Isnin, 6 Februari 2012

Burger daging sedap

Tajuk memang boleh membangkitkan dengki hahahhaa (nota: entry ke 1000 ni weehooo)

I recently found a blog somewhere (lupa dah) how to make beef patties.. Almaklum terlebih bijak tukar2 sesuka hati resepinya.. Yeay jumpa rasa yang sedap kat tekak..

Boleh buat untuk jadi burger patties mahupun slices jadi inti untuk tortilla..

Resepi

1 genggam daging cincang - mak tak timbang tadi.. Tp lebih kurang 100gm daging cincang
7-8biji cendawan butang.. Takde cendawan butang taram 3 cendawan shitake pun sedap - tested n proven
1/2 biji bawang besar
1 biji telur
1-2 sudu makan steak seasoning- mama pakai yang ni


Sikit garam, serbuk lada hitam
2-3 sudu serbuk roti - agak2 nak bagi boleh melekat

Cara

Blend telur, bwg n cendawan

Campur bahan blend dgn bahan2 td

Kalau nak sedap lagi perap lama sikit.. pastu boleh buat bebola macam hamburger.. takpun, letak between 2 keping baking sheet kasi gelek bagi rupa burger patties biasa..

nak masak boleh terus atas kuali dgn minyak sikit - macam burger biasa

atau grill untuk 35-40 mins sampai masak..

nom nom nom
ni goreng mcm burger biasa
ni grill dlm oven

senang dah.. takde le kempunan telur tembakul.. eh burger sangat.. hahahaha

Tiada ulasan: