Mama nak citer pasal db penduduk dan macammana jepun kumpul maklumat mengenai kedudukan penduduknya dengan cepat dan tepat..
Setiap penduduk di Jepun tak kira sama ada warganegara mahupun tidak, perlu berdaftar di ward office (pejabat daerah) di tempat tinggal.. Untuk bukan warganegara atau pendatang asing (macam mama ni) kami diberikan kad pengenalan macam ni
Gambar adalah gumuk.. Ahahaa.. Kad ni dipanggil alien card
Setiap kali kita nak berpindah rumah atau daerah atau negeri, kita wajib lapor diri di pejabat daerah..
Yang bagusnya bukan sahaja db depa lengkap malah boleh buat laporan telus kepada semua penduduk berapa populasi penduduk daerah tu, berapa range umur, jantina dan taburan penduduk berdasarkan alamat.. Jadi bila bencana berlaku depa boleh bersiap sedia..
Selain dari guna untuk bencana, db seperti ini juga diguna untuk planning facilities di daerah.. Contoh jumlah hospital yg diperlukan ke, balai polis ke.. Jadi nak bentangkan keperluan bajet data yang digunapakai lengkap le..
Mama harap mesia satu hari nanti pun punya data lengkap rakyatnya supaya kita boleh buat planning sewajarnya terutama bila bencana tiba..
Nota: entry ni sbnrnya nak luah sikit kesedihan dgn embassy sini.. Rasanya kita ada maklumat pelajar terutamanya pelajar tajaan kerajaan.. tapi kami tak tahu situasi sebenar apa yg berlaku, apa yg patut kami buat dsb.. Ada hikmahnya ni.. Moga kita semua dapat pengajaran
- Posted using BlogPress from iPhone mama
4 ulasan:
Betul la mas, kat qatar ni pun sama.. diornag punya sistem memang superb.. tapi maybe sebb qatar kecik takde la nak pindah rumah pun kena bgtau pej daerah.. tp semua maklumat resident ada dalam database.. siapa yg nak cuba menipu memang tak jadi..sebb satu tapak tangan ni diorang scan.. buat kad pengenalan 5 minit siap.. and tak perlu pergi pun.. sebb semua ada dalam database.. siapa yg berhenti kerja and kuar dr negara dia, majikan akan hantar ke pusat pendaftaran mengatakan pekerja ni dah diberhentikan dan dah keluar dr negara.. so automatik kad diorang di batalkan.. ish aku pun nak tulis la kat blog aku pakai sistem ni...
Interesting catatan ini. Disini tak siapa kesah kalau berpindah dari Sabah hingga ke Perlis. Kad penggenalan lambat tukar selepas pindah pun tak ada yang kisah. Memang kena buat untuk tujuan kebaikan perkara sebegini. Nak cuba juga guna application dari Iphone tu untuk tulis entry.
Beberapa rakan sudah selamat tiba di Malaysia dari Jepun dengan pelbagai cerita tentang gempa bumi di sana..sangat memilukan.
fano,
pengajaran banyak, tapi siapa la yang nak baca coretan macam kita ni.. kita kudis je weh.. sob3.. macam antara dua darjat gitu :P
prof,
bagi saya, bila kita dapat database lengkap, banyak benda kita boleh buat, planning, mitigating benda penting yang kerajaan perlu buat.. hopefully they'll realize it before its too late..
wordpress untuk iphone tu saya selalu pakai dikala dalam perjalanan pergi balik lab - 1 jam adalah lama dalam bas.. hehe
liyas,
tahniah buat sahabat yang dapat balik.. cerita2 mereka patut jadi iktibar dan pengajaran buat kita
Catat Ulasan