Jumaat, 29 April 2011

definitely a keeper

* السلام عليکم * 


こんにちは q(^_~)p


tengah bosan menunggu papa balik petang tadi mama pun blogwalk.. terasa macam sedap aje congo bars ni.. jumpa kat blog bisousatoi dan refer kat sini <<-- mama follow recipe bakerella ni..


ya Allah, sedap weh!! senang lak tu.. kejap aje siap.. sementara tunggu sejuk keluar makan dengan syafika kejap kat kedai tendon.. balik2 wallah.. melantak biskut!!


tapi mama ada ubah juga recipe ni sikit.. mama pakai chocolate chips and raisins.. tekstur dia campur2 la.. cam biskut ada, cam kek pun ada.. luar rangup dalam kenyal.. apa lagi korang, cuba ok.. psstt: pasni tak main la oatmeal cookies.. hahahahaha



Congo Bars
2 3/4 cup all purpose flour
2 1/2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
2/3 cup butter, softened <<--- mama pakai 150gm
1 lb. light brown sugar (Oh my and thank you!) <<-- mama pakai 300gm
3 eggs
1 teaspoon vanilla
11.5 ounce package milk chocolate chips <<-- lebih kurang 1/2 cawan mama pakai
1 cup chopped pecans (optional) <<--- mama pakai 1/2 cawan kismis

mama tak pakai mixer, cuma pakai tangan.. sebab based on the recipe, depa cakap lagi cantik tekstur dia kalau pakai tangan..

By hand:
Sift flour, baking powder and salt into a large bowl. Set aside.
Stir brown sugar into softened (not melted) butter in another large bowl until butter disappears. You can use the back of your spoon to help incorporate the two together.
Add eggs one at a time to butter mixture and stir well after each egg.
Add vanilla, chocolate chips and nuts. Mix well.
Add dry flour mixture and stir until well combined.
Coat a 13 X 9 pan with non-stick spray and spread batter evenly into dish. <<-- pakai silicon mat aje mama..
Bake at 350 degrees for 30 minutes or until top is golden brown. Make sure you don’t over bake. <<<---- lebih kurang 170degrees celcius
Cut after cool <<-- mama potong masa panas.. hahaha.. selamba noks
nak tengok hasilnya??

dapat penuh tupperware.. boleh simpan untuk sesi kunyah berikut

nak satu lagi la mama!
aweng, reen, fatin <<-- dah try jangan lupa upload gambar ok! :)

just a little story here and there

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

dah 3 minggu kelas mama berlalu.. sepanjang 3 minggu tu la mama dok belajar dan tengok report dan gambar2 berkenaan gempa bumi dan tsunami di Tohoku.. agak bersyukur sebab dapat tahu secara terus dari sensei2 yang pakar (Prof Junji Kiyono, Prof Charles Scawthorn, Prof Tatano, Prof Ohtsu - nak tengok gambar depa sila google sendiri) yang memang terlibat secara langsung dengan research berkenaan disaster prevention and risk management.. semua sensei dah pergi sendiri ke kawasan kejadiaan dan ambil data dari sana..

jadi mama nak kongsi serba sedikit apa yang mama tahu berkenaan dengan disaster tohoku ni..

  • anggaran sebenar ketinggian ombak tsunami semasa kejadian adalah 3m <-- tapi yang datang lebih kurang 10m <<-- sebabnya mereka pernah ter'over' predict kejadian sebelum ni, jadi mungkin depa ambil the lowest assumption to come out with the estimation of 3m wave height
  • the biggest recorded earthquake in Japan and in the world is 8.4 on the Moment Magnitude scale. So when a 9.0 scale happened, nobody expect it.. 
  • but Minoura (2001) had predicted that a re-occurrence of a big earthquake is due to happen after 1000 year (around 2008) after seeing some of evidence of sedimented sand from seabed nearby tohoku region (here)
  • guideline untuk design for earthquake adalah berdasarkan 8.4 moment magnitude.. jadi semua bangunan di jepun sebenarnya tidak kuat menahan gempa 9.0
  • tapi, berdasarkan gambar2 dari site, majoriti bangunan konkrit (reinforced concrete) mampu bertahan untuk earthquake, hanya gagal disebabkan oleh kekuatan ombak tsunami.. even crane di port yang merupakan struktur pertama yang kena earthquake dan tsunami pun mampu bertahan..
  • kalau di malaysia, kita ada pokok2 bakau yang merupakan natural barrier untuk menahan ombak kuat, tapi di jepun, bakau tak boleh hidup, yang jadi natural barrier adalah pokok rhu <<-- memang banyak sampai jadi hutan, tapi tak mampu juga tahan ombak besar tsunami..
  • terdapat kawasan yang mendap teruk berdekatan pantai dan sekarang berada di bawah paras laut semasa air pasang.. kesian tau.. habis rumah2 depa.. disebabkan ada banyak kawasan yang masih ditenggelami air, maka sekarang depa dok tengah pam keluar kawasan air tersebut untuk cari mayat2 mangsa yang masih hilang..
ok, nanti sambung lagi nanti..

