Selasa, 14 Jun 2011

perbincangan semalam -->> ptptn

* السلام عليکم * 


 こんにちは q(^_~)p

kelebihan suami yang seangkatan dalam perjuangan adalah, kami tak berhenti berbual.. semalam timbul isu ujrah ptptn yang 1% tu..

korang boleh google 'ujrah ptptn 1%' dan banyak la entry pasal tu..

berikut adalah hasil perbincangan tak formal kami..

1. Mama takkan guna sistem ujrah 1% tu.. sebabnya, sistem ni sesuai untuk orang yang tak pernah bayar dengan konsisten.. orang yang tak pernah bayar langsung memang tak layak tukar ujrah 1% ni. bila pakai sistem ni, pengiraan untuk interest dah jadi lain.. mama akan rugi kat situ.. sila check dgn lebih lanjut.. kami kat sini tak dapat p ptptn.. kalo dapat sahih dah ku korek2 sistem ni..

2. Sistem ini akan potong gaji kita atau melalui LHDN... bagus sebab kita akan bayar secara konsisten..

3. Kami tak puas hati sebab tak dapat lihat sendiri perjanjian ptptn yang baru tu.. kalau kita sign dengan ujrah 1% tu, kita kena sign perjanjian baru.. dan ptptn agak tidak telus dengan tidak memberikan terlebih dahulu peluang bagi peminjam untuk semak perjanjian tersebut.

4. Ada perbincangan yang kata, salah satu term dalam perjanjian tu, ptptn berhak menukar terma rate pinjaman tanpa kebenaran kita.. ok, yg ni seram..

5. Pehtu, yang 1% ni tak termasuk caj pentadbiran ptptn yang merepek tu.. (ada sebab mama kata merepek) so, hati2 le..



gambar dari sini

Tapi, yang mama nak nasihatkan kepada yang pinjam ptptn, bayarlah.. mama buat potongan gaji.. dari tahun 2006 lagi.. sebulan dalam RM2++... owh, sila jangan pula komplen, gaji kecik tak boleh bayar.. mama bayar start dari zaman gaji tutor lagi.. (sebelum tu mama bayar rm50/sebulan.. gaji RM1500 sebulan.. mujur duduk dgn mak abah) sedih memang la sedih, sebab sebulan hilang banyak, tapi sebab dari awal mama dah potong, so sekarang ni baki banyak kurang.. dah 5 tahun rupanya mama potong gaji (mana nak sangka!) pehtu mula2 memang geram juga dengan kos pentadbiran tu.. tapi lepas 3 tahun, baru la betul2 kos tu kurang.. awal2 tu bayor 2++, kos pentadbiran dah rm60.. sabo je le.. tak masuk lagi citer, bayo degree nye utang, master punya dia x lump sum sekali.. haiyoh!

Bak kata kawan mama nisa', kena mula, selagi tak mula, selagi tu kita akan bertangguh.. bila dah potong gaji tu, kita dah tak perlu fikir untuk guna duit tu lagi.. 6 bulan pertama memang sakit sesakit sakitnya.. sebab perbelanjaan bulanan dah terganggu.. tapi lama kelamaan, alah bisa tegal biasa.. insyaAllah korang akan ok.. jeles juga dengan nisa, sbb dia start potong gaji dari thn 2004 lagi.. woowww.. dah 7 tahun!! 

lagipun kita kena ingat, hutang akan ditanya dalam kubur.. duit orang yang kita pinjam untuk menuntut ilmu.. pulangkan la balik ye.. mana tahu esok2 rezeki anak2 dan keluarga kita pula nak pakai duit tu..

renung2kan dan selamat beramal.. HAHAHA

14 ulasan:

mama glam berkata...

mas: bukan ke ko dah buat loan bank rakyat setel kan sume utang ptptn? aku la ni mmg buat ptgn gaji jek.. baru 3 tahun.... lamo laie tu.. huhuhuhuhu.. tapi, oklah tu daripada x start langsung kan?

IShahcYS berkata...

Aku pun dh buat potongan gaji. tapi baru start tahun lepas. Atleast dah start kan :). Secara rela hati, x pakai ujrah kejadah sume tu pun. So sekarang ni aku bajet gaji aku mmg kurang RM300 dr yg sepatutnya. Dah biasa so xde hal.

Selagi kita dok cari alasan tanak bayar, selagi tu la hutang takkan surut.

Mulan berkata...

ohh camtu ke..?? ada jugak dengar dengus2 tapi takde detail...

moga semua dipermudahkan utk mas & family...

aNiS tHe BumbleBee berkata...

ktorg pun tanak yg ujrah tu.bila calculate balik,mcm..fuhhh!merapik!

so,bayar cara konsisten.janji baya,nama tak blacklist,boleh pegi balik ke luar negara sesuka hati.muehehehe!

maya amir berkata...

ptptn ni cekik darah tau..isk..btw loan ni smpai bp thn? sori x tau sbb under mara..

Unknown berkata...

aweng,

aku mmg amik loan.. tp settlekan account master punya.. sbb ptptn tak campur semua hutang aku.. dia asing2.. so sakit la bunga jalan ja.. total hutang aku masa 2008, 60k lebih.. lepas potong gaji dan personal loan, aku skrg utang tinggal 15k.. mujur beb.. kalo idak sampai pencen utang tak habis2 dgn ptptn

esah,

tu la.. kena paksa diri.. kalo bertangguh sampai bila tak sudah..

mulan,

memandangkan slip statement yang pertama akan keluar after september, maka kita akan dengar orang bising2 hujung tahun ni le..

anis,

betul.. kena bayar aje.. selagi tak bayar, selagi tu la kira berhutang kan

Unknown berkata...

maya,

untuk setiap akaun, perjanjian bayar balik 15thn.. so mas ada 2 akaun.. degree n master.. aaaaaa.. pengsan!!!

MuMMy 2 Haqq berkata...

Elooo!! Ko dah deactivate fb ke? Puas ku mencari. Aku ade follow ko kat tweet tapi tak bereply.

Unknown berkata...

arni,

aku x dapat reply ko le.. try add sekali lg.. kang aku cari ko di twitter gak.. hohoho..

Unknown berkata...

susahnya pinjaman ptptn ni kan.. dengar kata macam2 cas yang ditambah..

Unknown berkata...

rai,

perubahan tu sbnrnya jadi sbb banyak yang tak bayar le.. cuma kalo semua org bayo? sure dia tak jadi sampai merepek lagu ni

Unknown berkata...

Mast,
Sgt btl sebenanrnya ujrah 1% ni utk yg tak pernah bayar langsung. Aku pun dah bayar so bila calculate balik bukan menguntungkan tapi rugi lagi sbb loan yg dah sedia ada tu bertambah lagi 2k++. alasan depa kos pentadbiran utk tukar ke ujrah. tak payah! ptptn ni yg menyakiktkan hati depa xnak campur 2 loan yg kita ada dgn depa. sajer nk asing-asing kasik kos pentadbiran berganda.

Unknown berkata...

eby,

sebab tu tak sesuai untuk org yang dah bayar banyak.. tp kalo belum bayar, ini langkah permulaan la kan

izishahnaz berkata...

aku kena blacklisted terusssss..
xleh keluar negara...hareeemm!
sebab x penah bayar langsung..woo hoo!!
buat rayuan air mata berlinang n boh bedak dlm surat pun boo layan!
last2 melayang 36k lumpsum semata2 nak keja luar jugak..
tahniah PTPTPTPTpuiiihhhN