Jumaat, 29 April 2011

just a little story here and there

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

dah 3 minggu kelas mama berlalu.. sepanjang 3 minggu tu la mama dok belajar dan tengok report dan gambar2 berkenaan gempa bumi dan tsunami di Tohoku.. agak bersyukur sebab dapat tahu secara terus dari sensei2 yang pakar (Prof Junji Kiyono, Prof Charles Scawthorn, Prof Tatano, Prof Ohtsu - nak tengok gambar depa sila google sendiri) yang memang terlibat secara langsung dengan research berkenaan disaster prevention and risk management.. semua sensei dah pergi sendiri ke kawasan kejadiaan dan ambil data dari sana..

jadi mama nak kongsi serba sedikit apa yang mama tahu berkenaan dengan disaster tohoku ni..

  • anggaran sebenar ketinggian ombak tsunami semasa kejadian adalah 3m <-- tapi yang datang lebih kurang 10m <<-- sebabnya mereka pernah ter'over' predict kejadian sebelum ni, jadi mungkin depa ambil the lowest assumption to come out with the estimation of 3m wave height
  • the biggest recorded earthquake in Japan and in the world is 8.4 on the Moment Magnitude scale. So when a 9.0 scale happened, nobody expect it.. 
  • but Minoura (2001) had predicted that a re-occurrence of a big earthquake is due to happen after 1000 year (around 2008) after seeing some of evidence of sedimented sand from seabed nearby tohoku region (here)
  • guideline untuk design for earthquake adalah berdasarkan 8.4 moment magnitude.. jadi semua bangunan di jepun sebenarnya tidak kuat menahan gempa 9.0
  • tapi, berdasarkan gambar2 dari site, majoriti bangunan konkrit (reinforced concrete) mampu bertahan untuk earthquake, hanya gagal disebabkan oleh kekuatan ombak tsunami.. even crane di port yang merupakan struktur pertama yang kena earthquake dan tsunami pun mampu bertahan..
  • kalau di malaysia, kita ada pokok2 bakau yang merupakan natural barrier untuk menahan ombak kuat, tapi di jepun, bakau tak boleh hidup, yang jadi natural barrier adalah pokok rhu <<-- memang banyak sampai jadi hutan, tapi tak mampu juga tahan ombak besar tsunami..
  • terdapat kawasan yang mendap teruk berdekatan pantai dan sekarang berada di bawah paras laut semasa air pasang.. kesian tau.. habis rumah2 depa.. disebabkan ada banyak kawasan yang masih ditenggelami air, maka sekarang depa dok tengah pam keluar kawasan air tersebut untuk cari mayat2 mangsa yang masih hilang..
ok, nanti sambung lagi nanti..

2 ulasan:

Mulan berkata...

nauzubillah... moga semua nya dilindungi Yang Maha Esa..

Unknown berkata...

mulan,

moga Allah sentiasa lindungi kita