Rabu, 20 Oktober 2010

italian dinner.. kuang kuang kuang

dinner malam tadi saja je try benda lain.. nak muak dah makan nasi.. jadi malam tadi kami makan spaghetti alio oglio versi mama, grilled garlic chicken n baked tomato with cheese..

hehehee.. benda dia simple aje.. korang pun boleh try

Spaghetti Alio Oglio - jumpa resepi kat internet.. lupa dah link.. pastu mama tambah tokok sikit..
  • Rebus spaghetti dengan sikit minyak n garam.. toskan
  • cincang bawang putih dalam 3-4 ulas, basuh ikan bilis segenggam, cendawan shimeji (kalu takde pakai aje cendawan butang or shitake)
  • Panaskan dalam 6-7 sudu makan olive oil.. olive oil pakai banyak baru sedap.. tumis bawang putih n ikan bilis.. dah mula ada bau masukkan cendawan..
  • pastu masukkan parsley - mama pakai serbuk aje, takde yang fresh, masukkan chilli flakes - kalau takde pakai cili kering hiris halus2..
  • masukkan sedikit garam n kalau korang suka black pepper sikit..
  • mama gatai tambah timun dalam spaghetti ni.. saja nak benda rangup..
  • last sekali gaul aje spaghetti tu.. SIAP!

Grilled Garlic Chicken
  • Basuh ayam, toskan
  • Sagat atau racik halus garlic, tambah dalam 4-5 sudu olive oil, garam, oregano serbuk
  • gaulkan ayam n bahan atas ni
  • grill to perfection
Baked Tomato with Cheese
  • Kerat dua melintang tomato yang dah dibasuh
  • bubuh sikit olive oil n oregano
  • tabur cheese n bakar!!!!
yum yum yum.. sekali sekala tukar selera sedap gak.. punya la banyak makan garlic semalam sampai rasa cam vampire.. ahaksss


amacam? nampak sedap tak?

6 ulasan:

mama glam berkata...

nampak sedap ar! spageti tu kalau tambah tabasco, fuh! Marvelous!

azhariahzuber berkata...

speechless bila tgk gambar tu..memang nampak sedap mast....aku nak try tapi mcm banyak gila bahan....
ko memang gifted

noor berkata...

meleleh air liur tgk hihihi...nk try arrr tq ler siap resepi gitu

FAM berkata...

menarik sgt! aku suka je resepi mudah sedap ni. hehehe

Unknown berkata...

sila try babe

ishahannah berkata...

sedapnye!pandai kak mast masak :-)