Selasa, 5 Oktober 2010

Self-reminder

alhamdulillah.. syukur dah officially start as doctoral student.. sorry sebab dah lama tinggal blog ni.. naik bersawang dan berlalang sudah.. hihihi..

start 1 october haritu mama officially start semester as a student.. laluan ranjau yang perlu diredah.. bagi mama perjalanan untuk mendapat ijazah itu bukan matlamat tunggal.. banyak yang mama perlu hadapi dan pelajari.. pendek kata.. this is like a start button for my future career development.. jalannya tidak mudah, tidak singkat (3 tahun lama oo) malahan banyak yang dapat dihayati dalam perjalanan ini nanti..

masa undergrad dan master mama banyak main.. tak ambil kesempatan betul2 untuk belajar bersungguh2 dan menggunakan segala kemudahan yang ada untuk belajar apa yang mama mahukan.. insyaAllah, mama takkan persiakan peluang yang Allah beri kali ini.. mama akan usahakan sehingga berjaya membuahkan hasil.. supaya hasil nanti dapat dinikmati oleh orang lain..

hidup ini terlampau singkat untuk mama tak nikmatinya.. insyaAllah.. jika mampu mama akan gunakan peluang hidup merantau untuk mencari nikmat yang Allah bentangkan dan kongsi bersama2 keluarga n sahabat yang sudi berkunjung dalam hidup mama..

mama harap blog ni akan jadi ikatan untuk mama dengan readers.. semoga kita mendapat manfaat.. walaupun tak seberapa.. sekurang-kurangnya apa yang mama mampu kongsikan, akan mama kongsikan..

kalau mama ada sesi2 lepaskan perasaan tu korang layankan la ye.. lagipun itu kan tujuan berblog.. untuk luahkan perasaan yang terpendam dalam hati.. eh eh.. cam dah jiwang pulak jadinya..

so, as a start, mama share lagu yang paling mama suka! suka sangat2 lagu ni sebab maksud yang tersirat tu sangat kena dengan mama.. i like!

esok start kelas nihonggo.. sapa nak belajar nihonggo dengan mama angkat mouse! hihihi

3 ulasan:

sya amran berkata...

nampak x aku angkat mouse ni???hehehe

mama glam berkata...

aku pun nak jugak!

Zety Zin berkata...

mak pun angkat mouse sama!