Khamis, 28 April 2011

budak cenonet banyak pe'el

* السلام عليکم *


こんにちは q(^_~)p

sekadar update gambar budak vain ni.. hehehe..

masa nak balik dari nursery..

cepat la mama

yeaaayyyy

ape nenok nenok

masa makan malam..

sampai ngalir ayaq mata punya tangkap feel

ni tak tau la cuba nak muntahkan balik ke jolok semua lauk sayang?

temporary SAHM

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

Harini hari kedua di rumah.. selamat le kalau kena bebel dengan cikgu lepas ni.. dahle esok start golden week cuti sampai minggu depan (kecuali isnin dengan jumaat).. apa2 pun yang penting aiman punya chicken pox makin kecut.. alhamdulillah.. syukur.. seriau juga kalau lama2 sangat yang berair2 tu.. demam pun tak ada dah.. cuma nak tunggu parut2 hilang la.. mungkin akan makan masa juga..

semalam memang jadi SAHM la.. pegi pejabat pos untuk pos barang, tukar alamat kat pejabar pos (kat sini boleh inform kat pejabat pos kita pindah.. so semua surat dia divert ke rumah baru), pi pejabat daerah (ward office) untuk inform kami dah pindah, renew insurance, renew allowance kad anak2 (kami dapat elaun anak2 kat sini), beli rak kasut baru (2ndhand) siap masak dinner, kemas rumah.. phewwww... KPI tinggi betul semalam..

harini lepas siap buat cucur udang untuk breakfast, hantar papa n aidan kat muka pintu, baru perasan, cuaca macam ok2 aje.. ingat nak basuh baju.. sekali sabun habis! hahahahampeh!

maka, ada alasan lagi le nak kuar sat lagi.. hehehehe *ada idea macam2 ni..

harap2 tak hujan le petang ni.. nak keluar dengan anak bujang.. cari barang basah sikit.. 

Selasa, 26 April 2011

sekadar merajuk sedikit

* السلام عليکم *

こんにちは q(^_~)p

merajuk bukan sebab apa.. sebab ada sesetengah orang yang tak boleh orang lain lebih dari dia.. bukan sebab harta atau handbag mahal pun.. pun bukan sebab duit lagi banyak dari mama.. semua tu mama tak kisah pun.. janji mama dan anak2 cukup makan sudah la..

nak marah rasa dah tua.. kalau ditegur rasanya lagi buruk keadaan.. tapi sebagai kawan yang baik, patutnya kita bagi la peluang untuk orang lain pun sama2 naik.. takkan orang tak boleh lebih dari awak kan?

lepas banyak kali insiden tak best, mama hanya nak cakap satu aje - saya tak suka awak.. sorry.. pahit, tapi itu la apa yang saya rasa..

sebab awak tak reti mengalah.. bodek memang pandai, malah lagi pandai dari mana2 orang yang saya kenal.. tapi saya tahu hati awak tu sakit.. sebab setiap kali awak dapat tahu orang lain dapat buat sesuatu lebih dari awak, reaksi awak seperti punggung awak dibakar api.. panas rasa nak menggeletis..

sampai sekarang awak masih tak sedar yang saya kecil hati dengan awak.. selagi saya boleh tahan, saya tahan.. tapi ingat ye.. sarang tebuan jangan dijolok.. sabar saya ada limitnya.. selagi saya mampu lari dari memaki awak, bagus bebenar la kan..

nota: sorry la korang.. entry kecik ati ni.. nasib tak ngamuk2 cam dulu2 tau..

