Memaparkan catatan dengan label perihal office. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perihal office. Papar semua catatan

Selasa, 22 Mac 2011

been there done that

السلام عليکم

terpanggil dari status sahabat di FB.. buat mama tertanya, selepas tamat belajar, apa azam kamu? mesti ramai jawab, nak kerja gaji minimum 2k, nak ada kereta sendiri, nak beli itu, nak beli ini..

zap zap zap (bunyi cantas)

meh kembali ke realiti..

soalan 1: wajar ke kita demand untuk dapat gaji sebanyak itu?
untuk jawapan, perlu ada checklist:

1. Pointer masa belajar - mahu atau tidak, kita kena akui, inilah nombor paling besar yang mempengaruhi hidup mahasiswa yang grad dan mahu kerja.. pointer kamu berapa? soalan cepumas yang boleh menyebabkan jantung berdegup kencang.. masa mama grad degree (2003), pointer mama tak bagus, bawah 3.0 (owh, sedih la kenang2 balik..) pun dah tak dapat nak merasa gaji tinggi.. inikan pula tahun 2011, persaingan makin sengit, di mana pointer kamu meletakkan kebarangkalian untuk dapat gaji yang tinggi.. masa tahun 2003, dengan pointer dibawah 3.0, gaji mama hanyalah 1.5k, tanpa elaun OT dan sebagainya.. kerja 6 hari seminggu (kontraktor).. perit, tapi itulah rezeki mama.. sabar.. gaji ciput, tapi syukur sebab family memang di KL, jadi sewa rumah selamat.. lain2 minyak kereta, bil telefon, makan2 semua guna gaji sendiri la.. tercekik rasa.. bayangkan 2011 kalau dapat gaji macam tu.. pengsan!sebab tu mahu atau tak mahu, kena jaga pointer.. masa di uni jangan main banyak2 sangat.. perlu ada check n balance supaya masa belajar tak terkorban..

2: apa kelebihan kita dibanding mahasiswa lain?
ha.. boleh cakap 3 bahasa? tak kira la mandarin ka, jepun ka? boleh komunikasi bahasa inggeris dengan baik? ke masih cakap I is I is? oppsss.. boleh buat presentation dengan hebat? boleh guna perisian terbaik dalam bidang? ada buat volunteering work? ada internship di company besar? pernah lead kumpulan untuk menang pertandingan peringkat uni? wowowowow.. bunyi macam besar sangat kan? tapi itu la kelebihan sesetengan mahasiswa.. kita kena cari niche kita la.. apa yang boleh kita buat? macammana nak cari kelainan supaya kita boleh 'jual diri' untuk dapatkan kerja yang lebih baik..

3: pembawakan diri ok ka? selebet? mat smart?
macammana kita membawa diri juga penting.. nak masuk sesuatu organisasi, majikan akan melihat keupayaan kita untuk bersosial.. bukan terlebih sosial atau menjadi robot datang kerja balik kerja.. kena imbang.. PR perlu ada.. macammana nak berurusan dengan pihak atasan, mahupun pihak bawahan mainkan peranan juga..

mama pernah lalui semua ini.. mama pun bukan bermula dengan tiba2 hebat semacam (sampai sekarang masih merepek juga) tapi kalau boleh, mama nak share supaya mama boleh betulkan situasi minta2 gaji tinggi tanpa perlu cermin diri sendiri..

apa2 pun, tepuk dada tanya selera..

ماما أيمان

Selasa, 7 Disember 2010

sifu, mentor, big boss

all in one..

these are my mentors.. i really look up to both of them.. they help me and papa a lot.. guided us, mentoring us.. hopefully we will be like both of you in the future.. kami betul2 sedih tak dapat join syarahan umur prof berdua.. kami doakan prof berdua cemerlang di masa depan, sihat dan dipanjangkan umur dan dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang untuk negara dan agama.. amin

these are taken from USM website..



