Isnin, 30 Januari 2012

masalah tak berkesudahan - misi 2012

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


Resolusi mama tahun ini -- selesaikan semua masalah sedia ada sebaik mungkin dan jangan timbulkan masalah baru..

dalam hidup tak ada orang yang suka dilanda masalah.. be it masalah peribadi, masalah tempat kerja atau masalah2 lain yang melibatkan orang sekeliling..

untuk abah, kak yong minta maaf sebab susahkan abah.. insyaAllah kak yong akan selesaikan masalah2 kak yong..

untuk papa, mama minta maaf sebab selama kahwin papa dok kena harung masalah2 mama.. masalah kerja la, masalah study la, masalah anak2 la..

untuk kawan2, maafkan aku sebab aku selalu mengadu kat korang bila ada masalah study ke, masalah dgn kawan2 lain ke..

from this moment onwards, mama promise, mama akan cuba sebaik mungkin selesaikan sendiri masalah mama.. yang lain2 bertawakkal pada Allah aje.. mesti ada jalan penyelesaiannya selagi mama berusaha.. insyaAllah..


moga korang tak lalui masalah macam mama ni.. tarik nafas dalam2, put on the biggest smile and your face and face the day as if this is your last one :) - gambarimasyou!

Anugerah juara lagu 26

Ada streaming maka dapat juga la tengok final AJL sambil lipat baju

Pemenang Anugerah Juara Lagu tahun ni Hafiz Awan Nano -- sedap lagu ni.. Kalau dengar memang sebak.. Hafiz nyanyi tadi sedap betul.. Lagu ni selalu mama pasang kat lab.. Layan sambil buat kerja

Yang best lain? Yuna - penakut pun best, faizal tahir - karma best, alyah - kisah hati wooohooo suara dia pastu ada remy ishak yo! 3 suara - beribu sesalan kurang umph sket

Kira ok.. Lagu tak berkenan tu mujur tak menang.. Hahahaha


- Ipong yang berjasa untuk entri ini

Ahad, 29 Januari 2012

it's sunday

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


Aidan happy

happy sunday everyone.. it's cold today so we're just going to stay inside and do some work :)

Jumaat, 27 Januari 2012

tak tahan

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

lab mama kurang bersih kut.. asal masuk lab bersin selesema sroot sroot tak tahan ok.. kalau dalam lab seharian dok leleh ayaq idung.. bila keluar ok je.. sebelum masuk lab pun ok je..

kalau tengok lab haih, rasa nak nangis.. kotor dgn sampah2.. budak2 jepun ni bukan pembersih pun.. pening ok kepala dok bersin.. camne nak concentrate kalau dok asyik selesema..

so harini pakai ini :)


hehehe.. mask berubat lagi.. ada taruk ubat kat karung depan dia tu :P

Khamis, 26 Januari 2012

Aiman Kumon class

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

Semalam quite stressful.. tapi lupakan bab itu sebab masalah boleh diselesaikan insyaAllah..

Family dan kawan2 fb n twitter maybe ada yang dah tahu semalam Aiman ada test nak masuk Kumon class..

Hari Selasa mama dan Aiman try buat few worksheets bagi Aiman tengok macammana.. Aiman khusyuk betul masa buat worksheets tu.. Arahan kata conteng2 aje kat gambar soalan, tapi Aiman warna setiap satu sampai penuh T_T.. untuk maths worksheet pula Aiman count sambil tunjuk jawapan atas kertas soalan.. Aiman nampak happy.. lagipun tengok ramai kakak2 dan abang2 yang suka melayan dia (maybe sebab heran juga -- aiman introduce diri dia dari mesia semua budak2 tu AAAAA <<-- japanese style if-u-know-what-i-mean)