Isnin, 25 April 2011

asal usul

* السلام عليکم *

Disclaimer: entry ini adalah entry merepek.. terlampau merepek sampai korang sure rasa nak hempuk aje membaca entry ni.. HAHAHAHHA

 こんにちは q(^_~)p


hari sabtu kan mama duduk kat rumah dengan anak2.. jadi sambil2 mengemas rumah, aiman request nak tengok ni

















Kamen Rider OOO

sebelum ni memang pernah tengok kat tv sini.. tapi sebab tak faham sebijik apa yang dia cakap dalam tv maka mama dan papa selalu le main buat2 cerita kami sendiri.. hahahaa.. selalu okey kami buat camtu..

since pindah rumah baru ni, kami tak dapat tengok lagi channel biasa sebab aerial tak ade.. cable tv hujung bulan 5 baru masuk.. jawabnya layan tengok cerita kat internet le.. hari2 layan tv1 tau la ni.. kui3..

so, mama pun buka la cerita kamen rider kat satu website ni.. sekali ade le pulak subtitle in english!! ape lagi..

tengok dari episod satu koooo.. jangan tak tahu.. la ni baru la tau asal usul kamen rider OOO tu.. rupanya duit2 syiling kaler2 tu melambangkan simbol kuasa dari alien yang sedut sifat2 tamak manusia <<--- haaa.. amik! ilmiah aku bagi..

syiling yang kaler kelabu adalah aura yang di generate dari sifat tamak manusia biasa.. kira kalau dikeluarkan syiling ni mati le manusia <<--- hahahhaa.. sila gelak.. pemahaman boleh dapat A

kalau nak dapat power lebih, kumpul duit syiling yang kaler hijau merah kuning tu.. yang kaler kelabu kena pakai banyak baru boleh dapat power.. MIAHAHAHHAHA

sekian, sejarah kamen rider untuk hari ini.. siap cerita balik kat papa tu tengah2 malam sabtu tu lepas dia balik seminar.. hahahaha..

baik cabut cepat sebelum kena hempuk.. kakakakkaa

an unfortunate weekend

* السلام عليکم * こ

こんにちは q(^_~)p

Nota to Aiman: おだいじに sayang.. mama doakan aiman cepat baik ye.. Allah uji orang2 yang Dia sayang je.. moga aiman cepat sembuh..

Sebenarnya masa hari jumaat haritu, balik dari ambik dua budak kecik dari nurseri, aiman still ok.. cuma masa mandi malam tu, mama nampak ada 1 spot luka belakang bahu aiman.. tanya kat aiman, apa ni? aiman jatuh ke? dia kata tak? ingat kut dia luka jatuh pastu dia pi garu.. heran juga.. tapi dia cuma komplen pedih.. so, mama anggap ok la, tak ada apa2 kut..

masa balik dari nurseri.. pimpin tangan berdua..

Sekali pagi sabtu dah mula banyak spots pada badan aiman.. alamak.. dahle papa kena pi present progress sehari sampai malam siap ada dinner kat luar.. tinggal la mama dengan aiman n aidan.. seriau.. nak keluar hujan seharian lebat..

Aiman start merengek dan cakap penat.. bagi dia suppression dan dia dapat la tidur kejap.. masa ni dah siap call makcik, kak yang.. tanya nak buat camne.. sebab tak reti tengok chicken pox ni.. tak ada pengalaman..

Lepas asar, mama call syafika minta teman pi pharmacy since klinik kat sini tutup sabtu dan ahad.. pi pharmacy beli lotion untuk gatal.. calamine lotion pun tak ada kat sini (kena make sure kirim dari mesia nanti).. pas beli ubat, kami dengan syafika, syue n ckin p makan takoyaki.. dekat je dengan rumah.. jalan kaki.. kesian kat budak2 pun terperap sehari..

lepas makan, mandi malam tengok ya allah, lagi teruk.. tunggu papa balik pun dah lewat..

ahad baru dapat pi hospital.. pi hospital pertama, kata tak boleh rawat sebab takde pead (hampeh!) kena pi hospital kedua.. nasib la kejap aje... potong queue orang sebenarnya.. sebab chicken pox depa kuarantin kami dalam satu bilik.. ubat n resit bayar semua hantar mai bilik.. hehehehe..

dalam bilik Dr kena kuarantin.. hehe

keluar dari hospital, kami pi makan kat kyoto eki.. aiman merengek2 nak naik train.. selamat le sapa2 yang berjangkit nanti.. minta ampun maaf ya.. huhuhuhu

makan set tendon


malam ahad, aiman nampak layu je.. tak larat sangat kut.. tapi nasib juga dia masih nak makan nasi ayam dengan sup.. lega la kat situ.. harap2 aiman cepat baik.. nampak gaya minggu ni mak dan pak dia ada la yang monteng.. aduyai..

