Jumaat, 28 Mei 2010

konnichiwa!!

*hello


alhamdulillah, mama dah jumpa sensei 2 kali dah.. harini jumpa dapat meja terus kat dalam lab.. syukur.. dan dan tu jugak mama try update blog.. ye la.. family dan kawan2 yang ternanti gambar dari perantauan.. so, cerita dari hari berlepas la naa..

Jumaat lepas (weh, harini genap seminggu le!!) kami ke KLIA bersama rombongan cik kiah yang sudi menghantar kami.. Alhamdulillah, syukur semua ahli keluarga yang sudi hadir tu terima kasih banyak2.. yang menghantar doa pun terima kasih.. kami dah mula rindu semua orang.. nasib la juga ada 2 naga kecil yang mampu buat kami lupa rumah kejap.. macam2 kerenah..

tepat pukul 1145pm 21 Mei lepas kami bertolak dari KLIA.. perjalanan yang sepatutnya boleh diisi dengan tidur, kami isi dengan pening kepala campur mama blueekk 2 kali sebab lebih 2 jam air turbulence.. giler!! first time rasa macam tu.. pakcik makcik jepun pun muntah ok! serius! tapi syukur kami mendarat di bumi Osaka jam 7 pagi waktu jepang! (beza lebih 1 jam je dari malaysia)

Jemaah cik kiah yang menghantar.. anis syahirah jadi photog..



masa ni rasa nak sujud syukur je weh!

connecting train dari landasan ke terminal

sesampai je kat terminal, kami tunggu lebih kurang 1/2 jam remy dan abang lan menyambut ketibaan kami. syukur sangat2 sebab punya sahabat.. sebab masa tu mama dah tak larat muntah dengan tak makan sebab penat sangat..
airport Kansai servis dia ok.. imigresen dia sempoi, kastam dan orang airport siap tolong bawakan beg kami sebab kami keluar paling last.. agaknya depa dah nak tutup kaunter kami tak keluar lagi.. hehehe.. boring depa..
lepas tu perjalanan dari osaka ke uji (pi rumah kawan dulu) mengambil masa sejam setengah nak sampai.. jauh gak ooo
anak bujang mama


sesi tukar lampin kat airport.. aku main belasah je guna facility depa.. tak faham sepatah apa pun..
sampai rumah abang lan dan kak liza, kami pekena nasi goreng.. kak liza siap bekalkan nasi untuk malam tu sebab tak tahu bila nak jumpa makanan lagi..
petang tu, secretary sensei dah tunggu kat hotel (kami duduk hotel uni nama dia shirai-kaikan) dekat je dengan kyoto uni campus yoshida..
petang tu papa dah pi tengok rumah.. mama tak larat pun nak ikut.. lepak melepet dengan budak2 dalam hotel je.. abang lan dan remy teman.. malam tu kami makan nasi siap ayam goreng n gulai lemak ok!! kelas!!
ok.. sambung minggu depan..
hangpa tunggu naaa..
cheq nak pi kejaq bas balik.. kampus cheq jauh dari rumah.. ngeeee


Selasa, 25 Mei 2010

we're alive..

.. and still breathing.. alhamdulillah.. syukur.. kami tak sempat nak update apa2 lagi.. once dapat internet yang baguih sikit cheq update na.. ni pun curi line sapa aku tak tau.. hahahaha.. awal2 lagi dah jadi pencurik!!!

salam korang.. rindu banget..

Jumaat, 21 Mei 2010

kenapa privatize blog

ada banyak sebab sebenarnya bila orang yang biasa berblog tiba2 rasa nak privatize blog dia.. antara sebab2 utama pastilah kerana ada yang terasa hati dengan isi kandungan blog tersebut..

alahai, kepada yang membaca blog, cuba letakkan hati perasaan marah tu ketepi.. bila berblog ni bukan maknanya tuan punya blog nak menunjuk2... kebanyakan dari blogger hanya nak berkongsi suka, duka perjalanan kehidupan..

komen2 menyakitkan tu letaklah ditepi.. tak perlu kita sakiti hati sesiapa. lagipun hidup ini terlampau singkat untuk saling menyakiti ok..

cheers!