Kelas kumon yang mama pilih ni memang dekat dengan rumah.. selang 1 jalan besar dan 2 lorong kecik je dari rumah kami.. kelas tu dalam rumah cikgu tu sendiri -- rumah cikgu besor betul dan ada 1 ruang memang untuk kelas kumon.. Cikgu aiman Nishizawa sensei tu macam cikgu pencen dah.. boleh English sikit2 untuk berbual so bagi mama kira ok sangat2.. dan very motherly character

Habis try 1st day tu, Aiman seronok sangat.. jumping here n there siap balik makan mandi semua tak payah disuruh.. rasanya dia suka la macam tu kan? so since cikgu dia kata esok (semalam) datang balik so mama dan papa rasa ok la ni.. Aiman boleh belajar banyak..

khusyuk

2nd day, kami start test untuk Aiman tu pukul 6 ptg -- cikgu test Aiman english sikit, maths sikit dan kasi Aiman buat puzzle.. haih.. bab puzzle tu yang takleh tahan.. Aiman memang suka puzzle.. cikgu dia terkejut habis Aiman buat 3 puzzle (16pcs) 1 puzzle (35 pcs) -- hehe.. kami selalu gak layan aiman main puzzle.. papa ni jenis kalau dia beli kan hadiah tak reti yang basic2.. Aiman last puzzle 96pcs T_T hahaha masa mama kecik2 dulu pun x reti susun puzzle ni Aiman..

96pcs took Aiman 1 full day to finish -- masa tu dia umur 3 thn.. kat school dia skrg pun memang banyak puzzle.. maybe dia mmg suka benda susun macam ni tu yang laju dia buat..

Sensei Aiman cakap Aiman boleh start kelas on 3rd Feb.. dan lagi best February Kumon ada free classes -- boleh try semua subjects.. syukur sangat2 since skrg ni tengah 'kering' 

Kumon style learning, dia tak akan paksa budak2.. they can study at their own pace.. n masa hari selasa tu mama tgk ada 1 girl ni.. rupanya she's 4 yrs old and she can already do 2nd year primary school homework.. huhuhu.. budak2 pick-up laju.. so mama kena standby..

So, macammana nak start? ok, cikgu akan bagi worksheets.. buat kat rumah.. tak semestinya semua selesai.. try buat yang termampu.. kemudian pi kelas, cikgu akan check balik dan cikgu betulkan kalau salah.. kalau betul baru cikgu akan bagi next worksheet.. bagi anak2 kecil macam Aiman, salah seorang parents perlu teman anak sampai anak gain confidence untuk stay dalam kelas tu alone.. so untuk first few classes mama akan temankan Aiman.. lepas tu baru Aiman pi sendiri kelas..

Untuk Aiman mama pilih english n maths.. so dia akan kenal english words n belajar counting.. pelan2 ye Aiman.. mama n papa akan tolong.. untuk Adik kita start tahun depan ok :)

maklumat untuk Kumon Japan -- dalam bahasa jepun.. yang Kumon Malaysia

Selasa, 24 Januari 2012

control nafsu

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


Mama dalam proses nak turunkan babat2 kesayangan sebanyak 2-3 kg kat perut.. nangis la tengok perut tu.. http://www.emocutez.com

nak pi buat liposuction kang esok ngandung gemuk balik.. haih.. dilemma betul.. sementara tunggu few barang2 nak menguruskan badan secara menyeramkan (haha jangan tanya) maka mari kita mula secara berhemah dulu..

few twitter friends have been using this apps -- best.. tq lola sbb share..

mak sukak!

minggu ni minggu kedua guna apps ni.. so far bila jaga calorie ni nampak la turun.. tp tak sampai sekilo turun macam ira -- dia berkilo2 ok! (i is jeles!) apps ni bg tips juga at end of the day.. kalau terlampau rendah calorie intake untuk sehari, dia kasi warn juga la bahaya..

moga2 dapat le ngempiskan benda2 yang patut ni.. hahaha.. babat kat perut mmg degil.. kalau boleh potong sedekah ada sapa2 mau tak? muhahahahahha

marilah berusahaaaa http://www.emocutez.com

Isnin, 23 Januari 2012

lazy weekend :)