aiman, mama sedih la tengok bdn kamu.. cepat baik ye sayang..

kalau lepas ni aidan kena pengsan la kami dua orang.. tsk tsk T_T dugaaannnnnnnn

Sabtu, 23 April 2011

Remember me this way - part 3

* السلام عليکم *


こんにちは q(^_~)p

arwah emak pernah pesan.. hafallah surah al-mulk.. emak kata kalau kita hafal surah ni, insyaAllah masa dalam kubur kita sentiasa ada cahaya dan tak gelap gelita.. wallahualam.. antara surah kegemaran arwah emak..

surah almulk patut diamalkan setiap hari.. 30 ayat je.. pendek2 ayatnya.. mama nak pesan pada anak2 mama, rajin2 la baca surah ni.. moga Allah sentiasa bagi kekuatan untuk hafal surah ni.. dan moga kita dapat manfaat dari surah ni..

mama pun baru hafal sikit2 aje.. kalau follow bacaan orang tu boleh la juga tak tengok quran.. tapi mama pun masih usaha.. supaya bacaan mama betul dan sempurna..

tq to iium untuk terjemahan surah ni..

mama google youtube untuk bacaan imam as sudais (imam besar masjidil haram) <<-- bacaan dia sedap dan syahdu..




Al-Mulk


[1]
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
[2]
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
[3]
Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
[4]
Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
[5]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
[6]
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
[7]
Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.
[8]
Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"
[9]
Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! "
[10]
Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".
[11]
Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.
[12]
Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
[13]
Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
[14]
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
[15]
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
[16]
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?
[17]
Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
[18]
Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
[19]
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
[20]
Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.
[21]
Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).
[22]
Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?
[23]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".
[24]
Katakanlah lagi: "Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan".
[25]
Dan mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?"
[26]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata".
[27]
Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!".
[28]
Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), - maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?".
[29]
Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata".
[30]
Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?". 

Jumaat, 22 April 2011

mukashi*

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

semua gambar ihsan google

*maksudnya dulu-dulu

sejarah sikit.. 1st half abad ke 20 dulu, orang jepun percaya yang ada ikan keli (namazu) besar tidur bawah tanah.. bila ikan keli ni bergerak, sebab tu le terjadinya gempa bumi.. jadinya, ada lukisan yang lukis, orang jepun dulu2 akan pukul ikan keli ni.. sebab marah jadi gempa bumi.. hanya dah lepas separuh abad ke 20 barulah orang jepun memahami konsep gempa bumi..

kut le ada yang tak kenal ikan keli

ikan keli dipukul oleh orang jepun dulu2

kalau korang ingat masa belajar geografi dulu2 kat sekolah, mungkin korang ingat lagi bumi ni terdiri dari lapisan kerak bumi, mantel <<--- alah, kantoi betul term bahasa melayu.. ok, crust, outer core, inner core n mantle.. hah, lega..

disebabkan pergerakan kerak bumi maka bentuk muka bumi sentiasa berubah2.. ada lohong (err, trench bahasa melayu apa ek) dari dasar laut, gunung berapi dan sebagainya..

kedudukan plat2 bumi yang sentiasa bergerak menyebabkan berlakunya gempa bumi, letusan gunung berapi *yang ini jenis pergerakan aktif yang senang kita nampak <-- yang kita tak nampak laju pergerakan dia contohnya air terjun.. lapisan bumi bergerak yang jadikan ada tanah atas dan bawah.. pastu baru air jalan.. lain2 contoh pasif macam pembentukan gunung ganang..

plat utama di muka bumi


jepun adalah antara yang kurang (ok, istimewa la) sebab dia terletak pertembungan 3 plat yang sentiasa aktif.. plat2 aktif ni bergerak dan menyebabkan berlakunya gempa bumi.. disebabkan terlampau banyak rekod di sesetengah kawasan, maka ini dipanggil 'ring of fire'

ok, kita sambung lagi nanti...

lumrah..

* السلام عليکم *

Disclaimer: entry ni bakal menyakitkan hati sesetengah orang.. hehehhee

 こんにちは q(^_~)p

lumrah orang..