ada banyak gambar nak upload untuk entry.. tapi rasanya tak kuasa nak godak kotak untuk cari cable..

tunggu kat jepun la ek.

haha

Khamis, 20 Mei 2010

owh no..

we learn about money handling in a very hard way today.. for 6 hours we were driving all over KL to get some yen and found out that since it is not common to change a large amount of yen in KL.. we went from Muti.ara Daman.sara (I even bumped into Jua while brisk walk in Ikano trying to find a money changer) to Jalan Mas.jid In.dia until pavi and so on..

we changed the money here and there and still not enough notes that we get.. on another note, now we know that a traveller's cheque only can be made for 'most common' currencies such as pound, euro and usd notes.. no yen afterall.. and we learnt about that after we came out from the bank!! and it's almost 4pm!! aiyo!!!

so, until now, we still haven't figure out what to do with the money that we intended to bring to Kyoto.. and we only left with 24hours before check-in!!!! AAARRRRRGGGHHHHHH...

*&%%^^&&*((*&^%$#@!@#$

tension mode on!

and we still yet to pack our foods tonight and tomorrow morning!

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

die man!

Selasa, 18 Mei 2010

tick tock tick tock.. BOOM!

seriously, kepala dok tick tock aje.. cam nak meletup pun ade.. progres to report, beg baju 99% siap kemas.. tunggu baju kurung baru (sempat lagi aku) nak pi ambil karang dan masukkan dalam beg.. makanan masih belum pack.. dah beli, tapi ada sikit2 lagi nak ditambah..

rumah kat kyoto masih belum finalize.. sampai sana nanti pun kami akan duduk hotel untuk 2 malam.. sabtu assistant supervisor akan bawa kami pi tengok rumah.. hopefully by monday leh masuk rumah baru.. rabu depan jumpa supervisor (lepas ni aku taip sv je le).. itu lagi dup dap BESAR PUNYAAAAAA...

petang ni kami akan balik KL..

sayu je hati nak tinggalkan rumah sendiri.. harap2 kami akan balik bercuti la nanti.. rindu la dengan rumah ni..

rumah, jangan nangis ek (tah ape2 je..)

esok, nak makan kek akak ni.. hehehe... syok!

Jumaat, 14 Mei 2010

alalala

if I want to turn back time, could I get this cheeky boy to look like this back??



la ni dok asyik tempik AIMMMAAAANNNNN je..

masa kecik comel je ok!!!

at least there's something nice

after a very hard day (yesterday's drama) ended this morning after I confronted the lady with the dean and several witnesses, I managed to calm down and finished all required job before lunch..

and thanks to the school for the farewell lunch.. it was nice.. and thank you for all duas.. insyaAllah everything will go smooth sailing after this..

while blog-hopping this afternoon, I came across azure page that links to me.. and this video clip really make my day..

just to share with you guys..

I am MOM!!

i like when she said 'it's your father's DNA..' hahahahahaha




Khamis, 13 Mei 2010

bikin hangat hari gue!

ok, tajuk memang tak boleh blah.. sebabnya harini hangin, tensi, kecik hati, panas hati semuanya ada..

ini gara2 pasal ada orang memandai2 report kat bos melangkau mama.. abihnya.. dah kalau dah lantik mama untuk jawatan tu, buatpe memandai pi report kat bos?? abihnya mama ni tunggul? cis!

emosi aku tak pasal2 tau x?

sigh.. dahle banyak lagi benda boleh buat kat rumah.. I am officially cuti already.. tapi sebab nak pi ngadap bos bawa la si kecik yang demam tu ke ofis.. alih2 orang yang report tu mc pulak.. dalam pada mc boleh pula datang petang dan bos bila petang dah takde..

ape kejadahnyaaaaaa!!!!


hnsss hnss hnss - leh jadi naga ok!

sayang korang

enjoy gambar from azah's view



nak gelak tengok hafiz carry arissa kat belakang tu..



like father like son



aidan tu tidur syok aje..


anak masing2 berderet2.. hahaha


game bapak2.. enjoy betul..


aksi papa.. i lap u bebeh!


ladies punya turn pulak..


aku sayang korang semua.. kawan2 kat UTM ni.. sampai la ni kami rapat.. dan syukur, gathering yang mama organize last saturday dapat juga himpunkan ramai kawan2..

yang tak datang tu lenkali korang datang ye..


untuk tatapan kala rindu..

masa ni ramai gak dah balik- hanim, izan, lami.. aki pulak anak dia hidung berdarah kat belakang..

overall makan kenyang, masing2 happy.. syok!!


