Rabu, 16 Mac 2011

melarikan diri?

السلام عليکم

tajuk serupa macam ada percintaan terlarang atau ditangkap orang jahat je.. kui kui kui.. tidak2.. ini sebenarnya terlintas dalam kepala mama masa baca status di FB.. kawan2 di sini ada yang mula risau.. kata nak balik dan plan sekiranya berlaku kecemasan..

manakan tidak kami di sini tak dapat apa2 makluman terus dari embassy.. hanya dari beberapa pelajar yang menjadi orang tengah.. ada yang mengadu lonely dan risau.. sabarlah wahai sahabat2.. inikan ujian Allah.. Allah uji orang2 yang terpilih aja.. kita sama2 ada di sini, yang mana kita mampu buat kita buat kan?

bagi mama n family, kami tak mahu jadi havoc satu macam.. nanti buat ahli keluarga kami sendiri yang lebih risau.. lagipun tengok orang jepun sikit punya rileks, takkan kita nak jadi kalut pula kan.. malu pulak di situ..

sebab tu sampai saat ni mama tak upload lagi gambar2 menarik untuk dikongsi.. nanti ada pula yang kata mama tak sensitif dan tak simpati.. adui dui dui.. simpati dik.. tumpang sedih juga.. walaupun berlainan bangsa dan agama, mama sedih nasib mereka yang ditimpa musibah.. tapi dalam masa yang sama, mama sentiasa berdoa moga Allah lindungi kami sekeluarga dari ditimpa musibah..

kena ingat.. kematian dah tertulis.. kalau Allah kata "Mastura, kamu mati jam gini2, di Jepun, dalam keadaan sekian2" (nauzubillah, biarle mati dalam keadaan cukup sifat dan sempurna jasad) nak buat macammana kan? itu yang dah tertulis.. tapi selagi mama ada di sini, mama perlu jalani hidup sewajarnya..

sekiranya kecemasan berlaku, yang pertama sekali sudah tentu mama selamatkan anak2.. ya Allah, kalau diKau tidak mengasihaniku, kasihanilah anak-anakku yang masih kecil itu..

beg yang mengandungi barang2 penting ada bersama papa.. yang itu yang penting.. pengenalan diri.. kemudian, fikir tempat selamatkan diri.. lari ke atas bukit? atau berkurung dalam rumah? bergantung la kan kepada situasi yang memerlukan.. kemudian, dengar arahan (yang ini paling penting sekali) untuk evacuate.. sebab selalunya bila bencana berlaku, kita panik.. jadi mendengar arahan adalah penting..

bila dapat berkumpul dan tahu selamat, baru mama akan hubungi keluarga kami, kedutaan dan teman2 rapat disekeliling kami..

untuk lari pulang ke Malaysia buat masa ini bukan option kami.. kami akan lalui hari2 di sini.. sumber maklumat dari media Jepun sentiasa kami ikuti... insyaAllah, jika Allah izinkan, selamatlah kami di sini.. ini masih bumi Allah.. sementara masih bernyawa, mama serahkan pada Allah menentukan perjalanan hidup kami di sini..

jangan risau2 ok..

 ماما أيمان

8 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

btol2, tidak perlu risau sgt skrg ni. cuma kena berdoa je tidak putus2

rohaadam berkata...

semoga semua nye selamat yer :-)

TopsyTurvyMum berkata...

Akak pun teringat kat Mas lepas tahu pasal tsunami tu. Alhamdulillah Mas sekeluarga selamat.
Tu la, selagi tak perlu keluar dari sana, jalani je hidup macam biasa sambil terus berdoa.

Unknown berkata...

yatie,
betul tu.. kita kena kuat demi family kita

rohaadam,
terima kasih

kak TTM,
tq kak.. kami pun tak putus2 doa moga Allah lindungi kami

Unknown berkata...

harap semuanya selamat... take care ok!

Suziey Ahmad berkata...

bwtul tu..redha dan tawakal dgn ujian Allah ni..Allah sntiasa ada utk melindungi..smga korang sume selamat dr bencana tu..

Yen berkata...

mas...mmg ko org pertama yg aku ingat bila tsunami jd kat jepun ari tu...
semoga korang selamat ya....

Unknown berkata...

zety,

tq dear

suzy,
ye, betul.. kena banyak2 redha n tawakal

yen,
alhamdulillah, kami ok