Selasa, 29 September 2009

pada hemat saya

semalam masa tengok berita, sibuk la dicanang jumlah kematian ops sikap meningkat dari tahun lepas.. pada pendapat mama, ada beberapa sebab berlakunya peningkatan kematian tahun ini.. firstly, sudah tentu kerana minyak tahun ini lebih murah dari tahun lepas - menjadikan lebih ramai yang pulang ke kampung menaiki kenderaan sendiri.. tak kira la kereta ke, motor ke..

keduanya, tahun ini lebih ramai yang baru² pakai kereta bawa balik ke kampung - menjadikan orang² yang jarang² bawa di jalan kampung mahupun di lebuhraya kurang berhati².. bawa kereta di bandar tidak sama ye dengan bawa di jalan persekutuan biasa tu.. sebab tu tendency untuk kemalangan sangat tinggi

ketiga, sikap orang kita sendiri.. kalau mengantuk tidak mahu berehat, potong line tak tentu hala, suka guna emergency lane, membahayakan orang lain, kalau memotong tak perhati dahulu.. ish.. banyak laa.. kalau guna alasan cuai ni, memang macam² boleh jadi..

keempat, faktor umur tidak menghalalkan kemalangan ye.. apekah dengan cadangan untuk menaikkan had umur pemegang lesen akan menjadikan jumlah kemalangan berkurang? hmmm.. i don't think so.. kadang² ade je yang umurnya tua.. hatinya masih muda.. kuang kuang kuang..

seriau sebenarnya bila fikirkan jumlah kemalangan.. walaubagaimanapun, mama rasa sebagai academician, adalah tidak wajar membandingkan statistik tahun lepas dengan tahun ni.. sebabnya, jumlah kenderaan yang keluar dari kota lebih tinggi dan lebih ramai pengguna jalan raya tahun ini.. sebab cuti panjang.. tak caya? cubalah belajar statistik.. camne nak buat statistik, baru bandingkan.. sekian, selamat beramal.. hahahhaha

Isnin, 28 September 2009

pesyen2 semasa di hari raya

biasa la ibu mengandung yang sorang ni.. tak agak2.. siap ada 3 pasang baju raya.. 

tapi baru pakai 2 aje.. lagi satu masih belum pakai.. hahahahha.. leh pakai minggu depan masa jamuan raya school la.. 

edisi pesyen ibu mengandung..

raya pertama - kat rumah tok ayah aiman.. BTR
baju adalah dari kain chiffon beaded.. pesyennya adalah kurung pahang.. 
kaler ijau daun.. siap ada bracelet matching you.. hahahhahahaha
kasut raya tajaan pavi.lion - beli last minute punya

wancu nana sibuk enterprem
budak bucuk mama sayang
aiman tidak duduk diam seperti biasa
clan haji azmi semua ala2 hijau.. madeh, sila pamerkan baju anda selepas ini..

kami bertiga di pagi raya

edisi pesyen ibu ngandung raya kedua..
baju jubah kain chiffon beaded.. glamer you.. first time mama tempah.. tapi mama rasa cam muk2 dinasor besar kurun ke berapa ntah.. hahahhaa.. tudung kaler kuning.. kang kalau kaler ijau mesti orang tau mama tak basuh tudung.. kakakakkaa

ramli's clan kat permata
ini la pesyen raya kedua.. belang2 cam harimau belang
kami dengan MIL
time ni aiman siap kira threeeeee masa ambil gambar

kesian sekian... camne dengan fesyen anda?? 

Jumaat, 25 September 2009

dah balik - preview gambar raya

alhamdulillah, semalam kami dah selamat sampai P.B 

mama masih belum punya mood nak blog.. hehehehe.. masih pening2 ketupat.. jadi sila enjoy preview gambar raya pertama haritu..

Jumaat, 18 September 2009

Penat sangat

Aiman dah letih teman mama shopping.. Tp mama tak habis lagiiiiiiiiii.. Hahahahaha *evil laugh

Khamis, 17 September 2009

Balik kampung.. ye ke kampung???

Alhamdulillah, pagi tadi selamat siap kemas beg.. mama siap pkl 12.30am, papa siap pukul 2am.. tak ku tunggu suamiku itu.. terus ku tidur.. hahahahahha..