*azah, tq gambar cantik

Rabu, 12 Mei 2010

review ala-kad: diary of a wimpy kid

review ala-kad maknanya review ala-kadar ok.. dipendekkan gitu.. lepas ni semua review pakai tagline ini aje le..

lama dah rasanya mama tak review buku..

bukan tak membaca tapi tak dan (itu je la ayat kamu mastura oi) nak review dalam blog..

so, ini adalah buku terbaru jadi peneman atas katil mama..

beli buku ni pun pasal dongan punya review la..

movie dia nak keluar dah..

harap sempat le sampai ke mesia sebelum berangkat..

jalan cerita dia simple.. mudah nak faham dan berkisar pasal seorang budak elementary yang ada krisis hidup kanak2.. dari girlfriend, kena buli, cikgu dia.. macam2 laa..

ok la untuk tenang2kan minda..



pic google


Selasa, 11 Mei 2010

Sekian, terima kasih..

Kat santai, taman tasik permaisuri.. Sedap! Sirap bandung spesel..

Ape nak jadi dgn ko nak oi

Ni edisi kekurangan kasih sayang ke aiman?

tembolok kami

kami masih di KL.. semalam dah buat visa.. esok insyaAllah dapat.. petang ni selesaikan hal scholar papa.. hopefully esok petang boleh balik penang dah.. banyak lagi tak buat.. kemas beg lagi.. haiyooooo..

la ni.. mama nak tanya la kat korang semua, barang makanan apa yang perlu mama bawa dari sini ye.. almaklum, tak ade ide la.. bukan pernah merantau luar dari negara tanah air terchenta ini..

ok..

ni current list mama..

  • milo peket besar - 2 pack (kami x minum coffee..)
  • teh uncang
  • horlicks (feveret mama) - 1 pack besar refill
  • susu pekat manis - 20 tin
  • sardin tin kecil - 20 tin
  • megi mee - 10 pek bungkusan 5 setiap satu tu
  • tomyam paste
  • kunyit
  • rempah kari - ikan dan daging - 2 pek besar
  • farley's rusks - untuk adik - 10 pek besar
  • nestum - untuk adik - 2-3 tin besar
  • peket brahim
  • rempah campur
  • bunga lawang, cengkih, kayu manis
  • biskut2
  • cili kering
  • ikan bilis
  • belacan - wajib!!!
aaa.. sampai la ni ini je dulu dok terlintas.. ada cadangan ka lagi?

Isnin, 10 Mei 2010

colours

anak2 tidak pernah membezakan warna kulit, agama dan bangsa.. yang penting persahabatan tu mestilah ikhlas.. tiada kompromi..

gambar ni diambil 3 minggu lepas.. kat kizsport bangsar village..




adik pun tengok abang main ok..



dan penat, tidur kejap.. hihi


semalam kami ke situ lagi.. tapi bukan mama teman, nenek n makcik2 aiman aidan yang teman.. mama dapat present dari papa - treatment kat thai odyssey.. best! tq dear..

tapi yang tak best semalam sebab aiman gigit sorang budak besar yang main kat tempat untuk toddler less than 2 years old.. padan le muka hang.. sapa suruh kacau anak aku.. memang nahas le..

mother's day kami semalam penutup dengan mama treat diri sendiri xixili, treat makcik n mak tea kat delicious yang sedap!!

puas hati semalam..

happy mother's day semua mommies yang berpenat lelah membesarkan anak2 tanpa mengira masa dan lelah..


Sabtu, 8 Mei 2010

havoc

fano, spesel utk ko.. Preview hangat ni.. Hahahahaha

Jumaat, 7 Mei 2010

dengki dan kagum

mama officially dengki but kagum dengan makcik ni..


