Khamis, 25 Ogos 2011

the boys

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

lama dah tak update pasal budak dua orang ni

Picture
abang bear

Aiman bakal menginjak umur 4 tahun dalam masa tak sampai dua minggu lagi.. woot woot 4 TAHUN yang hebat!! progress aiman bagus sebab setiap fasa yang dia lalui memang cepat.. nak banding perangai dia tahun lepas dan tahun ni adalah tak fair sebab budak2 memang akan berubah dengan cepat.. 

so far Aiman lebih banyak converse in Nihongo.. kalau dia rasa ada benda pelik ke atau dia nak bgtau sesuatu alarming, dia cakap nihongo.. hahaha.. habis2.. agaknya kalau balik mesia pening la tok ayah, tok ngan nenek nak layan dia.. kadang2 mama sendiri tak dapat tangkap apa dia cakap.. dia boleh buat struktur ayat dalam bahasa jepun lebih baik.. ayat BM dia tunggang langgang *tutup muka! hahahhaa

kegemaran terhadap thomas dah tak macam dulu.. masih minat cuma tak kronik la.. sekarang banyak main dengan tomica *mainan kereta, kamen rider *dia akan guna apa aja barang utk jd aksesori kamen rider hehe

summer aje budak ni akan jadi itam.. seronok main pool dengan kawan2 dia.. seminggu 3 kali berendam dalam pool dengan kawan2.. 

aktiviti yang paling aiman suka adalah masak.. dia akan duduk sebelah mama masa masak.. especially kalau buat dessert.. curious dia menjadi2.. seronok pun ya bila dia nampak aje oven tu jalan, dia mesti cakap "mama buat keki?" -- dalam jepun, kek dipanggil keki. yang lg kami perasan dia ada interest pasal masak sebab kalau ter'klik' rancangan masak, pastu kita tukar, dia la orang pertama yang marah.. huhu.. pastu, kalau kat nursery, gambar2 aktiviti yang ada masak2, aiman akan duduk paling depan.. paling dekat dgn cikgu dia.. hahaha

aiman lebih banyak bergerak.. dia tak reti duduk diam seminit.. ada aje benda nak dibuat.. aktif.. dan dia pandai layan adik dia.. kalau main dengan adik dia seronok je tengok..

Picture
adik bear
aidan pulak is one cheeky little bear.. dia tahu dia yang lebih dimanjakan.. manja sangat2 kadang2 mama luku2 manja kat dia juga.. hahaha.. geram..

aidan baru boleh cakap sepatah dua.. tapi banyak perkataan jepun la dari melayu.. owh apekan daya.. siang depa banyak dengan orang jepun kan? nak berak 'unko', nak shishi 'oshiko', nak tambah makan 'okawari' kdg2 dgr 'nak lagi', habis makan 'goshisosamadeshita' ok, pengsan.. mak pak dia memang kadang2 buka kamus.. hahaha.. 

aidan sangat suka dengan haiwan.. yang lagi best, dia tahu nama haiwan dalam bahasa jepun.. contoh zou - gajah, kaba - hippo, rion - lion, kuma - bear, shima uma - kuda belang, saru - monyet, inu - anjing, neko - kucing.. hehehehe.. dia boleh tunjuk haiwan2 tu dalam buku..

pastu aidan dah kenal bahagian badan dia.. pun dalam jepun *mak dia tutup muka lagi : hana - hidung, mimi - telinga, me - mata, atama - kepala, ashi - kaki hehehehe.. dia siap tunjuk bhgn badan dia bila sebut perkataan tu..

aidan banyak makan.. tak berhenti kalau makan.. lagi2 dekat rumah access peti ais memang senang kat dia.. kejap2 nak makan, nak minum.. selera beso tak padan kecik lagi.. hehe

budak dua orang ni la penyeri hidup kami.. keletah hari2 depa ya ampun.. mak tak tau nak kata apa.. tapi mama sayang 2 bear mama ni.. moga depa membesar jadi anak yang soleh.. amin..


9 ulasan:

Nur Hareza berkata...

heppp.. apa mama snap gambar ms tgh mandi nih? cumel je budak 2 org nih.. bila blk malaysia kak?

Azrina Mat Talib berkata...

gevamnya tgk adik bear tu ;) cute sgt.

mast@work berkata...

reza,

mama saja nak buat kenang2an.. hehehe.. kak mas balik 15 sept.. lepas raya.. hehe.. blk pun berdua dgn aidan aje.. nak blk amik data benarnya

kak ina,

hehehe.. peyut dia mama dia yang geram.. hehehe

yanhamid berkata...

sayangg semua, jumpa kat rumah tok ayah ek...mama yah buat tunang anak sulung dia on 18th..just to share..

lia berkata...

ngeh3... ni sat g ckp rojak2 dgn bhs japang, penin la family kat cni, yer, aiiman....

nak balik Malaysia ker? belikan kopi maxim...

Oyis berkata...

mast amik la video depa berckp n tepek kat sini. makcik oyis ni x reti nak baca dah pon, apatah lg sebut, goshi apa tu aidan, berbelit nak nyebut nya?

mast@work berkata...

pahcu,

insyaAllah.. tapi yang balik nnt mama n aidan je.. aiman n papa tinggal.. sob sob

lia,

nak belikan ke? ko email akak ok..

oyis,

haha.. idea tu.. nnt mast buat..
aunty oyis, goshisosamadeshita tu maknanya 'alhamdulillah, dah habis makan' hahahahaha

アヌム ちゃん berkata...

nama adik sy yg paling keck pun aiman..tapi aiman shah.heeee

mast@work berkata...

anum,

eh samalah.. hehehe