Pada 15 Disember 2010 satu lagi tinta sejarah akan terukir indah dalam lipatan sejarah PPK Awam apabila dua lagi pensyarah kanannya iaitu Profesor Dr. Meor Othman Hamzah dan Profesor Dr. Fauziah Ahmad akan menyampaikan syarahan umum mereka dalam suatu Majlis Pelantikan Profesor yang akan berlangsung di Auditorium, Kompleks Dewan Kuliah, Kampus Kejuruteraan bermula jam 9.00 pagi.
Profesor Dr. Meor Othman, satu nama besar yang amat dikenali bukan sahaja pada peringkat nasional malah antarabangsa merupakan pakar dalam disiplin Kejuruteraan Lebuh Raya (Teknologi Asphalt) terutamanya yang menyentuh penyelidikan asphalt berliang. Sebut sahaja di mana, di Libya melalui Al-Fateh University, di Turki melalui Nurol Insaat Ve Ticaret A.S., di Belanda melalui Delft Technical University, di Brussels, Belgium melalui Belgian Road Research Centre, di Amerika Syarikat melalui CAIT, University of Mississippi, di Bangkok melalui Asian Institute of Technology dan banyak lagi, kesemuanya telah disantuni dan menerima ‘sentuhan’ buah fikiran daripada Profesor yang telah memulakan kariernya dengan USM semenjak tahun 1984 lagi.
Selain sebagai pensyarah dan penyelidik, kehebatan Profesor yang merupakan anak jadi kebanggaan negeri Perak Darul Ridzwan ini, turut terserlah dalam bidang perundingan, penulisan dan penerbitan jurnal. Puluhan artikel dalam jurnal tempatan dan antarabangsa telah diterbitkan dan sebelas buah buku karya asal dan terjemahan telah berjaya dihasilkan dan sebuah daripadanya telah menerima Anugerah Persatuan Linguistik Malaysia.
Justeru itu, penampilan beliau dalam Majlis Syarahan berkenaan akan berpaksi kepada satu tajuk: Pembangunan Lestari Teknologi Asfalt Untuk Kelangsungan Industri Asfalt Negara. Di antara intisari syarahan beliau yang menarik dan perlu diikuti sehingga akhirnya adalah kelestarian asphalt berliang yang pada peringkat awal, ia diaplikasi untuk meningkatkan keselamatan jalan raya. Kini, bahan ini popular untuk menurunkan hingar lalu lintas dan menyumbang kepada pembangunan ‘quiet pavements’.
Manakala penampilan Profesor Dr. Fauziah yang secara kebetulan juga anak jati kelahiran negeri Perak Darul Ridzwan ini, merupakan pensyarah, penyelidik dan pakar runding yang amat disegani dalam dan luar negara khususnya bagi mereka yang bergiat aktif dalam bidang Kejuruteraan Geoteknik. Beliau memiliki kepakaran dan kearifan dalam penyelidikan berkaitan dengan kajian kestabilan cerun, pembaikan tanah dan baik pulih tanah.
Menyingkap intipati syarahan beliau di bawah tajuk Inovasi Kestabilan, Pengukuran Dan Kelestarian Cerun, perkara asas yang akan beliau paparkan adalah ketidakstabilan cerun, kawasan yang terhakis yang adakalanya menjurus kepada kejadian tanah runtuh. Fenomena tersebut sudah pastinya mengerunkan kerana ia bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan harta benda malah yang lebih mengharukan ia berkemungkinan besar mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak dapat dibandingkan dengan nilai wang dan harta berjuta.
Melihat kepada penghasilan ciptaan inovasinya pula, Profesor Dr. Fauziah yang memulakan perkhidmatan dengan USM sejak tahun 1989, memang merupakan seorang tokoh penyelidik yang dinamik lagi produktif yang tiada bandingannya dalam menghasilkan produk-produk inovasi. Justeru itu, tidak menjadi satu kehairanan apabila beliau telah dianugerahkan dengan pelbagai pengiktirafan termasuklah Grand Prix sebagai Women Inventor, CIDB R & D Excellent Award, Holcim Best Invention, Diamond Award termasuklah di antaranya 9 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa yang telah dimenanginya dalam pelbagai pertandingan inovasi pada peringkat nasional dan antarabangsa.
Buat kata bidalan Melayu, “Benih yang baik, dibuang ke laut menjadi pulau”, itulah yang dapat diibaratkan dengan kedua-dua tokoh profesor tersebut yang di mana sahaja mereka berada sudah pastinya akan membuahkan hasil yang hebat. Syabas! USM amat berbangga dengan kejayaan Profesor berdua.
Semua dijemput hadir ke Majlis Syarahan Pelantikan Profesor pada hari Rabu, 15 Disember 2010, di Auditorium, Kompleks Dewan Kuliah, Kampus Kejuruteraan bermula jam 9.00 pagi. Majlis juga terbuka kepada orang ramai dari luar kampus.

