Memaparkan catatan dengan label azam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label azam. Papar semua catatan

Isnin, 30 Januari 2012

masalah tak berkesudahan - misi 2012

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


Resolusi mama tahun ini -- selesaikan semua masalah sedia ada sebaik mungkin dan jangan timbulkan masalah baru..

dalam hidup tak ada orang yang suka dilanda masalah.. be it masalah peribadi, masalah tempat kerja atau masalah2 lain yang melibatkan orang sekeliling..

untuk abah, kak yong minta maaf sebab susahkan abah.. insyaAllah kak yong akan selesaikan masalah2 kak yong..

untuk papa, mama minta maaf sebab selama kahwin papa dok kena harung masalah2 mama.. masalah kerja la, masalah study la, masalah anak2 la..

untuk kawan2, maafkan aku sebab aku selalu mengadu kat korang bila ada masalah study ke, masalah dgn kawan2 lain ke..

from this moment onwards, mama promise, mama akan cuba sebaik mungkin selesaikan sendiri masalah mama.. yang lain2 bertawakkal pada Allah aje.. mesti ada jalan penyelesaiannya selagi mama berusaha.. insyaAllah..


moga korang tak lalui masalah macam mama ni.. tarik nafas dalam2, put on the biggest smile and your face and face the day as if this is your last one :) - gambarimasyou!

Rabu, 4 Januari 2012

Resam Belajar

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


Orang lain countdown untuk benda lain, yang lagi best dan meriah, mama countdown bagi habis belajar boleh? haha.. maka tinggallah 1 tahun 10 bulan menjelang habis tempoh rasmi belajar -- GULP! seram, takut dalam masa yang sama tak sabar2..

2012 motivation
masa tu emas

orang kata belajar ni mudah.. tak payah dah fikir apa2 cuma belajar.. eceh.. kalau semudah itu yang dikata, tak ada la kes2 baring atas jalan nak bersuara demi hak pelajar, tak ada la kes terlebih dedah sebab kejutan budaya kan?

resam jadi pelajar, belajar bersungguh2, ambil peluang garap ilmu sehabis boleh, buat yang terbaik, berikan hasil yang terbaik supaya kita jadi orang yang berguna.. cakap tinggi pun tak guna kalau ilmu yang ada tu tak boleh disampaikan dan memberi manfaat kepada orang lain..

ilmu kena selaras dengan agama.. agama itu bukan sekadar tonggang tonggeng solat 5 waktu, puasa, bayar zakat semua2 tu.. itu wajib, tak payah persoalkan tentang yang wajib.. agama itu pendirian hidup kita.. kalau kuat agama kita maka kuatlah pendirian hidup kita.. sebab tu perlu ada agama.. kalau tinggi ilmu tapi agama goyah tu yang jadi huru hara, rasa diri hebat tinggi menjulang sedangkan? ha.. fikir sendiri.. bila agama kuat, orang paksa kita buat apa pun kita boleh kata tidak.. bukan jadi lalang meliuk lintuk bila disogok benda2 yang tak baik..

moga 2012 mama jadi insan yang lebih baik, lebih cemerlang.. cakap banyak tak guna, sekarang kena tunjukkan hasilnya.. moga mama mampu tinggalkan jejak yang baik, tak dapat kat semua orang dapat kat anak2 pun dah cukup besar rahmat.. amin..

entri tak ada kena mengena orang lain, hanya untuk batang hidung mama dan anak2 mama aje.. hidung papa pun ye jugak.. haha 

Rabu, 20 Julai 2011

tak cepat tak lambat

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


korang perasan tak lagi 10 hari je lagi, kita nak sambut Ramadhan.. kejap je kan? korang dah set target dah? Ramadhan tahun ni kali kedua kami akan berpuasa jauh dari tanah air tercinta.. sedih letak tepi.. karang kalau menangis aje pun tak guna juga kan?

tak sabar menunggu tibanya ramadhan ni.. banyak benda yang kita sama2 boleh plan untuk buat..