*pics googled

mana tidaknya.. episod semalam tunjuk dia bersalin bb boy.. dah tu bila start kerja dia masih breastfeed baby dia... terer betul.. siap masa shooting, make-up pun dia sempat pump ok.. dan dia tunjuk hasil sekali pum dia.. 6oz ok!!!! dengki noks!!! dan dia pump every hour.. *clap2..

ini la baru dinamakan multi-tasking.. syabas!

dia pakai medela ok.. tp rasanya bukan fs sbb corong plastik bukan silikon.. tp double-pumping.. sambil make-up noks.. dia siap marah org yg suruh dia cepat2.. sbb dia kata bila relax baru susu keluar.. serius aku respect!

tiap2 jam perah, aku hands-down!!!!!! bagi aku semangat la dia ni

Khamis, 6 Mei 2010

entry muka sahaja

visa kami insyaAllah minggu depan baru terkedek2 nak buat.. papa kata tunggu berita dia dulu le.. takpe la.. kami ok je..

in the mean time, kami anak beranak minus papa pi la ambil gambar untuk visa jepun.. err.. gambarnya background putih.. pelik.. saiz pun gedabak 2inch x 2inch.. bosar.. pelik juga.. takpela.. jepun kan lain dari yang lain.. hehe..

so, presenting..
















pesalah no 1


mama bear - weh, kaler pink background putih mantap ok!! hahaha.. eh, kurus pulak aku rasa ni.. hihihihi *perasan

*ok, tiba2 teringat gambar wancu nana.. gambar senget ok.. ala2 omputih la konon, pastu buat mata stim kuyu cam kucing kena ubat batuk *hahahahhahaa gelak setan!!!!






pesalah no 2


big brother bear - apesal la muka kamu sedih sangat ni aiman? aiyoh











dan pesalah ketiga










janji jangan gelak tau....














tadaaaaaaaa




little brother bear - adik cam nampak antu ok.... hihihihihi....


ok.. esok kami balik KL.. best2..

Rabu, 5 Mei 2010

official countdown begins

well, it's official bebeh..

flight ku adalah 21 Mei ni.. pukul 1135malam.. sila sediakan kompang, zapin dan kuda kepang ye bagi menghantar kami.. hahahahahha.. boria tak layan.. akakaka..

airmata letak tepi.. kalau kira ayaq mata mama nnt banjir klia tu noks! takmo sedih2.. hihihi

so, sila sediakan tiket bas ye orang adela, org palong.. hahahahahha..


*mode nak pengsan sebab banyak lagi benda tak buat.. tinggal 16 HARIIIIIIIIIII... wwaaaaaaaa


Selasa, 4 Mei 2010

perak sat

bukan perak negeri ok.. nak kata e taling ke e pepet pun tak ingat dah yang mana satu.. huhuhu.. perak = jakun le kiranya..

dah check tengok temperature kat kyoto ala2 time nak tiba nanti lebih kurang 20 degrees.. ngeeeeee... sojuk la omak ni haaa... papa cakap, ala2 cam kat cameron.. HAH??? kat cameron pun tak tahan camno den nak hidup kat kyoto ni haaa..

garu kepala sat

mampuih!

mau cheq kena cari stokin n sarung tangan ni..

lebih muslimah la cheq lepaih ni..

haru!

padan muka

sapa suruh gatai cari tempat jauh?

hahahaha

ayat baik punya

mula2 mama ingat mama on the wrong side.. mama bukan tak kesiankan budak yang kena tembak tu.. tapi mama rasa something is not right if i'm on their side.. ye lah, how come emak dia tak disalahkan bila anak keluar tengah2 malam, curi bawak kereta sedangkan awak tak ada lesen.. malam ahad, esoknya kan ke sekolah? bila disuruh berhenti kenapa tak berhenti? mencari nahas jangan salahkan orang ok.. lagi satu, sampainya hati kawan anak dia tu langsung tak bantu anak dia masa nahas.. kenapa ko lari dik oi.. tak sayangke pada kawanmu itu?

tapi bila mama baca entry datuk AKJ, betul la.. anak2 kan tanggungjawab kita.. kalau setakat beranak bagi makan bukan susah, tapi nak bentuk jadi orang tu yang susah..

bila dikata anak jahat, mula melenting, nak disaman sana, disaman sini, pastu nak naik court, buat press conference, nak suruhanjaya diraja.. alahai.. redha ok.. Allah tempatkan dia tempat yang lebih baik mungkin.. sabar banyak2..

