Selasa, 1 September 2009

silap plan - tragedi di pagi hari

malam tadi mama plan nak solat terawih lewat sikit.. papa keluar awal dah terawih.. memandangkan aiman melalak² (as usual) bila papa nak keluar, mama tangguhkan kejap isya' dengan harapan by the time papa balik aiman tidur dan mama sempat solat terawih..

siap lipat baju 1 bakul (semalam 2 bakul baju siap lipat) dan teman aiman tengok thomas (dvd) nak pujuk dia, papa pun balik.. mama bergolek² di atas katil teman aiman nak tidur, alih² mama yang tertidur.. jam dah dikunci siap² tengah malam.. dengan alasan nak solat, makan² kuih dan macam² la lagi.. sekali tersedar......











haaaa????
















dah 6.40am!!!!!! aiyak!!!! kami bertiga tak sedar langsung.. pagi tadi terbangun pun sebab aiman nak susu.. aiyoyo.. makanya mama dan papa harini tak dapat pahala bangun sahur.. check tengok luar rupanya hujan.. patut la sedap benar tidurnya..

dan kami berdua agak tak sedap hati memikirkan pintu kereta tak boleh buka (my side) sebab kunci terperosok dalam ruang lubang (sigh.. itu la kereta nasional) dan papa lebih susah hati memikir harga minyak naik - makanya harga besi akan naik - makanya harga grill rumah pun akan naik..

sigh.. moga Allah permudahkan hari kami hari ini..



baby, sorry sayang, mama tak sahur pagi tadi.. baby tahan ye.. kita cuba sama² puasa hari ni..

2 ulasan:

Mama Adib berkata...

Yakin boleh :-)
InyaAllah

ku pun pernah tak bersahur gara-gara tak sedar

mast@work berkata...

mamaadib.. malaysia boleh, mama boleh.. hahahahha