1. Mama nak puasa penuh -- moga2 berjaya.. sementelah haid pun masih belum datang2 lagi ni, mama azam nak puasa penuh.. last year 10 hari je puasa.. teruk betul.. 20 hari lagi tak puasa menyusukan aidan.. dugaan summer memang hebat.. panas terik, dahaga teruk buat susu badan merudum.. stok memang semput habis.. mama redha tak dapat puasa masa tu.. bagi alasan banyak2 pun tak guna.. biar Allah aje yang nilaikan mama ye.. tahun ni aidan dah tak minum susu badan siang hari.. dia minum fresh milk.. dah setahun lebih, maka pada la dengan umur tu kan? bfeed hanya masa malam dan nak lepaskan gian sahaja..

2. Mama nak khatam quran -- ini pun satu hal.. tahun lepas terbengkalai sampai juz 16 aje.. T_T tak ada alasan untuk main2 tahun ni.. mama dah mula.. setiap hari azam mama untuk cuba 50 ayat.. nanti masa ramadhan dah masuk surah2 favourite, maka sekali baca dah boleh selesaikan satu dua surah.. moga berjaya.. rasa sedih kalau setahun tak khatam quran.. orang lain setahun mahu 2 3 kali khatam, mama ni berdikit2.. hancus betul.. jadi azam tahun ni nak khatam quran sendiri (tadarus kira lain ok.. yang tu beramai2 tak kira)

3. Mama nak solat terawih tiap2 malam.. tahun2 lepas ada bocor juga.. ape lagi bila letih balik tergolek lepas berbuka.. sejak beranak ni terawih tak lengkap je.. dahle tak dapat buat jemaah kat masjid.. jemaah kat rumah pun kantoi.. alahai.. malu betul..

4. Mama nak set aside gaji bulan ni, dan bulan depan untuk sedekah.. moga2 berjaya.. nak minta tolong abah mama la nanti sampaikan pada org2 susah kat kampung..

Tahun ni maka kami terlepas lagi kemeriahan ramadhan malaysia.. pasar ramadhan, shopping raya, imarah masjid.. alahai.. hajat hati sebenarnya nak puasa tahun ni di malaysia.. tapi tak kesampaian la nampaknya.. bajet tak ada.. sabar.. nanti selesai perjuangan di sini kami akan sambut ramadhan dengan family kat mesia.. moga Allah izinkan..

Korang dah set KPI ramadhan? jom set sama2..

Jumaat, 14 Januari 2011

new year, new me

orang lain dah berjeman tondan (lama sangat dah - ni term kawan mama 'chema') declare azam tahun baru.. sorry.. mama sebenarnya tak prepare langsung nak masuk tahun baru.. balik mesia was kelam kabut, happy yet there's too many unsettled things (sampai bila2 pun unsettle kan?) so I really didn't had much time to reflect about 2010..

2010 tahun yang baik, banyak pahit manis mama lalui tahun 2010..

jadi azam tahun ini - 2011 adalah






























TAKE LIFE EASY.. JUST GO WITH THE FLOW


ye.. gelakkan pun xpe.. sebabnya mama ni jenis sentiasa kepala otak dok serabut menyusun atur agenda hidup.. this time, mama nak lalui hidup ni dengan tenang.. lagipun umur dah nak masuk ti.... OOOPPPSSS ahahahahhaha mama rasa dah patutnya mama bertenang tak serabut2 otak sambil menikmati hidup ni..

in my case, mama bukan la nak bersenang lenang.. cuma mama nak gembira lalui fasa buat PhD ni.. takmo aim tinggi2 pastu haram satu pun tak boleh capai.. teruk gitu.. akhir nanti habis tahun 2011 ni tak ada kemajuan.. mama nak seimbangkan study, family time n me time.. dan yang paling utama, mama nak lebih banyakkan ibadah... kut2 la tahun ni mama mati, camne? ngeri ok bila fikir bab itu..

nak berazam menambah beg2 tangan, harta2 kekayaan tu rasanya idakle.. tahun ni juga mama nak basmi hutang.. huhuhuhu.. moga2 by the time blk mesia kewangan lebih stabil.. langkah pertama nak bagitau, mama tak pakai kedit kad masa balik mesia.. ffuuhh.. pencapaian ok.. julung2 kali noks.. harap2 dapat berterusan.. amin..