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

Weekend was nice.. kami lepak anak beranak.. semalam petang, kami ke kamogawa (Kamo River) bagi anak2 main.. kami pula seronok ambil gambar aje le :)

tempat duduk tepi sungai ni memang dekat dengan rumah.. kayuh basikal dalam 15min gitu aje.. ambil angin luar sebab cuaca pun baik :)

enjoy gambar

DSC_0322
brothers <3

DSC_0349
banyak seagull petang semalam

DSC_0361
kesian kura2 kena tanggung 3 orang hahaha

DSC_0365
burung tu macam kena tampal atas gambar kan?

DSC_0407
aidan jerit "JUMP! JUMP!"

DSC_0430
bear hug

DSC_0435
aiman in action

DSC_0451
macam aiman kejar burung kan?

DSC_0458
weee bubbles 
aiman memang aktif.. banyak shot yang dapat dia tengah 'terbang' gitu.. boleh la lepas ni buat entry levitation untuk aiman macam blog ni hehe

DSC_0309
papa kerut kening.. hahahhaa

DSC_0382
jump!

DSC_0481
suka gambar ni <3 <3 <3

aaaa.. tanoshikatta.. ii tokoro desune?

Ahad, 22 Januari 2012

typical sunday morning

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

bangun tak awal (segan nak cakap lewat) haha.. basuh baju (mesin kedua) sebelum hantar pi dryer (tak sanggup sidai dalam rumah) buat breakfast, mandikan anak2 (papa tolong), buka laptop kami berdua anak2 duduk balik kat meja makan sambil minta makanan.. hahaha.. gemuk belakang kira.. janji anak2 nak makan dah bersyukur sangat..

Typical sunday
typical view on weekend

orang breakfast cereal kan? anak2 mama cereal jadi kudapan.. layankan..

pagi tadi menjala kejap


sayang baki kari ayam semalam banyak lagi

rasanya tak ada lagi resepi roti jala.. well here it goes

ROTI JALA MUDAH 

1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan susu segar
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
sikit kunyit utk pewarna
1 sudu makan minyak masak

blend kesemua bahan di atas -- menjala la korang atas kuali.. kalau tak ada non stick, bubuh minyak sikit supaya tak melekat

haih.. kalaulah ada kuah durian time macamni.. huhu.. http://www.emocutez.com

Sabtu, 21 Januari 2012

moisturizer review

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


tengah rajin weekend pun update blog ye.. :P

dua hari lepas mama decided to try new moisturizer.. nampak gaya since last review pasal olay tu tak dapat  juga menampung kekeringan kulit mama.. mama still pakai nivea cream tu, cumanya olay memang tak sesuai untuk kulit mama time winter..

somehow masa yam, ina dan ira berborak di twitter pasal moisturizer, mama rasa nak cuba la..

sekarang mama cuba ini..

mujur ada less kat pharmacy tu :P

ada 3 jenis moisturizer under Shiseido Aqualabel ni. mama try yang regular moisture.. kang kalau totemo moisture (totemo = very) tu kang takut sampai spring dah tak sejuk sangat berminyak2 pulak muka ni..

ira siap suggest ambil gambar sebelum.. haha.. ok la.. ni gambar hari kedua pakai.. nanti lepas 7 hari dan seterusnya kita tengok apa jadi.. so far mama pakai sekali time pagi dan sekali malam.. sebab dia jenis air jadi senang nak tepek kat muka :)

muka masam bajet ye sebelum.. haha ingat iklan ke hape :P
eh nape hidung macam senget ek? akakakka.. sabo je la.. muka tak siap ni sebab kat rumah ye.. mana hala nak pakai lipstick bagai kan?

ok mari kita lihat apa jadi.. 