all the best to you both

Jumaat, 14 Mei 2010

at least there's something nice

after a very hard day (yesterday's drama) ended this morning after I confronted the lady with the dean and several witnesses, I managed to calm down and finished all required job before lunch..

and thanks to the school for the farewell lunch.. it was nice.. and thank you for all duas.. insyaAllah everything will go smooth sailing after this..

while blog-hopping this afternoon, I came across azure page that links to me.. and this video clip really make my day..

just to share with you guys..

I am MOM!!

i like when she said 'it's your father's DNA..' hahahahahaha




Khamis, 13 Mei 2010

bikin hangat hari gue!

ok, tajuk memang tak boleh blah.. sebabnya harini hangin, tensi, kecik hati, panas hati semuanya ada..

ini gara2 pasal ada orang memandai2 report kat bos melangkau mama.. abihnya.. dah kalau dah lantik mama untuk jawatan tu, buatpe memandai pi report kat bos?? abihnya mama ni tunggul? cis!

emosi aku tak pasal2 tau x?

sigh.. dahle banyak lagi benda boleh buat kat rumah.. I am officially cuti already.. tapi sebab nak pi ngadap bos bawa la si kecik yang demam tu ke ofis.. alih2 orang yang report tu mc pulak.. dalam pada mc boleh pula datang petang dan bos bila petang dah takde..

ape kejadahnyaaaaaa!!!!


hnsss hnss hnss - leh jadi naga ok!

Khamis, 8 April 2010

*chkit chkit

konon bunyi kamera henpon mama masa klik2 le..

semalam mama bersemangat sangat2..

sebabnye..

lepas dah 2 tahun (pergh, lama giler!!) mama tak kemas rak buku mama, akhirnya siap juga semalam..

itupun sebab ada bawak buku2 dari rumah masa pindah haritu.. dah macam tempat kucing beranak dah bilik mama ni.. so, semalam berjaya sort out apa2 buku yang kurang dipakai dan kemaskan meja.. kasi upkan sikit semangat!

ok.. kasi preview lepas kemas..



yeay! ada ruang lagi untuk beli buku.. ahahahahaha.. ruang stok makanan pun ade gak tu..

dan yang best lagi, ada gadget baru untuk kerja..











weeeee...





ok, sila rajin kerja berblog lagi lepas ni ye mastur! huhuhu.. naik KPI aku ni tahun ni (berangan sat)


cik PC baru (tu pun baru tukau! 19inch noks!) dah ade kawan baru.. cik vaio..


next in my office list - new shelf! nampak tak fail2 berselerak kat belakang tu?


pekerja berdedikasi,

Jumaat, 19 Mac 2010

bertindak mengikut arahan

terutama sekali arahan yang melibatkan proses yang panjang!

masa kecik2, kita selalu diajar untuk mendengar arahan, patuhinya dan laksanakan dengan baik.. tapi kenapa la bila dah besar ni kita tak mau dengar cakap orang? melawan? dan bikin hati orang lain panas??

dah mama kabarkan mama nak surat tu nak hantar byhand, kenapa la dihantar ikut internal mail lagi?? dahle kusut pegawai yang patut tandatangan cuti sedangkan elok je berjanji dengan mama nak siapkan surat.. tup tup cuti tiba2..

pastu marah2 mama, cakap perli2.. ya Allah.. dugaan betul.. dah namanya kerja, nak kata apa lagi kan? "make it work"lah! (kan tim dalam runaway project cakap)

tak pasal2 ada staf kena pi korek cari surat tu dah keluar dari kampus ke belum.. syukur sangat ada staf yang masih concern..

so, petang ni zaaassss ke induk.. hantar by hand ke TN.C

pastu check in hotel, maghrib siap ke dinner (owh, entry dinner ni mesti!) sampai tengah malam.. giler ah!!!!

terbalik aku weekend ni!