ok.. pasni kita pulun entry merepek.. banyak idea dah ni.. :P

nota: new me part adalah.. rambutku telah kontot seperti rihanna - sila bayang ku menari lagu umbrella dalam rumah abahku haritu.. muhehehehhe

Jumaat, 10 Disember 2010

meniti usia

tinggal beberapa jam lagi usia mama akan menginjak lagi.. perasaan bercampur baur.. gembira pun ada, sedih pun ada, gementar pun ada..

gembira sebab Allah kurniakan banyak nikmat kepada mama.. sedih sebab masih banyak yang dipersiakan semasa lebih muda dan gementar menanti apa yang menunggu di masa hadapan..

mati semakin hampir.. tapi mama belum bersedia lagi..

mama harap Allah kurniakan umur yang panjang, kesihatan yang baik , akal yang sempurna dan waras dalam meniti kehidupan..

mama mohon maaf jika selama ni mama ada terkasar bahasa.. buat yang kenal mama secara lahiriah mahupun di alam maya ini..

sementelah (chewwah bahasa) baru masuk tahun hijriah baru, umur bertambah mama berazam untuk jadi lebih baik lagi.. mama tak mau dah menyakitkan hati sapa2.. cukup2lah dengan apa yang mama dah buat sebelum ni.. err.. korang jangan la pulak ingat lepas ni mama jadi ustajah... idak ye.. huhuhu.. cuma nak kurangkan perangai buruk.. hijrah la katakan..

apa yang buruk dari pe'el mama tu jadikan sempadan.. yang baik tu hanya Allah SWT.. mama ni manusia hina di bumi Allah aje

er.. ok.. udah2 tazkirah..

sekarang mama nak pikir nak buat kek apa untuk diri sendiri ni.. ahahahahhaha..

happy weekends everyone..

mama sambut birthday esok kat KOBE!! yeehhaawww

Selasa, 5 Oktober 2010

sebelum mula belajar

dapat from few link online.. jazakallah..

semoga kita mendapat manfaat.. kalau salah tolong betulkan mama ye..



Doa sebelum mula belajar

Ertinya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmat-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Doa terang hati

Ertinya: Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku. Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, wahai yang Maha Penyayang.
Doa supaya mudah mengingati







kalau ada tips2 lagi sudi2kan berkongsi..



Rabu, 11 Ogos 2010

azam ramadhan

tiap kali masuk ramadhan sayu je teringat arwah emak.. selalu dia la paling busy.. plan itu ini.. nak makan ape.. nak terawih mana.. lauk faveret mama n family dulu daging kicap.. arwah siap buat banyak2 simpan dalam fridge untuk sahur.. sebab dia selalu pesan, nak sahur kita biar makan benda2 panas.. baru perut berat sikit..

this year kami bersahur, berpuasa di tempat orang.. tak tahu apa cabaran menanti.. tawakkal dan lanyak aje le..

insyaAllah azam mama nak maintain BF aidan.. dan yang pasti mama nak cuba puasa penuh dan khatam al-quran.. terawih tak mahu tinggal.. tiada kompromi.. sebab tak pasti ramadhan tahun hadapan ada untuk mama atau tidak..

mama berazam nak hafal al-mulk by end of ramadhan.. giler terkedek2 beb nak hafal.. 30 ayat je pun tak hafal2.. arwah emak dulu memang hafal surah al-mulk..

kalau dulu boleh terawih dengan abah, emak n nana.. sejak beranak aiman masih tiada kesempatan nak terawih di masjid.. harap2 tahun akan datang ada rezeki terawih di masjid.. dulu, bahu arwah emak tempat mama bersandar sambil berwirid untuk terawih.. mengendeng orang kata.. pastu tiap2 kali tanya, "emak sayang kak yong tak?" huhuhuhu... sekarang mama yang jadi bahunya.. anak2 jenis mengendeng bila time mama solat.. harap2 lepas ni mereka lagi rajin beribadah..

to everyone.. selamat berpuasa dan selamat menyambut ramadhan al-mubarak.. jangan setakat puasa tahan lapar n minum je ye..