InsyaAllah sebentar lagi kami akan beransur balik ke KL.. nak berbuka dengan abah mama, makcik n wancu nana.. esok kami akan mengukur jalan kegemaran ramai.. jalan TAR.. harap² semuanya berjalan dengan lancar..

Dalam perjalanan karang, kami nak singgah Ipoh sat.. papa ada agenda istimewanya dan kalau sempat nak melawat kematian ibu kawan ofis kami..

Hopefully reach KL before 6..

orait.. toodles everyone..

Mohon maaf segala salah silap sepanjang mama berblogging dan mengenali anda semua.. Salam Aidilfitri dari kami (Mas, Harris n Aiman) - kenapa pakai kaler ijau, sebab tahun ni tema ijau.. kan madeh kan? kan wancu kan? hehehehhee

Selasa, 15 September 2009

ke situ rupanya duit kami.. ish laaa

*updates*

taken from utusan malaysia

Malaysia akan miliki pasukan F1 sendiri


Najib Tun Razak menerima replika kereta pasukan F1 1Malaysia daripada Pengerusi Proton, Datuk Nadzmi Mohd. Salleh (dua dari kiri) sambil diperhatikan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun (kanan) dan Pengarah pasukan F1 1 Malaysia, Zahri Ismail (kiri) di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 15 Sept. – Pasukan Formula Satu (F1)-1Malaysia yang menggunakan kepakaran tempatan sepenuhnya akan beraksi dalam perlumbaan bertaraf antarabangsa mulai tahun depan.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan penubuhan pasukan itu hari ini berkata, pasukan 1Malaysia telah mendapat kelulusan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) untuk mengambil bahagian dalam semua kejohanan F1 di bawah persekutuan itu.

Menurut Perdana Menteri, pasukan 1Malaysia merupakan pasukan berwajah negara kerana kereta yang digunakan akan direka, dibuat dan diuji di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

‘‘Pelumbanya juga adalah rakyat Malaysia dan begitu juga dengan pasukan pitt stop. Pasukan ini merupakan hasil usahasama antara sektor awam dan swasta di mana ia menggabungkan Proton dan Lotus dengan disokong oleh SIC, Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM), Persatuan Automobil Malaysia (AAM), Kumpulan Naza serta AirAsia Berhad.

‘‘Pasukan ini turut mendapat sokongan daripada individu seperti SM Nasaruddin SM Nasimuddin (Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza), Datuk Seri Tony Fernandez (Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia) dan Datuk Kamarudin Meranun (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan penubuhan pasukan F1-1Malaysia di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Najib melahirkan keyakinan beliau terhadap pasukan 1Malaysia dan mahu melihat lagu Negaraku berkumandang di litar-litar perlumbaan antarabangsa.

Beliau berkata, pihak berkenaan akan menentukan peserta yang sesuai untuk menyertai pasukan 1Malaysia.

‘‘Kita bagaimanapun tidak boleh mencapai kemenangan dalam semalaman sahaja tetapi ia melalui kemajuan demi kemajuan.

‘‘Saya berharap lagu kebangsaan kita dapat didendangkan dalam medan perlumbaan,” katanya.

Najib berkata, kerajaan melabur dalam pasukan 1Malaysia melalui Proton Holding Berhad dan menegaskan pelaburan itu bukan suatu pembaziran tetapi ia boleh membawa faedah kepada negara.

‘‘Tidak membazir, sebab ia melibatkan sektor swasta dan pasukan ini akan memberi pendedahan yang besar kepada Malaysia dan memberi manfaat kepada jenama Proton dan Lotus.

‘‘Ia bukan kegiatan sukan semata-mata tetapi ada unsur pemasaran jenama untuk Proton dan Malaysia serta rakan usahasama lain,” katanya.

************************************************************************************

bila dato seri PM umumkan tadi, terus mama n papa cakap.. "lorrrr, ke situ rupanya duit kita.. patut laa tak dapat duit rayaaaaaaa"

ha.. korang dengar tak masa berita tadi? PM yang kita sayangi invest duit rakyat ke F1?????? apekah??????? ye, memang kami terkilan betul.. dari invest berjuta-juta jutaaaaaaaaa duit ke hala F1 (sukan paling mahal dalam donia - negara lain pun tak buat team tau???), baik lagi dia bagi kami duit raya tu..