Rabu, 17 Mac 2010

try to read between the lines...

.. of your boss's emails. Me and hubby always try to understand his emails especially when he replied by saying..

TK

so, what does it means??

does it mean - Terima Kasih? most probably yes.. but, it could also means..

Tak Kisah

Tak Kiralah

Tak Kuasa (haha.. we've been laughing hysterically when we interpret his emails as this)

Tahukah Kau??

Imagine, after explaining a very lengthy reason or subjects matters, he'll simply answer the email TK

So, what are your guesses.. just give it a try.. this might turn out to be really funny for us (me and hubby) to joke about!

ampun bos, ampun.. ahahaha

Rabu, 10 Mac 2010

kenapa student tak suka...

..lecturer perempuan, tapi bukan main suka lagi kalau dengan lecturer lelaki??? terutamanya student perempuan ye..

sebab 1: lecturer perempuan selalu dilihat garang, banyak songeh dan particular kerja remeh2.. bagi mama, lecturer perempuan suka detailing.. be in in the reports as well as assignments and tesis.. particular mama untuk bab2 assignment ni membawa sampai skema pemarkahan untuk assignment dan tesis masuk sekali bab tidy and neat.. ahahahha.. mampus! dan yang mama rasa bertuah sebab most of my students (final year) manage to do that well (if not all, mostly). serasa mama, mama masih tak terlalu stict dengan isi dalam report.. nak bajet depa ni keluarkan idea canggih manggih? alahai.. kot yang ada pun student master boleh la.. undergraduate sekadar kalau dapat relate data lab dengan theory pun mama dah syukur banget!

sebab mama agak2 leceh bab ni, mama tend to give higher marks to my students based on their effort.. kalau mama jadi pemeriksa kedua, siap la.. kebanyakan payah nak dapat markah tinggi.. sebab bagi mama, student mama did good job to maintain certain criteria.. ada pensyarah sampai tak monitor langsung pun ada report student depa.. bila student tu hantar.. ya rabbi, typo la, tak berformat la.. hangin oo badan mama kalau dapat camtu.. berbulu! abis, takkan mama nak bagi markah tinggi pada student camni kalau student mama boleh buat, awat depa tak boleh ye tak? yang tak bestnya, mama balik kena sound dalam board meeting sebab strict sangat.. cheh!

report writing skill sangat penting ok.. kalau kita hantar report pada bos atau klien, mesti la kena buat elok2 kan? presentable, bernas dan kemas.. ye tak? kalau tak praktis dari sekarang, bila lagi? nak tunggu time kerja?? ha.. sila la.. time tu, anak cha ya nun alif dah sampai langit pangkatnya, hangpa dok la terkedek2 baru nak belajar buat report.. sadis memang sadis.. tapi itu la realiti ye tak?

sebab 2: lecturer perempuan selalu muka skema je.. lecturer lelaki ni selalunya baik2 belaka.. itu kata student aa.. mama biasa je kena label garang (aku tau kawan2 aku mesti gelakkan aku nye ni) tapi bila time papa.. ya Allah.. siap puji2 ensem la, baik la, caring la.. cis! tahun lepas masa nak dapat student final year memang lawak.. siap ada student beratur depan bilik papa ok! sabaq ja laaaa.. papa, kalau ku tahu dikau itu buat onar, siap! (warning berbahaya nih! :P)

sebab 3: macam mama dan ada sorang lagi kawan mama, kami tak suka student datang nak tanya tips atau soalan tanpa buat homework! owh, pantang betul gue! ingat aku ni mak hangpa ka kasi suap kat mulut? no, no, no ok.. mama kata, baik awak study dulu baru mai kat saya.. tak pasal2, student terus cabut.. and as usual, student suka bawa mulut.. dikhabarkan la seantero kampus mama tak layan.. ngah ngah ngah.. gue pedulik.. bagi mama, perlu student tu buat homework sikit.. lagipun, ini la masanya untuk student bodek lecturer.. tunjuk la sikit ketinggian ilmu kamu.. dah kalau asyik bergelumang dengan face.book dan game aje takde maknanya la.. bilanya nak study ye tak??

sigh.. itu baru bab pengajaran n penyeliaan..

redha je la mas oi..

nota: entry ni hasil dari penyiasatan tidak berbayar mama.. ada student claim incik harris tu ensem ye.. dan puan mas garang.. ahahahahhaa..

