Memaparkan catatan dengan label recipe pudding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label recipe pudding. Papar semua catatan

Ahad, 28 November 2010

Projek hujung minggu 2


ini projek no 2.. hampeh tak masak lunch pun.. sebab pagi dah belasah murtabak sampai kenyang.. tengahari pekena dessert aje le..

pastu pulak testing2 oven baru.. hihihi.. hasilnya

jeng jeng jeng.. puding roti..


sebelum ni mama dah pernah tempek resipi puding roti dah.. cuma kali ni mama kurangkan sikit adunan dia n tambah gula kasi up manisnya.. hihihi

  • susu segar 350ml panaskan dan ketepikan
  • telur 2 biji + gula 1 senduk + 1 sudu kecil esen vanilla + 1 sudu makan serbuk kayu manis - blend sekali dengan susu suam
  • kismis
  • roti 3 keping
kalau pakai loyang, make sure leserkan loyang dgn butter.. mama pakai cawan porcelin kecik2 selamba ku tak pakai butter pun.. nak test tengok jadi kerak ke idak..

potong kecil2 roti n masukkan dalam loyang.. tabur kismis dan kemudian rendamkan dengan bahan yang dah di blend..

bakar suhu 190 darjah celcius untuk 20 minit.. sebelum bakar tu, masukkan air dalam dulang oven.. kasi tak hangit bahagian bawah..

tadaaaa... siap!!!

anak2 pun suka kemain..

Isnin, 10 Ogos 2009

Bread Butter Pudding

Pagi-pagi hari tadi lepas subuh mama bakar bread butter pudding.. hehe.. sebab ada roti yang dah hampir tarikh luput (oppss) sayang nak dibuang.. resepi yang ini agak lain sikit dari yang mama pernah buat.. proportion dia lain.. tapi lebih sedap.. tak caya?? haa... tanya opismate mama.. tadi dah tinggal sekerat.. tak dan nak ambil gambar.. kang kalau sempat mama turun ambil gambar.. letak kat pantry tu karang kejap je kena rembat..

anyway, ni resepinya.. boleh try..

Bread Butter Pudding resepi ambil dari internet dan dah diubah² ikut suka hati den.. hahaha.. dasar chef tak bertauliah

Bahan²
Roti Gardenia 8 keping (ada baki banyak.. kalau idak, kurangkan aje sukatannya)
Kismis 1 kotak kecil Ligo
Susu Segar 750ml
Telur 5 biji
Gula Pasir 1 senduk
Esen Vanilla 1 sudu kecil
Serbuk Cinnamon (kalau suka) 1 sudu makan

Cara²
1. Panaskan oven suhu 200 degrees
2. Griskan loyang (mama pakai 9inch loyang) dengan butter - pagi tadi pakai marjerin je.. hahaha
3. Potong 4 roti gardenia dan susun bergilir² bersama kismis dalam loyang - ketepikan loyang
4. Panaskan susu segar (jangan sampai menggelegak)
5. Dalam bekas lain, pecahkan telur, masukkan gula, dan pukul sikit..
6. Masukkan susu yang dipanaskan dalam bekas telur tadi
7. Kacau rata dan masukkan esen vanilla dan serbuk cinnamon
8. Tuang dalam loyang yang berisi roti
9. Tekan roti supaya tenggelam.. biarkan sekejap supaya adunan sebati dan roti kembang
10. Kalau nak bagi atas kerak tu perang2, tabur sedikit lagi gula pasir kat atas adunan.. nanti cantik la perang dia..
11. Masukkan dalam oven dan bakar untuk 25 minit atau sehingga masak


nyum nyum nyum.. sila la cuba ek.. kalau menjadi jangan lupa habaq..


Isnin, 12 Mei 2008

caramel puding ekspres


sabtu lepas mama gatai tangan nak masak macam2.. alkisah, waktu balik kl aritu x puas makan caramel puding.. jadi ini kali kedua la mama bikin ini puding..

bahan2:
4 cawan susu segar
3 keping roti
3 biji telur
1/2 tin susu pekat
esen vanila
1 cawan gula untuk caramel
cara2 nya:
  • memula panaskan susu segar dalam kuali.
  • ketepikan dalam mangkuk dan masukkan roti. biarkan sejuk sikit.
  • setelah sejuk sikit, masukkan telur, susu pekat dan esen vanilla ke dalam blender. masukkan adunan susu + roti tadi dalam blender juga. blend hingga hancur.
    gula secawan tadi dipanaskan atas api sehingga menjadi caramel (make sure api x besar sgt.. kang hangus).
  • kendian, sapukan butter dalam loyang.
  • tuang gula caramel tu dan akhir sekali tuangkan semua bahan yang diblend
  • masukkan dalam pengukus dan kukus untuk 20min dalam api sederhana.. tadaaaaa.. dah siap!!

acknowledgement: http://mamafami.fotopages.com