Memaparkan catatan dengan label lifelong learning. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lifelong learning. Papar semua catatan

Isnin, 7 Mac 2011

bila yang tak seberapa berkata - part 2

السلام عليکم

asal nak buat tajuk adab menuntut ilmu dan berguru.. tapi macam poyo juga sebab blog ni bukan blog ilmiah sangat.. hehe.. sedar diri.. tapi nak kongsi la dengan korang semua, macammana teknik2 yang sesuai masa nak menuntut ilmu (di kelas) dan adab berguru memandangkan mama pun guru dan juga pelajar (dalam masa yang sama..)

preparation sebelum masuk kelas

sebelum masuk kelas, mula2 sekali, apa salahnya korang kenali dulu cikgu atau pensyarah.. dari nama dia, perangai dan angin dia.. tanyalah dari senior, dari teman rapat atau pun sesiapa yang mengenali guru korang tu.. bila nak bertanya pun jagalah adab.. jangan mengumpat peribadinya jika buruk.. kenali guru korang.. sama ada dia jenis sukakan pelajar yang berdiskusi dua hala dalam kelas dengannya, ataupun dia suka pelajarnya bertanya bila kelas sudah habis..

kemudian kenali kaedah guru korang menilai pelajarnya.. ada guru jenis suka recycle soalan2 exam nya.. ada guru suka twist soalannya berdasarkan pandangan dia level mana studentnya berada.. ada yang suka bertanya soalan berkaitan dengan teori tapi ada juga yang suka bertanya soalah adaptasi dengan real-life mahupun kes atau situasi..

kenal juga guru kita tu jenis sukakan pelajar yang kemas cantik ka, atau dia jenis tak kisah pun pelajarnya bagaimana rupa.. kemas cantik tak semestinya kena bergaya yang bukan2, tapi cukup dengan kemas dan bersih sebelum masuk kelas.. ada pelajar kdg2 tak kisah pun nak mandi, muka dengan bertahi mata dan ada air liur basi.. sungguh tak sesuai..

sebelum masuk ke kelas dan menuntut ilmu, pastikan semua bahan2 yang diperlukan untuk concentrate belajar telah siap sedia.. contohnya alat tulis biar lengkap.. ada kertas untuk menyalin nota mahupun buku2 nota comel untuk buat korang naik semangat belajar.. jangan lupa untuk bawa nota yang dah photocopy terutamanya yang berkaitan dengan subjek kita.. jangan datang ke kelas dengan berlenggang.. itu bukan adab belajar.. itu namanya membuang masa.. kalau perlu bawa buku tambahan mahupun buku2 berkaitan yang rasa penting untuk subjek pun bagus jika dibawa... buku teks adalah perlu jika guru korang akan refer.. kelemahan pelajar sekarang malas nak bawa buku teks.. sedangkan kandungan buku teks itu kadang2 penting semasa ulangkaji.. jangan la kedekut nak photocopy buku teks jika malas mahu mengendong buku teks yang berat tu.. bagi mama, bau buku teks baru dan buku yang dibeli guna duit sendiri sangat best.. dah tu pula tak perlu rasa serba salah untuk menanda dan menconteng bila diperlukan..

sebelum masuk kelas juga pastikan korang alas perut.. makan sewajarnya.. kalau rasa diri sendiri tak mampu nak tahan mata mengantuk sebab sebelum kelas makan nasi sampai penuh pinggan, makan sajalah roti sekeping dua.. lepas habis kelas nak makan sampai lupa diri pun tak ada masalah.. jangan biarkan perut lapar (kecuali time berpuasa) dan jangan biar perut terkampau penuh..

sebelum masuk ke kelas juga, jangan lupa minum air masak.. air putih dikatakan memberi oksigen kepada otak dan seterusnya otak akan berfungsi dengan lebih baik lagi..