Rabu, 20 Januari 2010

KPI

how did our department score last year? alhamdulillah, score KPI kami meningkat.. bila score meningkat maknanya bertambah la bajet untuk department tahun ni.. huhuhuhu.. markah tahun 2008 kami rendah sikit dari tahun lepas.. so, duit utk department dapat cuma 100k aje.. this year, kami akan dapat 520k insyaAllah.. uuuu.. best la tahun ni.. ada harapan kursus kat tempat elok2.. markah bukan banyak beza, tapi duit beza punya la banyak.. 2008 dapat 76 markah, tahun lepas dapat 88 markah..

fyi, kat usm kami kena audit tiap2 tahun untuk tentukan jumlah peruntukan untuk tahun berikutnya.. kalau score bagus, dapat laa duit lebih sikit.. ada school yang dapat more dan 1million oo last year.. pi kursus staf pun merata laa.. uuuuuu... jeles.. 

hopefully tahun ni KPI kami meningkat lagi.. supaya tahun2 hadapan dapat lebih banyak peruntukan.. amin

pekerja berdedikasi.. (ye ke???),

Isnin, 16 November 2009

what would you do when....

you got the chance to choose your own boss??? well, the department, actually the whole campus is having a kind of secret-but-everyone-knows-it election to choose the head of department (in our case - the dean) and 2 deputy deans. 

sounds fun eh?? but it's only limited to the academician and not the whole campus. The buzz started few weeks ago and for the next two days (today and tomorrow) more buzzing would be heard around the school. Since this will be the first time such thing happen, very limited regulations were imposed.

Most academician does not stay long enough (like me) in the office. So for our department, we started to cast our vote last friday (I am one of the lucky ones since I will be on long holiday and papa is on some working assignment this week).

So, wonder how we choose our HOD? Funny thing is, there are people who started to call us and asking for us not to vote for him! hahahaha.. a totally different way of looking into election especially if things like this happen to our politician. kelakar dapat call malam jumaat minta tolong jangan choose saya sebab nanti saya tidak bebas. YEP! that's the thing.. most academician - I believe majority of us, love the idea of having our own of liberty in working time as well as flexibility of not having to come from 9 to 5 everyday (well, please do not assume that we don't work our butts off ok!) so, once you are appointed into certain designation or post (which most probably you didn't choose it but elected to) you might not be able to savour freedom anymore.. and that SUCKS big time!

Since last week, we have started to buzz all around the school asking who should be in the top 3 posts in the department.. the criteria includes easy to communicate with, efficient, workaholic (owh, this one really suits academician), good networking with the higher officials in the uni (especially in getting grants and lubang2 duit here and there) and also able to listen ti what the staff needs, not his own personal needs. One should also does not have hidden agenda for his own self but to always think about others especially those in the administration and also the technical staff.

Imagine getting someone who is in certain 'group' or 'clan' and only listen and helps those who favour him and put those who doesn't aside. Jangan main2 ooo. This thing really happen to other department. Pity to the staff who has been cast aside for not being into the boss group. Seriously, in our department, we try to eliminate those kind of behaviour and most of the senior staff reckon this problem by seeing into other departments problem as a big no-no in our school. For 20 years, we have been a really big family with big brothers and sisters looking after younger and junior staff. I really love the department for this. Imagine having most of your senior (whose age are more or less like your own parents) helping you to cope with the workload and even being a good listener if you have problems.

For me (I think papa too), we choose HOD based on the criteria I mentioned above and I believe that the deputy deans are also chosen based on that criteria too. Hopefully everything goes well. Gossips are always there and as usual I'm going to be the mamarazzi (haha, I'll call both my big sisters for more info) until tomorrow. 

For those whose name is going to be presented to the VC, all the best to you. 


