Jumaat, 30 Mac 2012

entry khas

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


Isnin lepas konvokesyen sahabat2 dari Kyoto University.. sedih sebab mama tak dapat join meraikan kejayaan kawan2 mama ni... kerja menimbun tak boleh lari dari lab.. sedih juga sebab tak bantu kawan2 ni nak pindah2 barang semua.. haih..

untuk Dr Hakimi, Dr Sherliza dan Dr Remy, tahniah.. kejayaan kalian pembakar semangat buat kami yang tinggal di sini. semoga kejayaan berikut menyusuli kalian sekembali di Malaysia..

kami sekeluarga mohon maaf jika tersalah kata, halalkan apa2 bantuan yang kalian berikan.. serius.. dari mula sampai jejak kaki ke jepun, mereka bertiga ni la tak putus2 beri bantuan.. termasuk juga syida (wife hakimi) dan abg lan (husband kak sherliza)..

moga silaturrahim kita tak terputus di sini.. moga ukhuwah kita berkekalan sampai akhir hayat..

amin..

ihsan syida :)

all the best for your future guys.. we'll follow suit.. insyaAllah

Selasa, 27 Mac 2012

2012 tengok plum blossom - sakura belum lagi

* السلام عليکم *

 こんにちは q(^_~)p

sabtu lepas kawan twitter mama sampai sini. alhamdulillah.. tq yumyumx sebab sudi mai rumah kami ni... dapat gomol budak bambam LL tu ya Allah.. n sweet little ayra-chan baik2 aje..

ahad kami keluar sama2 ke kitano tenmangu. last year kami jalan2 juga kat kitano, tapi tak masuk sampai ke kawasan yang penuh plum blossom tu.. tahun ni kami masuk.. nak view garden penuh plum blossom tu kena bayar \600 untuk dewasa.. tapi berbaloi la, penuh dalam tu bunga, dan tak bersesak2 dengan pengunjung. nak jadi cerita, ahad tu 25hb, jadi ada flea market, so penuh la kawasan tu dengan manusia.. bila dapat masuk park berbayar ni kira lega la.. pastu depa bagi minum teh dan makan biskut..

nak jadi cerita lagi, hari ahad tu kejap hujan kejap ok.. haha, time hujan kami menyorok la bawah pondok2 comel kat situ.. mujur sangat anak2 tak meragam n they behaved really well.. aiman n aidan seronok main dgn ayra-chan..

keluar dari kitano, kami jalan2 ke kawaramachi, makan udon, kemudian ke gion, makan matcha parfait..

balik rumah pun dah malam.. haha.. anak2 tidur, kami sambung berbual.. seronok bila ada kawan2 mai camni.. ada la juga kawan nak berbual..

anyway,

enjoy gambar2..

gambar phone.. gambar cantik kita tunggu cikyum kasi nanti :P.. utk yum n family, enjoy tokyo ok.. aku pas baton pada ira n lin :P

gambar 4 beranak.. aidan pandang payung sbb seronok main hujan

hehehe 

pose bajet hot hahaha

enjoying matcha

Jumaat, 23 Mac 2012

5 seasons of not-so-loneliness -- bajet lagu

Of all the seasons in Japan, be it spring, summer, fall or winter, i think the season that is the most less describe season will be --- drumroll please....









The rainy season T_T





Let me tell u something. I can tolerate coldness or warmness without the rain.. I seriously do. The thing with japan rain is that it is totally different to compare with tropical rain. In Malaysia for example, the rain will last let say 3-4 hours of very heavy-lightning-possible sudden flood type. I was always one of those who get angry with malaysian rain because it is so unpredictable.

But the case is totally different in japan. Here the rains lasted few days non-stop-slow 24hours drizzle (rasa menyampah cuba bayang movie edward cullen jenis mendung kelabu kusam type). I always feel under the weather during the rainy season in japan. Not to mention if it's thyphoon.. Sigh..

I know it's bad to say things like this. But most of the time i miss malaysian climate. Serious.. I just wanna go home (ye mengada.. Kerja banyak lagi menjadi2 mengadanya)

Nonetheless i am still blessed to be able to experience this.

