Isnin, 26 Julai 2010

alahai deknon

rentetan dari satu wall post kawan mama dekat FB.. bukan sekali dah mama nampak post gitu.. sebab tu mama rasa ringan je nak komen ni..

pasal tag gambar untuk bisnes.. alahai kawan, minta maaf cakap le.. tak ada kaedah lain ke nak ajak orang beli dari kedai awak ye?

mama tak kisah kalau sekadar 1 atau 2 kali.. then follow up atau directkan orang yang berminat ke emel awak ke, website awak ke, blog awak ke.. kan lagi bagus gitu..

takpun line up semua produk/ partially based on types ke.. amik gambar satu dan tag.. cukup le.. tak payah le setiap kali barang baru nak upload gambar dan tag.. keluar pen - tag gambar, keluar buku - tag gambar.. sebijik2 dia amik.. dahtu tak ke penuh dalam FB kawan mu dengan gambar tag produk aje..

bagi mama, FB tempat mama share gambar2 family, kawan2.. catatan kenangan mama.. bukan tempat mama membeli belah..

kesian kat kawan mama tu.. dia post kata dia tak mahu ditag.. lepas tu ada la kawan dia pi balas, kalau tak mau, just untag.. betul le.. tapi kalau di tag dekat 100 orang tak ke pening ko nak cari nama ko.. pastu dengan 10 gambar lagi... cheh! pastu kawan dia boleh pulak cakap kita mesti sokong bangsa kita, kena sokong orang melayu meniaga.. cheh! itu aje le alasan!!! motif bangsa agama semua.. ape la.. nak meniaga buat cara nak meniaga beb..

komen mama kat wall post dia semalam.. nak sokong pun biar bertempat.. ha.. kang kalau aku kasi satu das kang menangis pulak kawan kepada kawan mama tu..

sabar je laa..

kalau nak buat apa2, make sure ilmu cukup.. kalau tak tahu belajar.. jangan jadi pandir ok!

ni buka buku baru dah tau.. nak kurangkan lagi amarah.. tak mau dah marah2.. ni nasihat aje ok..

tu pasal baik lepas dalam blog aje..

hahahahhaa.. jadi anon orang tu..

nota: lepas ni kalau nak teka berat klik sini.. hihihihi

7 ulasan:

Fid berkata...

ahkak tak aktif sgt FB tapi akhir akhir aktif sikit sbb malaysian BF peer councelor banyak guna FB

namun ba tag meniaga ni kakak tak minat
kakak tak layan tapi kadang2 rasa busuk hati juga la
sbb tetiba dapat emel kata ditag kahkahkahkahkah

lagi satu kan....

kalau depa tak tau nak iklan kat mana mana..moh..mai iklan kat blog akak rm10 saja utk sebulan kahkahkahkahkahkahkahkah

mast@work berkata...

hahahhaa.. kak fid buat iklan RM10.. bagus2.. hahaha.. rimas le saya bila kena tag2 ni.. itu pun saya dah turn off mode emel bila gambar ditag.. kalau idak penuh pulak mailbox.. menci

TopsyTurvyMum berkata...

penah gak la kena tag tapi nasib tak selalu..kdg ingat apa la gambar yg dia tag kita tu kann..
pastu tiap2 komen pun masuk e-mail...nyampehhh tang situ nak cuci mailbox..

Rizza berkata...

mast.. hehe akak pun tepek gambar kek kat fb.. tapi idak le tag org.. sapa2 nak tgk tengok.. spaa2 nak beli..pi carik kat blog le..

akak pun kena di tag berlambak2 dek kawan2 yg buat bisnes ni.. penat la dok untag.. sakit jiwa...

betul tu.. nak tolong org melayu pun bertempat dan berhemah la kan..

Zety Zin berkata...

saya pun kdg2 rimas dibuatnya bila kena tag gitu. nasib baik la tak selalu kena.

kalau saya, saya prefer cara kak rizza. letak je gambar tu dalam fb, tak perlu nak tag sesiapa. kalau dia berminat, sure dia tengok kan?

mast@work berkata...

kak TTM, kat setting FB tu klik tak mau info pasal gambar upload n tagged.. saya buat gitu tu mailbox jadi kurang le penuh..

kak rizza, agree ngan method akak tu..

Ayu Ikhwani berkata...

Hmm.. selalu gak kene. Btul kate Mas, kdg tu, diorg tiap bulan update stok, pun nak tag jugak la tiap bulan.. adessss. Nak untag, takut kecik ati.. boley ka?