Memaparkan catatan dengan label pregnancy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pregnancy. Papar semua catatan

Khamis, 10 Disember 2009

exercise untuk ibu mengandung dan dalam pantang

majoriti ibu mengandung dan dalam pantang mungkin dah tahu exercise ni.. ala, kegel floor exercise atau pelvic floor exercise.. exercise ni bagus semasa mengandung, dalam pantang dan juga untuk semua orang perempuan..

camne nak buat exercise ni? senang je.. tarik nafas dalam2, kemutkan bahagian bawah anda tu.. ala, yang depan tu.. bukan yang belakang tau.. pastu cuba tahan dalam kiraan 1-10 dan kemudian lepas nafas anda.. haa.. senang je kan.. cuba la buat sekerap mungkin.. especially masa tengah kerja ke, tengah memandu ka.. bila2 la.. 

bagusnya exercise ni, untuk bantu kuatkan otot2 pelvik dan membantu mengecutkan bahagian sulit anda.. pastu, exercise ni juga bantu untuk mengurangkan gejala terkincit (incontinence) dan juga bagus untuk hubungan suami isteri..

cuba la.. 

Rabu, 25 November 2009

alooooo

ye, mama masih di rumah.. masih belum beranak.. baby nak tunggu sampai raya kut.. jumaat ni cukup 39weeks..

yang pasti, Dr tak bagi lepas due date since ada history admission kat hospital due to low fetal movement. worse come to worse, next monday induce.. kalau jalan tak buka, kena ceaser.. which memang mama tak mahu sangat2.. hopefully by end of this week dah beranak le..

to those yang ada call n sms, mama minta maaf sebab tak dapat balas.. phone kena bar semalam.. insyaAllah petang karang ok balik..


Isnin, 23 November 2009

big as a house

apo laie nak dikato?? mama masih belum beranak lagi (up until 9am laa) tengahari ni jumpa Prof Hatta dan maybe petang ni akan induce.. mama takut.. serius.. rasa seriau je.. sebab haritu memang ada rasa contraction and last few days langsung takde rasa sakit.. except rasa cam big brown bear penat jalan terkedek2 ade laa..

so, semalam kami ke zoo negara.. mama n clan (papa, aiman, wancu, madeh n maksu) decided that we should go somewhere than just sitting at home doing nothing! sila jangan tensi.. mama kira exercise la ni sebelum beranak.. serius memang best giler tak hengat donia semalam sebab kami sampai lebih kurang 10 pagi (lepas bfast dengan tok n tok ayah di nasi lemak tang.lin - hehe) dan masa tu banyak haiwan sedang diberi makan.. aiman memang enjoy betul tengok all animals sebab last time kami ke zoo taiping, binatangnya semua agak jauh dari pelawat..

untuk 2 jam berjalan, memang penat ya rabbi.. petang dah tergolek dok dan malam tadi memang melepak aje la di rumah..

hari ni mama berdebar2 tunggu pukul 2.. we'll wait and see.. kalau Allah kata beranak, maka beranak la mama petang ni.. 

serius rusa kat belakang itu pun tidak mahu geng sama mama yang gumuk ini.. huwaaa

Ahad, 15 November 2009

pregnancy checklist - final

kalau korang perasan kat sidebar belah kanan, ada pregnancy checklist kan kan kan? mama nak update for the last time..
  • Khatam quran - alhamdulillah, tadi (15/11/09) mama dah selesai khatam quran.. rezeki adik aiman laa.. dah alhamdulillah, Allah beri mama kelapangan untuk selesai membaca..
  • Barang untuk baby, semuanya dah siap.. barang untuk mama, mama dah beli No.na Ro.guy.. first time nak pakai ni... nanti mama update sama ada okey ke tidak..
  • Cordblood untuk baby - Alhamdulillah, semalam sempat sign agreement and bayar deposit untuk simpan cordblood baby kat Stem.Life.. harapnya semuanya selamat.. lepas ni kena uji dulu cordblood tu baru boleh simpan kat bank
  • Breastpump - dah beli Free.style.. first time nak pakai yang mahal punya ni, harap2nya dapat menambah supply dah dapat fully bf baby - itu azam mama
  • dah book kak nurul untuk urut dan treatment dalam pantang - tak sabar ooooo orang urut2.. hihihihih
yang mama tak dapat buat;
  • beli katil baru untuk baby - sebab tak lama dah lagi nak kena fly, so rasanya tak perlu lagi beli yang baru.. pinjam abg shafiq (sepupu aiman n adik) punya kejap le.. untuk pantang ni
  • tak sempat ganti puasa.. ada sehari nak kena ganti
  • tak dapat nak fully CD - rasanya mama tak cukup semangat nak basuh yak yak aiman n baby punya CD.. huhuhuhu
  • tak dapat beli stroller baru - sabar weh sabar!
rasanya kalau beranak malam ni pun no hal ler.. hehehehe.. rasanya dah cukup semua