nape laaa.. buat benda pentingkan diri sendiri.. sahih lepas ni ada kroni yang akan dapat kepentingan punya dari ide F1 tu.. endorsement, produk and whatsoever.. ide 1 Malaysia ni difikir2 sebenarnya hanya membawa manfaat untuk sesetengah pihak je.. bukan untuk semua pun..

hmmm.. ntahle.. sapelah mama ni.. rakyat marhaein je.. nak boleh cakap pun dlm blog je aa.. jangan kena I.S.A sudah.. kui kui kui

KPI Ramadhan

harini dah 25 Ramadhan.. kejap sangat rasanya Ramadhan tahun ni.. makin pendek waktu.. maka pastilah makin dekat dengan kematian kita ni semua..

sebelum betul² berakhir Ramadhan tahun ni, mehla jenguk balik KPI tahun ni.. camne? dah terlaksana ke semuanya? mama masih terkontang-kanting dalam sesetengah bab
  • Puasa - sampai hari ni ada 1 hari dah tinggal.. cita² nak bagi penuh satu bulan, tapi Allah tak izinkan.. tak sihat masa hari jumaat lepas tu yang tinggal juga satu hari..
  • Tadarus - masih terkedek² nak masuk juz 22.. alahai.. tinggal lagi 4 5 hari.. sempat ke idak.. harap² lepas ni laju lagi.. sebab dah dekat surah² yang lazim dibaca..
  • Terawih - semenjak dah kahwin, beranak dan mengandung balik ni makin teruk kadang² mama rasa.. ada hari buat, ada hari tidak.. sedih sangat².. dan lagi sedih, tahun ni tak merasa lagi ke masjid buat berjemaah.. sayu.. dolu² masa bujang, selalu ngelat, tak pi sebab letih la, tak larat la.. sekarang ni terindu² rasa hati nak ke masjid..
Korang pula macammana? selesai ke KPI korang?

Isnin, 14 September 2009

berbuka 23 Ramadhan - semalam deknon

semalam mimpi makan ala2 western kut.. hahaha.. jadinya, berbuka tak makan nasi.. kami makan ape?? uuuuu.. jangan jeles aaa..


spaghetti bolognese

sirap bandung

puding kastad jagung dengan cocktail mix

buffalo chicken wings - ni penangan banyak tgk blog jua.. leleh ayaq liuq buat sendiri laa jawabnya..

dan finally baki choc moist cake buat hari sabtu dimakan dengan vanilla icecream.. yummey!!!

harini tak tau la nak masak ape pula.. lagipun harini mama ambil cuti.. boring kerja dan banyak benda nak settle sebelum balik kampung (KL kira kampung ke? ahahaha)

list kerja rumah kena buat termasuklah:
  • basuh telekung raya - MIL bagi hadiah dari Bandung.. simpan beb..
  • basuh blouse, jeans, seluar papa dan sewaktu dengannya yang nak dibawa balik
  • lipat kain 3 bakul - dasar memang tak suka lipat kain
  • kemas rumah - sapu2 sampah, kemas toys dsb - ni kira rutin
  • kemas bilik stor dan sort out barang2 stok yang telah dibeli
so.. harini settle kerja sikit.. esok time lunch nak keluar settlekan hutang2 dengan bank pula..




Sabtu, 12 September 2009

bersalin di mana?

Insiden hari ni menyebabkan mama dan papa terfikir dua tiga kali sama ada sesuai ke tidak bersalin kat private hospital.. ye laa.. kalau ikut ramai, mesti yang setuju kat private hospital lagi best dari hospital gomen..

Alkisah, harini kami cuba la pi check pada satu Dr di hospital baru bukak kat seberang perai.. takleh reveal la hospital tu.. tapi kalau mama sebut mesti semua akan cakap “ooooooo”.. asalnya kami plan memang nak cari Dr perempuan muslin untuk sambut baby dan standby in-case tak sempat balik ke KL.. kami dahpun check kat UKMSC under Prof Hatta dan alhamdulillah, dia still accept mama.. lagipula haritu Aiman pun prof hatta yang sambut.. so, kira dah ada record senang la sikit..

Kat penang ni selain hospital yang kami pergi tadi, ada lagi satu klinik untuk muslimah.. dan papa macam tak berapa senang bila tengok facility klinik tu, tu yang cari hospital gak..

