Isnin, 9 Januari 2012

aidan's blue bear

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

rasanya sepanjang duduk di jepun dan menghantar anak2 ke nurseri jepun, kami banyak belajar tentang perangai emak2 di jepun ni.. kalau cerita pasal involvement dalam hal2 nurseri memang orang mesia jauh kalah le.. serius.. lagi2 kami hantar nurseri kerajaan (ala2 tadika kemas tu) lagi banyak songeh depa.. masa hantar aidan kat kindy private lain songehnya dan sekarang lain lagi songehnya

apa2 pun, songeh2 ni sebenarnya banyak membentuk kami supaya lebih ambil berat aktiviti sekolah anak2..

contoh, kalau hari sukan ke, hari kebudayaan ke semua mak ayah kena join.. tak boleh nyanyi, menari, tak boleh menari, cikgu akan bantu sama2 tolong parents..

nak dijadikan cerita, barang2 kraf kegunaan anak2 kami kat sekolah pun kami yang kena buat sendiri.. papa pernah jahitkan (yaaa you heard me right) beg untuk Aiman bawa jalan2.. dalam beg tu aiman akan kumpul la daun2, kayu2 atau batu2 cantik yang dia jumpa.. mama pernah buat box untuk aidan duduk dan main dengan kawan2 dia.. kami pernah sama2 duduk buatkan deco untuk krismas tahun lepas (aiman punya) dan yang paling latest... jeng jeng jeng..

KENA JAHITKAN BEAR!! hahahaha

Bear aidan
bear aidan yang paling comot kaler biru belah kiri tu.. hahaha..
ce tengok bear lain.. comel sangat!

mintak ampun la korang.. mana nak dapek weh.. jahit bear anak sendiri.. seminggu sebelum cuti tahun baru tu, cikgu aidan cakap yang aidan suka bear kawan2 dia (mak kawan2 dia dah siap lama dah) pastu dok persuade mama, kalau ada masa tolong la buatkan.. aiyayaya.. dah bila cikgu dia pujuk camtu memang tak dapek la tolak..

cikgu dah siap bagi pola bear tu dan instruction (dalam jepun, gulp!) mujur la nampak simple.. menggangau heret papa pi cari kain dan kapas untuk filling bear tu semua..

sebab tangan memang sokmo keras kaku, hah amik, dah silap.. siap dah isi filling camne nak jahit button untuk mata bear ni.. huwaaa.. ala, lantak le.. ni bear insap.. semua pakai kain je. akakaka..

tapi kan, lepas je bear tu siap, mama tunjuk aidan.. and aidan punya expression masa pegang bear tu? PRICELESS!!! dia peluk, heret merata sampai kami kena sorokkan bear tu seriau kotor teruk sebelum sampai school dia.. mujur dia x perasan lepas tu kejap.. bila nampak bear tu kat sekolah hah, terus pegang tak lepas.. kena pujuk ok bear tu nak tidur dengan bear2 lain baru la dia tinggalkan bear tu..

pengalaman sungguh la.. lepas ni kena buat apa la pulak.. kehkehkeh.. sabar je laaaa :P

6 ulasan:

Unknown berkata...

Anak aku pun sama Mast. Ngamuk suruh aku jahitkan be-bear untuk dia. Aku jahit, sekali dia tak nak sebab dia nak bear ultraman mebius. Mampos!

dira@dee berkata...

huwaa....kenapa kena jahit x leh beli je ke??

Ayu Ikhwani berkata...

Wahhh.. Mas, seryesly this is one of your cutest entry heheh.. pengalaman tu.. ehem, nnt leh jahit bebear utk akak tak? =p

Tanpa Nama berkata...

tak pasal2 ko nya kretibiti pun meningkat.. ni kalau main SIM ni leh hidup lama... hehehehhee

ida =) berkata...

Wahhhh... Hebat sungguh. Suka sungguh dgn menda2 DIY ni. Lain feel dia dr yg beli kt kedai

Unknown berkata...

eby,

waahh kalu bear ultraman aku saluteeeee!!! hahahaha

dira,

sbb konsep dia, kalau beli nnt bdk2 jeles sbb mesti ada org bear mahal n cantik kan?

kak ayu,

haha boleh aje, if u don't mind getting bear similar to alien.. ahahahahha

fano,

sabo jelaaaaaaaaa

mama adam,

tak hebat.. ce tgk mak jepun nye bear.. hahahahaha.. ya feel lain dr beli kt kedai.. nnt boleh masuk kotak khazanah :P