To mr rain - yes, i welcome u to the weekend

Note - rain prediction until next monday - there goes my weekend :(

Khamis, 22 Mac 2012

buku lagi - mac 2012

* السلام عليکم *



 こんにちは q(^_~)p


google

buku ni ditulis oleh graduate phd (7 tahun - hambik!) di John Hopkins Uni (antara ivy league uni untuk medical studies)

baru start baca semalam. ya Allah sumpah tak larat nak gelak. mengekek2 mama sorang2 (dah macam org tak betul dalam bas)

baru baca 20% of the book. so far, 70% yang dia cakap tempek kat batang idung sendiri dan memang serupa dengan apa yang mama lalui T_T

sesetengah orang lalui masa yang teruk kat grad school. well, mama ada ups n downs. biasa la kan? ada waktu tu stress macam ape, tapi bila baca buku ni kata 'well, i'm not alone' hahahahaha

highly recommended untuk bakal student post-grad, yang tengah belajar dan juga yang dah selesai belajar... sebab rasanya hampir semua grad student lalui benda yang sama, cuma level yang berbeza.. ada orang kena teruk, dan ada yang kena so-so aje..

anyway, you don't have to be a nerd to be in grad school.. kehkehkeh

Rabu, 21 Mac 2012

cita2

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

nak jadi macam emak cheetah. nampak sleek, elegant, tapi swift dan protective. suka la tengok mak cheetah.. nampak sophisticated gitu.. kan? ce korang tengok kalau mak cheetah tengah berburu, nampak serius, pastu sambil kejar mangsa body dia fuiyooo.. mak suka!

anak2 memang dah aktif macam anak cheetah kan? berlari sana sini.. mak cheetah garang boleh tahan.. kira pas dah kriteria tu.. sekarang ni kena extra groom untuk nampak sleek dan sophisticated. ni mau makan tahun gak hahahahaha..

kemudian kena ajar anak berburu dan cekap, independent. okk, boleh buat..









tapi.. ada ke.. orang nanti nak jadi menantu mak cheetah? AHAHAHAHAHAHAHHA


dah cukup merepek aku harini.. caucincau

Isnin, 19 Mac 2012

cubit baru jalan

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


bila stuck mula la rasa macam ape je. dilemma betul la.. cikgu pulak dari minggu lepas takde, paling awal dia akan ada isnin depan, takkan melopong pulak. bila kena study sendiri mula la gagau.. nak kena cubit baru jalan kut.. haih! sabo je la..

weekend biasa2 aje.. sabtu malam baru papa balik dr trip tohoku dia. seharian mama tak keluar. hujan pun, kesian anak2.. mama pulak amik kesempatan menjahit sket. buat bip baru untuk aidan pakai di kindy. asal time makan anak2 kena pakai bip supaya x comot. sebelum ni mama beli aje, tp kesian aidan kena harap cikgu pakaikan. so buat yang simple2, dia boleh sarung sendiri. senang. baru notice yang aidan leceh masa makan jumaat lepas, terkedek2 dia handle bip jenis plastik tu.

at the same time mama jahit arm rest. sebabnya tangan kerap juga lenguh bila dok pegang mouse. buat 2 terus. satu tinggal kat rumah. senang.

kain dari hasil jahit seluar aidan tak jadi sebelum ni

ahad kami keluar. setelah 3 weekend tak ke mana berempat. bawa anak2 pi makan sushi, kedai buku 2nd hand (book-off) shopping buku2 lama harga tak sampai RM10, mama dapat juga satu buku buat patchwork. teringin nak buat coasters untuk pinggan n cawan.

kpop versi jawa - background song 'sorry sorry sorry' hahaha

first time rasa ikan paus (kiri bawah) - verdict? i stick to tuna n salmon belly - dah liat mcm daging rasa dia

malam semalam kami skype dgn nenek n family kat permata. happy birthday abang shafiq. kejap aje dah 9 tahun. panjang umur kita jumpa ye nanti. insyaAllah..


Khamis, 15 Mac 2012

cerita kunci

* السلام عليکم *



 こんにちは q(^_~)p


jgn lari lagi tau!
jumaat lepas kan, mama tak sihat. dalam pada kalut pagi tu dengan hujan, basikal dan nak naik bas bergegas ke lab sebab ada sesi cuci lab. by lunch hour kepala pening teruk, so mama decided nak balik awal untuk rehat.

masa nak balik baru perasan tak tahu letak mana kunci.. huwaaaa gelabah ok, siap patah balik masa dah jalan nak naik bas, cari kunci dalam lab tak jumpa. seriau.. siap call papa tanya macammana nak buat.

lepas naik shuttle bus tu, sampai kat main campus, mama buat report barang tertinggal.

pastu dupdapdupdap.. papa kata sure ada tu.. kalau tak tertinggal dalam bas, mesti kat lab.