Pagi tadi, kami pi la try check kat Dr wanita ni.. biasa la.. dah namanya Sabtu, sahih la kami bawa aiman sekali.. bagi yang kenal aiman, awang kecik sorang ni memang tak boleh duduk diam.. alahai, yang jadi tak sedap, Dr ni macam tak senang je tgk aiman.. pelik juga.. takkan gynae tak suka budak kan? Yang paling tak sedap, dia siap ‘ish, ish’ lagi bila aiman dok panjang kerusi sebelah mesin scan tu… papa dah hangin, terus angkat aiman keluar aaa.. tak cakap apa pun.. mama tahu papa memang dah marah.. dahle papa susah marah.. tak pasal2 papa marah tadi.. apalah salahnya kalau cakap baik2, mesti aiman pun ok.. sebab orang ta

Dr tu pun tak berapa ramah.. buat kami macam takde duit je nak bersalin kat hospital tu.. mungkin juga bila dia tahu mama checkup kat klinik kerajaan, dia ingat cam tak mampu la kut..

Yang buat kami tak selesa juga dengan treatment kat situ sebab macam acuh tak acuh je untuk sesi checkup tu.. ye aa.. urine check pun mama yang tanya kat nurse tu sebab mama dah tak tahan nak terkencing.. lak tu, aku kena pegang aje kertas uji tu.. xde cup pun.. ape daaa… kalau kat klinik kampung siap ada cup bagai lagi.. siap check gula, darah lagi.. BP pun ambil.. ini kat hospital canggih, bayar mahal, tak check pun.. mama bagitau la kat Dr tu, semalam BP mama low.. 90/60 dia tak buat pape pun.. chit.. ape daaa..

At least misi kampung lagi bagus maaa.. bak kata prof hatta.. benda tak perlu buat pun semuanya dibuat.. lagi detail..

Tapi satu yang best tadi, Dr tu ada scan 4D.. jadi mama dapat tengok muka baby.. cam muka aiman laa… tangan kaki panjang2, dan siap nampak lagi genital baby.. hehehehehehe..

So, nampak gayanya tak bersalin kat private hospital kut kat sini.. maybe kat Hospital Seberang Jaya je la.. itu yang dekat juga dengan rumah baru nanti.. buat masa ni mama memang puas hati dengan checkup kat KK parit buntar.. so, we’ll see.. beranak sini ka, KL ka, mana2 pun ok.. janji semuanya selamat..

Jumaat, 11 September 2009

dizzy missy

mama masih lalok pasal ubat pagi tadi.. badan masih letih.. papa, sila kanselkan cadangan mu untuk mengkuarantin diri sendiri itu.. mama perlukan papa disini.. sapa nak picitkan kepala ni.. aiman? iskh iskh iskh

demam sebab agenda semalam.. huhu

well, mari kita mulakan..

harini mama tidak berpuasa.. sebab demam.. letih sangat² selepas seharian membajak tulang disawah!! ahakssss

idakle, pagi² semalam mama pi check-up kat KK P.B.. rutin biasa.. nasib berat cuma naik 0.3kg sahaja dan yang agak kurang bernasib baik adalah sebab baby melintang!!!! aiyak!!! baby, please ye.. tinggal 3 bulan, nanti baby pusing pelan² okey..

lepas ke klinik, ada meeting untuk shortcourse hujung tahun ni.. lepas meeting, mama keluar ke bank.. untuk menukar duit.. sekali itu bank harimau tidak mahu terima tukaran wang semasa lunch hour.. konon² sesi tukar wang start sebelah pagi je.. apekah??? suke² hati dia aje.. lagipula, ape kerja orang nak ke bank pagi²???? orang ofis mestila keluar time lunch hour.. sedap padan muka mamat 3 orang kat kaunter kena tepet dengan mama "encik, pagi² orang kerja, orang keluar time lunch hour" tergamam deknon mamat bertiga tu kena sedas dengan ibu ngandung..

dah tak berjaya kat bank harimau itu, mama ke bank yang kurang fofuler (teori: bank² begini lebih melayan kerenah orang nak tukau duit) makanya mama ke bank yang namanya sama dengan pengeluar kereta mesia tu.. alaa.. teka sendiri ek.. sekali mama masuk itu bank.. TADAAAAA.. ternampak rupanya ada mama kawan aiman kerja kat bank tu.. hehehehehhe ini sudah kira rejeki.. mama tanya la, ada sampul tak kalau tukar duit? dia kata.. takpe, nanti akak bawakan ke nurseri sebab esok (harini) baru sampul mai.. yippiee... makanya, duit sudah mama tukar semalam.. settle..

