Selasa, 29 September 2009

pada hemat saya

semalam masa tengok berita, sibuk la dicanang jumlah kematian ops sikap meningkat dari tahun lepas.. pada pendapat mama, ada beberapa sebab berlakunya peningkatan kematian tahun ini.. firstly, sudah tentu kerana minyak tahun ini lebih murah dari tahun lepas - menjadikan lebih ramai yang pulang ke kampung menaiki kenderaan sendiri.. tak kira la kereta ke, motor ke..

keduanya, tahun ini lebih ramai yang baru² pakai kereta bawa balik ke kampung - menjadikan orang² yang jarang² bawa di jalan kampung mahupun di lebuhraya kurang berhati².. bawa kereta di bandar tidak sama ye dengan bawa di jalan persekutuan biasa tu.. sebab tu tendency untuk kemalangan sangat tinggi

ketiga, sikap orang kita sendiri.. kalau mengantuk tidak mahu berehat, potong line tak tentu hala, suka guna emergency lane, membahayakan orang lain, kalau memotong tak perhati dahulu.. ish.. banyak laa.. kalau guna alasan cuai ni, memang macam² boleh jadi..

keempat, faktor umur tidak menghalalkan kemalangan ye.. apekah dengan cadangan untuk menaikkan had umur pemegang lesen akan menjadikan jumlah kemalangan berkurang? hmmm.. i don't think so.. kadang² ade je yang umurnya tua.. hatinya masih muda.. kuang kuang kuang..

seriau sebenarnya bila fikirkan jumlah kemalangan.. walaubagaimanapun, mama rasa sebagai academician, adalah tidak wajar membandingkan statistik tahun lepas dengan tahun ni.. sebabnya, jumlah kenderaan yang keluar dari kota lebih tinggi dan lebih ramai pengguna jalan raya tahun ini.. sebab cuti panjang.. tak caya? cubalah belajar statistik.. camne nak buat statistik, baru bandingkan.. sekian, selamat beramal.. hahahhaha

2 ulasan:

FAM berkata...

diorg ni duk sibuk kira statistik, pstu salahkan pemandu. carilah cara nk hindarkan kemalangan,kan?

Unknown berkata...

mommy dania, ye.. betul tu..