Isnin, 2 November 2009

selepas seminggu

selepas seminggu meninggalkan pejabat.. pagi ni punya la liat nak bersiap².. adapun perut makin berat dan belakang makin sakit menyebabkan mood terus hilang ke bulan.. lebih jauh dari laut ni..

papa teman pi ofis lambat (boleh??) papa buat kerja dirumah sambil tunggu mak buyung terkedek² bersiap ke pejabat.. siap makan nasi sebelum naik ke pejabat sebab takut tak larat nak keluar.. bila dah siap makan di kafe, baru nak merangkak naik tangga.. ya rabbi... punya la rasa tinggi bebenor tangga ni.. tingkat 3 bilik dirasa bagai tingkat 15.. hohoho.. serius cam siput ba.bi lagi laju tau!! confirm kena ambil cuti awal..

ni dah dekat pukul 3, nasib la baik perut dah diisi dengan milo cereal 3in1.. papa pula offer nak beli food.. sekali hujan daaaa... xpe papa, mama masih survive.. hehehe.. papa kan dah makan sandwich.. kira ok ape..

dan lagi kurang best, cincin sudah ketat.. huwaaaa... tandanya kegemukan sudah bertambah.. tp kira mantap juga aa.. dulu time aiman 7 bulan tak pakai cincin dah.. ini nak masuk 9 bulan baru cabut cincin..

sudah mama, kerja banyak.. pi sambung..

Khamis, 8 Oktober 2009

32weeks pregnancy

alhamdulillah, tadi baru selesai checkup 32w.. okey, i'm officially declaring myself dinasor heavyweight champion!!! huwaaa.. akhirnya, ku jejakkan semula kaki ke alam 70kg!!! yikes!!! lepas ni sure kena struggle nak turunkan badan..

rasanya pasti pregnancy kali ni bakal juga mencecah 75kg++ sementelah masih ada berbaki 8minggu lagi sebelum due date... yikes!!

alhamdulillah, walaupun makin berat, tapi yg good news adalah baby sudah turun ke bawah.. yeay!!! haritu baby melintang.. risau juga.. tapi tadi dah check baby dah turun.. so, legaaaaaaaaa... (ye ke lega? ke makin takut? isk isk isk)

lagi 2 minggu kena berkunjung ke klinik lagi.. aiyoh!

Isnin, 5 Oktober 2009

hasil dari perbincangan

sebab mata dah rasa cam berat ya rabbi, mari kita update blog kejap..

ini adalah hasil dari perbualan ym bersama puan D.. hehehehe... memang dasar curik tulang!

