Selasa, 22 Mac 2011

been there done that

السلام عليکم

terpanggil dari status sahabat di FB.. buat mama tertanya, selepas tamat belajar, apa azam kamu? mesti ramai jawab, nak kerja gaji minimum 2k, nak ada kereta sendiri, nak beli itu, nak beli ini..

zap zap zap (bunyi cantas)

meh kembali ke realiti..

soalan 1: wajar ke kita demand untuk dapat gaji sebanyak itu?
untuk jawapan, perlu ada checklist:

1. Pointer masa belajar - mahu atau tidak, kita kena akui, inilah nombor paling besar yang mempengaruhi hidup mahasiswa yang grad dan mahu kerja.. pointer kamu berapa? soalan cepumas yang boleh menyebabkan jantung berdegup kencang.. masa mama grad degree (2003), pointer mama tak bagus, bawah 3.0 (owh, sedih la kenang2 balik..) pun dah tak dapat nak merasa gaji tinggi.. inikan pula tahun 2011, persaingan makin sengit, di mana pointer kamu meletakkan kebarangkalian untuk dapat gaji yang tinggi.. masa tahun 2003, dengan pointer dibawah 3.0, gaji mama hanyalah 1.5k, tanpa elaun OT dan sebagainya.. kerja 6 hari seminggu (kontraktor).. perit, tapi itulah rezeki mama.. sabar.. gaji ciput, tapi syukur sebab family memang di KL, jadi sewa rumah selamat.. lain2 minyak kereta, bil telefon, makan2 semua guna gaji sendiri la.. tercekik rasa.. bayangkan 2011 kalau dapat gaji macam tu.. pengsan!sebab tu mahu atau tak mahu, kena jaga pointer.. masa di uni jangan main banyak2 sangat.. perlu ada check n balance supaya masa belajar tak terkorban..

2: apa kelebihan kita dibanding mahasiswa lain?
ha.. boleh cakap 3 bahasa? tak kira la mandarin ka, jepun ka? boleh komunikasi bahasa inggeris dengan baik? ke masih cakap I is I is? oppsss.. boleh buat presentation dengan hebat? boleh guna perisian terbaik dalam bidang? ada buat volunteering work? ada internship di company besar? pernah lead kumpulan untuk menang pertandingan peringkat uni? wowowowow.. bunyi macam besar sangat kan? tapi itu la kelebihan sesetengan mahasiswa.. kita kena cari niche kita la.. apa yang boleh kita buat? macammana nak cari kelainan supaya kita boleh 'jual diri' untuk dapatkan kerja yang lebih baik..

3: pembawakan diri ok ka? selebet? mat smart?
macammana kita membawa diri juga penting.. nak masuk sesuatu organisasi, majikan akan melihat keupayaan kita untuk bersosial.. bukan terlebih sosial atau menjadi robot datang kerja balik kerja.. kena imbang.. PR perlu ada.. macammana nak berurusan dengan pihak atasan, mahupun pihak bawahan mainkan peranan juga..

mama pernah lalui semua ini.. mama pun bukan bermula dengan tiba2 hebat semacam (sampai sekarang masih merepek juga) tapi kalau boleh, mama nak share supaya mama boleh betulkan situasi minta2 gaji tinggi tanpa perlu cermin diri sendiri..

apa2 pun, tepuk dada tanya selera..

ماما أيمان

7 ulasan:

-KaMpUnG LaDy- berkata...

tul tu mast...
tu lah aku selalu nasihat kt budak2 fresh ni...jgn demand sgt...yg penting bila org kasi peluang, buat sehabis baik...insyaAllah, bila da ada pengalaman, org pun tahu kita buat kerja dgn bagus...mesti peluang yg lebih baik ada...:)

Unknown berkata...

betul tu inah.. kalau tiba2 terus kaya tu dalam citer mat jenin je

Nurzairul Isma berkata...

Sokong!!

aishah zaharin berkata...

i love your views. paling utama part selebet. kalau selebet gi interview, employer mana nak amek dik non?? and after that semua benda falls in. PR, pointer, experience. nih semua penting untuk fresh graduates. kaalu yang tukar kerja, lain la cerita. time tuh experience pulak yang jadi main point.

mazzuana berkata...

skrg ni bebudak kalau gaji mula tak 2 ribu muka terpaksa je accept offer. But tk dinafikan ada consultant yg mmg bayar tinggi for those yg high achievers. Tapi serious kalo interview tang pointer tu kalo boleh mmg bedoa sgt janganlah ditanya....

Tanpa Nama berkata...

betul la babe, aku paling bengang kalau budak fresh ni.. cakap bukan main hebat.. "tu kerja supervisor.. saya engineer".. weh.. org pun tau la ko tu engineer.. org suh buat supaya kau tau.. baru masuk kerja 2 3 bulan dah nak eksen..

Unknown berkata...

kak aishah, benda cara pemakaian ni kena dipupuk.. jgn kata masa interview.. saya kalau masa budak2 ke kelas pakai selebet pun selamba saya sound.. sound bukan sebab apa, sebab saya tahu tak cantik, nak dibetulkan.. supaya nampak cantik dan elok..

kak mazzuana, rezeki yang bijak dan rajin terletak pada usaha dia.. jadi usaha dia kuat, dia layak la dapat gaji tinggi ye tak? owh, citer pasai pointer, jangan cakap la kak.. kocik ati dah banyak kali dah.. ahahahha

fano, tu pemalas namanya.. bukan engineer.. ahahahhahahaha