Isnin, 22 Ogos 2011

dalam hati tak seronok

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

Kami simpan.. dalam2 lubuk hati kami berdua.. sebab kami tahu, ini dugaan.. kami tahu kami bukan ibubapa yang baik.. tapi kami usaha.. kami tak kisah kalau anak kami ditegur.. tapi janganlah sampai mengeluarkan kata2 menghina.. mungkin kamu fikir kami tak dengar, tak nampak (atau kamu memang nak kami dengar dan nampak) -- realitinya kami dengar, kami sedar dan kami nampak.. terima kasih..

ada orang memang nak kami sedar yang kami masih belum cukup jadi ibubapa yang baik.. insyaAllah, kami akan jadi lagi baik.. perubahan si anak tak ada siapa yang nampak melainkan ibu bapanya.. kami tahu apa yang dia berubah.. kami tahu apa yang dia buat dan kenapa dia bertindak begitu.. insyaAllah, akan kami asuh supaya dia jadi lagi baik.. tapi mohon, jangan sebut yang bukan2 pada anak kami.. sebab kita tak tahu apa akan jadi dengan anak kamu.. kalau kamu belum punya anak, makanya kamu tak tahu susah senangnya membesarkan anak yang aktif, jika kamu punya anak, kamu tak tahu anak kamu akan membesar sebagaimana.. jadi simpan saja komen2 yang kurang enak sebab kita tak tahu masa depan anak2 kita..

pinjaman dari Allah semata2

mereka berdua ni pinjaman Allah kepada kami.. moga2 mereka jadi anak yang soleh, baik pekerti dan tajam fikiran -- tak ada ibubapa yang nak anaknya digelar JAHAT

buat anak2ku, mama sayangkan kamu.. kamu aktif, suka berkawan dan lasak.. mama mahu kamu kenal dunia dan dalam masa yang sama kejar akhirat.. sebab tempat kamu disyurga bukan di neraka..

buat yang berkecil hati dengan sifat anak2 kami, kami mohon maaf.. anak2 kami tak berniat untuk menyakiti hati kamu, kami undur diri.. kami tak mahu kehadiran kami disalah erti.. kami tak sanggup anak2 kami dibenci.. mereka anak kecil.. tegurlah dengan baik.. kami pun tak mahu menyusahkan sesiapa.. hadir kami hanya sementara dalam hidup kalian dan kalian juga hanya sementara dalam hidup kami..

yang baik tu hanya Allah.. yang buruk tu semuanya dari kami.. wallahualam..

nota: benci itu hanya menambahkan titik2 hitam dalam hati kita.. 

16 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

nape ni kak mas?

meh story mory private message sikit. *kepoh nya yatie*

apa2 pun xde ibu yg nak anak dia jd nakal/jahat. cuma kdg2 anak yg nakal mas akeick tu, akn jd anak yg baik bila besar nanti. Insya Allah, berkat doa ibu nya

Nisha berkata...

Dear Mas,

Kutukan or perli from others ibaratkan macam kentut; no matter how stinky it is its only temporary and in like most times the person never even admits it...... No matter how terguris dihati, try level best not to terase as life is too short to waste on these fools! Be extra patience ye....

Children are priceless gifts from GOD and no parents on earth are perfect! Complete rubbish if they were to compare nurturing. As you said, time shall tell. There's no guarantee that a 'perfect' child becomes a 'perfect' adult later on in his life.
Only Allah the All-Mighty knows it all :-)

Nisa berkata...

sabar mas..biarlah diorg nak kata apapun. nanti dah ada anak sendiri baru diorg tau susah senang jaga anak esp yg aktif (mcm anak2 aku juga). anak baik masa kecik tak semestinya besar pun baik kan? semoga anak2 kita jadi anak2 soleh & solehah.

selamat berpuasa mas. chill dear. hugs for aiman & aidan.

lia berkata...

kenapa kak?

sabar ek, tu je la mampu lia tulis pon...

Fid berkata...

sabaq mast sabaq!