updates on my almost 8-month pregnancy
  • tak pergi check-up (tak sompat!) last week.. so, takleh la nak bgtau berat badan sekarang (hehehe - kalau takut tengok scale machine tu ckp je la mama oi!)
  • baby bergerak² like there's no tomorrow!! aktif!! cam aiman!!! senget² perut mama dibuatnya..
  • tak boleh tidur dengan selesa.. kalau mengiring pun tetap sakit belakang okey!
  • bila jalan, siput lebih laju.. malahan kalau dibuat bandingan, siput selaju F1 ok, mama ni cam naik beskal aje.. huaaaaaaa...
  • bila nak naik bilik sendiri, sure kena stop kat tingkat satu kejap, tarik nafas 4-5 kali, pastu berenti tingkat 2 kejap, dan baru leh naik sampai ke bilik.. giler ah!!
  • bagi lecture tak boleh berdiri.. kena duduk.. cam handicap gitu
  • makan tidak berselera sangat.. cam ade je tak kena.. selalu buntu nak makan apa
  • solat kadangkala berdiri, kadangkala duduk.. pun cam handicap..
  • batuk sikit terkencing, bersin sikit terkencing.. huwaaaa... kepala paip bocor!
  • mengaji semput² macam baru lepas berlari 30km - jadinya masih di takuk juz 24.. bila nak khatam ni mama!!
  • bab mual toksah cerita laa.. balm sentiasa kena ada disisi..
okey.. cukup la.. banyak benar.. ini bukan komplen ye.. ini sekadar mengingat, membawa sorang khalifah Allah ke muka bumi ni tak mudah, tak senang dan yang pastinya patut buat diri kita lebih insaf.. banyakkan istighfar.. ingat mati..

Sabtu, 12 September 2009

bersalin di mana?

Insiden hari ni menyebabkan mama dan papa terfikir dua tiga kali sama ada sesuai ke tidak bersalin kat private hospital.. ye laa.. kalau ikut ramai, mesti yang setuju kat private hospital lagi best dari hospital gomen..

Alkisah, harini kami cuba la pi check pada satu Dr di hospital baru bukak kat seberang perai.. takleh reveal la hospital tu.. tapi kalau mama sebut mesti semua akan cakap “ooooooo”.. asalnya kami plan memang nak cari Dr perempuan muslin untuk sambut baby dan standby in-case tak sempat balik ke KL.. kami dahpun check kat UKMSC under Prof Hatta dan alhamdulillah, dia still accept mama.. lagipula haritu Aiman pun prof hatta yang sambut.. so, kira dah ada record senang la sikit..

Kat penang ni selain hospital yang kami pergi tadi, ada lagi satu klinik untuk muslimah.. dan papa macam tak berapa senang bila tengok facility klinik tu, tu yang cari hospital gak..

Pagi tadi, kami pi la try check kat Dr wanita ni.. biasa la.. dah namanya Sabtu, sahih la kami bawa aiman sekali.. bagi yang kenal aiman, awang kecik sorang ni memang tak boleh duduk diam.. alahai, yang jadi tak sedap, Dr ni macam tak senang je tgk aiman.. pelik juga.. takkan gynae tak suka budak kan? Yang paling tak sedap, dia siap ‘ish, ish’ lagi bila aiman dok panjang kerusi sebelah mesin scan tu… papa dah hangin, terus angkat aiman keluar aaa.. tak cakap apa pun.. mama tahu papa memang dah marah.. dahle papa susah marah.. tak pasal2 papa marah tadi.. apalah salahnya kalau cakap baik2, mesti aiman pun ok.. sebab orang ta

Dr tu pun tak berapa ramah.. buat kami macam takde duit je nak bersalin kat hospital tu.. mungkin juga bila dia tahu mama checkup kat klinik kerajaan, dia ingat cam tak mampu la kut..

Yang buat kami tak selesa juga dengan treatment kat situ sebab macam acuh tak acuh je untuk sesi checkup tu.. ye aa.. urine check pun mama yang tanya kat nurse tu sebab mama dah tak tahan nak terkencing.. lak tu, aku kena pegang aje kertas uji tu.. xde cup pun.. ape daaa… kalau kat klinik kampung siap ada cup bagai lagi.. siap check gula, darah lagi.. BP pun ambil.. ini kat hospital canggih, bayar mahal, tak check pun.. mama bagitau la kat Dr tu, semalam BP mama low.. 90/60 dia tak buat pape pun.. chit.. ape daaa..

At least misi kampung lagi bagus maaa.. bak kata prof hatta.. benda tak perlu buat pun semuanya dibuat.. lagi detail..

Tapi satu yang best tadi, Dr tu ada scan 4D.. jadi mama dapat tengok muka baby.. cam muka aiman laa… tangan kaki panjang2, dan siap nampak lagi genital baby.. hehehehehehe..

