Monday, December 14, 2009

diurut tu kan best!

harini confinement lady (cl) start datang rumah.. yep, memang dah lambat juga la kiranya.. tapi yang penting ada juga orang yang boleh datang untuk pamper badan mama.. hehehehe.. harini hari ke 12, masa time aiman hari ketujuh tu cl dah datang rumah.. kali ni ambil cl yang berbeza dari masa pertama haritu.. awalnya ingat takde orang lain dirumah menunggu mama.. alhamdulillah, kali ni ramai.. ada makcik (yang tengah jadi penganggur bertauliah sebab tgh tunggu nak pindah tempat kerja baru) dan makcik ida yang mai dari aloq setaq.. sebab asalnya ingat takde orang lain yang menunggu mama, jadinya mama ambil pakej cl dari jam 9am-4pm.. mama ambil cl dari shadira beauty house kat brickfields.. macam2 jenis pakej dia ada.. ada yang tidur rumah, datang harian, datang separuh hari je.. depends on kita dan poket kita la..

jadinya, pagi tadi cl mai pukul 8.40am.. siapkan air mandi mama dan tangas, mandikan aidan, siapkan aidan, buat infra-red therapy, urut, bertungku, bengkung, barut (ye, mama pakai barut 12m) dan siapkan air ubat periuk untuk mama minum.. pakej yang mama ambil tu siap dengan dia masak.. tapi sebab makcik ada masak, so dia tak le masak.. hehehe.. dan dia memang jaga baby siap urutkan aidan sebab perut angin sikit..

sebelum ni memang makcik n makcik ida yang tolong buatkan semuanya cuma tak le sampai berurut bagai.. sekadar sapukan minyak, tungku, bengkung dan siapkan baby..

alhamdulillah, mama syukur sangat kali ni sebab ramai bantu jaga mama.. tadi pun madeh, kak irni n clan baru je balik lepas ada dirumah di untuk 5 hari.. huhuhuhu.. ramai woo kat sini.. rasa cam pantang kat kampung2 tau.. 

harap2 cepat le leh kempis perutku ini.. hahahahahhaha.. cita2 tinggi menjulang woo..

pencapaian breastfeeding - sekali pump 5oz.. alhamdulillah.. hasil tuaian sangat memberangsangkan..

 

Friday, December 11, 2009

menjengah usia lewat 20-an.. yep, saya dah tua harini

harini mama genap dua puluh tuuuuuuuutttttttttt tahun hahahahaha.. umur mama dah stop tang 25 tu lama dah.. tak gerak2 dah.. hahahhaha.. 

alhamdulillah, dikala usia begini, dikurniakan keluarga yang membahagiakan disamping 2 orang putera kecil dan prince charming idaman, kerjaya yang kukuh (walaupun ongkosnya kadang2 ada, banyak kadang tak tahu ke mana.. haha), kawan2 yang baik dan macam2 lagi, rasanya tak layak untuk mama mengeluh kepada tuhan.. kena lebih banyak bersyukur..

transformasi yang mama telah lalui dari tahun 80an membawa ke 2009 ni banyak sungguh.. dari luaran sampai dalaman.. boleh kira banyak sudah perubahan yang dialami.. walau begitu, mama masih individu yang sama.. yang anda kenali mungkin sudah puluhan tahun, belasan tahun, beberapa tahun, bulan, minggu mahupun hari.. cuma diupgrade untuk jadi lebih baik (baik ke?) hanya Allah yang mengetahui..

dan untuk tahun2 mendatang, mama simpan azam yang lebih tinggi untuk mama gapai.. dan mama yakin mama boleh.. 

kepada yang telah mengucapkan selamat, terima kasih.. mama pun doakan kalian bahagia dan dilimpahi rahmat dan rezeki dari Allah SWT

- terkedu bila org pertama yang wish adalah fano kesayangan dan ibu mentua yang jauh ditanah suci.. papa?? cit.. dah pagi baru wish.. sebab dia terlena malam tadi kepenatan balik kerja..

