Memaparkan catatan dengan label Osaka sightseeing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Osaka sightseeing. Papar semua catatan

Selasa, 17 April 2012

friends visit Day 1

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


last week kawan2 mama datang jepun.. gembira bukan kepalang ok.. plan lama.. yang tak dapat mai cik fano kita sorang tu aje.. merajuk aku ok.. dahle rindu ko.. sob2..

anyway, chema satu family, ayza (n son) n anis mai sini utk 4 hari.. walaupun kejap, puas mama dapat jalan2 dengan depa..

1st day kami ke Osaka Castle, jalan2 Kobe dan merambu di Shinshaibashi Osaka.. banyak jalan sebelah Osaka sebab kawan2 mama duduk hotel kat Osaka..

so since kami sendiri tak pernah sampai Osaka Castle, amik kesempatan la kan..

alhamdulillah cuaca day 1 ok, cuma angin sejuk la dok bertiup kadang2 tu brrrr hehehe..

ok layan gambar (semua gambar courtesy of chema n ayza) hehe.. kami cilok aje.. :P

us rombongan cik kiah di Osaka Castle

kudapan nasi goreng siap ada sos cili mesia weh hahaha
taiyaki sedap kat kobe

sok lusa ku sambung day 2 :P takleh taruk gambar banyak2 sebab bukan hakmilik mama.. cukup kami share kt fb




Jumaat, 4 November 2011

Osaka Aquarium

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

Semalam cuti Cultural Day.. last year kami ke KCIF open day pastu dapat pi tour Nanzenji temple.. tahun ni plan asal kami nak bawa anak2 ke festival untuk train.. tapi pagi semalam memang last minit tak agak2 tukar plan.. itu sebab asalnya call adik Syafika nak tanya mana kedai roti canai kat Osaka (rindu roti canai.. huhu) tapi dia ajak kami ke Osaka Aquarium.. lagi lawak, depa dah naik train tapi kami baru bangun belum siap apa lagi.. haha.. zassss.. siapkan budak2, siap2 bawak bekal nasi goreng (tak makan kat rumah pun, tapi makan kat sebelum pintu masuk akuarium tu.. ahahaha)

sebelum apa2, Osaka Aquarium ni antara yang terbesar di dunia according to wikipedia so kalau korang berkesempatan ke Osaka, singgah le..

one day pass

semalam kami beli tiket ni (gambar atas), tiket ni harganya 2800yen boleh guna untuk semua train dari kyoto ke osaka dan siap masuk entrance fee.. MURAH SANGAT2 dan berbaloi2.. sebab seharian kami memang pakai tiket ni aje keluar masuk train.. HAHAHAHA..


entry ni banyak gambar, so klik sini


Isnin, 4 Julai 2011

thomas here we goOOooOO

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

Alhamdulillah.. after few weeks of not going further than our home, we managed to get fresh air.. and best thing was, It was not hot as last week! phewww.. lega..

dah janji dengan anak2 yang kami akan keluar naik train and go somewhere.. where did we go? Osaka aje.. tapi itu cerita nanti.. la ni mama nak cerita what we found during the journey..

kami keluar dari rumah pun dah dekat pukul 11.. papa kata takpa la.. kita naik train pukul 11.14.. sekali sampai kat hirakata park station, kami nampak ini...

TRAIN THOMAS!!

DSC_0408
hi, nampak aidan tak? thihihi


selalu masa kami naik tak dapat nak cuba train ni.. sebab train ni arah lain dan dia untuk local (maknanya bukan train laju) -- rezeki anak2 betul.. Aiman menjerit2 la tengok train ni..

berlari2 la kami tukar platform.. mujur sempat weh..

merasa la budak2 ni naik train thomas.. train jenis macamni selalunya limited time aje.. tak banyak.. dan untuk tahun 2011, dia pakai model 10000.. sebelum ni adala model2 lain..

yang lagi best, sebab kami nak pi jauh sikit, so tukar2 train tanpa perlu keluar ke kaunter lain adalah heaven!! hahaha.. FREE!! lega seh!

okey2..

enjoy gambar..