So, nampak gayanya tak bersalin kat private hospital kut kat sini.. maybe kat Hospital Seberang Jaya je la.. itu yang dekat juga dengan rumah baru nanti.. buat masa ni mama memang puas hati dengan checkup kat KK parit buntar.. so, we’ll see.. beranak sini ka, KL ka, mana2 pun ok.. janji semuanya selamat..

Selasa, 25 Ogos 2009

munchkins update

petang tadi pi appointment jumpa Prof Hatta HUKM.. book Dr siap2 untuk bersalin kali ni.. memandangkan Prof Hatta yang sambut Aiman dulu, mama n papa decided that this time around kami tak tukar Dr juga la.. lagipula tak ada idea sangat nak bersalin kat mana KL ni.. HUKM is affordable and very selesa.. dengan price dia, rasanya itu aje la yang termampu.. nak pi kat Pri.nce Court kang papa berak ijau bayar.. muhahahahaha

Alhamdulillah, baby sihat.. berat sekarang 689gm untuk 25w 5d.. Prof expect baby akan besar kali ni.. dan dah scan tadi.. alhamdulillah, semuanya ok.. cuma adik aiman tak mau tunjuk muka.. malu2 pulak ni.. hahahaha.. takpe la.. janji semua sihat mama bersyukur sangat dah.. lagipun tak lama dah lagi nak jumpa adik.. tak sabar dah ni.. hehehhe

Aiman as usual, mama sampai rumah tok ayah tadi tengah berlari-larian pusing satu rumah.. happy betul bila ada org melayan dia.. geram juga tengok keletah dia.. seminggu dua lagi aiman cukup 2 tahun.. kejap je dah besar anak mama.. dan nak dapat adik dah.. harap jangan diterkamnya adik tu udah.. kut dia geram.. semalam masa tengok baby Aweng pun dia dok tunjuk2 sambil sebut "baby, baby" hehheheh.. dia kenal dah baby.. tapi tak boleh bayang la esok time dia dapat baby jadi camne..

okla.. nak tidur, esok bangun sahur.. sweet dreams everyone..

Rabu, 19 Ogos 2009

close up

harini ada 3 agenda penting yang mesti.. diulangi MESTI diselesaikan..



1. Kursus e-learning - biasa la.. orang lain dah maju kedepan.. bab ni mama kira terkebelakang lagi.. harini ada kursus penggunaan MOODLE (program) bantu pensyarah untuk buat kursus secara online.. mama tak agree totally dalam penggunaannya, sebab untuk subjek² engineering ni agak payah nak dibuat secara online.. ye aa.. pecerita nak kena lukis gambar satu².. hohoho.. kalau subjek membaca senang sikit la.. tapi sebab dah wajib, makanya datang le juga.. nasib baik tak ponteng.. dekan ada duduk kat belakang.. wahahahahahhaa... nak update online, siap kena ambil gambar lagi.. ada webcam lagi kat pc ni.. hehehe.. kursus ni habis petang.. sehari la duduk dalam bilik komputer ni.. :P

    gambar untuk ID mama.. okey tak? muhahahhaa

2. Harini minum air gula.. HORROR!! dan yang lagi tak best, after sejam ambil darah at 9.40am tadi tak pasal² ada gula dalam darah.. aaaaaaa... seriau!!! tak mau la ada kencing manis time pregnant ni.. takut!!!!!!!

3. Harini juga nak balik KL.. tak sabar!! dah 2 bulan tak jengah rumah abah n emak (MIL).. esok attend seminar sehari di le.gend dan lusa sampai selasa depan cuti.. weeewooooo!!! heaven!!!!

sekian, bersiaran secara langsung dari lab komputer.. depa tengah rehat, mama curik² blogging.. hehehe

Isnin, 17 Ogos 2009

JAWAPANNYA ADALAH....

Jeng jeng jeng.... jawapannya adalah... 68.8kg..

berikut adalah jawapan yang telah diberikan..

nampak gayanya CIK WANCU NANA LA yang paling hampir.. nak kata apa.. pemerhatian memang berhasil la mancu...

hadiah boleh le kasi time balik nanti naaa..

