Khamis, 21 April 2011

sedih tengok la

* السلام عليکم *

こんにちは q(^_~)p

kat mana2 kita pergi pun kita patut berbangga kita anak malaysia.. semalam mama belajar pasal Human Security Engineering (kelas wajib program mama) - antara topik yang menarik yang dicover adalah pasal slum.. korang mesti pernah tengok kan slumdog millionaire? (ok, mama tengok pun gitu2 aje) maybe yang tak tengok, ini la rupa slum

google
sebab study ni cover bukan aje untuk megacities, tapi juga negara2 membangun yang ada banyak masalah human security.. contohnya masalah mendapatkan kualiti hidup yang baik (bukan mewah dalam kes ini) sebab masih ramai orang yang masih tak dapat penuhi keperluan asas kehidupan contohnya ---> air, letrik dan sistem kumbahan yang sempurna..

definisi slum adalah kumpulan individu yang tinggal dibawah satu bumbung yang mengalami kekurangan satu atau lebih keadaan berikut:
  • access kepada air bersih;
  • access kepada sistem kumbahan yang baik;
  • ruang hidup yang sempurna (tidak lebih 3 orang berkongsi dalam satu ruang yang sama)
  • struktur berkualiti dan kukuh bagi tempat tinggal
  • selamat dan aman di tempat tinggal tersebut..
bagi mama, kat malaysia walaupun masih ada orang yang tidak memenuhi kriteria kat atas ni, tapi ratio amat sikit dibandingkan dengan keseluruhan rakyat malaysia.. yang ini mudah untuk kita perbaiki.. tapi cuba bayangkan bagi rakyat negara yang ramai seperti india dll yang masih ramai rakyatnya tinggal di kawasan slum.. setinggan di mesia pun boleh dikatakan mewah sbb masih ramai yang duduk setinggan tapi punya astro la, tv la.. kan?

sedih kan? sebagai rakyat malaysia, kita kena bersyukur sebab kita tenang dan mudah nak hidup selesa meskipun tak mewah.. sebab tu jangan komplen2 sangat kan?

pinjam kata2 prof izi tu.. renung2kan, selamat beramal.. hehehehehehe

nota: definisi slum diambil dari nota kuliah.. tapi diterjemah supaya mudah nak faham..

4 ulasan:

maya amir berkata...

betul..saya sokong.. kite kene bersyukur sbb kat msia byk lebihnya walaupun kite belum sampai tahap maju, tapi kite tak mundur..

azhariahzuber berkata...

masa ko citer pasal solat dulu, aku dah cukup bersyukur..sini semuanya elok kan

jajabinxdotcom berkata...

Mast,slumdog millionaire is a must-see movie.best n menangis gakla aku tgk,especially part budak budak jadi peminta sedekah tu.Tapi biasala manusia,mane pernah cukup...senang lupa dgn apa yg dah ada...

Unknown berkata...

maya, aza, jaja,

betul.. sebab tu setiap ilmu yang bertambah dalam diri kita, kita kena lebih merendah diri.. ingat.. nikmat Allah bukan semua orang dapat rasa.. syukur byk2.. peringatan untuk aku sebenarnya ni..