DSC_0407
version 10000

DSC_0403
excited

DSC_0410
siap ada tiket spesel laie

DSC_0426
interior semua thomas and friends

DSC_0413
character tak pernah tengok pun ade

DSC_0423
boleh meroyan.. sempat masa ni tak ada orang.. lepas tu penuh 

DSC_0420
even platform sepanjang laluan pun penuh aa dengan gambar2 thomas

DSC_0415
mama happy la..

DSC_0411
suara dalam train tu pun thomas gak.. haha

DSC_0405
excited aiman ngan aidan

DSC_0400
my boys

rezeki.. syukur.. merasa anak2 naik train thomas and friends --->> nanti kita cari lagi yang ada thomas ye aiman, aidan..

Jumaat, 6 Mei 2011

dah bajet pun

* السلام عليکم *

こんにちは q(^_~)p

bukan tak boleh agak, dah tahu.. mesti berjangkit punya.. maka harini officially aidan kena chicken pox.. tapi tu kita cerita kemudian..

la ni kita cerita trip pi zoo..

cuti golden week kami penuhi dengan jalan2 ke zoo tennoji, osaka.. besar la zoo ni.. dan banyak binatang pelik2 yang tak dapat tengok kat malaysia ada di sini.. first time tengok KOALA!! (tapi tak boleh ambil gambar), tengok red panda! alalalallaa.. comei sangat2 boleh dibuat bantal peluk..

pehtu tengok serigala (woo.. banyak giler.. di bubuh kat 10 ekor dalam satu kandang.. cam liar lak tu.. seram) dan macam2 la binatang lain yang kat mesia pun ada..

terima kasih kat adik2 (sekali lagi rasa muda bila duduk dengan depa ni) yang sudi teman kami jalan2.. next time kita jalan lagi na..

ok, enjoy gambar petang2 jumaat ni.. sure korang penat kerja kan? hehehee

rombongan cik kiah


masuk zoo

rumah koala

ramai manusia!

bear pakai spek itam.. hehehehe

jenuh nak rehat time ni

kaba' terdampar.. hahaha (kaba' tu badak)

emperor penguin

crane

my boys

adik khusyuk
tak larat nak upload banyak2.. lambat bebenar

Khamis, 5 Mei 2011

no woman no cry

* السلام عليکم * こ

こんにちは q(^_~)p


topi baru aidan punya nama.. hehehe
happy

Selasa, 29 Mac 2011

Sesuai Untuk Yang Berjiwa Muda

السلام عليکم

Entry sempena kedatangan adik mama seminggu ke sini (harini dia balik.. sob sob sob) kita mulakan dengan lawatan cik kiah ke Universal Studios Japan.. ye le, orang kat mesia boleh pi Universal Studios Singapore.. kami kat sini ke USJ le ye.. hehehe..

Universal Studios Japan (USJ) is located in Osaka Pref. From Kyoto, we can take trains (in our case, we take the Keihan Railway from Demachiyanagi Station to Kyobashi Station) after that, there's train directly to USJ.. total cost for one way trip from Kyoto is 650yen - RM25+-

This year is 10th Year Anniversary celebration for USJ.. so expect crowds and lots of fun activity special for this celebration..

Kalau nak ke sana, sila mula dari pagi.. sebab seharian pun belum tentu dapat main dan tengok show dia sampai habis.. kami betul2 syukur dan lega sebab ada adik2 yang ikut kami.. hehehe... boleh juga gilir2 ganti tengokkan budak kecik dua orang tu.. terutamanya bila mama dan papa dia nak bercinta kejap..


pintu masuk USJ

Hard Rock Cafe Osaka betul2 depan pintu USJ

Jemaah hari tu.. 
Tiket adult adalah 6200yen.. tapi disebabkan ada adik2 ni punya year round tiket (bayar 12000yen setahun kut suka la nak masuk berapa banyak kali), jadi kawan2 yang dia bawak boleh dapat 5800yen.. jimat la disitu.. anak2 bawah 3 tahun free dan sekolah 4100yen.. boleh tengok laman web dia untuk lebih lanjut.. tu harga semuanya untuk pas sehari..
dengan popeye

pose sebelum letih
mainan kat USJ ni kebanyakannya sesuai untuk orang dewasa dan budak sekolah.. budak2 kecik ni tak berapa sesuai.. cuma banyak show2 comel yang boleh budak2 enjoy tengok.. lagi2 untuk anniversary ni.. wooo.. memang best..