Jumaat, 20 Januari 2012

kuih bakar simple

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


Petang semalam hujan.. mengantuk tak tahan dalam library.. so mama buzz papa kata nak balik rumah la.. rasa macam nak baking.. papa kata yeay nak makan kek.. kesian papa, kek tak cukup bahan la.. kita buat kuih bakar je ek.. lenkali mama bake cake.. :P

idea datang dari kawan kat fb (Dayah) - hehe.. kuih bakar ni senang sebab bakar dalam acuan cupcakes aje.. kiut2 aje untuk makan sorang sikit..

mama ambil resepi dari myresipi.. tapi mama buat 1/2 adunan dapat 6 saiz medium cupcake dan 2 remekins..

Kuih Bakar mudah

nyam nyam nyam

Bahan-bahan
1 cwn tepung
1 biji telur saiz L
1/2 cwn gula
1 cwn air + pes pandan (mama pakai emulco)
sikit pewarna hijau
garam 1/2 sudu kecil
225ml santan (mama pakai cair aje)
1 sudu butter
minyak utk oles kat loyang
bijan untuk tabur

Masukkan semua bahan kecuali minyak dalam blender.. pukul rata, tuang dalam acuan.. bakar dalam oven suhu 190deg celc sampai masak (lebih kurang 30-35 minit)

makan time petang memang best! :P

Khamis, 19 Januari 2012

avoiding phase

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


phdcomics

haha.. sekarang mama tak pi lab.. duk library aje.. menyorok bukan sebab apa, tapi dok analysis data. tak mau duduk lab sebab 1 - budak2 lab ada yang kurang berhemah jenis main game ps dalam lab sambil gelak berjemaah, cakap kuat2 bingit.. 2 - seat mama dalam lab tepi tingkap so sejukkkk dan jauh dari lubang heater. 3 - ada mata2 dok tengok mama buat kerja ke idak.. hahahahhaha.. sabo je la..

so far data baru 70% sorted. mula2 sempoi pakai sort function dlm excel.. mujur 2 hari lepas realize something wrong kat situ (lepas try run 1 kali -- tu pun kat 3 hari baru siap dgn graf semua -- ngeri) so sekarang manually check satu2 line data tu.. kang dah buat analisis semua kang mampus baru nak sedar ada silap kurang.. tak pasal2 jadi tak reliable.. err brp data tu? 21+++ lines! haha.. juling bijik mata..

mujur library best (ya ampun bunyi poyo habis) sebab ramai student (sbb final exam dah dekat n nak jimat bil heater rumah haha) dan boleh bawa masuk air n jajan (ya, this is how we treat an adult yo!) maka minggu ni n probably sampai next week duduk library aje.. ngeee..

dan library ni best sebab internet ada.. hahahahhhaa *gelaksyaitonirrojim sungguh! 

Rabu, 18 Januari 2012

takut

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

Kerja makin menimbun.. makin takut.. kejar dateline (sendiri taruk sendiri tanggung) bulan 4 mesti keluar jurnal.. pujuk hati, bulan 4 kawan2 datang, itu aja masa untuk berehat.. dari sekarang sampai awal april mesti bertungkus lumus siapkan analisis.. kalau tak siap sendiri yang rugi.. setiap usaha Allah janjikan hasil yang baik.. Aku tahu janji Allah itu ada.. lain2 tawakkal aje.. aku dan pc ibarat isi dan kuku.. melekap aje..

Demi masa, aku takut.. Moga Allah permudahkan perjalanan ini.. Moga Allah lindungi kami sekeluarga dalam nikmat iman dan rezeki yang halal serta kesihatan yang baik.. amin..

google

Selasa, 17 Januari 2012

macammana nak rasa gempa?

