbuk cili - dalam 4-5 sudu makan
  • garam
  • kunyit serbuk sikit

bahan2 atas tu terus perapkan sekali..

  • air asam jawa 1/3 cawan
  • daun kari

panaskan minyak dalam 5-6sudu makan.. ala2 bergenang gitu.. tumiskan bahan perapan.. pastu masukkan air asam jawa n daun kari.. masak sehingga air kering n daging empuk..

kalau resepi no 2 ni memang mama n papa layan makan dengan nasi panas2 n sayur tumis air je.. cellamaaakkk.. leleh ayaq liuq cheq kejap.. hahahahha


kalau korang ada resepi daging leh gak share.. sharing is caring.. right? hahahaa