Isnin, 28 Mac 2011

bahaya tapi sedap

السلام عليکم

masa pergi tottori haritu, kami di jamu dengan makanan istimewa tapi berbahaya di Jepun.. bunyi dia memang seram.. tapi rasa dia. wallaweh! precious!! peluang yang datang sekali seumur hidup tu tak kami sia-siakan..


google image - IKAN BUNTAL

masa dinner farewell party tu, kami makan fugu (ikan buntal) di masak Nabe - ala2 stimbot kat mesia.. ikan buntal ni diketahui beracun (ok, pas baca wikipedia lagi seram!). Nak masak, handle secara terbuka di Jepun memerlukan lesen.. dan pengalaman.. nak dapat lesen pun at least pengalaman mesti 5 tahun.. nak siang dia pulak mesti pengalaman 20 tahun.. baru dianggap pro la nak buang racun dia..


teh Oolong dalam botol.. sedap.. dahle sejuk air teh tu..
belah kanan dalam piring kelabu tu sashimi maguro.. SEDAP! 

sekarang ni fugu dibela secara komersil.. disebabkan teknologi perikanan yang tinggi, orang jepun dapat bela ikan buntal yang kurang bahaya.. bahaya ikan ni hanya sebab makanan ikan tersebut.. ikan buntal ni makan bakteria yang beracun.. bakteria ni hidup dalam perut dia.. jadi, sekarang depa bela ikan ni dalam sangkar dan jauhkan dari sumber bakteria yang beracun tu..

ikan buntal mentah.. belum masak
ikan buntal ni paling mahal dan sedap dimakan masa fall dan winter.. sebab masa musim ni ikan2 buntal paling gemuk2 sebab dia banyak makan untuk tahan sejuk (comel je bunyinya kan - cam mama juga).. tekstur ikan ni kental.. macam isi kerapu.. keping2 dia tebal.. so masa masak dalam nabe tu dia tak mudah hancur..

ni rupa keseluruhan set nya

kalau disuruh beli sendiri, sumpah tak buat.. sebab seram la.. ahahahhaa.. apa2 pun, ini antara pengalaman makan makanan jepun yang best di sini.. kalau ada peluang, korang berani cuba? kuang kuang kuangggggg

fugu on wikipedia

 ماما أيمان

3 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

sumpah tak berani..salute lah kak mas, berani makan ikan buntal :)

Unknown berkata...

tengok ikannya dah tak rupa buntal tu yang berani.. pastu cikgu2 semua makan.. hohoho

sya amran berkata...

"sebab masa musim ni ikan2 buntal paling gemuk2 sebab dia banyak makan untuk tahan sejuk (comel je bunyinya kan - cam mama juga)"

tomey tomey..hehehehe