okey, nanti sambung pula dengan masa dalam kelas.. ok, sambung kerja

 ماما أيمان

Jumaat, 4 Mac 2011

bila yang tak seberapa berkata.. part 1

السلام عليکم

I was never an excellent student.. ngaku.. tak cerdik, tak bijak.. sekadar bernasib baik sebab diberikan rezeki untuk sentiasa menuntut ilmu.. masa zaman sekolah was the worst.. main2, tak mau baca buku dan tak mahu belajar.. bila dah besar (tak nak ngaku tua tu) baru mama sedar, keinginan untuk belajar tu bukan tak ada, tapi sebab teknik yang betul tak tahu dan tak serasi dengan diri mama.. skill arwah emak dulu dalam mendidik mama yang payah nak istiqamah belajar belajar (mama sorang je camtu, adik mama lain) boleh bikin hati panas, yet bila besar (again, tua) baru sedar, itulah sebenar cara yang patut mama ikut dari dulu.. emak juga yang mengerti anak dia punya tabiat..

macammana arwah emak buat? masa sekolah rendah, dia cukup pantang tengok buku ada pen merah pangkah dalam buku mama.. cubit tu biasa dah.. redha aje.. sebab tahu, dia bukan nak mendera, tapi nak ajar supaya jangan lalai dan buat salah yang tak boleh diterima akal.. jadinya, malam2 dia akan duduk sebelah sambil check kerja sekolah (bila arwah cakap je nak check kerja sekolah, gerun ok.. boleh rasa cubit2 bakal mengena.. ahaks)

bila masuk sekolah menegah, arwah emak tahu mama ni senang lalai (cam sekarang ni la.. patut baca buku ni berbelog.. heh!) dia akan paksa mama muntahkan balik semua yang mama belajar dalam seminggu masa sesi Q&A yang amat menggerunkan.. bila? masa hujung minggu, tengahari, kena tolong arwah masak.. masa tu la, pedddiiiihhh aje telinga bila dengar dia berleter kalau mama tak dapat jawab soalan yang dia tanya.. bila mama fikir balik, dia bukan tanya soalan susah pun.. dia cuma minta mama huraikan kenapa jawapan mama begitu, kenapa bukan macam ini.. dan sekarang mama sedar, rupanya itulah salah satu method yang mama kena guna.. sebab mama jenis cepat lupa bila mama tak faham sesuatu.. jadi, baca, faham dan muntahkan balik atas kertas (mama akan tulis semua yang mama faham) adalah teknik mama belajar.. dari situ, mama akan relate tajuk yang mama belajar tu dengan kegunaannya atau aplikasinya dalam bidang mama.. sebab tu mama takkan lupakan kertas dan pen bila tengah belajar.. sebab mama akan menconteng, buat nota supaya mama tak lupa dengan apa yang mama dah baca..

sebab tu yang penting dalam menuntut ilmu adalah pemahaman.. bukan sekadar menghafal membabi buta tanpa memahami kenapa kita perlu mengetahui subjek tu.. semua orang boleh menghafal, tapi bukan semua orang mampu relate apa yang dipelajari dari masa sekolah dahulu dengan kehidupan sekarang ini. Ini juga masalah dengan sistem pembelajaran kita.. terlampau memaksa pelajar menghafal, tanpa menerangkan kenapa kita perlu faham subjek yang dihafal dan mana penggunaannya dalam kehidupan.. betul, bukan semua yang kita belajar masa di sekolah, universiti akan directly involve dalam kehidupan kita.. cuma kalau kita lebih peka, mungkin kita akan lebih menghargai ilmu yang dipelajari..

ok, nanti mama sambung pulak teknik2 berada di dalam kelas atau teknik2 menuntut ilmu dengan guru..

 ماما أيمان

Isnin, 22 November 2010

buku lima.. oppsss

pakai old editor jugak yang boleh rupanya.. huhuhuhu.. kadang2 benda advance ni kalau still beta version takde maknanya..

tak pe le.. bab2 gambar esok ku buat siap2 kat rumah and autopublish.. banyak benda nak citer.. visit imperial palace la.. bday papa la..

sebelum tu cerita pasal kekdah nak beli buku..

kat jepun ni sumpah memang hampir tak ada buku english.. macam menggila mula2 kami nak sampai.. so checklist untuk student - terutamanya student post-grad cam mama ni, sila la siap2 beli buku, takpun fotostat (ooppsss.. salah by-law, hihihi) apa2 textbooks dan rujukan tok nenek yang diperlukan sebelum mai sini.. masa kami nak prepare untuk exam haritu memang tahap hampagas aa.. jenuh beli online n minta tolong SIL bawakan buku.. nasib juga sempat..

tapi kepada yang memerlukan link untuk beli buku.. mama suggests few options..