Khamis, 5 November 2009

mencari cinta

opps, sila jangan salah faham.. bukan maksud mencari buah hati lain.. cukup dengan 3 jejaka dalam hidup mama buat masa ni.. mencari cinta disini adalah berkenaan perihal kerja dan sambung study mama dan papa..

bila orang tanya mama, bila ko nak sambung mast??? serius, dah letih nak menjawab.. penat mulut dan otak saling berhubung untuk cuba temberang dengan lebih baik..

jawapan sebenar hanyalah kena tunggu dan lihat.. usaha dah pun dibuat.. hasilnya masih belum kunjung tiba.. mungkin juga usaha tidak cukup kuat.. maka Allah kata, mastura, usaha lagi, doa lagi, cari lagi, minta lagi, mohon lagi dan macam² lagi, baru kau tawakkal padaKU.. agaknyalah.. sebab tu permintaan tak dimakbulkan lagi..

ada hari, semangat datang bila ada sedikit cahaya dihujung terowong yang menyinar.. tp tak lama.. lepas tu kelam semula.. dan samalah juga diibaratkan dengan roda.. kejap diatas, kejap dibawah.. ada hari untung sabut timbul, ada hari batu tenggelam..

well, itu baru intro.. belum masuk bab isi² penting tau deknon! dalam mencari ilmu, sama lah juga dengan mencari jodoh.. itu pada firasat mama.. sama lah juga dengan mencari cinta.. kalau cintanya masih belum ketemu, maka usaha kena lebih lagi.. lagi² usaha, tak ada ke cara lain?? haha.. hidup kan?? nak kata apa..

rasa² nya bagi yang memahami mungkin boleh juga komen.. mencari penyelia bagai mencari cinta sejati.. true love la konon²nya.. mencari seribu mungkin satu dua saja yang kena 'goo'nya.. itupun bayangkan belum pernah ketemu rupa, belum kenal budi bahasanya, belum kenal isi perutnya.. yang mampu kita buat, terus berdoa.. moga niat suci menuntut ilmu diberi jalan yang mudah dan tidak terlampau terbeban..

mana mungkin yang kita bakal perolehi itu sempurna.. pasti ada cacat celanya.. itu mama yakin.. ranjau yang menanti dihadapan bukannya jalan mudah yang lurus semata.. pasti ada liku berbahaya yang perlu ditempuh.. tak masuk lagi bab permohonan lambat proses, yang baru didulukan, yang mama punya diketepikan.. aduhai, sungguh mama tak faham sesetengahnya sampai mama sendiri persoalkan, teruk sangat ke aku ni?? sampai begini jadinya.. tapi sabar juga yang diingati dan dipujuk hati, kata akal pada hati, ingat, ada yang lebih teruk ujiannya dari engkau mas..

kebelakangan ini makin lama makin teruk.. dari siang sampai ke mimpi tidur malam pun masih mengingatkan pencarian cinta ini.. ada satu malam baru² ini mama sampai bermimpi.. mama tengah buat satu kerja.. kerja pejabat rasanya.. tak ingat sangat.. buat aja tak jadi, buat aja tak jadi.. berterusan buat kerja tersebut tapi tetap tak menjadi.. mama terbangun, rasa hati berat macam nak nangis.. perasaan itu datang lagi.. papa pujuk menyedapkan hati.. kata papa, usah dibawa hal kerja sampai ke tidur.. tapi mana mungkin, setiap hari, setiap saat, hati mohon berdoa moga apa yang dihajati dapat dicapai..

pagi ini, ujian datang lagi.. pada papa.. mama sedih.. berat rasanya.. tapi nak mengadu pada siapa.. kami bertuah sebab kami berdua menempuh dugaan yang sama.. jika mama bersedih, papa yang memujuk, jika papa bersedih, mama pula memujuknya.. harini ujian papa hebat.. tempiasnya mama jua yang rasa.. yang tidak kena, tidak akan faham.. tap kami redha.. ujian ini besar.. papa kata, bila ujian besar macam ini pasti bila kita dapat merasakan kejayaannya, kejayaan itu akan lebih manis sebab usaha yang kita buat itu berbaloi² (kata cel.com)

apa²pun, kami masih tidak mengalah.. mama tidak mengalah.. tidak sesekali.. mama dah jatuh, sakit, luka masih ada, tapi mama bangun lagi, mama kayuh lagi basikal keinginan sebab mama pasti, destinasinya pasti indah.. mungkin manisnya kurang didunia, yang pasti akhirat kelak akan terbalas jua..