  • yang betul2 kaya raya <-- tunjuk barang tanpa perlu mention.. yang tahu tergamam, yang tak tahu memang tak heran..
  • yang ala2 je kayanya <--- tunjuk kaya dan paparkan kat orang supaya orang sedar dia kaya.. kalau boleh ada sign ke poster ke kasi tau jenama, sure dia habaq.. tapi orang memang tahu dia berduit pun.. so kira agak fair kat situ
  • yang tak berapa nak kaya <--- ha.. yang ni yang malas nak citer ni.. dia habaq detail.. beli kat mana, kedai mana, plastik beg kasi tunjuk satu kali, harga berapa.. habis semua bogel..

aku masuk golongan mana? sipi2 golongan no 3 tu.. puuuuiiihhhhhhhh.. hahahahahha.. more kepada kayap ade le! hahahaahahhaa


sekian tazkirah *isi tersirat* untuk korang harini.. <-- toksah tanya mana aku dapat idea entry mengarut ni..

Khamis, 21 April 2011

sedih tengok la

* السلام عليکم *

こんにちは q(^_~)p

kat mana2 kita pergi pun kita patut berbangga kita anak malaysia.. semalam mama belajar pasal Human Security Engineering (kelas wajib program mama) - antara topik yang menarik yang dicover adalah pasal slum.. korang mesti pernah tengok kan slumdog millionaire? (ok, mama tengok pun gitu2 aje) maybe yang tak tengok, ini la rupa slum

google
sebab study ni cover bukan aje untuk megacities, tapi juga negara2 membangun yang ada banyak masalah human security.. contohnya masalah mendapatkan kualiti hidup yang baik (bukan mewah dalam kes ini) sebab masih ramai orang yang masih tak dapat penuhi keperluan asas kehidupan contohnya ---> air, letrik dan sistem kumbahan yang sempurna..

definisi slum adalah kumpulan individu yang tinggal dibawah satu bumbung yang mengalami kekurangan satu atau lebih keadaan berikut:
  • access kepada air bersih;
  • access kepada sistem kumbahan yang baik;
  • ruang hidup yang sempurna (tidak lebih 3 orang berkongsi dalam satu ruang yang sama)
  • struktur berkualiti dan kukuh bagi tempat tinggal
  • selamat dan aman di tempat tinggal tersebut..
bagi mama, kat malaysia walaupun masih ada orang yang tidak memenuhi kriteria kat atas ni, tapi ratio amat sikit dibandingkan dengan keseluruhan rakyat malaysia.. yang ini mudah untuk kita perbaiki.. tapi cuba bayangkan bagi rakyat negara yang ramai seperti india dll yang masih ramai rakyatnya tinggal di kawasan slum.. setinggan di mesia pun boleh dikatakan mewah sbb masih ramai yang duduk setinggan tapi punya astro la, tv la.. kan?

sedih kan? sebagai rakyat malaysia, kita kena bersyukur sebab kita tenang dan mudah nak hidup selesa meskipun tak mewah.. sebab tu jangan komplen2 sangat kan?

pinjam kata2 prof izi tu.. renung2kan, selamat beramal.. hehehehehehe

nota: definisi slum diambil dari nota kuliah.. tapi diterjemah supaya mudah nak faham..

Rabu, 20 April 2011

explicit content

* السلام عليکم *

Disclaimer: kalau rasa agak2 suci dan tak boleh nak dengar carut2, sila tinggalkan entry ni cepat2.. jangan kata mama tak warn ok..

こんにちは q(^_~)p

baru aje beli buku ni.. tapi dah half way through baca.. i kind of wondering (sometime) how many s*%t can a person say/handle daily.. lepas baca ni baru tau.. BANYAK WEH!! hahahhahaha..

buku ni sebenarnya a kind of autobiography of the author's father.. which is the main character of the book.. bapa penulis ni pakar onkologi di University of California, San Diego.. kelemahan utama bapa dia (err, mungkin bukan kelemahan la.. in such a way, dia rasa bangga juga) bapa dia suka mencarut.. tapi apa yang dia cakap sebenarnya terus terang..

buku ni boleh juga la kata ada sikit2 parenting tips.. especially on how to be honest with your kids.. nak kata rekemen tak le.. tapi for the sake of having some laugh and fun reading, why not? just give it a try! kalau banyak sangat mencarut jangan marah eh.. hehehehe






ok, sambung study..

progressing well

* السلام عليکم *


こんにちは q(^_~)p

so far the kids have been doing really2 well.. despite tantrums here and there, they really tried their best to grow up in Japan.. it is difficult for them, i'm sure.. since they had to adapt not only to the surroundings but also new friends who only speaks japanese, teachers, the culture and lots more.. note to me: harus lebih banyak bersyukur..

