Rabu, 21 Oktober 2009

ubat, supplement dan seangkatan dengannya

harini mama nak cerita pasal pengambilan harian makanan tambahan/ ubat selain daripada makanan ruji.. lately bercambah² iklan sana sini tunjuk keberkesanan ubat mahupun makanan tambahan dalam kehidupan seharian.. mama tak deny benda tu.. mama pun ada mengambil makanan tambahan.. cuma tidaklah begitu rutin dan begitu rajin.. ntahle.. kadangkala terfikir juga, betul² berkesan ke apa yang kita ambil.. bagaimana kita tahu yang dos tu bertepatan dengan tubuh badan kita?

cerita pasal dos, ada orang sehari boleh ambil dekat 10biji pil.. dari pil vitamin, membawa ke pil resdung mahupun nak kuruskan badan.. itu tak masuk lagi minuman bertenaga.. betul ke badan kita memerlukan sebanyak itu untuk sehari? adakah benar² efektif? bagaimana pula tindakbalas badan kita? mama tahu, mama komen ni bukan dari pandangan perubatan mahupun menjual apa² produk.. mama cuma agak concern bila tengok percambahan iklan² mahupun testimoni yang kata ubat ini bagus, ubat itu bagus..

nak dijadikan cerita.. baru² ni ayah makcik (my stepmom) masuk hospital.. untuk kesekian kalinya.. atuk memang tak mahu buat bypass jantungnya.. jadi dia bergantung pada ubat setiap hari.. dan rasanya sudah begitu lama dia bergantung pada ubat tersebut sehingga menyebabkan buah pinggangnya rosak dan tidak mampu berfungsi dengan baik..

persoalannya sekarang, jika ubat yang dipreskripsi oleh doktor dosnya pun akan memakan diri apabila menjengah suatu tempoh, bagaimana pula dengan ubat² mahupun dos² makanan tambahan yang kita ambil tanpa preskripsi yang betul? ngeri oo.. buah pinggang adalah lebih mahal dari segala ubat yang ada di dunia ini.. jika buah pinggang sudah rosak, nak makan apa pun tak ada guna lagi dah..

rasanya sebagai pengguna, kita perlu lebih berhati².. cari maklumat tambahan untuk setiap suplemen mahupun ubatan yang kita ambil.. kadangkala, mungkin tanpa kita sedari, dos yang kita ambil itu terlampau tinggi untuk tubuh kita.. menyebabkan tubuh kita terpaksa bekerja lebih keras dan melampaui kapasitinya..

teringat juga pada entry kak rizza pasal minuman penambah kekuatan.. ala² tongkat ali gitu.. cuba la jengah blog beliau dan baca.. ada kebenaran disitu..

apa² pun tepuk dada tanya selera.. mama pun masih tercari² jawapan untuk semua persoalan di atas..

6 ulasan:

n.i. berkata...

saya setuju... get as much info as possible... yang penting, kena minum air banyak bila ambil supplements ni...

mast@work berkata...

n.i, totaaly agree bab pengambilan air.. memang kena betul² banyak..

a.z.n.e.e berkata...

salam perkenalan..

saya tertarik dgn entry akak,.. kita share serba sedikit la yea..

setahu saya, suppliment selalunya adalah dari bahan2 semula jadi.. cth:buah, sayur, akar, serangga dll.. means tiada dadah.. so, selalunya dia x memudaratkan walaupun kita mkn byk.. tp kalo herba mgkn ramai yg xtahan sbb dia panas.. kalo kita ragu2, boleh tunjuk pd doktor sblm kita mkn smd ia sesuai atau x dgn badan kita..

rawatan doktor mmg x dpt disangkal bab2 pemindahan organ, pembedahan dll.. tp ubat kita still ade alternatif utk pilih sbb ade suppliment td.. kita pun xle nk salahkan doktor sbb itu shj ubat yg ada dipasaran.. yg sesuai utk sakit tertentu wlpn dosnya tinggi..

;)

mast@work berkata...

aznee, thanks for your info.. nice knowing you

hazel berkata...

You should call or see your physician or other qualified healthcare provider promptly if you have any healthcare related questions or before embarking on a new treatment, diet or fitness program or kalau ade keraguan sebelum amik any supplements.

Betul cakap aznee...supplement biasanya diambil sebagai makanan tambahan je dan dari bahan semulajadi..ade gak terbaca kalo kita ambik secara berlebihan...benda tu akan keluar dari sistem badan kita melalui najis kita..sbb body kita akan ambik supplement tu setakat dia nak je..yg lebih2 akan keluar melalui najis.

anyway nice blog :)

mast@work berkata...

hazel, tq..