sekali kan? pagi2 isnin dapat call dari office uni (ofis beso lak tu) kata jumpa kunci lab mama!!! aaaaaaaaaaaa alhamdulillah... syukur sangat2..

kalau hilang memang ralat betul sebab kunci lab, rumah, basikal semua kat situ.. pengsan!



pengajaran, kunci make sure masuk beg. haritu ID tertinggal kat lab.. gelabah punggah rumah.. apekah jenis sindrom yang mama alami ni.. pfftt!

dahle selalu tertukar kunci lab ngan rumah sebab sama.. huhuhu

google

Rabu, 14 Mac 2012

my first ski trip..

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p


... and probably be the last time i play ski.. hahahahahaha..

last weekend labtrip mama. last year kami ke tottori (padang pasir di jepun) satu family, this year, both mama and papa decided we should go our own laboratory trip alone without the family. sebabnya supaya ada peluang bergaul dengan labmates.. bukan sekadar dok tengok budak2 ni berlari kehulu ke hilir hahahaa..

so tahun ni labmates suggest kita main ski.. nama tempat tu 八千高源 (hachi kougen) dekat Yabu, Hyogo Prefacture. Papa punya lab pi tempat lain.. nak cerita pasal papa punya nanti lenkali. kena kutip gambar dulu.. hehe

so sabtu pagi2 lagi kami berkumpul dan sama2 naik train ke Umeda, Osaka. Dari situ, semua labmates dengan sensei tunggu, kami naik bas.. bas pulak ala2 hiphop haha.. mama pulak haritu pening kepala tak berapa nak baik lagi, tapi layan juga la peel kawan2 main kad, layan anak sensei, dan borak2..

rasa lagu hiphop berkumandang je.. hahaha

kami berhenti lunch ntah kat mana tempat, kanji dia tak dapat pikap la pulak mama.. haha.. lunch set simple je.. pendek citer trip kali ni menyebelahi mama.. hahah makan seafood.. mak happy! :)

lunch set

lepas lunch, kami singgah kat yomura hot spring.. sambil rendam2 kaki (alamak, gambar sekeping je.. lupa upload gambar lain) makan telur rebus (baru tau, orang jepun suka makan telur rebus dengan table salt) ok juga la rasa dia..

cikgu besar paling kanan, cikgu kecik yg baju hijau sebelah mama - kenapa la mata aku gitu? haih


dah dekat pukul 4 baru kami sampai hotel konohana sebab dah petang, so kami lepak bilik tunggu dinner.

ambik ko ais dia

biasa la, sebab ini farewell party, maka dinner mesti best.. this time Kani Nabe (Steamboat Ketam) WOHOHOHO... makan kenyang2.. time dinner ni la cikgu2 (3 org cikgu to be precised paksa mama main ski.. sebenarnya mama memang nak lepak duduk rehat sebab dah lama x dapat rehat betul..) tapi tak sampai hati sungguh cikgu beria2 ajak main ok la, layankan..

dinner set - sedaaappp


dah makan malam, lepak ramai2 dengan sensei, wish congratulations untuk student yang nak grad.. sambil2 tu sensei mama tunjuk skil kat mama magik pakai kad.. sabo je la kami ni kena tipu.. hahahaha.. tapi seronok cikgu rajin melayan..

cikgu cuba cong kami.. hahahaha 

lebih kurang pukul 10 mama dgn sensei kecik caucincau dulu.. tak sanggup ah lepak dgn depa lelama.. baik aku pi mandi ayaq panas dan layan novel hehehe..

ahad tu bangun pagi2, breakfast, siap pakai baju nak ski, ambil equipment sambil mulut dok cakap "what was i'm thinking???" huhuhu..

sapa ajar mama main ski? tak lain tak bukan prof sendiri la.. dia pandai ski rupanya.. ahahahahhaa.. tak pasal2 haritu dia kena ngajar 4 org termasuk cikgu kecik yang tak reti juga.. kihkih.. ado kawan..

IMG_0953
ececece.. bila lagi kan?

sejam pertama main kerja dok tergolek.. hahahaha.. bila tergolek takleh bangun.. haha susah ok sebab tak reti.. jadi cikgu beso le yang tukang angkat mama hahahhaa.. sumpah aku malooooooooo..

