Khamis, 17 Februari 2011

Baked Cheese Cake

السلام عليکم 


first try yang success.. alhamdulillah.. dok terpikir nak buat kek ape le.. teringin nak makan kek, tapi nak makan yang senang dibuat.. hehehe.. godek2 rumah kak ros jintanmanis jumpa resepi ni


Sliced Cheese Cake - sumber asal dari kak ros jintanmanis


haaa... amik! SEDAP OK..






mama ikut bulat2 kaedah kak ros.. yang colour highlight tu aje yang mama ubah.. tp alhamdulillah la jadi..



4-5 keping slice cheese - mama tukar pakai cream cheese 100gm
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin - mama pakai marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M - mama ada saiz L, belasah aje le.. hohohoho
beberapa titik esen vanila

Cara-cara

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil (mama potong kecik2 aje cream cheese tu) dan campurkan dengan susu segar.

2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.

5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.

6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .

adunan dia kena nampak ringan dan gebu..



7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

lepas disejukkan dan dikeluarkan dari loyang


8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.





sumpah jadi weehhhh.. sila buat.. mana tau weekend ni ke??


 ماما أيمان

2 ulasan:

Nurzairul Isma berkata...

Aiyoo mas, Dikau bikin panas la.. Hehehe.... Rase mcm nak ke dapur jugak laa... Hahahaha.....

aishah zaharin berkata...

aiyooooo. manyak gebu!! bestnya, cam melt in the mouth gitu!