ayat ketua polis dalam berita semalam la mama paling nak tergelak.. ye la.. kalau polis buat salah semua marah polis.. tapi kalau polis yang kena, takde sapa2 kesian kan? depa pun ada anak bini ok.. ayat dia semalam "anak sapa yang langgar polis? anak orang baik2 la kan? kalau kata anak orang jahat marah pulak" dusyum! pedih2.. hahahahhahaha

siapa makan cili, dia terasa pedas le..

jauhkanlah anak2 kita dari bertindak diluar pengetahuan kita..

Isnin, 3 Mei 2010

kenduri oh kenduri

IMG_0311 kenduri budak cemomot ni le.. hehehe

alhamdulillah, sabtu lepas selamat kenduri akikah cum doa selamat masuk rumah cum tahlil pergh.. 3 in 1 gitu.. lega sangat2 sebab berjalan lancar.. mama bersyukur sebab semua family, kawan2 dan jiran2 sudi datang, bantu dan ringankan tulang samping masa diperuntukkan untuk kenduri ni..

majlis bermula lebih kurang pukul 11 pagi.. dengan group surau lelaki mai untuk baca yassin dan tahlil.. lepas tu mula la sesi soru sapedem.. hehehe.. lauk baikkkkk punya.. mama amik catering yang direkemen oleh kontraktor yang buat rumah mama (hihi) dan adik makcik.. sedap ooo.. pandai depa masak.. rupanya catering ni kira femes juga kat penang.. umi sekha catering.. no telefon 04-6581270 (ha, siap iklan free seh!)

since akikah untuk anak teruna, cheq pakai 2 ekoq kambing le.. seekor buat masak kurma dan seekor lagi buat masak kuzi.. kurma dia memang terangkat!! tp kuzi mama tak rasa sebab memang habis! hihihi.. rangka dia pun ada kawan ofis dan amik.. punya la sedap gitu..

nasi pula nasi tomato + beriani.. dalca ayam, ayam masak merah, jelatah/acar timun, dessert pulak bubur pulut hitam, tepung bungkus, kek lapis asam, kek marble dan puding marble..

marvellous!!

tetamu sampai ke petang.. lega betul dapat kenal jiran2 dan mingle dengan friends and family.. lepas ni ntah bila pulak nak buat kenduri kat rumah tu.. tunggu 3 tahun lagi le kut.. ahahahha

so, enjoy gambar2nya ye..

DSC_0282

aidan dengan nenek

DSC_0290aidan dengan moyang dia (tok su mama)

DSC_0294 selepas je gambar ni diambil wancu nana kena bebel dgn cik da.. ahahahha..

DSC_0316

aiman mula tunjuk hero ok..

DSC_0314

baju adalah tajaan wancu nana.. hehehe

DSC_0322

orang surau mula makan

DSC_0346

tok ayah posing ala2 caterer.. hihihi

IMG_0351

papa ala2 nak tunjuk kijam le tu..

DSC_0364

suke gambar ni.. brothers.. tok ayah n tok ngah.. muka pun serupa

DSC_0399

reen n clan.. aku tak kira, hangpa kena cakap aku kurus.. CAKAP!

DSC_0402

haji harris idaman kalbu.. muah bebeh!

DSC_0413

dari kiri dikyah, mak, anis n wanie – my inlaws.. kakak tak sampai lagi time ni

DSC_0366

sesi gossip berjemaah..

IMG_0306

kerja depa ni posing merata.. hahaha

IMG_0321

dan seperti biasa la.. kerja sepenuh masa.. hehehehehe

ucapan terima kasih untuk semua yang sudi hadir dan bantu kami.. especially untuk family kami yang sudi sumbangkan tenaga, wang dan masa.. jazakallah.. semoga Allah balas budi baik kalian..

untuk babah, makcik, nana - tq sumbangan tu.. tq untuk goodie bags..

untuk MIL, tq kek marble n lapis asam tu.. sedap!

untuk cikda n maktam, tq utk tenaga dan puding marble tu..no 1!

untuk anis, dira, isma, tq untuk present2 korang..