IMG_0955
ni lepas jam kedua - bajet pandai break baru la amik gambar kan?

dah agak2 tak larat tu mama ckp kat cikgu kecik, i want to rest for a while, masuk tempat rehat tengok jam, laaaaaa rupanya baru sejam?? lawak gila! cikgu kecik siap cakap 'i think today the time moves so slow' hahahaha dia pun letih..

lepas 1/2jam break sambung lagi.. aa masa ni konpiden lebih sket sebab dah tau camne nak break tanpa perlu tergolek.. hahahahha..

IMG_0951
tempat dia memang cantik. tak payah la aku teringin nak ski kat swiss dah haha

bila cikgu besor muncul balik (dia pi main nu sampai atas gunung naik cable car) dia kata jom try naik yg cable car yang paling senang ski course nya.. hahahahhaa masa ni mama cakap.. sorry naik lorry.. mak tak sanggup dah.. cukup le.. hahahahahhha

time ni dah kaput.. tunggu labmates sajo den

pengalaman yang memang best.. tapi hambik 2 hari aku kerja terbaring aje le.. sakit sengal badan.. pasni kalau kena p lagi kena fikir habis2an baru la boleh main kut.. hahahhahhhaa.. insaaaafff

IMG_0959
our labmates :)

psst cikgu, next year kita pi tempat lain pulak ek? wink! (macam dia baca blog ni haha)

Selasa, 13 Mac 2012

My say

Tak mesti korang kena setuju dgn mama. But this is simply just my thought.

Semalam satu mesia dapat tahu pasal kematian adik dirang tu. mama sendiri tak tergamak nak salahkan sang ibu, tak boleh salahkan polis juga..

Benda macam ni berlaku di mana2.. Sama ada kita sedar atau tidak.. Yang pasti perlakuan yg tak berperikemanusian dan buruk lagi dari binatang ni memang menyakitkan hati dan jiwa. Bagi mama, orang yang tak punya agama sekali pun tak akan buat sedemikian sebab itu adalah anak kecil.

Yang pasti setiap kali berita begini keluar masyarakat jadi lagi takut. Orang makin rasa hidup di mesia tak selamat. Betul tak? Jika setiap hari kita dijamu dgn berita dan gambar kematian akibat bunuh, trajedi dan sebagainya, akal siapa yg tak akan rasa dipengaruhi?

Sampai satu tahap mama tak nampak pengajaran yang nak disampaikan. Serius la. Tu bukan pengajaran dah namanya. Konsep didikan mcmni bg mama salah. Kita suka sangat belajar melalui benda2 mcm ni. Contoh : jangan buat camni, nanti kena bunuh. Jangan keluar dalam gelap nanti disampuk hantu. Aa lebih kurang mcm tu la.. Takpun, jgn tak buat ini nnt ko x dpt itu.. Byk cth sebenarnya tp rasa korang faham kan?

Pastu bl benda cmni hangat, sampai kedai kopi org bincang. Tp, ada kita serik? Ada kita berubah? Ada kita jadi lebih baik?

Ntahlah, tepuk dada tanya selera.

Ada waktu, tak payah tgk berita pun mungkin hati lagi tenang..

Al-fatihah utk adik dirang.. Tempat kamu di jannah wahai anak..

Isnin, 12 Mac 2012

Weekend reading

Aaaa lama x baca novel ringan tak semak kepala dan boleh feeling2.. Haritu baca the vows sbb bajet channing tatum. Tp 50% je, pastu rasa nak muntah baca.. Harap movie dia ok la..

Last weekend baca ini

I've Got Your Number - Sophie Kinsella.. Aaaaaaa best! Feeling sama macam baca novel lama dia can u keep a secret. Serius fun! Kalau korang memang follow sophie kinsella's novel, this one pun best..

Mama taknak citer pasal isi dia.. Korang baca sendiri.. Ending dia memang thrill la! Puas hati! :p

Khamis, 8 Mac 2012

here we go again

* السلام عليکم *



 こんにちは q(^_~)p


keh keh - google
tiba balik kita ke stage denial-pointing fingers-blaming others stage. mari salahkan semua orang kecuali diri sendiri. sebabnya kena tengok statistik balik.. ngahahaha..

alasan menyalahkan no 1 - dulu belajar statistik dalam bahasa malaysia, mana nak tau makna axioms* of probability, collectively exhaustive, complementary events? tak tau, mak tak tau.. sumpah.. mana pernah dengar benda2 ni semua!!!

alasan menyalahkan no 2 - ala, probability ni macam kemungkinan jadi kemungkinan tak. ada ke orang nak baca paper ko tu nanti mas? hewhewhew

alasan melarikan diri no 1 - rasanya benda ni tak berapa nak penting, kita skip boleh?

