Khamis, 12 Mei 2011

list blog yang best untuk disinggah

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p





mesti ada antara korang yang jenis addict nak blogwalk hari2 kan? mama pun macam tu juga.. kadang2 bosan tu cari2 juga blog2 yang best untuk dibaca..

apa kata kita mula buat list untuk blog yang best untuk disinggah? tak payah banyak..

kalau mama start dulu bagi 10 blog dengan link, pastu korang buat juga (redundant pun tak apa, tapi jangan la 10 tu sama dengan orang asal punya), lama2 nanti mesti kita ada banyak blog yang kita boleh singgah kan?

kasi tutorial sikit:

1. korang letakkan nama blog tu
2. copy dan letak link dia
3. bubuh genre blog tu -- contoh: blog masak, blog politik, blog agama, blog artis etc.
4. korang letakkan la badge blog my bittersweet life kat atas..
5. tinggalkan komen di entry ni kata korang dah buat.. bubuh link lagi senang kawan2 nak terjah
6. ramai2 kita singgah blog2 tu..

senang ke susah? kalau tak mahu buat 10, buat 5 pun takpe.. janji korang sudi nak share..

ok,

ini list blog yang mama suka singgah (kawan2 top priority la)

  1. TopsyTurvyMom - BLOG MASAKAN <<-- akak ni dia duduk OZ.. rajin masak.. suka baca celoteh dia.. mama selalu juga copy idea2 masak dia.. hai kak, lambai ni..
  2. Remgold OpEd - BLOG POLITIK & EKONOMI <<-- blog ni selalunya cerita komen pasal ekonomi dalam kaedah yang mudah difahami (layman) orang singapore.. 
  3. Keretamayat - BLOG AGAMA <<-- blog ni best sebab dia bincangkan isu2 agama dalam keadaan yang santai.. penulis dia anon, tapi isu yang dibincangkan selalu universal dan sejagat..
  4. Blog Usang Lagi Bersawang - BLOG TRAVELOGUE <<-- blog student Dr yang baru balik dari luar negara tgh houseman di penang.. blog ni ringan dan budak ni jenis sempoi.. 
  5. Saifulislam - BLOG AGAMA <<-- mula ikut blog ni lepas baca buku2 ustaz ni.. 
  6. Kakiku Suka Berjalan - BLOG TRAVELOGUE <<-- ina ni junior mama di UTM.. husband dia pun kawan mama.. mama suka blog ina ni.. walaupun selalu kasi dengki sebab upload gambar makan2 dan jalan2.. jeles ok! hehe -- HAI INA!
  7. YatieChomeyl - BLOG TRAVELOGUE <<-- yatie ni kawan maya yang baru kenal setahun lepas.. duduk jepun juga.. so mama banyak refer dia tips2 hidup dan jalan2 di jepun ni.. HAI YATIE!
  8. Hana Sakura - BLOG TRAVELOGUE <<-- pun orang mesia duduk jepun.. lagi tepat duduk sendai.. tempat tsunami tu.. Hanis ni student.. dia rajin update pasal jepun juga.. so mama enjoy singgah blog dia
  9. My Botang - BLOG CRAFTY <<-- kak su ni kawan mama di kyoto.. she's really good at sewing.. banyak bag mama beli dari dia.. sampai mesia ok dia jual.. dan dia jugak jual buku2 jahit jepun.. ce singgah..
  10. Hanamemories - BLOG MASAKAN <<-- ni pun antara blog yang mama suka copy idea masak2 dia.. sebab dia sebelum ni duduk jepun.. so senang nak refer bahan2 yang dia guna.
ok, kalau free korang buat ek.. boleh gak kita kongsi blog2 yang korang suka baca.. 

jangan lupa tinggalkan link kat entry ni..

6 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

eh ada jugak blo i. nanti nak buat jugak la list ceniggini tungggguuuu

mast@work berkata...

yatie, buat ek.. nnt leh share.. hehehe

mama maman berkata...

hhheee.. blog kita tak suka ke baca..?? hhhhaaa....

ps: promote blog sendiri je..:)

TopsyTurvyMum berkata...

Hai Mas..*sambil lambai2 gaya ratu nak masuk limousine*
Tak sangka masuk dalam list *menitik air mata* Hahaha..Akak takde la plak blog yg spesifik suka baca. Asal tajuk menarik, masukla. Tapi kereta mayat tu selalu gak jengah:)

InaAchik berkata...

HAIIIIIIIIIII... lambai balik sambil lompat terkinja kinja... well... u know me, sentiasa gedik lebih! hahahahaa...
ala kak mas ni, saje jer wa ai terharu tau... masuk blog list ni pon dah cam dpr anugerah bintang fofular u!!! :)))

Aziz Yusof berkata...

sila layari blog saya.
memaparkan info kesihatan,tips dan pengurusan berat yang ideal dan perbaiki kualiti kesihatan dengan kuasa nutrisi selular abad ke-21.

goo.gl/SYACl