Jumaat, 16 Julai 2010

lalai

a self-reminder..

tiap2 hari mesti at least 50 ayat.. ya Allah, aku selalu lalai.. dah lama tak sentuh quran... lalainya aku ini ya Allah..

*usrah tv9

Isnin, 5 Julai 2010

separuh tahun

sedar tak sedar, dah separuh tahun 2010 ni berlalu.. macammana dengan azam korang tahun ni? dah 50% ke tercapai? bagi mama, kira dah pencapaian la juga.. dengan pindah rumah, pindah negara, pindah uni.. alhamdulillah.. syukur sangat2 sebab dipermudahkan..

tapi perjalanan kita masih jauh..

berdoalah semoga segala azam yang kita tanam akan tercapai juga tahun ini..

review tengah tahun mama ni mama nak tambah lagi azam..

- tak mahu tinggal solat.. lately banyak betul kantoi dan kena qadha.. nampak sangat lemah bab ini.. teruk rasa hati.. mama selalu salahkan diri sebab tak bangun subuh on time (isya la ni pukul 9pm, subuh 3am)

- nak jadi sihat sampai hujung tahun ni.. tahun depan sambung azam lain.. makan dengan sihat, minta dijauhkan dari penyakit..

- mudah nak belajar dan mampu urus anak2, suami dan rumah dalam masa yang sama.. tak rasa strunggle tapi kena lebih tekun bahagi masa untuk semuanya..

- nak susukan aidan sampai hujung tahun ni.. ini perlu usaha kerasssssssss.. heheheh..

- nak lulus exam bulan 8 ni dengan baik - supaya dapat bodek sensei lagi baeeekkk punyaa... hihihihi

korang doakan mama ye..

amin!

Khamis, 1 Januari 2009

goodbye 2008, hello 2009 - salam maal hijrah

oh me oh my! rasanya kejap sangat masa berlalu.. rasanya masih baru lagi tiba 2008.. dah abis dah pun.. bila dah masuk tahun baru makanya kena la ada azam baru juga kan.. mana nak sama kalau masuk tahun baru tak ada azam baru.. seperti biasa, mama nak bagitau la azam baru mama.. azam tahun lepas almost 90% berjaya dicapai.. tu pun masih ada tak puas hati.. takpe, tahun ni kena usaha lebih lagi.. 
  1. mama nak sempurnakan ibadah mama.. terutamanya bab solat.. selalu macam acuh tak acuh aje.. ambil ringan aje.. nak buat sesempurna mungkin..
  2. mama berazam nak spent lebih kualiti time ngan aiman n papa.. curahkan kasih sayang sepenuhnya...
  3. mama juga berazam nak selalu contact family mama.. keep in touch.. 
ini semua yang intangible.. yang tangible pulak..
  1. mama nak khatam quran kurang2 sekali tahun ni.. tahun lepas tak berjaya.. huhuhu
  2. mama nak baca lebih banyak buku.. bukan buku ilmiah.. tp buku cerita bagai.. sebab progress sangat2 pelan.. zaman anak dara dulu, satu malam boleh settle satu buku.. sekarang ni terkedek2 aje
  3. mama nak siapkan semua yang patut utk pi belajar tahun ni.. 
  4. mama nak kumpul duit extra nak renovate rumah baru nanti
  5. mama nak bayar utang kedit kad kasi abih
  6. mama nak lebih rajin masak2.. buat2 kek bagai
  7. mama nak tukar jadi insan yang lebih baik dari tahun2 sebelum ni... jadi wanita bekerjaya yang lebih matang dan hebat pemikiran (harap2 la.. hehehe..)
  8. mama nak bercuti luar negara at least sekali tahun ni..
  9. mama nak tulis paper at least 2 utk tahun ni.. kasik UP sikit SKT.. sebab mama aim nak naik dalam 3 thn lagi laaa...
haa.. cukup la.. rasanya banyak dah ni.. harap2 berjaya capai.. insyaAllah.. semoga tahun 2009 kita akan jadi lebih baik dari tahun lepas.. semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah.. mama wish everybody happy new year.. 

okey, mama nak challo.. nak siap2.. petang ni nak pi tgk MAMMA MIA!!!!!! yippieeee