Jumaat, 15 Julai 2011

season of sickness

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

Antara sebab duduk negara 4 musim tak best adalah sering sakit.. setiap kali tukar season sakit, peak season sakit.. kerap sangat la..  kafarah dosa satu cerita, tapi progress jadi perlahan la.. anak2 sakit kita jaga, kita sakit? sendiri juga jaga -- tak macam putar2 pulak cakap camtu..

harini mama peak sakit.. ambil vitamin c dah seminggu pun tak cukup dah melawan selesema dan sakit tekak.. kurang minum air pun ye juga.. nama pun ganti puasa, takkan nak minum air kan? hihi..

kalau kat mesia time2 macam ni la semua orang terjah makan durian la.. huwaaa.. alangkah bestnya duduk mesia -- nampak sangat budak kampung weh..

sebab tu kena banyak bersyukur.. duduk sini hanya pengalaman sementara.. syukur Allah bagi peluang mama merasa duduk negara 4 musim.. pasni balik.. yeaaa... tak sabar mama.. moga2 Allah permudahkan kerja kami kat sini.. nanti boleh balik mesia dan berkhidmat untuk negara (poyo seh!)

nampak gaya harini duduk rumah la.. semalam seharian duduk lab bersin tak sudah2.. orang dok usha je.. huhuhu..

have nice friday everyone..

4 ulasan:

Unknown berkata...

Get well soon Mast...take care

lia berkata...

ada sorg jepun ni pon ckp, dia xsuka masa pertukaran musim, anak2 slalu jer x sihat...

maya amir berkata...

get well soon babe... bile back for good?

Oyis berkata...

get well soon mast n family. i totally understand this 'phase'. mmg tertekan, and rasa cpt2 nak siap n balik msia je huwaaaa!