Selasa, 15 Mac 2011

Sebelum cerita...

... pasal cuti kami lebih panjang, mama just nak tulis sikit pasal berita semalam.. Supaya mama ingati sifat baik orang Jepun.. Mama tengok dalam berita malam tadi sebahagian kisah mereka yang berada di tempat tsunami

Cerita 1:
Seorang pakcik, berbasikal sendirian sambil meletakkan notis kertas didepan basikalnya.. Mengayuh sekitar kawasan tempat dia tinggal.. Nak cari isterinya yang hilang... Dia bawa gambar isterinya, sambil mengharap dapat bertemu semula.. Sayunya hati mama masa tengok tu.. Pakcik tu wajahnya penuh determination.. Tak menangis2 merayu pun.. Nampak tabah.. Nampak seperti seorang suami yang kasihkan isterinya dan yakin isterinya hidup sedangkan dah diketahui ribuan mayat dijumpai terdampar di pesisir pantai.. Mama pandang papa sambil tanya, "nanti kalau mama hilang papa akan cari juga kan?"

Cerita 2:
Seorang suami mendukung anaknya sambil berharap dapat bertemu isterinya yang mengandung.. Dia berjanji dengan isterinya yang dia akan jaga anak mereka dan harap isterinya dapat bersalin dengan mudah.. Bayangkan itu doa suaminya sedangkan dah beberapa hari masih belum dapat berjumpa dengan isterinya..

Cerita 3:
Seorang bos mencari stafnya.. Dia kata staf dia ada 50 org.. Tapi selepas tsunami dia cuma dapat contact balik 22 org aje.. Masa interview tu dia tengah berjalan mencari pekerjanya.. Dia dapat jumpa 2 org lagi immidiately after that.. Fikirlah, adakah kita juga masih ingat kawan2 sekerja kita semasa waktu ditimpa bencana?

Cerita 4:
Di dewan pemindahan.. Seorang ibu sanggup berkongsi nasi kepal (org jepun cuma makan nasi kepal aje masa susah, mama teringat masa student mesia blk dr egypt susah perang makan ayam potong 20 bahagian.. Nak maklum sikit ye, kat sini kan, kami potong ayam 20 bahagian tu hari2.. Makan sekali hanya 5-6 ketul kecik saiz tapak tangan aidan je.. Xpe2.. Itu cabaran namanya) ibu jepun ni cakap "tak mengapa, apa yang baki anak saya akan saya habiskan" masa orang tu hulur nasi tu suruh dia ambil lagi.. Sayu hati mama.. Sebab dia dululan perut anaknya dan org yang lebih memerlukan..

Sungguh orang2 Jepun ni tabah dan sabar.. Mama doa depa dapat lalui dugaan ni dengan tabah.. Ini pengalaman yang mama lalui disini.. Mama harap sangat mama pun akan jadi seperti orang Jepun

- Posted using BlogPress from iPhone mama

7 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

btol tu kak, sikap org jepun mmg patut di contohi sgt2. diorg lansung x selfish, semua pentingkan org lain je.

@nannoor berkata...

terharu aku baca entry kau ni.
semalam pun aku ada baca 1 blog psl org2 jepun ni.
respect!!

apa2pun, u take care mast.

sya amran berkata...

sayu hati...kagum dengan sikap dorang...

Unknown berkata...

yatie,
semangat tu kita kena bawa balik ke mesia..

nannoor,
tq dear

ngan,
betul tu.. smlm jenuh aku sebak tgk tv

Tanpa Nama berkata...

sedih...

Unknown berkata...

tersentuh hati aku baca...

Suziey Ahmad berkata...

sedih plak aku baca n3 ni..