alasan melarikan diri no 2 - ape benda kerawit2 cacingan ini? eh, mata tak berapa nak nampak la.. maybe letih kut? kena rehat la ni.. ZZZzzzZZZZzzz


amacam ok tak? boleh pakai tak alasan tu? tak boleh? ok, jom kita makan cekelat ek? :P hahahaha ngengongengongengong

*axioms - universally accepted principle or rule


Rabu, 7 Mac 2012

lain padang

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

belalang google
orang kata lain padang lain belalang kan? kalau kat malaysia, kita patut kena lebih hati2 bila benarkan anak keluar rumah. lagi2 anak kecil. macam2 sangat kes yang boleh berlaku sampai kita rasa tak selamat. hari ni baca paper ada budak 5 tahun hilang lepas keluar beli megi. astaghafirullahazim.. seriau la baca cerita macam tu. rasa macam tak selamat dah kat malaysia. ke mana budak tu hilang? dia lari ke mana? kena mesti ada orang nak culik semua. apa silapnya dan di mana silap masyarakat kita.

nak salahkan orang lain pun susah jika kita sebagai ibu bapa lalai. tapi, orang sekeliling pun kena ambil inisiatif supaya keadaan sekeliling tempat anak2 membesar bukan jadi tempat yang tak selamat.

di sini anak2 kecil keluar ke kedai atau berjalan sendiri ke sekolah adalah benda noraml. dan yang lebih baik sebab masyarakat sama2 memainkan peranan. contohnya, pakcik2 yang dah pencen, ibu2 surirumah sama2 tolong tengokkan. ada yang tolong jagakan simpang supaya anak2 ini selamat melintas. nanti ada masa mama ambil gambar sebab pakcik2 ni ada yang dah kenal dengan kami sebab hari2 berbasikal laluan yang sama dan saling tegur menegur.

sedih bila orang kata nak keluar di malaysia tak selamat. sebab macam ni la. kalau kita semua main peranan, ambil berat kebajikan anak2 tak kira anak sendiri atau anak orang lain, mesti perkara buruk macam ini tak berlaku. jangan sampai satu hari nanti kena perintah berkurung sudahlah. kesian nanti anak2 kita di masa hadapan.

Selasa, 6 Mac 2012

err err err - saya taknak mereng :P

* السلام عليکم *



 こんにちは q(^_~)p

nak mereng ke tak mereng - sambil petik kelopak - haha
Tq utk doa2 korang, Aidan still not ok, tapi pagi tadi gigih juga hantar dia pi kindy. sbb dah byk hari mama tak concentrate kerja. sampai tengahari kindy call papa suruh ambil sbb masih tak berhenti cherry dia.. so petang ni aidan stay kat rumah dengan papa, kalau malam ni tak ok nampak gaya esok mama cuti lagi la jawabnya.. T_T takde makna nak berehat..

on another note, kelegaan besar sebab kerja yang dok tatap sejak 2 bulan lepas dah selesai. harini tengah dok summarize untuk next stage analysis, sensei kecik mai.. kasi pulak 2 dateline baru, kena hantar 2 paper lagi.. hahaha sumpah tak tau nak cakap ape dah.. nak nangis rasa tah apa2.. nak gelak kang orang kata sipi2 nak mereng.. ngahahahahhaha

so more kerja, less rehat.. nak april datang cepat sbb kawan2 nak mai boleh berjimba2.. tapi, april juga la dateline.. hahahhahahhaa sumpah boleh gelakkan diri sendiri aje le.. ni la namanya sindrom budak tahun 2 phd kut.. nak mereng ke tak, nak mereng ke tak?

ya, ini jalan yang gatai dipilih, maka bertabahlah untuk diri sendiri. yosh! gambarimasu!