I have notice that lately Aiman has turn out to be quite an 'abang' to his brother.. he shares his toys (sometimes - biasa la kan.. favourite toy will still be his), eat well, and say sorry if he is wrong (really a gentleman!) and the best thing that I knew so far, he already say bismillah before eating.. usually we quarrel when he only say his japanese pray (いっただきます) eventhough it's meaning is also thankyou for the 'rezeki'.. alhamdulillah.. syukur..

but another thing that I find quite interesting was that he already started negotiating with us! yikes! he negotiates when he's supposed to bath, eat and also his pants! he really loves wearing jeans instead of his boring jogging-type pants.. he knew, if we asked him to wear jeans, that means - either it's weekend or holiday, so he can go jalan2 with us.. hehe

the brothers


adik too is learning.. not just the peace-sign, but also he knew how to answer if he needs something.. before this, he usually cries n cries.. but nowadays, if I ask if he wanted milk, he will either nod or stop crying! immediately!! hehehe.. he loves to play with his abang.. always wants us to be 4 at a time! even cannot let mama n papa sneak out hiding for a smooch!! he seems like having six sense where we hide! ahahahha..

he walks very fast and it's always lightens me up when seeing how he takes his small steps.. he's a big boy now.. i want to note here that he still breastfed! especially at nights.. he loves snuggle under my ketiak and love cuddles! talk about pencinta wanita konon!

to my kids, i wish you guys will turn out to be a true muslim gentlemen.. not just muslim per say.. but be a gentlemen.. so that you will be respected and appreciated by others.. amin!

train lovers.. hehe

of course not forgetting mama!!


Selasa, 19 April 2011

nampak benar

* السلام عليکم *


こんにちは q(^_~)p

tak ade kereje, pi cari kereje.. sangkut le buat program tu.. blurgghh.. sikit lagi boleh muntah..

tengah godek2 dashboard perasan la ada butang stats tu.. baru tau.. rupanya banyak benda kita boleh tengok dari situ.. keyword apa yang orang datang singgah ke blog kita, dari mana..

mula2 traffic source.. dia tunjuk dari mana referal blog kita, keyword apa yang sampai

traffic source
 yang ni siap ada stats tunjuk browser apa pengunjung kita.. best laa

traffic source
 yang ni tunjuk posts kita yang paling banyak orang singgah.. rupanya ramai juga yang singgah kat page Kyoto Tours tu.. insyaAllah will update more there.. mana nak tahu, ada orang2 yang nak berkunjung ke Kyoto..

post
yang ni overview.. kita bloeh tengok summary jumlah kunjungan.. mama perasan masa mac haritu naik banyak lagi2 lepas join review ben ashaari tu..

overview

Isnin, 18 April 2011

malam yang panjang

* السلام عليکم *



こんにちは q(^_~)p



malam ni harus berjaga panjang.. siapkan sikit report dan program fortran sebab esok nak kena menghadap cikgu.. dah le kelas pagi petang, tengahari kena mengadap bagi progress report *gigit jari..


badan sebenarnya dah suruh stop.. belakang jangan citer la.. lenguh tak habis2 lagi.. apo den kobarkan laie..


salleh bagi idea.. layan livita le kak mas.. ngee.. lama dah oo tak minum livita.. last time waktu dok kat utm kena stay up untuk assignment.. nasib juga kat jepun ni ada livita.. mama tak reti dengan coffee atau caffein based drink.. setakat minum biasa2 takde pun efek ngantuk.. so, mari layan livita..


google


tadi lepas maghrib dah amik sedas.. haa kooooo... ni rasa segar.. alhamdulillah.. kang agak2 mengantuk layan satu das lagi le.. hehehhe..

ok, nak sambung kirija..

kang agak2 tak lepas aje, kita karang entry untuk esok ek.. taaaa


rindu weh!

