Selasa, 15 September 2009

ke situ rupanya duit kami.. ish laaa

*updates*

taken from utusan malaysia

Malaysia akan miliki pasukan F1 sendiri


Najib Tun Razak menerima replika kereta pasukan F1 1Malaysia daripada Pengerusi Proton, Datuk Nadzmi Mohd. Salleh (dua dari kiri) sambil diperhatikan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun (kanan) dan Pengarah pasukan F1 1 Malaysia, Zahri Ismail (kiri) di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 15 Sept. – Pasukan Formula Satu (F1)-1Malaysia yang menggunakan kepakaran tempatan sepenuhnya akan beraksi dalam perlumbaan bertaraf antarabangsa mulai tahun depan.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan penubuhan pasukan itu hari ini berkata, pasukan 1Malaysia telah mendapat kelulusan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) untuk mengambil bahagian dalam semua kejohanan F1 di bawah persekutuan itu.

Menurut Perdana Menteri, pasukan 1Malaysia merupakan pasukan berwajah negara kerana kereta yang digunakan akan direka, dibuat dan diuji di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

‘‘Pelumbanya juga adalah rakyat Malaysia dan begitu juga dengan pasukan pitt stop. Pasukan ini merupakan hasil usahasama antara sektor awam dan swasta di mana ia menggabungkan Proton dan Lotus dengan disokong oleh SIC, Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM), Persatuan Automobil Malaysia (AAM), Kumpulan Naza serta AirAsia Berhad.

‘‘Pasukan ini turut mendapat sokongan daripada individu seperti SM Nasaruddin SM Nasimuddin (Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza), Datuk Seri Tony Fernandez (Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia) dan Datuk Kamarudin Meranun (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan penubuhan pasukan F1-1Malaysia di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Najib melahirkan keyakinan beliau terhadap pasukan 1Malaysia dan mahu melihat lagu Negaraku berkumandang di litar-litar perlumbaan antarabangsa.

Beliau berkata, pihak berkenaan akan menentukan peserta yang sesuai untuk menyertai pasukan 1Malaysia.

‘‘Kita bagaimanapun tidak boleh mencapai kemenangan dalam semalaman sahaja tetapi ia melalui kemajuan demi kemajuan.

‘‘Saya berharap lagu kebangsaan kita dapat didendangkan dalam medan perlumbaan,” katanya.

Najib berkata, kerajaan melabur dalam pasukan 1Malaysia melalui Proton Holding Berhad dan menegaskan pelaburan itu bukan suatu pembaziran tetapi ia boleh membawa faedah kepada negara.

‘‘Tidak membazir, sebab ia melibatkan sektor swasta dan pasukan ini akan memberi pendedahan yang besar kepada Malaysia dan memberi manfaat kepada jenama Proton dan Lotus.

‘‘Ia bukan kegiatan sukan semata-mata tetapi ada unsur pemasaran jenama untuk Proton dan Malaysia serta rakan usahasama lain,” katanya.

************************************************************************************

bila dato seri PM umumkan tadi, terus mama n papa cakap.. "lorrrr, ke situ rupanya duit kita.. patut laa tak dapat duit rayaaaaaaa"

ha.. korang dengar tak masa berita tadi? PM yang kita sayangi invest duit rakyat ke F1?????? apekah??????? ye, memang kami terkilan betul.. dari invest berjuta-juta jutaaaaaaaaa duit ke hala F1 (sukan paling mahal dalam donia - negara lain pun tak buat team tau???), baik lagi dia bagi kami duit raya tu..

nape laaa.. buat benda pentingkan diri sendiri.. sahih lepas ni ada kroni yang akan dapat kepentingan punya dari ide F1 tu.. endorsement, produk and whatsoever.. ide 1 Malaysia ni difikir2 sebenarnya hanya membawa manfaat untuk sesetengah pihak je.. bukan untuk semua pun..

hmmm.. ntahle.. sapelah mama ni.. rakyat marhaein je.. nak boleh cakap pun dlm blog je aa.. jangan kena I.S.A sudah.. kui kui kui

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rasanya tu bkn totally duit kerajaan kan..the money comes from proton n others private comp..correct me if i'm wrong

mast@work berkata...

cik anon, eventhough bukan totally duit krjn, tp pasti sebahagian besarnya dari kerajaan.. orang takkan buat sesuatu tanpa balasan.. kan?

we must read between the lines to really understand this..

zailamohamad berkata...

itulah kan..hermm.ntahapohapo ntah kerajaan kita sekarang ni..makin lama makin teruk pentadbiran diorang..ntahapolah yang ada dalam pale otak masing2..kita tiap tahun bayar cukai, bayar tu bayar ni..tapi hasilnya?? dilaburkan ntah ke mana2..bila nak merasa hasil tu???

MommyDania berkata...

itulah dia PM pilihan rakyat :) (sy tak pilih dia...bluekkk)