pastu hantar baju ke dobi untuk diiron.. minggu depan baju bergosok sudah susut.. hehehehe..

dah settle 2 benda.. kemudian, pi bayar bil telco siap² supaya tiada masalah untuk minggu berikut..

pastu balik rumah.. dah mula rasa letih.. landing kejap, pastu solat bagai, siap dan keluar ambil aiman..

semalam petang kami berbuka dengan munah, dira n reen serta anaknya areefa.. makan di Batu Uban - makan seafood.. sedap juga.. thanks munah sebab belanja.. moga² murah rezeki lagi..

lepas solat isya' siap, mama balik ke rumah reen.. rasa cam tak gagah nak balik ke Parit Buntar.. makanya, lepak aje kat rumah Reen.. berpot-pet serta mengupdate cerita masing² sampai la pukul 11 malam, dira pun balik ke rumah dia..

pukul 4.30 bangun, badan rasa lain macam.. mata dah start bengkak (tanda panas badan), tekak perit.. makanya mama decide tidak puasa hari ni..

dah pergi Dr pagi tadi.. dapat ubat dan Dr komen low BP harini.. pulak dah.. Dr tanya mahu cuti ka, mama kata tak mau la.. lagipun, duduk rumah sorang² kang melayan pulak sakit ni.. baik lepak ofis..

papa dah dalam perjalanan dari Shanghai-KL.. malam ni baru tiba di penang dan papa akan tidur kat hotel dulu.. esok baru mama ambil.. alasan papa, mau kuarantin diri semalaman.. takut² selesema datang..

okeyla.. nak sambung main FARM.VILLE kat FB.. hahahahaha... internet slow pun tak serik² juga.. ish laaa..

selamat berehat panjang korang..

Rabu, 9 September 2009

tak aci tau.. mana adil gitu

tadi kerajaan malaysia telah 'bermurah hati' memberi duit raya kepada kakitangan sokongan.. eeee.. mana adil camtu.. serupa macam ada 2 anak, satu bagi, satu tak bagi.. boleh gitu? baik tak payah kabarkan.. masukkan aje dalam akaun staf.. tah ape2 tah.. ele, mesti ada org cakap mama, gaji hang dah besar, 250 tak banyak.. weh!! tak kira laaa... 250 tu kalau boleh jadi allocation untuk belanja balik kampung pun lepas tau..

tah apa2 tah.. kalau nak bagi, bagi la kat semua.. ini ada orang dapat, ada tak dapat..

anyway, kepada yang dapat, sila belanja berpada2 ok..

Selasa, 8 September 2009

dah namanya ibu bekerjaya

harini masuk office setelah 3 hari coti panjang.. aiman dah kebah demamnya.. cuma masih selesema.. rasa tak sesuai pula nak hantar aiman ke nurseri dan siap berhingus² tu.. jadinya, bawa la jejaka bujang itu ke opis.. nasib baik laa duduk dalam bilik sendiri, tak kacau orang lain dan siap dengan bekalan cd thomas dan keropok kesukaan aiman (keropok halus² timbang tu)

tapi alahai, budak ni seminit tak duduk diam.. nasib la mama memang tak bz harini.. cuma tak mahu duduk rumah aje takut mati bosan.. kui kui kui..

mata dah ngantuk, tp layankan juga thomas tu..

petang ni kena standby kat booth produk kawan sebab VC mau check sempena konvo komemoratif esok.. kawan tu ada meeting di KK dan siapa lagi menjadi gantian melainkan ibu ngandung seorang ini.. hohoho..

tengahari ni kena pi tgk rumah sat sebab tauke yang nak buatkan grill rumah nak pi ukur bagai.. jadinya, konpem harini balik berbuka karang mama bengkok!! hahahah.. sahih beli lauk je berbuka harini.. ni pun dah 3 kali turun naik ofis (2 kali naik 3 tingkat, 1 kali turun ke toilet sebab aiman buat kek) rasanya kalau tak beranak awal juga kali ni tak tahu le.. kerja turun naik tangga je hari².. napela depa tak buat lif siap² weh.. last time masa mengandungkan aiman.. sampai 9 bulan ngandung dok naik tangga wooo.. hehehe..

bila fikir² bab camni la rasa macam ada maid itu suatu yang indah.. tapi giler ah, dengan nak bayau RM800 sebulan, mau kering poket kami.. tolong le kerajaan mesia, sila jangan ikut cakap depa je.. kesian la majikan kat mesia ni..


