Isnin, 14 Mac 2011

Lambai dari jauh, nampak tak?

السلام عليکم

Alhamdulillah, kami masih ok di sini.. daerah Kansai/ Kinki (tengah jepun - Osaka, Kyoto, Kobe, Nara) tak terjejas.. yang teruk terjejas daerah Kanto & Tohoku (meliputi Tokyo dan Sendai) - tengok peta bawah ni ye.. kami jauh dari pusat tsunami.. dan Alhamdulillah juga tak dengar berita buruk rakyat Malaysia di sini.. lega baca blog2 kawan di Jepun - especially Hanis di Sendai.. lega sangat2.. Moga Allah sentiasa lindungi kami yang berjuang menuntut ilmu di sini..

Image google here


Jadi life goes on.. Kalau tengok kesan2 tsunami memang seram.. malam pertama (jumaat malam) nak tidur pun susah.. takut sangat.. tapi bila tengok tahap kesabaran dan redhanya orang Jepun menghadapi dugaan, timbul rasa hormat dan kagum.. mereka tak takut dugaan.. mereka laluinya dengan tenang dan tidak gopoh gapah.. walhal nak ikut pegangan agama depa jauh berbeza.. sedang kita yakin pada Allah, tapi kita cukup takut kalau diuji begitu..

sumber JMA - Intensity Earthquake around Japan
Lepas beberapa hari berlalu, Alhamdulillah, amaran tsunami dah dipadamkan dari tv dan media internet bermula semalam petang.. lega sangat.. report awal earthquake dah dikeluarkan oleh JMA (sini)

On another note, terima kasih untuk semua keluarga, sahabat yang kenal kami personally mahupun sahabat maya kerana sudi doakan keselamatan kami.. syukur sangat2 punya keluarga dan sahabat seperti kalian..

Perjalanan kami disini masih jauh.. perjuangan masih panjang dan berliku.. moga Allah sentiasa lindungi dan merahmati pejuang2 ilmu di bumi Jepun ini..

**********************************************

lepas ni kita sambung entry yang lain pula ye..

jangan sedih2 ye.. kami sayang korang semua..

I've noted that I have more follower nowadays.. Hi, Salam Perkenalan dari Kyoto.. I'll make sure to acknowledge those who has drop comment on my blog.. Let's be friends

ماما أيمان

4 ulasan:

[k.u.y.a] berkata...

mula-mula saya tahu pasal tsunami & gempa bumi melanda jepun bukan dari fb atau twitter kawan-kawan tapi dari blog kak mast. alhamdulillah, lega membaca kak mast sekeluarga selamat. :)

Unknown berkata...

tq dear..

InaAchik berkata...

alhamdulillah kak mas n family selamat... kak mas take care yer...
kami doakan yg terbaik buat semua rakyat malaysia kat sana...

#sedeyyyyy melihat kemusnahan yg berlaku...

Unknown berkata...

ina,
tq dear untuk doa mu itu..