Thursday, December 10, 2009

exercise untuk ibu mengandung dan dalam pantang

majoriti ibu mengandung dan dalam pantang mungkin dah tahu exercise ni.. ala, kegel floor exercise atau pelvic floor exercise.. exercise ni bagus semasa mengandung, dalam pantang dan juga untuk semua orang perempuan..

camne nak buat exercise ni? senang je.. tarik nafas dalam2, kemutkan bahagian bawah anda tu.. ala, yang depan tu.. bukan yang belakang tau.. pastu cuba tahan dalam kiraan 1-10 dan kemudian lepas nafas anda.. haa.. senang je kan.. cuba la buat sekerap mungkin.. especially masa tengah kerja ke, tengah memandu ka.. bila2 la.. 

bagusnya exercise ni, untuk bantu kuatkan otot2 pelvik dan membantu mengecutkan bahagian sulit anda.. pastu, exercise ni juga bantu untuk mengurangkan gejala terkincit (incontinence) dan juga bagus untuk hubungan suami isteri..

cuba la.. 

Wednesday, December 9, 2009

dah 7 hari

alhamdulillah, kejap je dah seminggu.. cepat je masa berlalu.. Aidan masih ada kuning sikit2.. tapi mama continuously bfeed dia sampai nipple sore gilerrrr rasa macam nak terkucil time Aidan nak hisap.. ngeeeeee... Pusat Aidan baru je gugur tadi.. Alhamdulillah, moga dilancarkan perjalanan pantang mama n Aidan.. hehehe..

Good news for mama, malam tadi try balik bengkung beautiful mama.. yeay!! boleh pakai seh!! masih dalam kategori saiz lama.. tak perlu tukar saiz baru.. harap2 dapat le kempiskan bahagian perut by end of pantang.. 

auntie aweng, tq baju kite ni.. muat2 je.. hehehehhe

Tuesday, December 8, 2009

jawab menjawab

nak menjawab dalam comment box adalah leceh dan payah.. hehehe.. jadi satu entry pula semua jawapan kepada persoalan yang ditanya..

okey.. bab pilihan nama.. Aidan pilihan last minute sebenarnya.. sampai dekat 9 bulan pregnant pun masih tidak punya idea untuk pilih nama yang simple, sweet, easy to be remembered and most importantly, nama yang mudah untuk dipanggil.. kang kalau panjang2 namanya tiba2 dipanggil 'chot' ke, 'chet' ke adalah tidak best ok.. pastu yang jadi concern incik papa adalah Aiman punya nama punya la 5 huruf, adik punya?? 5 huruf juga? 6 huruf?? 7 huruf?? nanti merajuk tak depa?? lerr.. sebenarnya mama tak kisah pun.. mula nama dengan huruf apa pun mama tak kisah.. janji mudah diingati.. dan memberi makna yang baik..

maksud nama aidan yang berjaya digoogle dalam laman web nama baby islam adalah intelligent, helpful

kepada yang rasa cam seriau je baca pengalaman mama, ala, jangan risau, lain orang lain pengalamannya.. mama suka juga dengar pengalaman orang lain bab2 bersalin ni.. rasa takut memang ada.. tipu la kalau orang nak beranak tu sempoi je masuk labour room kan? hehehe.. yang penting, kita kena banyak berdoa dan mohon dipermudah perjalanan bersalin tu.. nak cerita lebih2 pun tak syok juga.. takut lain hari kalu mama nak bersalin lagi kang kena teruk2.. ngeeee...

mama rasa nak buat sikit juga catatan selepas ni pasal breastfeeding.. walaupun tidak la se'pro' kawan2 lain, tapi kurang2nya, pengalaman sejemput ni mungkin juga beri faedah kepada kawan2 yang membaca.. tak mahu riak, sebab nikmat ni tak tahu berapa lama akan dapat.. tapi harap dapat beri semangat untuk kawan2 yang bercita2 nak breastfeed. 

harini sambung la nak tidur siang.. Aidan dari tadi tidur.. bangun nak susu aje.. Aiman pula nak manja2 main dengan mama n papa.. papa as usual buat kerja tak habis2.. esok papa nak balik parit buntar dah.. lusa dia kerja..