*harap maklum, wancu nana sudah tidak jumpa mama 2 bulan.. tapi boleh teka betul juga.. cit.. nampak sangat.. 

56-60kg? - hahaha.. ini kira kurus maaa.. kalau aku berat ni arni, aku buat kenduri doa selamat lagi.. hau hau hau

Gravatar62! - Owh, ini adalah berat sebelum pregnan.. kalau lepas 2nd ni boleh dapat banyak  ni pun kira bersyukur dah

hahaah!

Gravatar74kg or 64 kg more polite.. - dua-dua pun idak betul.. sorry..

Gravatarkak shu pun nk take part..emm 57kg..hihi.. - alahai.. ini berat cita-cita ni kak yol.. huhuhu.. nampak sangat gumuk ek..

Gravatarye, sila lah teka.. isnin nanti saya bagitau jawapannya..

Gravatar63

pendek je jawapan mak :P - kak yan, sila tambah lagi.. hahaha.. dan tambah dan tambah dan tambah.. muahahahaha 

Gravatarok..meh kite kire2 sikit eh..menurut firasat org yg jage mak buyung ni mase dlm pantang..

mase bersalin kan aiman - __kg
sebelum pregnant berjaye turun sehingga - _9kg

tp kalau nak ikutkan darjah kebesaran..tak la nmpk besar sgt. i dont know. havent seen for almost 2 months. 

MAKA..

skrg ini mgkn dlm - 67-69kg

wancu rase arr..mama cepat revealed..u can't be lower than that. i know u!

Cit!!! siap ade explanation lagi.. dasar pemerhatian betul ni...

Gravatarperghh...... skrg nih tgh musim membelon ngan meletup ke nih????

lps sorng2 membelon n meletup...... hehehe....

jgn mara ek pn mas... - ko bukan aku tak kenal kambing.. memang dengki ngan haku! hohoho

Gravatar64 - kalau ada buzzer bunyinya.. teeeetttt.. salah.. hahahhaa

GravatarAkak terlambat masuk ni. tp kalau sempat nak join gak. akak teka 75kg. - saya rasa berat ni mesti masa nak beranak ni.. aiyayaya.. camne la nak turun nanti.. 


kalau terer teka laa - updated

kepada yang meneka, sila berikan satu nilai aje.. range payah le mau dinilai.. huhu.. sekian.. jawapan tunggu hari isnin..



buat jadi ala-ala pertandingan la gini.. pagi tadi pi check-up kat klinik.. biasa la.. tang ambil berat badan la dup dap dup dap jantung mama.. hahaha.. sekali gedush!! haa.. ambil ko!! bertambah² berat badanku itu.. huaaaaa... ni baru 24w.. sudah itu berat, nanti bila 40w.. mau sepertinya gajah.. so, kuiz untuk harini.. jika anda terer, sila teka berapa berat badan saya sekarang.. teka weh, jangan tak teka.. hadiah spesel menanti anda.. hahahahhaha (tarikh tutup hingga isnin depan ler.. bagi time gitu..)



dikala 6 bulan


bukan setakat menggemuk.. tadi juga kena inject dan esok kena minum ayaq gula.. waaaa... horror!!!



Selasa, 14 Julai 2009

bagai dipam-pam

pagi tadi pi monthly checkup kat klinik kesihatan.. tak pasal2 kena marah dengan misi sebab makin gedebab!! hahaha.. dalam masa 5 minggu naik 1.9kg!! hahahaha.. dasar buruk lantak betul.. ha.. tu la.. kan jadi bagai dipam-pam gitu! tapi yang pasti, mama gajah ni masih berselera.. nak buat lagu mana cheq oi.. hahahha.. cuma baju2 lama masih boleh dipakai.. kecuali kemeja2 sendat ku itu terpaksa digantung sahaja dalam gobok.. tunggu tahun depan aa baru boleh pakai balik.. hik hik hik.. cuma yang mama suka sekarang ni complexion makin elok.. alhamdulillah.. baby pun dah rasa gerak2nye.. lembut aje.. kurang keganasan sikit berbanding time aiman haritu.. maybe sebab dah biasa kut..