Isnin, 7 September 2009

he's two today

alhamdulillah, hari ni genap aiman 2 tahun.. dah jadi abang besar nih! hehehe... mama harap aiman akan membesar menjadi anak yang soleh, dengar cakap, bijak dan hormat orang lain.. semoga aiman menjadi seorang hamba Allah yang disenangi semua dan dihormati kelak..

aiman masih seperti biasa.. happy tengok dvd thomas.. mama yang rasa bagai nak muntah dah dengar lagu thomas tu.. hahaha.. takpe la.. janji aiman behave.. sementara nak tunggu dia tidur.. semalam aiman demam.. nasib la baik Dr dah test, negative tanda influenza.. dan hari ni makin sihat.. agaknya demam semalam nak manja2 dengan papa sebelum papa bertolak la tu..

papa on the other hand, dah selamat tiba di beijing.. ni dalam perjalanan ke hanzhou.. moga papa selamat tiba destinasi.. may you have good time there sayang... hehehe.. jangan lupa hadiah untuk kami kat sini.. hahaha

to aiman, nanti raya kita buat celebration sikit ye.. makan kek masa raya.. ok tak? 

Sabtu, 5 September 2009

malam hujung minggu

terawih dah, ngaji dah.. aiman dah zzz.. papa tak balik lagi.. takde cerita best.. gilerrrr aahhhh!!! bosan ni!! layan farmville lah..

Sahur dimana?

Hehehe.. Langsung dari kedai 24jam ini.. Drive almost 30km dr rumah tuuuuu... Hahahaha.. Sekali sampai sini jumpa pula ofismate.. Ingatkan kami je gian nak makan kat sini.. Hehehe

Jumaat, 4 September 2009

agenda oh agenda

tadi terawih bukan main ekspress.. nasib la isya' awal.. sompek mama nengok nur kasih.. ahaksss.. la ni dah takda cerita best.. ape laie.. layan farmville (penangan facebook yg tak sudah) sambil blog hop kawan2 siber..

esok ada cita2 menarik.. bercadang2 untuk gatal nak bersahur di kedai itu.. hahahaha.. nanti ku update secara langsung! hehehehe.. siang esok ingat nak pi tgk Ba.gan specialist.. ye la.. kena la juga cari alternatif in case terberanak kat penang ni.. haritu dah tgk satu kli.nik musli.mah.. masih consider here and there laa..

lepas tu plan nak pi kedai alarm.. untuk rumah kami nanti dan petang kena pi confirm dengan tukang buat grill.. kami dah decide la jenisnya nak pakai apa besi utk grill tu.. huhuhu

so, apa plan anda? kami cuti 3 hari di penang.. hehehe (ayat perhangat)

Khamis, 3 September 2009

dah hari khamis?

rasa macam kejap benar minggu ni.. harini dah khamis dan esok dah jumaat.. patut la mula² mama heran tengok papa pakai baju batik (ye, papa pemakai tegar baju batik - tp lengan pendek punya.. bukan yang macam asrama tu tau! hahaha)

petang ni iftar tak tahu nak masak apa lagi.. takde ide pula.. ada sotong.. tp sebab semalam dah habiskan cili blender masak asam pedas ikan pari, tak tahu la rajin ke idak petang ni nak merebus cili kering lagi.. aiya.. masa ke pasar pagi semalam (ye, ke pasar saya semalam) nampak sotong cantik² (hahaha.. mata memang allergy tengok hasil laut yang segar) dan siap beli dan siap dah siang.. tp ni macam tak tahu la nak masak ke idak lagi..

ikan kerapu yang papa belikan haritu pun ada lagi.. maybe boleh buat kerapu 3 rasa.. pastu buat petola tumis air je.. hmmm... tengok la camne petang ni.. kalau ada mood leh buat macam².. lagipun, tak berapa lalu beli lauk diluar.. loya tekak la.. kalau kuih² tu pun mama ni macam jadi memilih pulak.. takde selera sangat tengok orang jual punya kuih.. macam tak cukup kaler la.. tak cukup sedap la.. semalam beli cendol pun macam ape je rasanya.. eeee.. tak tahu la org tu ikhlas ke idak masak untuk jual.. mengarut je..

