Isnin, 7 Mac 2011

bila yang tak seberapa berkata - part 2

السلام عليکم

asal nak buat tajuk adab menuntut ilmu dan berguru.. tapi macam poyo juga sebab blog ni bukan blog ilmiah sangat.. hehe.. sedar diri.. tapi nak kongsi la dengan korang semua, macammana teknik2 yang sesuai masa nak menuntut ilmu (di kelas) dan adab berguru memandangkan mama pun guru dan juga pelajar (dalam masa yang sama..)

preparation sebelum masuk kelas

sebelum masuk kelas, mula2 sekali, apa salahnya korang kenali dulu cikgu atau pensyarah.. dari nama dia, perangai dan angin dia.. tanyalah dari senior, dari teman rapat atau pun sesiapa yang mengenali guru korang tu.. bila nak bertanya pun jagalah adab.. jangan mengumpat peribadinya jika buruk.. kenali guru korang.. sama ada dia jenis sukakan pelajar yang berdiskusi dua hala dalam kelas dengannya, ataupun dia suka pelajarnya bertanya bila kelas sudah habis..

kemudian kenali kaedah guru korang menilai pelajarnya.. ada guru jenis suka recycle soalan2 exam nya.. ada guru suka twist soalannya berdasarkan pandangan dia level mana studentnya berada.. ada yang suka bertanya soalan berkaitan dengan teori tapi ada juga yang suka bertanya soalah adaptasi dengan real-life mahupun kes atau situasi..

kenal juga guru kita tu jenis sukakan pelajar yang kemas cantik ka, atau dia jenis tak kisah pun pelajarnya bagaimana rupa.. kemas cantik tak semestinya kena bergaya yang bukan2, tapi cukup dengan kemas dan bersih sebelum masuk kelas.. ada pelajar kdg2 tak kisah pun nak mandi, muka dengan bertahi mata dan ada air liur basi.. sungguh tak sesuai..

sebelum masuk ke kelas dan menuntut ilmu, pastikan semua bahan2 yang diperlukan untuk concentrate belajar telah siap sedia.. contohnya alat tulis biar lengkap.. ada kertas untuk menyalin nota mahupun buku2 nota comel untuk buat korang naik semangat belajar.. jangan lupa untuk bawa nota yang dah photocopy terutamanya yang berkaitan dengan subjek kita.. jangan datang ke kelas dengan berlenggang.. itu bukan adab belajar.. itu namanya membuang masa.. kalau perlu bawa buku tambahan mahupun buku2 berkaitan yang rasa penting untuk subjek pun bagus jika dibawa... buku teks adalah perlu jika guru korang akan refer.. kelemahan pelajar sekarang malas nak bawa buku teks.. sedangkan kandungan buku teks itu kadang2 penting semasa ulangkaji.. jangan la kedekut nak photocopy buku teks jika malas mahu mengendong buku teks yang berat tu.. bagi mama, bau buku teks baru dan buku yang dibeli guna duit sendiri sangat best.. dah tu pula tak perlu rasa serba salah untuk menanda dan menconteng bila diperlukan..

sebelum masuk kelas juga pastikan korang alas perut.. makan sewajarnya.. kalau rasa diri sendiri tak mampu nak tahan mata mengantuk sebab sebelum kelas makan nasi sampai penuh pinggan, makan sajalah roti sekeping dua.. lepas habis kelas nak makan sampai lupa diri pun tak ada masalah.. jangan biarkan perut lapar (kecuali time berpuasa) dan jangan biar perut terkampau penuh..

sebelum masuk ke kelas juga, jangan lupa minum air masak.. air putih dikatakan memberi oksigen kepada otak dan seterusnya otak akan berfungsi dengan lebih baik lagi..

okey, nanti sambung pula dengan masa dalam kelas.. ok, sambung kerja

 ماما أيمان

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mast, ko ingat tak.. bila kita dah boring aje.. kita borak2 atas kertas.. dok depan tp boleh lagi buat gitu.. huhuhuu

Unknown berkata...

pastu kita kira 'basically'.. ko ingat? ahahahhaa... punya la letih nak concentrate time tu ye tak