Khamis, 26 Januari 2012

Aiman Kumon class

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

Semalam quite stressful.. tapi lupakan bab itu sebab masalah boleh diselesaikan insyaAllah..

Family dan kawan2 fb n twitter maybe ada yang dah tahu semalam Aiman ada test nak masuk Kumon class..

Hari Selasa mama dan Aiman try buat few worksheets bagi Aiman tengok macammana.. Aiman khusyuk betul masa buat worksheets tu.. Arahan kata conteng2 aje kat gambar soalan, tapi Aiman warna setiap satu sampai penuh T_T.. untuk maths worksheet pula Aiman count sambil tunjuk jawapan atas kertas soalan.. Aiman nampak happy.. lagipun tengok ramai kakak2 dan abang2 yang suka melayan dia (maybe sebab heran juga -- aiman introduce diri dia dari mesia semua budak2 tu AAAAA <<-- japanese style if-u-know-what-i-mean)

Kelas kumon yang mama pilih ni memang dekat dengan rumah.. selang 1 jalan besar dan 2 lorong kecik je dari rumah kami.. kelas tu dalam rumah cikgu tu sendiri -- rumah cikgu besor betul dan ada 1 ruang memang untuk kelas kumon.. Cikgu aiman Nishizawa sensei tu macam cikgu pencen dah.. boleh English sikit2 untuk berbual so bagi mama kira ok sangat2.. dan very motherly character

Habis try 1st day tu, Aiman seronok sangat.. jumping here n there siap balik makan mandi semua tak payah disuruh.. rasanya dia suka la macam tu kan? so since cikgu dia kata esok (semalam) datang balik so mama dan papa rasa ok la ni.. Aiman boleh belajar banyak..

khusyuk

2nd day, kami start test untuk Aiman tu pukul 6 ptg -- cikgu test Aiman english sikit, maths sikit dan kasi Aiman buat puzzle.. haih.. bab puzzle tu yang takleh tahan.. Aiman memang suka puzzle.. cikgu dia terkejut habis Aiman buat 3 puzzle (16pcs) 1 puzzle (35 pcs) -- hehe.. kami selalu gak layan aiman main puzzle.. papa ni jenis kalau dia beli kan hadiah tak reti yang basic2.. Aiman last puzzle 96pcs T_T hahaha masa mama kecik2 dulu pun x reti susun puzzle ni Aiman..

96pcs took Aiman 1 full day to finish -- masa tu dia umur 3 thn.. kat school dia skrg pun memang banyak puzzle.. maybe dia mmg suka benda susun macam ni tu yang laju dia buat..

Sensei Aiman cakap Aiman boleh start kelas on 3rd Feb.. dan lagi best February Kumon ada free classes -- boleh try semua subjects.. syukur sangat2 since skrg ni tengah 'kering' 

Kumon style learning, dia tak akan paksa budak2.. they can study at their own pace.. n masa hari selasa tu mama tgk ada 1 girl ni.. rupanya she's 4 yrs old and she can already do 2nd year primary school homework.. huhuhu.. budak2 pick-up laju.. so mama kena standby..

So, macammana nak start? ok, cikgu akan bagi worksheets.. buat kat rumah.. tak semestinya semua selesai.. try buat yang termampu.. kemudian pi kelas, cikgu akan check balik dan cikgu betulkan kalau salah.. kalau betul baru cikgu akan bagi next worksheet.. bagi anak2 kecil macam Aiman, salah seorang parents perlu teman anak sampai anak gain confidence untuk stay dalam kelas tu alone.. so untuk first few classes mama akan temankan Aiman.. lepas tu baru Aiman pi sendiri kelas..

Untuk Aiman mama pilih english n maths.. so dia akan kenal english words n belajar counting.. pelan2 ye Aiman.. mama n papa akan tolong.. untuk Adik kita start tahun depan ok :)

maklumat untuk Kumon Japan -- dalam bahasa jepun.. yang Kumon Malaysia

11 ulasan:

Asmara berkata...

anai ai pun dah dekt setahun kumon, seminggu 2x. byk homework smpai malas2 dia nk buat esp. math kan. tiap kali balik 2 worksheet kene siapkan. konsep kumon, buat byk2 ulang benda yg sama sampai hafal. tengok je dah tau jawapan. act. ada pro n kontra. :)

MyBotanG berkata...

Good for Aiman.. Sofea started Kumon (math) after dia dah settle ngan her 1 nen sei nyer routine, they work at their own pace and everyday do the sheet at home.. within 2 years (June - 2011) she was already working on chu gakkou 1 nen sei nyer math problems (3years ++ her own level). Both of us x de put high expectation pun and selalu jugak pesan kat sensei kumon dia, jangan push sangat, let her enjoy it.. but I notice a lot of change in her.. one thing congak dia laju.. kita terhegeh-2 dia dah calculate semua.. she enjoys total kan harga barang in the cart when we go shopping.. other than that, the way she perceive certain tasks or problems are beyond her age (and sometime we forget she is only almost 10yo..)

All the best Aiman.. Hope he will enjoy the sessions..

mast azmi berkata...

kak as,

ye benda ni ada pro n cons.. biasa la tu kan.. yang baik tu bagus le.. yg tak baik tu kita buat2 tak nampak.. haha.. ape la tema saya ni :P

mast azmi berkata...

kak su,

bagusnya sofea.. ya.. saya pun tak nak put high expectation.. takut nanti anak2 frust n saya pula jd naik hangin.. biar enjoy.. lgpun learning should be enjoyable baru boleh faham lebih :)

ADEEYA berkata...

Kumon. My lil cousin pun pergi Kumon tp kat Malaysia lahh :) hehe Dia pergi for math so sekarang terer pun math je. congak je even large number.

mast azmi berkata...

adeeya,

wah bagus tu.. tak payah pakai calculator ek? mak aiman ni 1 + 1 pun pakai calc.. hahaha

lia berkata...

wahhhhh sy teruja....

Amsyar x masuk kelas g... tetiba sy rasa rendah diri hu3

Oyis berkata...

pernah ternampak ad utk kelas Kumon di msia, tp x pernah amik perhatian. mungkin nak kena start reseacrh pedagogy2 yg ada di luar sana, mcm2 lah, kumon, montessori, blah blah.. x reti rasa nya nak start kat mana

mast azmi berkata...

lia,

jangan la rasa camtu.. pelan2.. lagipun amsyar mmg ke nurseri kan? kat mesia nurseri ajar mcm2.. kat jepun ni main je hari2..

mast azmi berkata...

oyis,

a ah.. mesia ada macam2 modul.. little khalifah la, kumon la, smart reader la.. boleh pilih macam2 tgk anak2 nak apa

KidbuxBlog.com berkata...

Thanks sharing, Kumon’s learning method takes students through a structured programme involving specially developed worksheets. Kumon constantly evaluates and revises the worksheets of all its programmes to ensure there is nothing hindering smooth progress. More info at:
http://kidbuxblog.com/kumon-help-unearth-kids-potential/