Rabu, 10 Ogos 2011

simple tiramisu

* السلام عليکم * 




 こんにちは q(^_~)p


nak makan tiramisu kat jepun kena berhati2 sebab banyak yang ada alkohol.. tiramisu mmg akan diletakkan sedikit rum.. owh, seram sikit.. so, baik buat sendiri ye tak?


resepi simple tiramisu ni dapat dari blog hanamemories


mama cuma buat 1/2 adunan aje.. dapat 3 cawan.. cukup le buat kami lakibini makan.. anak2 tak bagi sebab dari coffee kan? hehe.. jadi le kami dating2 malam makan ni.. hahaha..


Picture
nom nom nommmmmm




Bahan-bahan
  • 1 peket biskut lady finger @ biskut tiramisu -- mama pakai 1 paket..
  • 250g cream cheese -- pakai 100gm je
  • 200ml whipping cream -- pun pakai 100gm
  • 1/2 cawan gula halus -- pakai 4 sudu makan 
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe) -- yang ni mama beli aje coffee siap bancuh.. senang
  • 1 sudu makan serbuk nescafe -- tak pakai
  • serbuk koko untuk hiasan -- taram pakai hershey punya coklat picit.. hehe
Cara-cara
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi -- pakai air siap dah
  2. Satukan gula, cheese dan cream.
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
  4. Celup biskut ke dalam air nescaffe sehingga basah@lembut.
  5. Susun biskut tadi ke dalam mangkuk@bekas.
  6. Sapukan adunan cream+cheese tadi atas biskut.
  7. Susun lagi biskut yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
  8. Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
  9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya
SENANG!! haha.. sila buat..

8 ulasan:

lia berkata...

x nak wat...

nak kecek akak nyer gak, aci?

Rai berkata...

sedapnya...

mast@work berkata...

lia, boleh2.. hahaha

rai, sedap.. manis lazat berkrim.. kekeke

...me... berkata...

huhu...sedapnyer mas..

Oyis berkata...

rajin giler mast buat mcm2 bulan posa ni ye. bagus2..

mast@work berkata...

syida,

buat le.. simple je

oyis,

rajin bila ada masa free sket.. kalo idak, goreng telur aje le.. haha

harleena berkata...

dh lama teringin nk buat versi yg ada whip cream ni tp terpaksa dipendamkan dulu sbb tk jumpa whip cream yg tk ada kandungan E471 lg kt sini...

mast@work berkata...

harleena,

owh ye ke?

mas cuma beli whipping cream yang jenis cecair, balik rumah, pakai mixer pukul, baru jadi whipping cream..

susah juga kalau yang ada E471 tu ye