Sabtu, 12 September 2009

bersalin di mana?

Insiden hari ni menyebabkan mama dan papa terfikir dua tiga kali sama ada sesuai ke tidak bersalin kat private hospital.. ye laa.. kalau ikut ramai, mesti yang setuju kat private hospital lagi best dari hospital gomen..

Alkisah, harini kami cuba la pi check pada satu Dr di hospital baru bukak kat seberang perai.. takleh reveal la hospital tu.. tapi kalau mama sebut mesti semua akan cakap “ooooooo”.. asalnya kami plan memang nak cari Dr perempuan muslin untuk sambut baby dan standby in-case tak sempat balik ke KL.. kami dahpun check kat UKMSC under Prof Hatta dan alhamdulillah, dia still accept mama.. lagipula haritu Aiman pun prof hatta yang sambut.. so, kira dah ada record senang la sikit..

Kat penang ni selain hospital yang kami pergi tadi, ada lagi satu klinik untuk muslimah.. dan papa macam tak berapa senang bila tengok facility klinik tu, tu yang cari hospital gak..

Pagi tadi, kami pi la try check kat Dr wanita ni.. biasa la.. dah namanya Sabtu, sahih la kami bawa aiman sekali.. bagi yang kenal aiman, awang kecik sorang ni memang tak boleh duduk diam.. alahai, yang jadi tak sedap, Dr ni macam tak senang je tgk aiman.. pelik juga.. takkan gynae tak suka budak kan? Yang paling tak sedap, dia siap ‘ish, ish’ lagi bila aiman dok panjang kerusi sebelah mesin scan tu… papa dah hangin, terus angkat aiman keluar aaa.. tak cakap apa pun.. mama tahu papa memang dah marah.. dahle papa susah marah.. tak pasal2 papa marah tadi.. apalah salahnya kalau cakap baik2, mesti aiman pun ok.. sebab orang ta

Dr tu pun tak berapa ramah.. buat kami macam takde duit je nak bersalin kat hospital tu.. mungkin juga bila dia tahu mama checkup kat klinik kerajaan, dia ingat cam tak mampu la kut..

Yang buat kami tak selesa juga dengan treatment kat situ sebab macam acuh tak acuh je untuk sesi checkup tu.. ye aa.. urine check pun mama yang tanya kat nurse tu sebab mama dah tak tahan nak terkencing.. lak tu, aku kena pegang aje kertas uji tu.. xde cup pun.. ape daaa… kalau kat klinik kampung siap ada cup bagai lagi.. siap check gula, darah lagi.. BP pun ambil.. ini kat hospital canggih, bayar mahal, tak check pun.. mama bagitau la kat Dr tu, semalam BP mama low.. 90/60 dia tak buat pape pun.. chit.. ape daaa..

At least misi kampung lagi bagus maaa.. bak kata prof hatta.. benda tak perlu buat pun semuanya dibuat.. lagi detail..

Tapi satu yang best tadi, Dr tu ada scan 4D.. jadi mama dapat tengok muka baby.. cam muka aiman laa… tangan kaki panjang2, dan siap nampak lagi genital baby.. hehehehehehe..

So, nampak gayanya tak bersalin kat private hospital kut kat sini.. maybe kat Hospital Seberang Jaya je la.. itu yang dekat juga dengan rumah baru nanti.. buat masa ni mama memang puas hati dengan checkup kat KK parit buntar.. so, we’ll see.. beranak sini ka, KL ka, mana2 pun ok.. janji semuanya selamat..

8 ulasan:

Ealyie berkata...

btw, kat sepital gomen skrg da byk berubah mast.. n paling penting segala kemudahan dan layanan semakin baik.
pengalaman ely bersalin & sakit mata dan admit 2 hospital kerajaan yg berbeza di JB ni, sgt2lah memuaskan. Doc ok, Misi pun ok.. Kita sakit pun ok2 juga..
apa pun harap segalanya selamat utk mast nanti.

mast@work berkata...

ely, memang pun.. makcik mas bersalin kat HKL pun dia kata ok.. dan kawan baru je bersalin kat hosp ampang pun seronok.. patutnya private buat lebih baik le kan.. ini semata untung je..

dee@dira berkata...

aku tau spital mana tu.. hehehehe x best ker aku baru plan nak wat fertility treatment kat situ.. ala...

Yen berkata...

mm mas spital mane tu xbestnye...
moga ko dpt bersalin dgn mudah :) aku deliver kat HKL & Hospital ampang, so far servis terbaiks...

mast@work berkata...

dira, bab treatment lain aku tak berani pula la nak komen..

yen, aku berharap sempat balik ke KL macam time aiman haritu..

Zety Zin berkata...

better ikut instinct kita je... instinct seorang ibu jarang tersilap kan? :)

Tanpa Nama berkata...

hai,
i br set appoinment ngan prof hatta. Is he ok? usually consultant fees ngan dia brapa ek? bleh advise?

mast@work berkata...

Hi miss anon,

prof hatta sangat best.. lembut je.. seriously.. fees saya selalunya between Rm80 to Rm120.. depending on the level of checkups..

hope that help...