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

sapa2 rindu teman sila angkat tangan cam abang usop.. hehehehehe..

baru harini bersiaran kembali.. 3 hari takde internet kat rumah rasa macam mat gian tak kena candu..  serius tahiinternet betul!

berbalik citer sebenar..

selamat dah semalam kami berpindah anak beranak.. alhamdulillah.. gambar rumah baru tak sempat ambil semalam.. lagipun masih huru hara.. tunggu dah aman tenteram sentosa indah permai mama upload ye..

la ni nak kasi tenang balik urat2 belakang ni.. letih ooo.. anak2 pun nampak happy semalam.. cuma aidan agaknya terlebih letih, tidur bukan main punya lama.. pagi tadi semua dah bangun dia belum bangun.. selalunya dia bangun awai..

ok la, la ni masih lagi mood nak jenguk2 rumah2 (blog) orang dulu.. kasi chance rehat2 sebelum merepek balik semula..

dah2.. selamat berminggu baru.. kena lebih bersemangat minggu ni.. banyak kerja sekolah nak diselesaikan!

gambbaremasyooou!!!

Jumaat, 15 April 2011

3 kali setahun

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


kesian blog ni dah mula entry merepek2.. sorry la korang.. tak sempat nak update cerita sangat.. busy nyah.. kelas la, kerja rumah la.. campur lagi satu yang paling major, PINDAH RUMAH.. yeeehaaaa..

lusa insyaAllah masuk rumah baru.. tapi rumah sekarang pun tak habis kemas lagi tskk tskk T_T

nak citer best tak? dalam setahun ni, udah 3 kali kami pindah rumah.. parit buntar ----> permatang pauh ----> imadegawa, kyoto ----> takano izumicho, kyoto dan setiap kali pindah la berbondong2 mengemas.. hehehe.. redha aje le ye.. sendiri cari sakit.. yang buat mama betul2 bersyukur sebab papa memang banyak bantu.. in fact, dia lagi banyak kemas dari mama (penyakit kemas2 hanya ada kat dia ja.. kat mama ilek pocik), sabo je le ye papa..

esok pulak ada hanami geng mykyoto.. harap2 lancar la planning kami.. semoga diberi kesihatan dan kekuatan.. kalau idak mau pengsan la lepas pindah nanti ni.. kuang3...

nanti mama update gambo rumah baru ek..

selamat berhujung minggu..

Khamis, 14 April 2011

Kurang bersyukur ni

Masa gemuk mengeluh baju tak muat, gelebeh sana sini.. Tapi mama lupa.. Masa gemuk kulit elok je tekstur dia.. Terutamanya kat tangan.. Tak teruk nak pakai2 lotion la, cream la.. Pastu campur cuaca malaysia sentiasa je rasa badan cukup moist..

La ni? Bila turun dah badan, ambik!! Kulit kerepot2.. Kering.. Walau dah jenuh pakai lotion, x berubah pun.. Kering teruk.. Siap nampak tulang2..

Tu la.. X bersyukur.. Belum umur 30, kulit dah tak cantik.. Make up toksah citer la.. Tak ada masa dah nak duduk depan cermin.. Sekadar pakai cream nivea aje, pastu calit lipgloss.. Lipstick sekali sekala.. Masa punya masa tak bersyukur.. Tak nak jaga kulit elok2..

Astagafirullahalazim.. Mohon allah sentiasa lindungi kita dari sifat tamak dan tak bersyukur.. Kali ni mama bersyukur sebab masih sihat.. Dan moga sentiasa sihat.. Amin

Kulit mama camne?




Ni lepas dah tempek cream!! Kalo x tempek? Ngeri!!! Takmo tunjuk le..

Rabu, 13 April 2011

take 5

* السلام عليکم *


こんにちは q(^_~)p

mula hari ni, setiap hari rabu kelas dari 8.45pg sampai 6ptg.. break tengahari aje lama sket dari 12 sampai 2.45ptg.. ya ampun.. kalau masa undergrad dulu kelas dari pagi sampai malam rileks aje.. siap dating2 lagi.. sekarang ni la dikatakan dimamah usia.. baru tengahari dah rasa macam nak tercabut dah kepala ni.. huhuhu... badan toksah citer a.. memang letih ooo..

nampak gayanya kena full swing balik makan vitamin.. kalau idak ade yang balik rumah karang tak boleh buat kerja dah.. kesian pula kat anak2 yang nak manja2 tu.. dugaan ni.. kena lebih kuat semangat..

mama lupa khabar, papa join program mama juga.. tak sangka.. sebab baru few weeks lepas sensei papa suruh ambil program Human Security Engineering ni.. so, lepas ni lagi banyak la sesi cintan cintun n buat assignment sambil bercinta.. dolu2 haram.. la ni? HALAL.. HAHAHHAHAHA.. jangan jeles aa kalo nanti nampak couple kat Kyodai ni dok hik hik huk huk kat dalam library.. peh ni lagi kerap la boleh makan eskrem selalu dengan papa.. tak jemu2 lagi nengok papa.. hehehehe...