tabung elmo tu untuk isi popcorn..

kat sini ada show sesame street

acu dengan kitty

susun atur USJ ni banyak tiru LA dan hollywood le..

topi2 comel ni jual merata

best2..

yang ni show serupa movie waterworld tu

peace

yang ni pun best

tak caya tengok muka mama.. ahahahhaa

boleh jadi model sesame street kan

show kitty dengan kawan2 sesame street

penuh orang time ni.. ni weekdays ok.. bukan weekend..

ni pun sweet.. mama tengok show ni masa tunggu adik2 main space fantasy tu
pendek citer memang puas hati la.. pasni kami nak kumpul duit pi jauh sikit lagi.. DISNEYLAND.. lalalalalallalaa


ماما أيمان

Isnin, 24 Januari 2011

today's letter is T

dah lama tak bawa anak2 jalan ke tempat yang diaorg suka bukan mak pak dia yang suka..

kami pun start minggu ni nak bergelumang dengan dateline banyak, jadi buat siap2 dulu agenda dengan anak2.. terfikir la mama nak p mana weekend lepas..

kami decided p museum train atau lebih tepat lagi Modern Transportation Museum di Bentencho, Osaka

jom bubuh setem dulu.. CHOP!

Rabu, 13 Oktober 2010

pemetik anggur - budou gari

hujung minggu lepas kami dapat long weekend.. sampai isnin.. isnin adalah cuti hari sukan untuk jepun.. sila jangan tanya kat mama.. mama dapat cuti ku layankan aje.. sebab sabtu lepas sehari semalam papa tak ada kat rumah.. seminar sampai party.. dekat pukul 10mlm juga baru papa balik..

so, ahad kami melepas lelah seminggu.. jalan2 ke daerah Osaka.. kat Kashiwara.. ada Budou (Grape) picking link kat situ dia ada persatuan penanam anggur.. hihihii... persatuan ni akan terima visitor dan akan diberi pada tuan2 ladang.. kita bayar 1000 yen (lebih kurang) pastu boleh petik dan makan anggur sampai muntah kedarah... hahahhaha.. anggur ada banyak jenis.. dari kecik2 comel besar duit 1 sen sampai le sebesar telur ayam.. masa kami pegi haritu kira dah penghujung musim anggur (musim anggur dari hujung ogos sampai tengah oktober) apapun dapat le merasa pengalaman memetik anggur..


kat mesia pun patut depa buat camni untuk strawberry kita kat cameron tu.. baru la best!

kami beli sikit untuk dibawa pulang.. kasi tuan rumah sikit.. sebab haritu dia kasi apple terbaik dari jepun.. depa pi Nagano.. apple dia serius sedap! n rangup!

okey, sila enjoy gambar.. gambar kat FB je.. cerita kat sini.. muhehehhe



snip snip snip - sesi memetik anggur.. ada kisah pasal gunting.. papa terbawa balik satu gunting.. hahaha.. jadi cenderahati gitu





ye ye je papa pose.. hihihihi



budak kecik ni dapat berapa bijik dia capai.. ada la 3 4 biji gugur sebab tangan kecik dia tu.. ish!







depan tu semua ladang anggur.. serupa cam kat cameron la..

petang lepas selesai memetik anggur, kami makan kat yodoyabashi osaka.. stesen train besar kat osaka..

pastu kami ke kinokuniya osaka.. BOSAR.. tapi depa kat kat Tokyo laie BOSAR!! hehehhe.. merasa la juga aiman n aidan dua2 dapat buku..

petang lebih kurang pukul 7 gitu kami sampai di kyoto.. dinner dengan family kak yang di karafuneya (kedai parfait fav)

pastu balik rumah.. ponat!!!!!

owh, lupa citer.. nak ke ladang anggur dari kyoto naik train lebih kurang 1 jam 15minit.. pastu sampai kat stesen, tuan ladang akan amik visitor.. selamat... jimaatttt.. ahahhahhaa

nota: sorry ye semalam tak dan nak buat entry.. chaos sangat petang semalam.. harini pun akan chaos