so, esok jumaat.. pastu weekend panjang lagi.. kami cuti isnin ye.. hahahhaa.. jangan jeles.. 2 kali isnin mama cuti.. isnin depan penang cuti nuzul quran.. tapi yang tak bestnya ahad papa berangkat ke hanzhou.. isnin birthday aiman.. sedih pula.. takde plan apa² pun utk anak bujang tu.. kesian dia.. mula² ada gak rasa nak bakar kek.. tp ni papa takde.. huwaaaaaaaa.. memang la tak tau nak buat ke idak.. sebab papa pi sampai seminggu.. alaaaaaa.. sedih.. tinggal mama, aiman n baby aje nanti..

ke nak balik alor setar ye?? alahai..

Rabu, 2 September 2009

mood hilang

pukul 12.30 tadi rasa berat sangat mata ni.. dah nak tertutup pun ade.. internet line bengong semacam.. satu paper untuk submit pada conference dah dibaca.. rasa² memang dah tak boleh nak pergi dah.. mama turun le ke surau.. ngantuk sangat.. elok tengah layan zzzz kejap, ada 2 org hamba Allah masuk.. macam student.. ingat nak buat ape.. soh seh soh seh.. langsung tak lena mama.. tambahan pula student yang tulis paper tu sms.. mama pun keluar le.. panas juga rasa hati.. tapi sabar la.. sebab mengantuk sangat, mama singgah ofis common kat bawah.. suarakan rasa hati, akak² suruh mama gi sound sekali.. mama fikir, takpela.. nanti tempek aje memo perhatian kat pintu surau tu..

alkisah, kat sini ada 2 surau wanita.. satu untuk staf dan satu untuk student.. kalau dah rasa diri tu bukan staf ofis, bawa² pandai sikit fikir untuk naik ke surau lagi satu untuk berehat² ataupun tidur.. bukan apa, kalau sekadar solat dan beredar takpe la juga.. ini soh seh kat surau staf.. tidur lagi.. ada yang siap makan.. alahai.. kesian le kat kami staf wanita ni.. mana ada tempat lain.. mama rasa bersalah kalau tidur dalam bilik sendiri.. mana tidak, kalau ada student tiba² ketuk, rasa berat sangat hati kalau tak dijawab..

alkisah lagi, mama naik le ke bilik buat sikit memo.. bagitahu yang kalau nak berehat lama, pelajar diminta naik ke surau pelajar wanita.. sebelum pi tempek kat surau, mama masuk la.. elok aje 2 orang hamba Allah tu tadi landing.. dan buat mama ada hangin, salah sorang tu siap tidur atas kusyen mama!!!! arggghhhh!!! tensi!!! takkan dia tak nampak masa mama tengah baring tadi guna bantal tu..

mama minta balik aa kusyen mama tu.. eeee.. geram pun ade.. mama tegur la.. tanya, student ke? dia kata tak? aik?? aku tak pula pernah nampak muka hangpa.. mama kata la, 'abis? bukan student?' yang sorang jawab, "saya staf" mama kata la.. "staf??" dia kata "ye, saya RA (research assistant)" mama tanya lagi "RA siapa?" dia kata "RA Dr ......" oooo.. mama tegur la.. surau pelajar kan di atas.. ini kan surau staf, guna la surau atas.. lepas tu mama terus keluar.. rasa berbulu aje.. fyi, RA bukan boleh diiktiraf staf ye.. awak tu membantu seorang pensyarah je.. tak makan gaji tetap/sementara pun kat sini ye.. awak tu kontrak 3 bulan renew tau.. (ayat berbaur geram)

kendian mama ke common ofis utk fotostat nota utk kelas ganti petang ni dan nak ambil selotape utk tempek memo kat ofis.. masa ke surau balik tgk selamba je hamba Allah berdua tu tidur.. siap tidur atas sofa.. akak ofis sorang yang masuk surau tu pun tidur atas lantai je.. ewah².. tingginya budi bahasa awak ye.. hmmm... sabar je la.. kalau dah besar panjang pun tak reti² bahasa, ada baiknya pi sekolah balik dek non.. alahai..

tolonglah respect privacy orang lain.. kalau awak tak respect orang, camne orang nak respect awak dek non..

kut nak sangat jadi staf, meh aku bagi kerja staf yang betul.. baru hangpa menggaru cam beruk aje.. huhhuhuhu.. mau????

p/s: mama hanya solat lepas depa keluar dari surau tu.. tak tahan rasanya nak buat derk aje.. berbulu tgk org tak faham bahasa..

Selasa, 1 September 2009

aktiviti weekend yang panjang

menjengah blog orang dok tengok masing² bercerita pasal weekend lepas yang panjang.. tak aci aaa.. mama pun nak cerita juga.. well, saturday kami pi tgk rumah (entry lepas) dan beli barang² sikit di carrefour.. petang tu berbuka puasa makan macaroni bakar aje.. sebab balik pun letih dah dan tergesa² masuk dapur.. nasib juga baik sebab papa jenis tak kisah tak makan nasi time berbuka.. hehehe..

ahad pagi kami lepak rumah.. jemur kain pun ala² aje memandangkan hujan tak berhenti.. tengahari kami pusing² sekitar nibong tebal menghala ke sg bakap mencari foundry.. cari kedai je dulu.. aim.. pastu baru nak pi tanya..

petang tu kami berbuka di luar.. plan dengan isma, firdaus n danish berbuka di Tar.bush, Feringghi.. jauhnya mak aih, food - lebanese.. verdict?? erkk.. tekak mama ala² tak berapa nak boleh terima la deknon.. hahahahha.. kambing la, beriyani la.. mama agak kureng bab² makanan arab ni.. layankan aje papa try makan..

malam tu kami shopping kat jus.co queens.bay.. both families mengukur jalan jus.co sampai midnite.. hahahahha.. mama dapat apa?? heheheh.. papa belikan mama ini..

yesss... idaman mama akhirnya dapat.. 1000w deknon.. laju.. 5 saat je sambal belacan siap!! hahaha - gambar incik google

aiman dapat hadiah dari auntie isma n uncle firdaus, baby dapat 3 pasang baju baru, papa takde apa (hehehe) sorry la sayang..

mama dapat juga merembat seluar jeans baru n slack untuk ke ofis.. blouse dapat sehelai..

balik malam tu punya la jem tak ingat... banyak benar anak² melayu dok melepak kat tepi laut tu.. tak ade kerja gamaknya.. bersidai gitu.. jauhkanlah anak² kita dari tabiat camtu..

semalam memang whole day duduk rumah.. pagi² selesaikan lipat kain dan jemur apa yang patut.. tengahari kemas peti ais.. menu berbuka semalam udang harimau bakar (papa bawa balik udang dari tawau), gulai lemak cili api udang n nenas, sambal belacan, sayur lobak putih tumis dan dessert seri muka tak berapa jadi.. huhuhu.. sekian, itu la aktiviti kami sepanjang 3 hari lepas..


silap plan - tragedi di pagi hari

malam tadi mama plan nak solat terawih lewat sikit.. papa keluar awal dah terawih.. memandangkan aiman melalak² (as usual) bila papa nak keluar, mama tangguhkan kejap isya' dengan harapan by the time papa balik aiman tidur dan mama sempat solat terawih..

siap lipat baju 1 bakul (semalam 2 bakul baju siap lipat) dan teman aiman tengok thomas (dvd) nak pujuk dia, papa pun balik.. mama bergolek² di atas katil teman aiman nak tidur, alih² mama yang tertidur.. jam dah dikunci siap² tengah malam.. dengan alasan nak solat, makan² kuih dan macam² la lagi.. sekali tersedar......











haaaa????
















dah 6.40am!!!!!! aiyak!!!! kami bertiga tak sedar langsung.. pagi tadi terbangun pun sebab aiman nak susu.. aiyoyo.. makanya mama dan papa harini tak dapat pahala bangun sahur.. check tengok luar rupanya hujan.. patut la sedap benar tidurnya..

dan kami berdua agak tak sedap hati memikirkan pintu kereta tak boleh buka (my side) sebab kunci terperosok dalam ruang lubang (sigh.. itu la kereta nasional) dan papa lebih susah hati memikir harga minyak naik - makanya harga besi akan naik - makanya harga grill rumah pun akan naik..

sigh.. moga Allah permudahkan hari kami hari ini..



baby, sorry sayang, mama tak sahur pagi tadi.. baby tahan ye.. kita cuba sama² puasa hari ni..