Isnin, 12 Oktober 2009

dosa silam

sambil study matrices, mama sempat jengah blog MIO.. cerita pasal undergraduate selalu bikin mama berbulu.. Kak M pernah berkata, "Mas, dosa silam masa undergraduate akan dibawa sampai ke mati!" ye, percayalah, itu sememangnya benar.. marah tak perlu la cerita.. sebabnya, kalau dah semua kelaskanpointer itu yang penting, baik siang2 hari lagi berikan sahaja pelajar kita semua 3.5 CGPA mereka.. hah, bukan ke senang kalau dibuat awal?

nak tahu ke berapa pointer mama? ye, tak tinggi tak tak rendah, tapi bila dikelaskan sebagai kelas dua rendah, haram semua tak pandang dah!! bukan sekadar universiti dalam negara tak pandang, universiti luar negara siap suruh terjemahkan hasil kerja keras selepas bergraduasi.. hish! sabau aje la..

sebagai seorang akademia kokak, makanya terpaksalah bertungkus lumus cuba membuktikan yang saya juga berguna! sebab untuk kerajaan dengan suka-suka hati nak beri scholarship, perlu ada sebab kukuh.. mereka fikir, adalah lebih baik diberikan sahaja wang itu untuk yang 3.0 CGPAnya dari kami yang kokak ini!! apekah!!

jika dilihat dari satu sudut, mama tidak pernah menyesal dengan pointer mama.. sebabnya, selain dari pointer, mama telah bawa banyak lagi isian bakul pengalaman sepanjang berada di universiti itu.. bukan bangga diri, sekurang-kurangnya, saya tidak hanya menjadi ulat buku semata semasa mengharungi 4 tahun sebagai pelajar pra-siswazah.. dan rasanya ada ketika, saya lebih menghargai pengalaman2 semasa di peringkat itu.. kalau dilihat, kualiti adalah lebih penting dari nombor2 yang tertera..

ada graduan, tak perlu sebut dari uni mana, pointer bukan main mencanak, tapi haram kerja macam hampagas.. jadi, apa perlu memberi pointer tinggi melangit kepada pelajar, sedangkan kualitinya menjunam jatuh ke bumi? kerajaan dan majikan perlu menukar pandangan minda kini bahawa pointer 3.0 itu baik, yang bawah darinya semua teruk.. jika tidak, semua pekerja/ kakitangan kerajaan hanya akan diambil dari uni2 yang dengan mudah memberi markah tinggi2 semata2 untuk diakreditasi dengan lebih baik dan diberi ranking yang lebih tinggi.. kerana ilmu bukan sahaja datang dari buku, tapi juga dari pengalaman dan cara pelajar membawa diri mereka..

kepada MIO, jangan risau, sepanjang saya mengisi borang SPA, tidak pernah sekalipun saya dipanggil temuduga untuk jawatan inseniur bersama kerajaan.. dan saya tidak pernah kesal, kerana saya tahu, saya lebih baik dari sangkaan mereka dan saya pastinya punya tempat yang lebih baik untuk berkhidmat kepada negara! hahaha.. patriotik

8 ulasan:

sya amran berkata...

mas..skang kerajaan amik pekerja pon yg pointer 3.00 ke atas. die x pandang yang pointer 3.0 ke bawah. ape? dia ingat yg pointer kokak nih.x gheti wat keja?dengan harapan, orang yg pointer tinggi nih BOLEH WAT KEJA. huh! yela, PANDAI la kunun. so, xkan keja xleh wat kan.

sedey kekadang. tp xleh wat ape. dah mmg dorang x pandang pointer rendah2 nih.

norfazleen berkata...

tak juga..mcm sy contohnya,pointer bwh 3.0..huhu...tp alhamdulillah dpt peluang..apapn semua tu rezeki..tp memang betul ckp kak mas, yg pointer tinggi x semestinya pandai buat keje...

mast@work berkata...

ngan, sebab tu aku kata, depa memang suke tgk pointer.. hehehehehe

leen, lain org, lain nasibnya..

Tanpa Nama berkata...

salam...

owh mas...bila akak baca awaknyer entry kali ini, rasa cam nak nangis...huhuhuh....
mmg betul septh-septh ayat awak tu...huhuh..(tgh nangis ni)...sedey bukan sebab apa...biasiswa KPT ke luar negara hnya diberikan utk pelajar pointer above 3..biasiswa universiti plak hanya layak sambung bljr didlm negara shj utk mengelakkan perbelanjaan universiti melonjak tinggi...mcm bermaksud yg org berpointer below three shud stay where they are now, in M'sia...abis, mcmana pengetahuan pensyarah yang dah dipilih sendiri oleh universiti berdasarkan pengalaman nak berkembang melalui pembelajaran di universiti2 world top rank, lantas bg yg terbaik utk universiti kembali?

urgh...sedey ni...tgh consider split programme...tupun tataw ada tak peruntukan utk lecturer kokak ni...huhuhuh...very demotivated lani...guguguguug

norfazleen berkata...

kalau bcakap tentang nak further study, memang betulpun, even kebanyakan u akan ambik yg pointer above 3..huhu..kalau mcm tu susahla nk ada peluang utk further..

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Walauapapun dugaannya, pasti ada hikmah disebalik sesuatu....

jalan mesti kedepan, wolopun bengkang-bengkok...dan amik masa dan tenaga lebih sikit dr org lain..

1 good phrase to remember;

It's not the destiny that counts, but the journey that's important...

:)

aishah zaharin berkata...

bukan kerajaan jek mintak pointer 3.0 yang.. ada gak consultants yang mintak pointer min 3.5 or masters..

it actually sama jugak macam kita nak masuk U. they have nothing to judge other than what is written in paper. so those who excel in their spm with flying colours will get the scholar, the place in uni, and so forth. the better the result, the further u'll go.

akak pernah dengar cerita kalau pointer below 3.0 tak leh masuk government. tapi akak yang org gomen nih rasa tak jugak. ada jek yang below 3 being given the op to work.

anyway, it's just my 2 cents. some people work damn hard to get those 3.0 points, and i don't think it does justice labelling these so called nerds can't do work. there may be some, but not all. just like those below 3.0 pointers scorer.

mast@work berkata...

tq friends, luahan hati kalian memang ada kebenarannya, bukan semuanya betul dan bukan semuanya salah.. cuma, bila dikategorikan yang 3.0 pointer tu lebih baik buat yang berada dibawah itu terasa..

apa² pun, majikan sudah perlu membuka mata seluasnya menilai graduan bukan setakat pointer malahan keperibadian dan sahsiah diri (integriti) perlu diambil kira