ok, nak tengok blog orang jap, pastu solat n pi next kelas.. taaa

Selasa, 12 April 2011

kerenah makan

* السلام عليکم *


こんにちは q(^_~)p

lepas balik dari berpoya2 dengan sakura.. refer entry sebelum ni.. kami pi makan sanuki udon.. kak yang bagitau ada kat oike dori (jalan oike).. dah alang2 berbasikal, layan je le.. kayuh sampai sana.. mak dia pun malas nak masak, kita makan luar aje le ye..

siang sebelum tu aidan sedap dah.. tidur, makan semua.. yang si aiman ni yang payah betul nak tidur.. ape nak jadi? ce tengok la perangai budak2 ni..








mana abang dia?


sini...





hahahahhhhahahhahhahaha..

Isnin, 11 April 2011

awal bebenor

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

adeh deh deh..

harini baru masuk kelas pertama.. nasib tak berapa menyengat, duduk depan cikgu.. nak kata masuk lambat tu tak le.. tapi lagi 5 minit kelas nak start.. sekali masuk, ah sudah.. seat belakang udah penuh dengan student.. HAMPEH..

maka duduk le di sini



cikgu depan bijik mata aja.. toksah cakap la.. kalau time aku jadi cikgu, rasa dia lain.. time jadi student dup dap dup dap..

dia mula kelas ku tahan2 aje tak reti nak cover..

hah! sekali hambik! soalan pertama dah kena aku jawab.. hahahaha.. selamat le.. pasni cikgu dah kenal.. nasib cikgu tukar2 sebab kongsi subjek.. redha aje le..

yang paling tak tahan, baru kelas pertama, udah ada homework.. AARRGGHHH.. padan muka!!!!!

selamat berkelas semula untuk diri sendiri.. untuk korang, pi buat kerja! hehehehee

nota: homework due 2 minggu lagi.. tajuknya

EXPLANATION ON EXCESSIVE GROUNDWATER EXTRACTION AND EFFECT OF SUBSIDENCE

bior kome muntah ijo

* السلام عليکم *

こんにちは q(^_~)p

semalam petang kami berbasikal dekat sungai tepi rumah.. saja jalan2 ambil angin lepas asar.. kat kamogawa (sungai kamo).. kalau naik basikal 3 minit aje dari rumah.. dekat bebenor ye tak?

semedang jakun tengok sakura, apa lagi, kami buat macam tourist gitu.. layan tangkap gambo..

haa..

amik kome! bior muntah ijo!

mula2 tunjuk gambar sakura dulu

dan laie..

pehtu tunjuk gambo yang jejaka

pose anak teruna

budak ni lagi

cam paparazzi je curi amik gambar saya ni

the whole clan.. ce tengok Aidan tuuuuu



























pastu..














hambik ko.. bajet model sakura tuuuuu

dan kekasih awal dan akhir..


udah2.. pi buat kerja lekas! selamat berminggu baru..



countdown pindah rumah start: lagi 6 hari..

Ahad, 10 April 2011

bila depa busy

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


sekadar kenangan di rumah sekarang.. bila time depa busy.. ya Allah.. macam tongkang karam! sabar aje le..

mula2 masuk punggung dulu

pastu kaki kiri

kaki kanan

okey, siap keluar!

sampai tertidur!

litar tertutup kyoto

Sabtu, 9 April 2011

pink itu sakura

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

alhamdulillah, kami baru aje balik dari house warming rumah radzi & naza.. makan nasi beriani kenyang burrpp.. alhamdulillah.. terima kasih tuan rumah.. dapat berkumpul memang seronok.. lagi2 sesama kawan2 mesia.. seronok..

masa dalam perjalanan nak pergi dan balik, biasa kami berbasikal lintas kamogawa.. sekarang ni cantik sangat2 dengan sakura dan ramai betul orang piknik menikmati sakura.. kami harap esok lusa kami dapat pergi satu family..

next week turn geng kyoto hanami (sakura watching).. 2 kali nak p..

sejak dapat tengok sakura, serius jatuh cinta. cantik sungguh.. subhanallah.. sejuk ja memandang.. pokok2nya besar, penuh dengan bunga2 tak ada daun langsung..

sepanjang sungai penuh sakura

orang piknik bawah pokok sakura

best tgk pemandangan sakura..
penuh pink!