Isnin, 5 Mac 2012

student-cleaner-nurse

* السلام عليکم *


 こんにちは q(^_~)p

owh what a weekend.. jumaat rush balik rumah fill up fridge, sbb sabtu dan ahad papa ada lab trip. sabtu pagi2 hari lagi papa dah keluar tinggal mama dengan anak2.. it was fine. anak2 tak meragam, mama dapat buat kerja (ya kerja tak henti2). tiba petang semalam dengan aiman meragam tak tidur siang, aidan pulak start muntah2.. aaaaaaa jenuh la mengemop, mencuci.. tidur malam dia pun tak lena. tak masuk lagi dengan kerja sekolah tak siap2, anak meragam.. kesian juga pada papa, sampai rumah terus tolong tidurkan aiman.. mama n aidan tidur bawah. pukul 5 lebih baru ganti mama dapat tidur betul sampai pukul 7 gitu..

dan pagi ni, ke klinik, dah dapat ubat dan balik rumah, aidan cherry berry la pulak dah.. ya Allah dugaan sungguh.. aiman papa hantarkan ke sekolah, so tinggal la mama dgn si kecik ni.. alhamdulillah, lepas makan ubat, minum air cam 100+ tu tidur dah dia.. bubur nasi dah letak atas api n tengah reneh sup ayam untuk dia.

moga semua ok balik. minggu ni mama nak kena jumpa sensei. moga aiman n aidan lebih sihat amin.. weekend akan datang mama pulak ada lab trip.. kalau anak2 tak sihat kesian kat papa nanti..

Jumaat, 2 Mac 2012

puas hati

* السلام عليکم *



 こんにちは q(^_~)p


snow tahun ni puas hati sebab ada hari yang tebal dan boleh kami main anak beranak..

upload video ni lama dah tapi lupa link kat blog. esok2 kut nak tengok balik video main salji ni ada juga kenangan kat blog ni.



haha kesian ok aiman melantun2 main jongkang jongkit ngan mak dia yang errr.. hahahahahaha



aidan memang tak suka dengan snow.. hahahaha siap sakit2.. siap hembus fuuuh (sbb marah) hahaha.. aiman pulak berlari2 seronok habis.. hahahaha



hahaha papa jadi starfish :P

Khamis, 1 Mac 2012

di celah2 minggu - eh tajuk tak tahan

* السلام عليکم *



 こんにちは q(^_~)p


ya Allah.. dah masuk mac.. kejap sangat la tahun ni berlalu.. maka tinggal la lagi 10 bulan genap2 sebelum 2012 berakhir.. owh tidaaaaakkkk o_O banyak perlu dikerjakan.. masa berlalu pantas betul.. oktober ni mama tahun 3 phd.. *gigitjari.. seraaaaaaammmmmmmmmmmmmm

mula la aku nak gelabah biawak ni.. serius! jangan le jadi perangai haru masa zaman dulu2.. bila tiba peak aku rasa nak abandon aje kerja ni semua.. yikes!

by april mama expect to have another publication.. tik tok tik tok.. analisis dari tengah bulan januari hampir siap tp cikgu tambah benda baru untuk analisis maka rasanya tak layak tidur dah ni kalau nak siap paper by april.. ya Allah.. permudahkanlah.. moga2 dapat selesai within timeframe yang mama plan.. kalau tidak haywire la sampai tahun depan.. takmo2.. nak balik on time :P

a little update about the kids. alhamdulillah depa sihat, syukur.. dan tak marah2 sebab dah berapa lama tak keluar jalan2 dengan depa.. weekend pun banyak dihabiskan masa kat rumah sebab mama dan papa bergilir buat kerja.. papa pun busy.. kesian anak2.. tapi mujur juga anak2 tak reti mengeluh sebab tak keluar.. mungkin sebab kecil lagi.. as long as dapat duduk bawah ketiak mak dan merengek menangis sampai makpak naik mengong (hahah) rasanya cukup kut kat depa..

aiman punya kelas kumon still ongoing.. berterabur mak dia punya jadual sebab kena balik lab, masak dinner, hntr aiman ke kelas, kalau takde kelas kena buat homework, lepas siap makan mandi ke apa tidurkan depa baru la kami boleh study.. kalau idak ke laut juga kami hanyut tidur.. hahahaha tapi mama syukur papa banyak sangat membantu.. kena bagi 10 markah kat papa.. yeay! :)

aidan? lalalalala budak kecik ni memang.. tak boleh nampak abang buat something dia pun nak juga buat.. sabar aje le anak yang kecik sorang ni.. masih tak putus susu.. sebab mak dia tak menang tangan nak kebalkan diri n kentalkan diri especially time malam.. jenuh.. pernah try tgh mlm tak bagi nenen meraung2 macam apa... dahle kami penat dah so kem salam.. mari kita sambung bf la aidan.. hahaha.. jangan sampai tua sudah :P

bila takde kerja ini la yang kami buat.. ngahahahhaa





aiman, aidan, sampai sebelum kamu kawen kiss mama aje tau.. kiss pompuan lain siap kamu mama sebat!