Unknown berkata...

yatie,

insyaAllah.. harapnya anak2 akak membesar jadi anak2 yang baik..

nisha,

terasa is norm for mere 'hamba' like me.. i knew i should have train my children well especially when meeting others.. this is just a test.. perseverance is the key.. sabar aje le.. kena sekali dua i boleh la diam.. kena banyak2 kali takkan i patut diam aje kan? moga2 kita sama2 mendapat manfaat dalam child-parents relationship ni.. tak senang nak jadi baik.. kena banyak2 istighfar..

nisa,

moga2 anak2 kita tergolong dalam anak2 yang soleh dan sentiasa disenangi Allah..

lia,

mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang tak boleh diselotep.. biasa la.. rencah hidup..

fid,

ya.. sabaq aja la ni.. dok ingat Ramadhan ni.. huhu

Ayu Ikhwani berkata...

Akak cam nak akan ckp bende yg cliche je klau suh sabo kan? Errrkk.. sowi..

Alaaa Mas, agaknye org tu tak pandang the other side of the coin la tu.. maybe dia tatau kot camne happynye people usually are ngan budak² active keliling diorg.. you tak sempat nak rase sedih sbb your kids would always make you smile kan? ☺

P/S Comment yg takde kene ngan ur entry.. CHUMEL giler Aidan cube nak buat peace gune 2 jari hehehehe..

Fid berkata...

yg pelikkan kalau budak 15 thn drive keta then lari drpd polis kena tembak org sokong kata tak salah..yg budak belom mumaiyiz ni ada plak yg nak berkira ya...
kaan aku plak bakal meletop

Pramila berkata...

Mas,

I always read your blog but I have never commented. Today, I feel like I have to say something. I respect your feelings but if I support it then you may never see the other side of the story.

I rasa, orang yang tegur anak Mas pun mestilah rasa sakit apabila anak mereka disakiti sama macam Mas terasa bila anak Mas ditegur. I tak tahu apa yang ditegur tetapi tak mungkinlah sampai dihina. That is a bit too much from the other person as well and I feel sorry for you.

I tahu kadang2 anak2 nie tak tahu betul salah dan kadang2 tersepak, tergigit, terpukul dan macam2 lagi. Anak sendiri memang berharga buat semua ibubapa. Jadi jika Mas rasa Mas dah buat yang terbaik, I stand corrected. Jika tak, Mas pun perlulah jaga tingkah laku anak2 kita sendiri dan tegur jika mereka nakal and hurt someone else's children. Sakit itu sama saja, anak sendiri atau anak orang lain.

This is Ramadhan month and I feel forgiving is the best. I'm sure the other person also acted in defense of their own precious child.

I hope you can calm down and think on the other side as well. We live in a small community and we need each other. Put a smile on your face and I hope you can put this aside.

I am single and I don't know parenting for sure. As I told you, I respect parents and I stand corrected on this one.
Just trying to help. I tak nak kawan2 macam family di sini begaduh pasal kesalahan2 kecil anak2.

Sorry Mas. Just my two cents!

Unknown berkata...

pramila,

i will always put the blame on my children.. kalau tak on the spot dia kena marah or cubit, i'll make sure give him pep talk at home.. so far, my children tak cederakan anak siapa2.. i understand being protective to your children is good but please understand, small children does not really understand those 'not-so-nice-words' spoken..

i kecil hati sebab ayat yang tak manis disebut pada anak i.. whatever you say reflect to the parents.. sebab tu org tak salahkan anak tapi orang salahkan ibu bapa sebab tak didik anak dengan baik..

i tak kata anak i tak salah.. he still needs lots of guidance from adult.. sama2 kita jaga hati sama2 sure takkan jadi masalah.. i tak mahu bergaduh.. as i said.. i sedih n kecil hati.. to that person, i maafkan dia.. i cuma nak dia tahu, i kecil hati dengan kata2 dia pada anak i.. what if somebody close to you say those hurtful quotes to your children.. think.. please think wisely..


fid,

ya, anak kecil jangan dikata bukan2.. itu kan semua doa.. setiap kali tunding 1 jari pada org ada 4 jari lagi tunjuk kat diri sendiri

kak ayu,

dia tak fikir sama ada saya dengar ungkapan yang dia cakapkan

nago berkata...