mak buyung 5 bulan

untuk budak cemeot ni.. dah umur setahun 10 bulan dah.. badan tak kurus, cuma lebih tinggi.. makin jelas rupa macam papa dia.. dan aktif bukan main! selagi belum tidur, memang la berperang aje.. pagi2 hari dah dengar bunyi mulut mama pot-pet-pot-pet membebel suruh main elok2 la, jangan sepah2 la..

sekarang aiman dah pandai nyanyi lagu thomas & friends, mickey mouse clubhouse, jim jam and sunny dan wonderpets.. tapi dalam bahasa dia la.. punya la layan.. cakap pun dah banyak.. cuma tak clear aje.. tiru mama la tu.. nak brok brek brok brek! nanti adik lahir, mama tak tau laaa.. harap2 aiman jadi abang yang baik.. good boy mama..



mangsa baru lepas potong rambut sabtu haritu - makan kismis upahan.. hehehe

Isnin, 11 Mei 2009

Bila Allah kata rezeki itu bukan milikmu

salam semua, macammana dengan hari ibu semalam? gembira tak? alhamdulillah, mama dalam gembira ada juga sedih sedikit.. macammana pun, mama nak ucapkan selamat hari ibu untuk semua ibu2 yang banyak berkorban untuk keluarga dan anak-anak.. alkisah, last weekend kami bercuti hujung minggu di lumut.. pergi jumpa cousin mama (paskan beautiful set dia) dan tidur dekat hotel di pekan lumut.. aiman enjoy je jumpa cousins dia..


sebelum cerita pasal lumut dan cuti haritu, mama nak kabarkan sedikit berita.. almaklum, mama dah pun cerita haritu mama ada bleeding masa kat KL.. pelik sebenarnya time tu, tapi hati kata tak ada apa2.. sebabnye, masa bleeding tu, bukan keluar darah aje.. tapi bercampur dengan air.. macam air ketuban.. untuk pengetahuan, masa bersalinkan aiman, mama tak sakit, cuma pecah ketuban.. so dah pernah la rasa..


masa bleeding kat KL haritu, mama ada bagitau kat Dr kat HUKM.. tapi bila dia scan dan check baby nampak intact.. last friday, mama bleeding lagi sekali.. masa nak solat zuhur.. dah janji nak keluar dengan kak Im (tq dear), jadinya minta kak Im tolong teman ke klinik jap.. sebagai langkah berjaga2.. pergi la mama ke klinik panel kat sini.. masa Dr scan tu baru la nampak..


rupanya, mama pregnant kembar.. ye.. ada 2 sack rupanya.. tapi Allah maha kaya.. satu sack tu dah nampak kempis aje.. tak ada fetal.. mungkin sebab itu mama bleeding.. sebab bila tengok sack lagi satu, baby okey aje.. nak jadi cerita, dalam sack kosong tu memang dah tak ada apa2.. dan dia dah mula nak mengecut.. tandanya bleeding tu memang nak keluarkan air dari satu sack.. hmmm.. tak ada rezeki nak dapat twin.. mungkin lain kali.. kalau Allah kata kun fayakun, jadi la dia..


tapi dari hari jumaat haritu hati mama kejap rasa okey, kejap rasa tak okey.. sedih pun ada juga.. sebabnya tak sangka.. jadinya macam ini.. takpe la.. sekurang2 nya mama tak lost dua2 sekali.. yang ada dalam perut sekarang sudah membesar dengan jayanya.. aktif bukan main.. kalau spesies aiman juga, alamatnya.. huhuhuhuhu

okeyla.. mama update lain nanti.. toodles

Isnin, 6 April 2009

penyakit berjangkit

agak-agaknya musim kut sekarang ni.. wabak penyakit yang satu ni.. lepas satu, satu dengar orang kena.. hoho.. mama tak terkecuali..
penyakit apa????
alaaaaa
........
.....
....
...
..
...
..
..
..
..
..
..
haaa.. suspen ke???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
penyakit buatan orang!!! kuang kuang kuang

terer aa suziey n kak ayu.. hahahaha.. meneka dengan jayanya..

lepas ni jadi geng dengan kak yan, ely hohoho.. meh2, sapa mau join the club??