Selasa, 24 Ogos 2010

buah yang tak boleh dimakan

*buah pemikiran

tadi mama layan satu link share kat FB.. pasal ada satu mamat ni marah kat tunang dia nak putus tunang sebab dah jumpa orang lain yang lebih kaya.. interview dalam radio.. siap dengan dj tu sekali marah2kan perempuan tu..

well to me, perempuan tu tak salah.. seriously.. dia ada hak untuk memilih lelaki yang lebih baik dalam hidup dia..

kalau dia rasa lelaki tu tak berusaha cukup kuat untuk menggembirakan hidup dia kelak, mama rasa tak salah untuk dia memilih.. lagipun dia belum berkahwin.. bertunang itu adalah sesi taaruf berkenalan dengan lelaki tersebut..

perempuan ni hatinya lembut.. kadang2 tu yang mudah je termakan pujuk.. mudah berkata.. "hmm, takpelah satu hari nanti pasti si dia akan berubah" OOOOoooo tidaksss... jangan sesekali percaya dengan ayat macam tu..

bukan niat mama jahat.. tapi sebab orang perempuan selalu beralah macam tu dan redha terima je hakikat yang dia perlu hidup dengan lelaki yang dia rasakan hanya itu je yang terbaik untuk diri dia.. tu yang menyebabkan ada kes2 kena tetak la, kena simbah asid sebab tak bagi duit la, kena pukul la.. serius ok! kita kena sentiasa simpan dalam hati yang kita deserve yang terbaik..

suami kita adalah salah satu faktor kebahagiaan kita.. kita pilih, usaha untuk kekalkan hubungan dan bertawakkal pada Allah.. jika kita pilih yang terbaik, insyaAllah kekal la jodoh kita.. cuma jangan menyerah kalah dan hanya redha kepada Allah jika kita dipukul, sedih atas perbuatan suami yang tidak sayang dan mengambil berat pada diri kita..

ingat, kita pun ada nilai.. dan kita yang meletakkan nilai pada diri kita.. jika kita letakkan nilaian yang rendah, maka terimalah hasil dari nilaian itu.. lelaki dicipta untuk menyayangi kita.. cinta itu pengorbanan kedua2 pihak.. bukan hanya wanita yang perlu menyerah dan mengorbankan hidup dan jiwa raganya.. tetapi lelaki juga perlu menyayangi isterinya..

ntahle.. mama lagi rasa berbulu bila tengok komen sang lelaki yang dok kutuk perempuan tu kata mata duitan la.. ntah apa2.. kalau lelaki ni nak pilih perempuan cantik2, lawa2, gebu2 tak mengapa pulak.. kenapa bila sang perempuan nak pilih ikut kesukaannya tak boleh kan?

boring I..

haha

6 ulasan:

mama glam berkata...

Setuju sangat!

ishahannah berkata...

agree!

_mmm_ berkata...

couldn't agree more!
thus, im still waiting for the right person to come?
btw mama, macam bercakap ikut pengalaman je. thank god arwah mak reject dulu. may happiness will always be with u and abg harris. love u both =)

Ayu Ikhwani berkata...

Btul tu, akak pun dok pasan dah link tu.. tp tak bukak pun sbb leh agak ape dia ckp.. mcm la ckp laki tu leh pecaye sgt kan, diorg ni kan spesis pandai tagih simpati

aini aziz berkata...

i setuju gitu..kite jgn jd pengalah dlm keadaan..mmg sakit hati tau...

Queen berkata...

setuju...cuma jgn dipermainkan je...tak nak kata lah taknak kaann....

lagipun pompuan tu dahtunang dah pun..agaknya dia nampak laki tu memang dasar tak boleh pakai..baru lah dia putus...ok pe..bukanla awal2 dahreject kan..heee


pssstt...tapi me memang tk kesah...sebab bab harta ni mak dgn anak pun boleh putus hubungan.. jadi lebih selesa cari sendiri dan tak hadap sesiapa... =)
cuma lelaki tu perlu ada inisiatif je dah memadai..kalau jenis yang memang kaki lepak je..mek pun tinggalkan jua..ahhahah