  1. beli buku melalui koperasi universiti - kat kyoto uni ni memang boleh minta depa belikan.. tapi harus diingat.. nilai dia dalam matawang yen la ye.. kalau nak murah kena usaha lebih sikit..
  2. amazon.uk or amazon.us or amazon.jp - yang ini memang terkenal la.. korang memang boleh dapat yang reliable.. tapi, tips untuk beli buku murah dari amazon adalah cari yang paling murah at least dari dua atau tiga link amazon.. sebabnya jika publisher buku korang nak beli tu dari us, maknanya lagi murah la beli di amazon.us.. vice versa.. cari yang berbaloi.. kalau nak jimat (tak mau la kata kedekut kang kata mama mulut jahat..) pilih aje le yang paling murah shipping cost nya.. kalau nak cepat pakai expedited shipping.. mahai sikit tapi memang cepat.. zasss 2-3 hari leh sampai rumah dah
  3. dari sini link ni kawan mama bagi.. tapi mama yet to try.. katanya free delivery.. n tgk banyak juga buku2 dia..
  4. local distributor kat mesia pun ok.. mama dah try MPH..

ini cerita kalau takde kesempatan la nak keluar beli.. kalau ada kedai buku dekat dengan korang tak payah le susah hati kan?


by the way, korang kalau beli buku. korang kisah tak berapa nak spend? kami berdua (mama n papa) memang tak berkira langsung nak beli buku.. sebab tahu akan pakai.. dan mama dah pernah menyesal dua tiga kali sebab beli buku, pastu ada orang pinjam tak reti pulangkan, tak jumpa last2 buku tu dah tak ada dijual lagi.. aaa.. tensi sungguh ok.. especially buku2 study.. bukan senang ye nak ade copy untuk diri sendiri..

cerita pasal cost, last week ada labmate mama tanya pasal satu buku ni.. mama kata la mama ada buku tu.. buku tu cost around RM400.. tapi memang buku specialization mama.. good quality n full of information.. buku2 engineering ni kalau edisi dia berubah pun isi dalam dia tak banyak perubahan.. at least for the next 5-10 years.. ahaha.. gila lambat berkembang.. mamat ni kata dia nak tgk dulu baru nak fikir beli buku tu atau tidak.. aiseh.. dah kalau ko mmg nak pakai, cuba jangan berkira.. hmmpphh.. sebab nak dapatkan satu2 buku bukan senang.. dan memang kena jaga elok2..


I have few books that I treasure.. balik2 buka buku tu untuk rujukan.. so I am willing to spend.. papa once ada satu buku tu cost around RM700.. tp paperback aje.. sedih dia.. tapi sebab dia mmg pakai buku tu, mama tengok habis memang dia lanyak baca la.. which is good for me.. kalau beli henbeg mahai pun korang lenjan, buku mahai pun kena la buat kekdah sama.. cuma buku get higher respect from us la..

on the other hand, novel tu mama tak le kisah sangat.. I used to buy second hand novels.. dari zaman sekolah lagi.. dolu2 selalu singgah CM (ada 2 kedai kat ground floor.. penuh buku 2nd hand) and the mall kat depan food court tingkat atas tu.. sekarang ni ade lagi ke idak ye kedai2 camtu? and mama wonder, do youngsters these days read books?? I mean books.. not e book or pdf copy from internet ye?

Sabtu, 6 November 2010

whining am not

today we just lazed around with kak yang's family.. went to Qanat (a shopping mall nearby) and bought ourselves winter clothes.. before that we went to a second hand shop to buy a gas heater.. we already have the electric heater and a carpet heater.. but somehow it wasn't enough to warm us during nights.. especially when the kids are asleep and both of us want to stay up late.. it's damn freezing y'all.. and it hasn't winter yet.. yikess!! whoever said living abroad is nice should really think again!!

I would like to announce here that I am still yet to find a good pair of boots to wear during the upcoming winter (during peak of the season, one boot cost me almost RM1000- mati!!).. my toes are freezes everytime I cycle Aidan to the kindy. Living in Japan is definitely expensive.. we have to really count each cents that we spend. This really makes me feel grateful that born, raised, educated in Malaysia definitely has given me a chance to secure a good life.. japanese are really an expensive nation.. but yet, they really enjoy their live.. which is good for them, but really sucks for us students.. we have to close one eye everytime we want to buy things.. even groceries.. imagine each basket (not trolley ok!) costs us around 3000yen - around RM120!!! not to mention our house rent is around 80,000yen (RM2400 more or less) and it is only 40m2!!! even a low cost house in Malaysia is bigger than our place!!

but, eventhough life here is tough, I'm not going to complain.. I will try not to complain.. afterall, being here is just part of my life.. we're destined to be here, at least for the next 3 years.. I might not know what will happen later.. what lies ahead.. let just pray that everything will go well.. not everyone had this kind of oppurtunity.. we just need to make the best out of it..


this life is too short just to whine here and there... 

I would not imagine myself wearing a RM10 second hand jacket if I were still in Malaysia!!


self reminder - banyakkan bersyukur.. ingat rezeki tu hak Allah.. bukan hak kita..


Ahad, 7 Februari 2010

jika mama aiman boleh, anda pun boleh

semalam kami berdua (mama n papa) join kelas fotografi kat the str.and... kelas under nikonian special untuk basic to intermediate user DSLR.. kelas ada dua trainer.. Andrew Boey dan Alex Ang.. verdict kami? best sangaaaattttttt!!!!!!

bila dah ke kelas, baru la kami tau.. selama ni pegang kamera pun salah... ahahahha.. seriously.. rupanya bila kita silap pegang kamera pun boleh sebabkan penyakit oo (carpal syndrome) lebih2 lagi bila pegang DSLR..

owh, sila jangan salah faham.. kami tak berniat langsung nak bisnes part time ok.. ini memang semata2 nak tambah ilmu dan nak faham DSLR.. ye laaa.. kalau ada kamera canggih tapi dok pakai auto mode je.. takde maknanya laaa...

pengisian sepanjang kelas termasuklah pendedahan mengenai exposure dan teknik betul mengambil gambar.. macammana nak metering supaya gambar nampak cantik dan tak perlu touch up lebih2 (ini penting ye.. kalau tidak takkan nak edit sampai 300 gambar kut sekali ambil kan kan kan?)

yang lebih seronok sebab Andrew Boey tu lawak.. dan pandai tackle students.. tak mengantuk langsung dan siap rasa tak cukup je sehari kelas tu..

kalau korang nak berjinak2 belajar fotografi mama memang cadangkan korang ke academy ni.. dan yang paling best, harga kamera n equipment nikon kat situ murah ye!!! serius ni.. D90 mama beli mahal 3 - 4 ratus dari harga depa offer.. semalam kami siap tambah beli lens lagi ye kat situ.. dan kalau beli kamera dengan depa, siap ada free class lagi.. 

lepas ni kami nak join kelas focusing dan flash pula.. ehehehhe..

so, enjoy la sikit gambar yang kami ambil masa kelas..

seperti biasa, mesti la gambar tuan punya blog dulu ye...


ni masa outdoor session.. papa ambil gambar ni

ada gaya photog tak??

gambar papa pulak.. mama ambil
 
indoor session dgn model2.. amacam? cantik tak gambar mama ambil?

ni outdoor.. mama ambil juga..

dan lagi.. 

ini siap tambah flash.. ooooo.. rasa cam buat ad aje.. ahahahaha

nota: mama pakai D90, papa pakai D60.. course fee Rm390/participant