Selasa, 8 Disember 2009

jawab menjawab

nak menjawab dalam comment box adalah leceh dan payah.. hehehe.. jadi satu entry pula semua jawapan kepada persoalan yang ditanya..

okey.. bab pilihan nama.. Aidan pilihan last minute sebenarnya.. sampai dekat 9 bulan pregnant pun masih tidak punya idea untuk pilih nama yang simple, sweet, easy to be remembered and most importantly, nama yang mudah untuk dipanggil.. kang kalau panjang2 namanya tiba2 dipanggil 'chot' ke, 'chet' ke adalah tidak best ok.. pastu yang jadi concern incik papa adalah Aiman punya nama punya la 5 huruf, adik punya?? 5 huruf juga? 6 huruf?? 7 huruf?? nanti merajuk tak depa?? lerr.. sebenarnya mama tak kisah pun.. mula nama dengan huruf apa pun mama tak kisah.. janji mudah diingati.. dan memberi makna yang baik..

maksud nama aidan yang berjaya digoogle dalam laman web nama baby islam adalah intelligent, helpful

kepada yang rasa cam seriau je baca pengalaman mama, ala, jangan risau, lain orang lain pengalamannya.. mama suka juga dengar pengalaman orang lain bab2 bersalin ni.. rasa takut memang ada.. tipu la kalau orang nak beranak tu sempoi je masuk labour room kan? hehehe.. yang penting, kita kena banyak berdoa dan mohon dipermudah perjalanan bersalin tu.. nak cerita lebih2 pun tak syok juga.. takut lain hari kalu mama nak bersalin lagi kang kena teruk2.. ngeeee...

mama rasa nak buat sikit juga catatan selepas ni pasal breastfeeding.. walaupun tidak la se'pro' kawan2 lain, tapi kurang2nya, pengalaman sejemput ni mungkin juga beri faedah kepada kawan2 yang membaca.. tak mahu riak, sebab nikmat ni tak tahu berapa lama akan dapat.. tapi harap dapat beri semangat untuk kawan2 yang bercita2 nak breastfeed. 

harini sambung la nak tidur siang.. Aidan dari tadi tidur.. bangun nak susu aje.. Aiman pula nak manja2 main dengan mama n papa.. papa as usual buat kerja tak habis2.. esok papa nak balik parit buntar dah.. lusa dia kerja..

9 ulasan:

mama glam berkata...

shian eik pada papa bila mama bersalin.. diorang lah org yang paling penat selain mama... aku ingat lagi betapa laki aku start tidor berdengkur selepas Aimee lahir.. sampai la ni lah dia tidur berdengkur.. xpe... berbaloi2 kan?

pasal breast feed pulak, kita pasti boleh mast! chaiyok!

alfa juliet berkata...

mast teruskan bf....aku sokong ko..

JaNnAh berkata...

erk, lama dah x menjengah, dah bersalin rupanya.. congrats ye.. (walaupon lambat..)

Yen berkata...

ye mas teruskan dgn cite + pengalaman nko, boleh share xkisah la ngeri ke happy yg penting 'sharing is caring =)'.Aku pun berhrp next delivery Allah permudahkan + berdoa agar dpt bfeed bb utk jgkamasa lebih lama..

norfazleen berkata...

jgn lupa shra pasal bf..nk tau gak ilmu sb leen pn bcita2 nk bf, insyaAllah.

cheqna berkata...

salam

baru dapat second baby erk??

tahniah =)

shuzana berkata...

nikmatkan bila dpt bf anak2 kite..

lepas ni start buat stok ebm byk2 tau..

Ms Lola berkata...

congrats, mast! saya agak tertinggal. dah nak seminggu dah rupanya

mast@work berkata...

terima kasih sbb sokong mast utk bfeed.. :)