mas,

sorry lah kalau tak boleh nak ditegur.. cuma aku rasa selama2 nie mak bapak yang ada di kyoto ni yang anaknya dipukul, disepak, digigit aiman cuma akan kata belakang2 aja.. kalau sekali dua ok lah tapi setiap kali ada majlis pasti ada yang kena.. cuma kali nie kebetulan kena pada anak aku dan aku rasa memang aku patut bersuara pun kali nie sebab aku bukan jenis yang mengata belakang2 nie.. ibu bapa mana yang boleh tahan kalau anak kena pukul tak pasal2.. aku tak salahkan aiman cuma setiap kali anak orang kena pukul haris akan tersengih sahaja tak buat apa2 pun.. kurang2 tegur dan jagalah anak sendiri.. apa yang kau kecik hati sangat aku cakap verbal tue.. yang anak kau buat physically pada anak orang lain kau rasa mak bapak mereka tak kecik hati ke?.. nak tunggu sampai cedera macamana baru nak stop?

lain kali cakap direct lah dengan aku kalau kau tak puas hati.. kalau pos dalam blog macam nie semua akan dengar cerita dari satu pihak sahaja terutama follower kau dan semua akan rasa kau betul dan yang lain di keliling kau yang ada di Kyoto ni salah aja..

nago berkata...

by the way lupa nak bagitau yang comment kat atas nie aku radzi mansor.. sorry takde google profile atau blog untuk diview

Unknown berkata...

radzi,

terima kasih. baru aku tahu yang rupanya memang korang dah lama marah sangat dengan aiman. baru aku tahu yang korang semua tak suka langsung dengan perangai aiman..

tak perlu korang salahkan suami aku.. aku kenal suami aku lebih dari korang.. jadi tak perlu judge kami..

tahniah

akhirnya aku tahu siapa yang mengumpatkan kami selama ni.. terima kasih

lagi satu,

ini belog aku, aku luahkan perasaan aku kat sini.. tak suka, sila jangan jengah.. di sini keluarga dan kawan aku aja yang baca..

aiman tak mengancam nyawa siapa2 pun, tak perlu marah dia seperti dia nak bunuh orang atau orang jahat

nago berkata...

mas,

aku paham nie blog kau dan kau boleh kata apa sahaja.. cuma aku nak pembaca setia blog kau tahu juga yang takdelah semua orang2 di kyoto nie hati busuk dan jahat2 belaka macam entry kau yang selalu kau pukul rata aje.. kau tahu kan dgn membaca kebanyakan entry kau follower2 kau akan menganggap yang orang2 sekeliling kau kat sini semuanya tak betul.. yang aku nak sampaikan kat sini adalah kalau kau tak puas hati dengan aku semalam bagitau aja lah directly.. nie dah balik lepas tue lepas pulak perasaan pada orang2 yang kau rasa akan sentiasa support kau.. dah tentu kau akan dapat komen2 yang sentiasa sokong kau sedangkan mereka tak tau pun keadaan sepenuhnya.. lagipun kau buat entry blog nie macam lah kau tak tau orang2 kyoto baca termasuklah aku.. lagi satu bila masa aku marah2 kata sampai nak bunuh aiman?.. cuba kau cool down sikit dan fikir balik semula apa aku kata semalam.. takkan tak boleh nak tegur langsung ke kau anak-beranak?..

KS berkata...

Salam Mas,

If you dont mind, apakah ayat/perkataan yang disebut pada anak you tu?

Baiti Mustafa berkata...

anak aku pon penah kena sepak, kena pukul ngan budak lain gak..depan mata aku lagi. Do I make a show by saying that 'budak tu jahat' (btw,I believe the right word should be 'naughty')? Do I want to teach my boy that the best way to react is to 'hit back'? What I would do is call that boy and explain that what he did was wrong and that they are frens. Kawan2 kena main elok2 sama2..jangan pukul2 or sepak2.

I understand perasaan parents kpd budak yg kena pukul/sepak tu,takde sapa suka anak kena buli but kids learn how to react to conflict by how we parents react..But calling and labelling a 5 year old kid with
a term that is best used to describe pembunuh, perompak dan perogol,etc is a bit too harsh la. No kid is an angel..

Hopefully En Nago pon boleh terima teguran juga.Hidup dalam komuniti yg kecik lagi la perlu ibarat menarik rambut dalam tepung...