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


Gambar bawah ni menunjukkan macammana orang bertindakbalas bila berlakunya gempabumi.. kalau magnitude 1 orang dewasa aje yang rasa, magnitude 2 orang dewasa dan kanak2 akan rasa..

bagus kan? senang nak faham bila tengok gambar macam ni.. kat indonesia pun ada buat handout macam ni dan disebarkan pada sekolah2 -- cikgu mama salah seorang yang terlibat.. bagusnya ada kaedah menyalurkan maklumat macam ni pada budak2 sekolah dan lagi bagus tak mestinya harap pada pihak kerajaan untuk buat benda gini.. universiti dan pihak yang lebih berpengetahuan pun wajar mendekati orang awam untuk menyampaikan maklumat macam ni..

anak2 jepun di sekolah ada taklimat gini dan diajar macam mana nak menyelamatkan diri sendiri bila berlaku gempa dan kecemasan sebegini..


gambar dari muzium gempabumi di Kobe

mungkin nanti bila mama balik mesia akan mulakan benda2 macam ni.. approach pada anak2 sekolah.. maybe bukan gempa aje, tapi banjir, tsunami dsb

Isnin, 16 Januari 2012

weekend yang sejuk :)

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


Papa harini present progress.. good luck papa.. :)

Masa weekend kami kasi peluang kat papa extra time untuk buat kerja, so mama bawa budak2 pi zoo.. ya, zoo pertama utk tahun 2012.. tak tau la berapa kali nak pi zoo tahun ni.. haha..

sejuk2 binatang banyak yang hibernate dan malas2 aje.. contoh terbaik beruang.. dok menyorok kuis2 dahan2 kering ok kat tepi kandang..

mama layan amik gambar je.. saja.. enjoy gambar

kyoto zoo in the midst of renovation.. jadi banyak juga kawasan ditutup.. tapi beza dari last time kami pi, kali ni dah ada petting zoo.. merasa la budak2 tengok pegang ayam itik kambing.. haha.. aidan taknak pegang kambing.. probably masih phobia dengan rusa last time.. hahaha

DSC_0267
aiman cakap, "mama, nak pergi sini"

DSC_0273
Fesyen istimewa 2012 -- haha

DSC_0276
model tak berbayor

DSC_0277
aidan in the house yo

DSC_0279
weeeeee

DSC_0289
"mama, jom buat satay!"

DSC_0297
bila sejuk GROUP HUG!!

DSC_0299
haha sign tu toksah tanya, serius! :P

DSC_0303
happy

DSC_0304
ni memang family dia sbb mcm musang mulut penuh oreo

Jumaat, 13 Januari 2012

Nara - jalan2 tengok rusa

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

29 Dec 2011

Kami bercuti hujung tahun boleh tahan panjang.. alang2 ambil juga kesempatan 1 hari bawa anak2 keluar.. plan mengejut benarnya sebab pagi tu tengah lepak rumah aiman dok sibuk tengok animals dalam tv sambil sebut2 nak pi zoo.. tapi tak sanggup dah setahun sampai 3 4 kali pi zoo weh.. hahaha.. so mama cakap dengan  papa, jom kita try pi Nara

Nara ni kira macam negeri lain la.. dari Kyoto sampai Nara naik train dalam sejam jugak.. kat situ banyak rusa.. rusa ni dikatakan reincarnation of buddha.. kata depa la.. rusa2 ni liar dan bebas.. tapi kan, jinak2 juga bila dibagi makan.. tp org yang jaga park tu cakap hati2 juga sbb ada kes rusa tu extra sondol nak makan.. hehe..

Nara ni adalah ibu negara pertama jepun sebelum Kyoto.. ni beribu tahun dah la.. lama dah.. pastu baru pindah Kyoto kemudian Tokyo..

ok, layan gambar..

IMG_0852
event info

IMG_0853
peta nara

IMG_0855
the boys

IMG_0856

IMG_0859
rusa bebas

IMG_0861
aidan nak tepuk rusa

IMG_0863

IMG_0867
happy

IMG_0871
moi n aiman

IMG_0872
mochi sedap otw balik ke Nara kintetsu station

IMG_0873
aiman nom nom nom

haha ni video first encounter budak2 ni