"Ya Allah, bantulah kami melalui hari²Mu.. berikanlah kami rezeki yang diKau redhai.. berilah kami kekuatan dan berilah kami peluang mengecap kejayaan diakhir nanti.. amin"

Jumaat, 30 Oktober 2009

conference day 1 - 2n

cerita pasal conference 3 hari..

day 1 & 2 mama drive sendiri.. sebab papa masih buat kerja kat hotel lain.. hari ketiga baru kami ke conference bersama.. itu pun pasal papa present paper n mama session chairman.. hahaha.. ala2 cam session tu kami yang punya.. xpe... hari ketiga punya cerita selepas ni..

day 1 as usual mesti la ada perasmian bagai.. dari 8.30am sampai le 5 ptg mama stay kat situ.. punya la letih badan tuhan aje yg tahu.. kerja bukan buat pun.. tp letih ya rabbi.. kesian kawan2..

day 2 sambung conference.. malam pula ada dinner.. 3in1 gitu, alumni, 20thn ulangtahun school dan conference dinner.. phew.. tengah malam baru balik rumah.. giler ah, bengkok badan mama.. tp dinner memang best dan sempoi.. x terlampau formal sangat.. tu yang best.. dan selang gelak ketawa dgn kawan2.. hehehe

so, enjoy piccas..
ni masa perasmian day 1.. pucat lesi la pulak muka mama.. hehehe..

datuk dan datin.. hahahahaha.. malam dinner.. ni masa nak habis dah ni..

mama suka jubah munaw ni.. buat mama slim.. hahahahhha

samb entry day 3..

Rabu, 19 Ogos 2009

close up

harini ada 3 agenda penting yang mesti.. diulangi MESTI diselesaikan..



1. Kursus e-learning - biasa la.. orang lain dah maju kedepan.. bab ni mama kira terkebelakang lagi.. harini ada kursus penggunaan MOODLE (program) bantu pensyarah untuk buat kursus secara online.. mama tak agree totally dalam penggunaannya, sebab untuk subjek² engineering ni agak payah nak dibuat secara online.. ye aa.. pecerita nak kena lukis gambar satu².. hohoho.. kalau subjek membaca senang sikit la.. tapi sebab dah wajib, makanya datang le juga.. nasib baik tak ponteng.. dekan ada duduk kat belakang.. wahahahahahhaa... nak update online, siap kena ambil gambar lagi.. ada webcam lagi kat pc ni.. hehehe.. kursus ni habis petang.. sehari la duduk dalam bilik komputer ni.. :P

    gambar untuk ID mama.. okey tak? muhahahhaa

2. Harini minum air gula.. HORROR!! dan yang lagi tak best, after sejam ambil darah at 9.40am tadi tak pasal² ada gula dalam darah.. aaaaaaa... seriau!!! tak mau la ada kencing manis time pregnant ni.. takut!!!!!!!

3. Harini juga nak balik KL.. tak sabar!! dah 2 bulan tak jengah rumah abah n emak (MIL).. esok attend seminar sehari di le.gend dan lusa sampai selasa depan cuti.. weeewooooo!!! heaven!!!!

sekian, bersiaran secara langsung dari lab komputer.. depa tengah rehat, mama curik² blogging.. hehehe

Selasa, 4 Ogos 2009

bagaimana menghadapi situasi rakan sepejabat

masa berbengkel hujung minggu lepas, ada beberapa insiden yang menyebabkan berlaku juga kekecohan semasa berlangsungnya sesi bengkel. Biasa la bila bekerja dalam satu organisasi yang mempunyai jurang pemikiran yang sangat2 berbeza, dari SPM sahaja membawa kepada yang bijak bistari dan mempunyai PhD tinggi langit bagainya... membuatkan mama terpanggil (guna term yang kak zufa dok pakai lately ni) untuk meluahkan isi hati..

1. Bagaimana nak handle staf bawahan/sokongan sedang anda berada pada jawatan yang lebih tinggi?

bagi mama, tak kira dipangkat mana sekalipun, sila treat semua orang sepertimana anda mahu diri anda dilayan. Ye, memang ada sesetengah staf yang agak 'kurang', tapi rasanya, kita kena tahu berbahasa dengan orang macam ini. Ada juga staf diofis yang bahasanya kasar seperti berus sabut, kalau disental, mau berdarah2 hati orang lain mendengar. Bagi mama, staf begini, eloklah ditegur oleh orang yang lebih tua darinya. Masakan staf muda macam mama kalau menegur tidak mungkin dilayan punya.. mau ditengking lagi aku ni.. dan jangan pula kita menyebelahi mana- mana staf jika kita tidak tahu cerita/ perangai sebenar staf tersebut.. ada staf suka berpura-pura rajin dan 'sempurna' dihadapan mata bos, sedangkan rakan-rakan lain yang lebih megenalinya rasa macam nak sekeh aje kepala staf tersebut.. huhuhu.. oppss

Jika kita mahukan sesuatu dari staf yang berada dipangkat yang bawah sedikit dari kita, pastikanlah kita memintanya dengan baik. Mereka pun manusia juga, pasti punya perasaan dan jika terguris, tidak ke buruk pandangan mereka terhadap kita. Mama selalu melihat ada staf yang dipaksa2 membuat sesuatu dalam masa yang suntuk dan tidak diberikan penerangan sewajarnya. Bila staf tersebut membuat silap, terus selamba dimarahi tanpa memikirkan yang staf tersebut juga punya harga diri. Jika kita mahukan sesuatu dari staf, rancang dengan baik. Beri mereka masa untuk menyiapkan kerja tersebut. Jika mereka lewat atau buat kerja tidak sempurna, rasanya tidak salah jika kita menegur mereka, dan jika mereka tidak faham (ye, anda punya PhD, mereka tidak) silalah berikan penerangan yang tepat untuk kerja tersebut.. jangan membuat andaian sebarangan memikirkan mereka boleh buat tanpa nasihat anda!

2. Bagaimana untuk menghadapi situasi tegang bersama rakan-rakan sejawatan (setaraf)

Pada hemat mama, kadangkala ada ketikanya kita cuba meletakkan diri kita menjadi hero dengan mengkritik kerja orang lain.. mungkin juga orang lain itu tidak membuat kerja dengan baik, tapi kenapa perlu mengkritik kerja orang lain dihadapan rakan2 lain.. adalah kurang sesuai jika kita mengkritik hasil penat lelah orang lain dihadapan orang ramai. pastinya beliau merasa tercabar apatah lagi jika beliau berada dalam kedudukan yang tinggi.

Kita juga perlu memahami tindakan rakan-rakan yang memegang jawatan tertentu dan punya tanggungjawab untuk menyiapkan sesuatu kerja. Jika anda sudah mengetahui rakan tersebut memang perlu menyiapkan kerja tersebut, rasanya tidak salah jika anda dengan rela hati membantu memberikan input yang sewajarnya bagi mengelakkan salah maklum dan penerimaan maklumat yang berbeza. Jika sebelum ini anda pernah membuat kerja tersebut, maka adalah lebih baik jika anda bantu memberi input kepada penerima baru kerja tersebut. Bukankah itu lebih baik dari bergaduh2 sesama sendiri? Menyalahkan orang lain adalah situasi yang sepatutnya boleh dielakkan dipejabat.

Bagi mama, memang ramai yang suka menjadi hero dalam situasi pejabat. Politik dipejabat memang busuk dan kadangkala menyebabkan orang tidak suka dengan orang lain atas tindakannya yang ingin menjadi kegemaran ramai.. ishh, jauhkan la mama dari perangai buruk. Seboleh-bolehnya, cuba jadi pekerja yang matang, baik dan disenangi oleh semua orang.. bukan sahaja oleh staf bawahan malahan peringkat bos juga.

tak seronok rasanya lihat ada kawan-kawan sendiri yang bergaduh.. ish2